Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah
ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi
jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah
Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa
dan untuk makluman korang, tempat ini diberikan nama Raudhah oleh Rasulullah sendiri
dalam erti kata lain, kalau Rasulullah sendiri dah kata ia taman syurga, apalagi nak kita katakan, Subhanallah!
aku menulis pasal Raudhah kerana aku (dan aku rasa kita semua) PASTI mempunyai keinginan yang cukup kuat untuk ke kota suci Madinah dan Mekah untuk menunaikan haji/ umrah dan menjejakkan kaki ke Raudhah semestinya
dan peluang membaca pengalaman mereka yang telah menjejakkan kaki ke Raudhah menjadikan keinginan dan impian aku semakin tidak dapat dibendung lagi, di bawah ini aku sertakan pengalaman beberapa orang bloggers yang telah sampai dan menjejakkan kami ke Raudhah;
http://webctfatimah.wordpress.com/2012/03/21/ct95-hadiah-dari-langit-30-minit-di-raudhah
http://patriotika.multiply.com/journal/item/164/Raudah_Sebuah_taman_Surga_di_sudut_Nabawi
http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4518-damai.html
http://www.azahrohaizah.blogspot.com/2012/04/kembara-part-4-medinah-munarwarrah.html
http://www.imamudasyraf.com/v1/?p=125
http://backpackerbusuk.blogspot.com/2011/09/umrah-madinah-part-2.html
selain Raudhah, sudah tentu keistimewaan Masjid Nabawi adalah di sinilah lokasi makam Rasulullah SAW
Makam Rasulullah SAW ditempatkan di dalam sebuah kawasan yang mempunyai kubah berwarna hijau di dalam kawasan Raudhah
di sisi makam Nabi SAW terdapat makam dua sahabat karib baginda iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a and Khalifah Umar al-Khattab r.a
mereka adalah antara sahabat karib Rasulullah SAW dan juga khalifah umat Islam selepas kewafatan baginda
mereka berdua adalah orang yang sentiasa menemani Rasulullah SAW ketika senang dan susah dan sentiasa mempercayai setiap kata-kata Nabi SAW di dalam apa juga keadaan
ada satu cerita menarik mengenai makam ini
ketika Rasullulah wafat, Baginda dikuburkan didalam kamarnya dan Siti Aisyah tetap tinggal dikamar yang sama, kemudian ketika Abu Bakar ra mendekati ajal beliau minta izin kepada Siti Aisyah agar dapat dikuburkan disamping sahabat yang paling dicintainya itu dan Aisyah mengizinkannya
seperti diketahui Abu Bakar adalah ayah dari Siti Aisyah
kemudian ketika Umar bin al-Khatab mendekati ajal, beliau juga minta izin Siti Aisyah untuk dikuburkan disamping sahabatnya, padahal Siti Aisyah sudah merancang untuk dikuburkan disamping suami dan ayah yang sangat dicintainya
tetapi kerana rasa hormatnya kepada Umar bin al-Khatab maka Siti Aisyah juga mengizinkannya
setelah Umar bin al-Khatab dikuburkan disamping Rasulullah, maka Aisyah tidak pernah membuka aurat dikamarnya kerana telah ada orang asing bukan mahramnya yang telah dikuburkan di kamarnya
begitulah mulianya Siti Aisyah, meskipun lelaki yang bukan mahramnya telah meninggal tetap saja Siti Aisyah tidak mahu menampakkan auratnya di depan kuburan Umar
kedudukan pusara Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab adalah seperti solat berjemaah yang mana Rasulullah SAW menjadi imam kepada Abu Bakar dan Umar.
di mana letaknya makam Rasulullah SAW dan para sahabat?
1. Makam Rasulullah Saw
2. Makam Sy. Abu Bakar as Shiddiq
3. Makam Sy. Umar ibn Khaththab
4. Tempat yang menurut suatu riwayat disediakan untuk Nabi Isa AS, ada 2 kemungkinan yaitu berada luruh dengan Rasulullah saw atau berada dibelakang Sy Umar ibn. Khaththab
apabila masuk ke dalam Raudhah, berdirilah menghadap ke arah kiblat
kita akan nampak di sebelah kiri ada sebuah bangunan berbentuk 4 segi berwarna hijau tua dan bangunan itu dulunya adalah rumah Rasulullah SAW & Siti Aisyah dan Saidina Ali & Siti Fatimah (Fatimah Az-Zahra) dan di situlah juga terletaknya makam Rasulullah SAW dan para sahabat
terdapat kubah berwarna hijau tua yang menjadi tanda letaknya makam Rasulullah SAW dan kubah ini boleh dilihat dengan jelas dari luar Masjid Nabawi
* semua kisah/gambar di atas diambil daripada pembacaan yang aku dapat daripada media maya, kepada mana-mana blogger yang telah aku siarkan kembali penulisan mereka, hanya Allah saja yang mampu membalas kebaikan yang telah mereka kongsikan ini. Semoga ianya akan memberi kita ilmu yang bermanfaat…yang baik dari Allah, yang buruk itu dari kita insan yang lemah. Wallahualam.
saya menangis membaca entry ini…
kuat hati sy menyatakan, telah tersedia untuk mu ‘jemputan dari Dia’ dalam masa yang terdekat ini!
insyaallah…
Asalammualaikum…
Salam Jumaat..
Terima kasih diatas info diatas…
Encik Syahril…ada satu lagi blog yg harus En.Syahril baca.Menarik blog ni:
http://muhdkamil.org/
kata2 dari hati En Syahril seperti Allah telah turunkn hidayah di jemput ke Tanah Suci dan Madinah utk menjadi tetamu Allah..krn tidak setiap hambaNya dapat merasakan perasaan sebegini “keinginan dan impian aku semakin tidak dapat dibendung lagi”
Pengalaman saya pd tahun 2010 berada di Madinah serta Tanah Suci Mekah mahupun Raudah tidak dpt luahkan dgn kata2 hanya Allah swt dan hamba allah yg punya pengalaman berada di sana tau bagaimana perasaan ketika itu. Sehingga kini hati saya dekat seolah baru balik dr mengerjakan umrah. Setiap kali solat terbyg2 pengalaman ketika berada di persekitaran tempt2 tersebut. Alangkah bersyukurnya ke hadrat Ilahi krn saya di beri peluang menjadi tetamu Allah. Saya doakan keinginan dan impian anda menjadi kenyataan!
terima kasih sbb sudi share kan link sy kat blog yg popular ni, apa lah sgt sekadar perkongsian pengalaman sedang kan jauh di sudut hati sy terfikir jika lah sy ni jutawan ingin rasa nya sy bawa siapa sahaja yg tersgt berkeinginan kesana tapi tidak mampu berbuat demikian, agar semua dapat merasa kenikmatan yg sy rasa, tp apa kan daya..sy hanya insan marhaen.
insyaallah tuan juga akn dpt merasa nya, bersabar lah
mata ini indah melihat Mu
rasa ini rasa kan cinta
jiwa ini getarkan jiwa Mu
jantung ini detak kan jantung Mu
dan biarkan aku
menyimpan sejuta harapan aku pada Mu
rasa ini tulus pada Mu
tak kan berhenti sampai nanti ku mati..
terima kasih juga
syukurlah…
yup dah baca, trima kasih
insyaAllah
adakah sy juga berpeluang merasai spt mana yg anda semua rasai…saya sangat kecil,kerdil dan banyak pula dosanya….
en syahril, izin kan sy jwb komen syah
adakah sy juga berpeluang merasai spt mana yg anda semua rasai…saya sangat kecil,kerdil dan banyak pula dosanya….( naper tak tambah Daif dan Naif… ?)
en syah penah dengar pondan, bapok apalagi artis yg hidup luaran mereka yg dari mata kasar penuh dengan maksiat tapi beberapa kali telah pergi ketanah suci?…( tak payah fikir yg lain2 )
asal ada kemahuan dan keinginan..di sertai dengan doa dan berharap..insyaallah..Allah tidak memandang status dan darjat tetapi Allah memandang sikap dan sifat…
he…he
saya terasa sangat2 nak kesana,bilala tiba giliran saya, ….nak sangat rasanya ketenangan disana,
Subhanallah mengalir air mata saya membaca tulisan saudara. Saya bersyukur kerana waktu pertama kali menjejakan kaki di Raudah telah memohon pada Allah utk kembali menjadi tetamu nya. Alhamdulillah doa saya di makbulkan. Air mata akan mengalir di Raudah. Utk kaum lelaki datang key masjid awal supaya dapat saf di Raudah. Blog Dr Kamil pun bagus utk dibaca
AMAT2 TERUJA
subhanAllah…semoga kita semua diberikan kesempatan oleh Allah utk berkunjung ke makam hamba terbaik pilihanNya….dan berkesempatan utk berdoa di roudha…amiin ya Rabbal alamin..
As-salaamu’alaikum
Menarik benar cerita mengenai al-Haramain di blog sdr…saya seorang perunding umrah rakyat dan ada FB mengenai umrah yang saya promosikan (RM3999/-)…malangnya saya tidak ada gambar yang menarik untuk disiarkan, walaupun sudah 7 kali menjalankan ibadat umrah dan 2x hajji (tak pandai dan tidak ada camera canggih) untuk snap pemandangan dll tempat bersejarah… saya ingin memohon izin dari sdr untuk mengambil visual2 menarik di blog sdr, jika tak keberatan. w’pun saya tidak IT/internet savvy dan saiz gambar jadi terlalu kecil, insya Allah saya akan provide url blog sdr dan highlight tentang sumber foto/maklumat saya dapat drp blog sdr. Emel saya kamaryya@hotmail.com.
jazakumullahu khair wa ma’asalam 🙂
ZonKamariah~
amat bermaklumat dan gambar2 juga cantik dan menarik…sayang sekali saya baru ‘jumpa’ … 🙂 Well done, mabruk akh…
tkasih kerana singgah, bukan semua gambar itu milik saya jadi tak perlu kredit nama saya…tapi kalau puan nak letakkan url saya, saya sgt hargai
Saya telahpun kesana tahun 2006 dahulu dan telah menziarahi makam Rasulullah saw denga sembahyang 2 rakaat dan 2/3 kali dalam kawasan Raudhah (bumbung bergerak) alhamdulillah
fine.., subhanallah. thanks ya Allah.
Alhamdulillah semuanya alllah mengetahui segala nya…
Tulisan ini sangat baik dan mendorong sesama muslim untuk lebih cinta allah dan rosulullah serta para sahabat terimakasih sobat atas tulisannya dan pengalamannya dan Bila berada di Raudah jiwa ini merasa damai dan tentram, Rosulullah menjamin bila seseorang telah berada di raudah insya allah permohonannya akan dikabulkan dan insya allah kita sesama muslim akan menadapatkan taman syurga tersebut di hari kemudian, alhamdulillah dengan rasa syukur atas nikmat yang telah diberikan allah SWT dg rejeki yang diberikan kami dan keluarga sudah mengunjungi Raudah dan insya allah bila allah mengijinkan kami dan keluarga akan berkunjung setiap tahunnya untuk beribadah haji ataupun umroh mohon do’anya ya. Aamiin
Dimana saya boleh dapat nombor2 pada keterangan yg lain
Raudah , masjid Nabawi sangat cantik. Terpegun, saya terfikir siapakah yang dipilih Allah menjadi arkitek dan engineer yang diberi idea oleh Allah swt untuk design bangunan tersebut. Sungguh hebat pemberian Allah swt. Kepada yang belum menjejakkan kaki ke sana, berusahalah dan jadikan ziarah ke sana satu prioriti dari tempat2 lain. Saya baru pulang, dan insyaallah akan terus berusaha agar dapat ke sana setiap tahun. Sangat rindu..
ikut menyimak…
http://www.umrohalhabsyi.com
syukron tambah pengalaman buat saya yg belum kesana, insya Alloh bulan ini saya menjadi tamu Alloh atas izin dan ridhonya.
allhamdullillah , saya februari awal tadi bisa berkunjung kesana . subhanallah sangat indah … innsya allah kalau ada jalan dan terus berusaha agar dapat kesana lagi setiap tahun …. aaaamiiiiiin
saya suka dengar cerita kisah-kisah nabi ini.
pak ustad saya dari Indonesia mohon keichlasannya untuk mengambil gambar@ yang diraudhah
Allahu akbar.
subhanallaah…
Subhanallah .. Allahu Akbar .. Benar sekali apa yg diucapkan teman2 disini .. Masjidil Harom dan Masjid Nabawi benar2 membuat kita ingin kembali dan ingin kembali berkunjung kesana lagi .. Ya Allah ijinkan hambaMU ini untuk selalu bisa berkunjung kembali ke rumahMU setiap tahunnya .. Aamiin Ya Allah ..
membuak2 perasaan ingin ke sana. moga berpeluang ke sana untuk mengerjakan umrah terlebih dahulu. in sha Allah. tetapi rasa kerdilnya diri ini lantaran masih berkurangnya ilmu bab2 ini. dlm proses pencarian ilmu sbg persediaan jika berpeluang ke sana menapaklah sy di blog ini. terima kasih ats perkongsian semua.