malam tadi berakhirlah Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (2013) yang berlangsung di PICC Putrajaya
tahniahler pada para pemenang
sebagai orang yang dekat dengan PABM (apa taknya hampir setiap tahun aku datang buat liputan), aku cukup bangga dengan mereka yang mampu berbahasa Melayu ni
maklumlah, bukan senang nak cakap bahasa asing, kita sendiri yang belajar bahasa Inggeris dari Darjah Satu pun kengkadang ‘ke longkang’
gaya cakap dah macam pro tetapi grammarnya kalau perhati betul-betul ke laut, ke longkang, ke parit perginya hehehe
tetapi rata-rata berbual dengan para peserta, diaorang cakap bahasa Melayu ni bukan susah sangat nak belajor sebab BM takde grammar macam kebanyakan bahasa di dunia ni..maksudnya takde past tense, present tense, future tense macam bahasa Inggeris
cuma yang susah sikit, kata diorang, BM ni banyak perkataan imbuhan…dan lagi satu banyak sangat ‘slang’…ada slang utara, timur…tu belum campur bahasa Melayu belah Sabah Sarawak
cuma yang sedih sikit, masih ada peserta guna bahasa Melayu yang pekat dialek bahasa Indonesianya…takleh nak kata apalah sebab kebanyakan mereka belajar BM dari pensyarah-pensyarah Indonesia di universiti mereka
satu lagi yang aku perhati, ramai juga peserta yang muka mereka ‘sama’ saja seperti tahun sebelumnya…dalam erti kata lain, ada yang pernah masuk dalam pertandingan yang sama sebelum ini
tapi tak boleh nak kata apalah, bukan senang nak cari peserta negara asing yang boleh berbahasa Melayu, apatah lagi yang boleh berpidato
itu yang kadangkala dok tengok muka yang sama jer
apapun inisiatif penganjur harus dipuji kerana masih berusaha mencari muka dan bakat baru bagi memeriahkan pertandingan ini
semoga bahasa Melayu akan terus gagah di mata dunia, itupun kalau bangsa Melayu itu sendiri masih mahu memperjuangkannya
bukan apa, kita takut orang Melayu sendiri yang BUNUH bahasa nenek moyang mereka…dan percayalah, itu bukan mustahil!
SAK : Dulu masa sekolah, pantang ada pertandingan debat ka, pidato ka, confirm aku masuk…la ni debat kat kedai mamak je la sambil pekena kopi O paneh heheh