baru-baru ni Perdana Menteri ada melancarkan wajah baru Puduraya
banyak kenangan sungguh aku dengan Puduraya, aku pernah cerita dalam entry-entry aku sebelum ni
actually ada satu perkara bila aku ingat pasal Puduraya ni di mana aku akan gelak sendiri
dulu Puduraya ada banyak kedai yang jual kaset (zaman kaset la ceritanya ni)
memang laku sungguh bisnes kaset kat Puduraya, lepas orang turun atau sebelum naik bas ekspress, mesti singgah
selalunya mesti penuh sampai nak masuk pun susah, kena pulak zaman rock kapak era 80an dan 90an…masa tu kalau Lefthanded, Search, Wings, Ramlah Ram atau Jamal Abdillah lancar album baru, maknanya taukeh kedai kaset leh senyum lebor le kan, confirm laku punya!
aku time tu masih budak sekolah lagi, manalah ada duit nak beli kaset
apa yang aku buat adalah beli kaset kosong yang harganya dua tiga ringgit, pastu tercangak depan radio
masa tu dengar radio RTM jela, mana ada ERA ke, HotFM ke macam sekarang
pantang ada lagu best je, aku pun record kat mini compo (hehehe zaman 80-an kita panggil player tu ‘mini compo’ je)
tak cukup dengan itu, siap pergi cari Utusan Malaysia sebab paper dulu akan siarkan tajuk-tajuk lagu-lagu yang diminta pendengar dalam ruangan Pilihan Bersama Radio Satu
yang tak bestnya kualiti lagu kalau kita record dalam radio ni kureng sikit, pendek kata tak dengar sangat masa Man Kidal gorengggg
so berbalik pada citer Puduraya ni, masa tu kedai-kedai kaset ni ada wat side income…buat kaset dubbing
maknanya korang tulis je lagu apa korang nak, so taukeh kedai kaset ni akan tolong rakamkan semula dalam satu kaset kosong
kalau tape tu durasinya 60 minit, dapatlah 12 lagu…side A enam lagu, side B enam lagu
kualiti memang power la beb sebab depa guna player yang dahsyat-dahsyat, maklumlah kedai kaset, bukan yang macam kat rumah kita tu
cuma yang masalahnya ada lagu yang durasinya cuma 3 hingga empat minit, so selalunya akan ada ‘lompong’, maknanya instead of 12 lagu, silap-silap boleh isi 13 atau 14 lagu dalam satu kaset
iskh aku nak explain pun tak reti tapi kalau korang pernah melalui zaman tu tentu korang boleh faham
dipendekkan cerita, pada satu hari tu aku dah order satu kaset dubbing, siap bagi list 12 buah lagu yang aku minat tu
kedai kaset kat Puduraya yang aku pergi tu milik orang India
bila siap aku pun bawa balik dan tak pasang-pasang sebab mini compo aku buat hal
nak jadi cerita, satu hari tu ada rombongan sekolah melawat sekitar tempat menarik kat area KL, aku pun join sekali
aku suruh pakcik bas sekolah yang aku naik pasang kaset dubbing yang aku buat tu, kebetulan dia pun kepala rock juga
actually niat sebenarnya nak impress awek-awek yang naik bas yang sama
dari lagu pertama hingga lagu ke 14 memang best…sampai ada awek tu kata, pandai awak pilih lagu yea
fuh kembang beb aku masa tu
tapi bila sampai lagu ke 15 dan ke 16 tiba-tiba masuk lagu Tamil beb! adoyyyyyy punahhhhh!!!!
aku rasa macam nak terjun bas masa tuh, volume pulak tengah kuat
” Lain kali kalau nak buat kaset dubbing, pergilah cari kedai Melayu…buat spoil sungguh,” kata pakcik driver tu
awek-awek dalam bas tu punya gelakkan aku tak hengat dunia
ada sorang awek tu lagi kejam wa cakap lu, dia siap sound;
” Mesti awak fahamkan lirik dia, explain sikit kat kami hahahahaha…”
entah mana pergi taukeh kedai kaset tu sekarang, entah-entah dah beli rumah banglo kat Bombay gamaknya kot
kenangan sungguh!
Asalammualaikum w.b.t…
Kenangan mengusik jiwa yg tak akan luput dari ingatan kita…kelakorlah entri ni….
haha..Ril..kita satu kapal..
hehe,saya suka entry ni. Dulu saya selalu buat kat Pertama Complex dan memang betul, akan ada “lompong”,so slalu sy extrakan list lagu, orang kedai tu cam pandai gak ejas, kalu over dia tak record lebihannya.
Dan saya memang sanggup beli kaset durasi 90 minit utk dptkan extra lagu ;D
hehehe…teringat berlapar kumpul duit sekolah pasal nak beli kaset original Blues Gang… mahal la kiranya masa tu…kalau cetak rompak harga RM2.50 jer masa tu…hehehe…
hahahah funny..
kah…kah…kah…kah…kah…kah…kah…
fikir2 balik, mmg kelakar la zaman dulu-dulu kan..
Assalamualaikum…mmg kelakarlah..boleh gelak baca entry ni. Teringat dulu-dulu, saya pun suka buat rakaman macam tu..Lagu dulu-dulu mmg best. Saya buat kat KOMTAR JB. Tak taulah dah kemana kaset2 tu. Nostalgia sungguh..Terima kasih Syahril …
aah laaa…bnyak tape yg dubbing mcm tu dulu…hehehe (kira lanun juga ke?)hikkhikk
Sama laa kita ril tambah lagi satu radio radio Muzik ha ha sampei la skang dok layan lagu rock kapak yang mengusik jiwa tambah dari kumpulan Spring mendayu beb
Salam penulis,saya pengumpul kaset2 lama..jika saudara ada kaset2 lama yg nak jual boleh sms saya di no 012 464 9401..terima kasih
aku ketawa di akhir membaca entri ini. sungguh membangkitkan nostalgia. thumbs up!