sepanjang aku bertugas sebagai wartawan jenayah dulu, aku telah berjumpa, mengenali, menemubual malah bersahabat dengan ramai pegawai dan anggota polis
di sana aku berjumpa dengan pelbagai pe’el, sikap dan tebiat diaorang ni…yelah namapun manusia, mana ada semuanya perfect, mana ada semuanya teruk
tapi aku paling tak boleh ‘blah’ bila kenal dengan pegawai yang sifatnya ‘macam bagus’, kononnya dialah hebat, dialah yang tangkap si polan ini, dialah yang tembak si polan tu walhal semuanya ‘propah’ je
dalam sidang akhbar gayanya macam nak bagitahu dialah ‘power’ walhal bila aku korek-korek, rupanya jauh panggang dari api, yang buat kerja semua orang bawah dia, kerja dia memanjang bodek orang atas, pastu gila publisiti…pendek kata lembu punya susu, sapi yang dapat nama!
yang bestnya, orang macam ni jugalah yang berjaya naik pangkat, orang yang betul-betul kerja kekadang daripada masuk polis sampailah ke pencen, dok macam tulah juga, inilah yang dikatakan resam dunia
tapi ada seorang pegawai polis, yang kat mana pun aku pergi, ramai yang akan kenal dan ramai orang yang akan cakap benda yang sama…namanya adalah Bahadon bin Baharom
satu nama yang cukup digeruni, bukan saja penjenayah malah anggota polis sendiri
dia adalah pegawai yang senang cakap, jenis NO NONSENSE punya orang…kalau dia nak buru seseorang penjenayah itu, dia akan kejar sampai ke lubang cacing!!!
sebab tu dalam era 80’an dan 90’an, nama Bahadon cukup mendatangkan fobia kepada segala jenis gangster, perompak dan penyangak di Kuala Lumpur
untuk pengetahuan korang, Bahadon adalah bekas Ketua Cawangan Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur
dia paling pantang kalau ada penjenayah yang menggunakan senjata api, kalau dia tahu atau jumpa mana-mana suspek yang guna pistol atau rifel, maknanya orang tu memang tempah maut
dan selalunya kalau team Bahadon dan anak-anak buahnya buat operasi, percayalah, CONFIRM kena standby ambulans atau plastik hitam (faham-faham sendirilahkan)
sampai satu ketika, Bahadon sampai dapat gelaran MALAIKAT MAUT!
disebabkan kebenciannya yang cukup menggunung pada orang yang melanggar undang-undang, bukan sekali, malah beberapa kali beliau dan keluarganya jadi sasaran balas dendam penjenayah
namun Allah beri perlindungan padanya, setiap kali ada pihak yang berniat tidak baik pada beliau, lazimnya ia tidak akan menjadi!
aku sungguh bertuah kerana dapat menemubual beliau beberapa tahun dulu, sesuatu yang agak ‘pelik’…bukan kerana dia anti media, tetapi Bahadon jenis orang yang tak suka masuk bakul angkat sendiri
temubual itu pun dibuat setelah berkali-kali memujuknya…masa aku berjumpa dengan beliau, Bahadon kelihatan agak uzur, percakapannya pun adakalanya tidak begitu jelas
tetapi bila sentuh saja bab jenayah, Bahadon tiba-tiba jadi semangat…macam-macam dia cerita ngan aku, aku rasa interview sehari semalam pun tak habis, aku boleh teruja sampai adakalanya aku leh terlupa nak ‘jot down’ apa yang diceritakan itu
paling aku ingat, bagaimana dia cerita ternampak bayang-bayang seolah-olah ada ‘roh’ yang keluar dari badan salah seorang perompak yang dia tembak
insiden itu berlaku di Bukit Bintang, ketika itu pasukannya bertembung dengan sekumpulan perompak yang sedang merancang untuk melakukan satu rompakan nekad di ibu negara
apabila berlaku insiden berbalas tembak, sebutir peluru yang dilepaskan dari muncung pistol Bahadon terkena tepat pada tubuh salah seorang perompak berkenaan
” Ketika kami sedang mengumpul mayat perompak berkenaan, saya tiba-tiba nampak seolah-olah ‘roh’ salah seorang suspek ‘berjalan keluar’ dari tubuhnya yang ketika itu terbaring di lantai,” jelas Bahadon
dan ayat itulah yang aku ingat sampai sekarang!
seperti yang dijanjikan Allah, setiap yang hidup, pasti akan mati…petang tadi aku menerima berita Bahadon menghembuskan nafasnya yang terakhir di HUKM akibat stroke dan kanser yang dideritainya
Alhamdulillah aku sempat menziarahi jenazah di rumahnya di Taman Seri Bahtera, Cheras
harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama…namun yang pasti, nama Bahadon tidaklah segemilang jasa dan pengorbanannya pada agama,bangsa dan tanah air
pangkat terakhirnya hanya Deputi Supritendan saja walaupun kalau nak diikutkan, dia layak untuk menjawat pangkat yang lebih tinggi dari itu
Al-Fatihah
NOTA: Penjenayah paling digeruni, P.Kalimuthu@ Bentong Kali adalah antara mereka yang LUNYAI ‘dikerjakan’ Bahadon dan anak-anak buahnya…salute, aku memang salute!
Inalillah….Awat tak habaq..sya dok dkat Taman Seri Bahtera, Cheras..
sebenarnya mmg susah nak cari org yg low profile camni..betul la kata org, kita lebih suka masuk bakul golek sendiri dari biar org yg berckap utk kita..Alfatihah.
Al-fatihah.. Semoga jasa dan sumbangan beliau mendpt ganjaran yg lbh hebat di akhirat kelak..
al-fatihah.. semoga roh beliau bersama-sama orang yang beriman
zaman la ni susah nak cari bos macam ni ,zaman la ni banyak yang mengampu dan tak tau buat kerja,semua orang bawah yang buat .Kepada keluarga allahyarham sekalung budi tulus ikhlas saya ucapkan keatas bakti terhadap masyarakat dan negara ….Alfatihah.
harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama…namun yang pasti, nama BENTONG KALI tidaklah segemilang jasa dan pengorbanannya pada agama,bangsa dan tanah air
he is realy a simple a wonderful person.i meet him when i working same with him at midvalley megamall.god bless him and his family.
bentong kali mane ade mati.. masih hidup lagi!