Feeds:
Posts
Comments

Archive for June, 2013

ayam den lapeh 1

sebaik saja aku tiba di Padang ni, lagu Ayam Den Lapeh terus berkumandang seawal di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau lagi

ternyata lagu ni memang LEGEND la, aku rasa tiap daripada kita, walaupun bukan dari keturunan Minang, tahu atau pernah mendengar lagu ni

kalau kat Malaysia, lagu ni dipopularkan oleh Anita Sarawak

di sini, terutama di kebanyakkan tempat tumpuan para pelancong, akan ada peniaga yang  jual kaset/CD lagu Ayam Den Lapeh ini sebagai buah tangan atau cenderahati kenang-kenangan

personally, aku pun sangat minat lagu Ayam Den Lapeh ni…iramanya sangat catchy dan tak jemu didengar berulang-kali

kalau ikut orang kat sini, lagu Ayam Den Lapeh  telah dicipta sekitar tahun 50-an oleh A. Hamid dan dinyanyikan oleh Orkes Gumarang asalnya

lagu ini meletup apabila penyanyi Elly Kassim merakamkannya pada tahun 1964, sejak itu ia terus popular dan sinonim dengan orang Minang sehingga ke hari ini

baik apa maksud Ayam Den Lapeh tu?

yang ni agak subjektif sebab macam-macam versi maksud yang aku dengar

ok, kita tengok lirik dia dulu…

Luruihlah jalan Payo kumboh,
Babelok jalan ka biaro,
Dima hati indak ka rusuah,
Ayam den lapeh,
Oi Oi… ayam den lapeh,

Mandaki jalan Pandai Sikek,
Menurun jalan Kayu Jati,
Dima hati indak kamaupek,
Awak takicuah,
Oi Oi… ayam den lapeh,

Sikucapang, siku capeh,
Saeko tabang, siku lapeh,
Tabanglah juo nan karimbo,
Oilah malang juo,

Pagaruyuang Batusangka,
Tampek bajalan urang Baso,
Duduak tamanuang tiyok sabanta,
Oi takana juo,
Oi Oi… ayam den lapeh,

Den sangko lamang nasi tuai,
Kironyo tatumpah kuah gulai,
Awak ka pasa alah usai,
alah malang denai,

Oi Oi… ayam den lapeh

kalau mengikut http://puisi-si-huba.blogspot.com,

1. Lagu ini membawa maksud yang simbolik, seorang yang beristeri empat atau mempunyai empat orang kekasih yang mana malang menimpa dirinya kerana keempat-empatnya manjauhkan diri darinya. Ini kerana kemungkinan ada seseorang (orang kelima – kemungkinan kekasih barunya) yg membuat hal menyebabkan yang empat orang itu merajuk membawa diri.

[interpretasi ini adalah tepat jika kita mengambil kira empat ekor ayam, dimana setiap seekor darinya capang, capik, terbang, dan terlepas ke rimba . Dan merujuk awak itu kepada individu lain, bukannya bermonolog sendirian]

2. Lagu ini menggambar seorang lelaki yang cuba menambat hati dua perempuan dalam satu masa. Tapi, setiap perlakuannya semuanya sia-sia sahaja. [interpretasi ini adalah benar jika kita anggap cuma ada 2 ekor ayam, yang capang dan terbang, yang capik dan terlepas ke rimba. dan jika kita perhatikan, perbuatan sia-sia si lelaki termasuklah duduk termenung dan pergi ke pasar sewaktu urusan jual beli sudah tamat]

3. Seorang peniaga yang mengalami kerugian dalam perniagaannya. [adalah tepat jika diperhatikan perbuatan menuju ke pasar, dan frasa awak takicuah (@saya tertipu)]

NOTA: Paya Kumbuh, Pandai Sikek, Batu Sangkar, Baso, Biaro ialah nama-nama tempat di Sumatera Barat. Pagar Ruyung ialah kerajaan lama Minang berhampiran Paya Kumbuh dan Batu Sangkar.

Apapun tak payah pening-pening, jom kita layan klip video Ayam Den Lapeh daripada beberapa versi artis, layannnnnnnnnnnn

 

 

Read Full Post »

993769_10151634800513050_1555524834_n

dari Batusangkar, aku ke kota Padang Panjang pulak, bersih bandar dia

sebab di sana terletaknya Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM), sebuah muzium yang sangat penting untuk dikunjungi khususnya kalau korang nak tahu sejarah dan budaya Minangkabau ni

muzium ini  ada berbagai macam informasi dan koleksi mengenai kebudayaan Minangkabau baik berupa dokumentasi audio mahupun visual

actually masyarakat Minangkabau tidak memiliki bukti-bukti sejarah tertulis yang baik, ini kerana orang Minang terbiasa dengan budaya tutur yang diturunkan turun temurun

kalaupun ada dulu dokumentasi tentang Minangkabau, ia lebih banyak ditemui di luar Minangkabau, misalnya di Muzium Nasional Indonesia, Jakarta atau Museum Leiden, Belanda

disebabkan itu dirikan sebuah NGO berupa wadah untuk menghimpun berbagai dokumen dan informasi tentang kebudayaan Minangkabau hinggalah pada 8 Januari 1988 tertubuhnya Yayasan Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau (YDIKM).

bertitik-tolak dari situlah PDIKM didirikan

200212162151_mengabadikan_peninggalan_sejarah

di muzium ini ada lebih 3,000 dokumen lama tentang Minangkabau baik dalam bentuk reproduksi buku, naskah, keratan akhbar, foto maupun mikrofilm; kebanyakan terbitan sebelum tahun 1945, malah sebahagian di antaranya masih dalam bahasa Belanda dan Arab Melayu

lebih detail lagi, di muzium ni ada;

1) 1,900 jilid salinan buku dan majalah terbitan sebelum tahun 1942

2) Sekitar 1, 500 judul buku terbitan setelah tahun 1950  

3) 90 album foto

4) 500 foto dalam bingkai besar dan kecil.

5) 142 reel mikrofilm berupa naskah-naskah lama, surat khabar yang terbit sebelum Perang Dunia II, dan sebagainya

6) sekitar 600 kaset dari nyanyian cerita klasik Minangkabau seperti saluang, rebab, dan sebagainya sampai kepada lagu pop Minang

7) Sekumpulan replika alat musik tradisional Minangkabau.

SONY DSC

NOTA: Kalau korang nak belajar atau nak tahu pasal Minangkabau, muzium nilah tempat terbaik. Jangan risau, akan ada pegawai yang akan bagi penerangan. Kalau teringin nak bergambar dengan baju tradisional pun boleh. Bayar lebih kurang RM20, korang akan diberi sepasang persalinan. Macam pengantin baru u olls!

Read Full Post »

batu batikam

Batu Batikam terletak kira-kira lima kilometer dari Kota Batusangkar

amendanya Batu Batikam ni?

ia merupakan sebuah batu yang berlubang pada tengahnya akibat ditikam oleh keris Datuk Perpatih Nan Sabatang

Foto0722

diceritakan kononnya telah terjadi pertikaian antara dua orang pucuk pimpinan adat Minangkabau iaitu Datuk Parpatiah Nan Sabatang dengan Datuk Katumanggungan

kerana tak tahan menahan emosi, Datuk Parpatiah Nan Sabatang menghunus kerisnya lalu menikamkannya ke sebuah batu yang kemudian dikenali dengan Batu Batikam sehingga ke hari ini

Read Full Post »

DSC_1813forblog

bagi aku inilah kemuncak kunjungan aku ke Sumatera Barat iaitu mengunjungi Istano Basa atau lebih dikenali dengan nama Istana Pagaruyung

ia terletak di Tanjung Emas, Batusangkar

memang besar, cantik dan unik sekali binaannya

Istano Basa yang berdiri sekarang sebenarnya adalah replika dari yang asli

Istano Basa asli terletak di atas bukit Batu Patah tetapi telah musnah akibat rusuhan berdarah pada tahun 1804

kemudian ia didirikan kembali namun sekali lagi musnah dalam kebakaran pada tahun 1966

proses pembangunan semula Istano Basa dilakukan dengan meletakkan tunggak tuo (tiang utama) pada 27 Desember 1976 oleh Gabenor Sumatera Barat waktu itu, Harun Zain

istana baru ini tidak didirikan di tapak istana lama, tetapi di lokasi baru iaitu disebelah selatannya

malang sekali lagi menimpa, pada 27 Februari 2007, Istano Basa mengalami kebakaran hebat akibat petir yang menyambar di bumbung istana

istana_pagaruyung_terbakar1

akibatnya bangunan tiga tingkat ini hangus terbakar

turut musnah adalah sebahagian besar dokumen, serta kain-kain hiasan

difahamkan hanya sekitar 15 peratus barang-barang berharga yang berjaya diselamatkan

tetapi kini ia kembali tegak berdiri dan menjadi lawatan wajib para pelancong dalam dan luar negara

kalau tak singgah tiada maknalah kunjungan korang ke sini!

993076_10151634768308050_52373806_n

Read Full Post »

novotel-bukittinggi

Kota Bukittinggi merupakan salah satu bandar terbesar di Sumatera Barat ini

jumlah penduduknya sekitar 100 ribu orang yang mendiami kawasan seluas 25.24 km²

ia terletak di kawasan tanah pergunungan dan berada kira-kira 90 km dari kota Padang

ada dua gunung berapi yang jelas kelihatan kalau sampai kat sini iaitu Gunung Singgalang (tidak aktif) dan Gunung Marapi (masih aktif)

2013-06-06 13.50.17

pada masa penjajahan Belanda, kota Bukittinggi ini dikenali sebagai Fort de Kock

kota Bukittinggi ini berada di 909 – 941 meter atas dasar laut dan memiliki iklim yang dingin dengan suhu berkisar antara 16 – 24 °C (macam kat Cameron Highlands la lebih kurang)

antara tempat yang aku singgah masa tiba di sini ialah;

jam-gadang

1) Jam Gadang

Jam Gadang ni kira mercu tandalah…tak singgah maka tak sahler kalau datang sini

Jam Gadang dibangunkan pada tahun 1926, ia merupakan hadiah dari Ratu Belanda

971105_10151634783343050_1505175180_n

angka-angka pada Jam Gadang ni unik sikit, angka empat pada angka Roman biasanya tertulis dengan IV, namun di Jam Gadang tertera dengan IIII

ada yang dakwa ia mewakili empat orang tukang pekerja bangunan pembuatan Jam Gadang meninggal setelah jam tersebut selesai dibina, Wallahualam

ngarai-sianok

2) Ngarai Sianok

Ngarai Sianok atau Lembah Pendiang merupakan suatu lembah yang indah, hijau dan subur

dibawahnya mengalir sebuah anak sungai yang berliku-liku menelusuri celah-celah tebing dengan latar belakang Gunung Merapi dan Gunung Singgalang

keindahan alam Ngarai Sianok mempesonakan, sering dijadikan bahan imaginasi para pelukis dan diabadikan oleh para pelancong untuk diambil gambar

Ngarai Sianok terletak di pusat kota Bukittinggi dengan panjang ± 15 km, kedalaman ± 100 m dan lebar sekitar 200 m

pada zaman penjajahan Belanda, Ngarai Sianok dikenali sebagai Kerbau Sanget sebab ada banyak kerbau liar kat situ

3) Bendi (kereta kuda)

bendi_and_jam_gadang_in_bukittinggi_by_nofrins-113100038_large

dengan bayaran sekitar RM15, korang akan dibawa naik kereta kuda keliling kota…dalam 20 minitlah

OKlah kalau nak rasa pengalaman baru

laju gak kuda ni kalau tak dikawal betul-betul

yang syoknya bunyi ladam kuda tu…keletuk keletuk keletuk

aku try gaklah…sian lak kuda tu kena bawa gergasi macam aku nih heheheh, nasib kolah kuda oi….

Read Full Post »

999541_10151632568603050_437708139_n

MEMANDANGKAN aku hanya akan berada di sini lebih kurang dua hari saja, aku bagitahu tour guide aku, Rahmady agar memaksimumkan tempat yang akan aku singgah

selalunya tiga atau empat hari diperlukan untuk jalan-jalan di sini kerana kawasannya luas dan agak jauh dari satu tempat ke satu tempat

so Rahmady mencadangkan aku agar kami terus ke Bukittinggi sebaik saja tiba di airport, ini kerana tidak banyak ‘tourist spot’ di Padang berbanding di Bukittinggi dan kawasan-kawasan lain

aku mengangguk tanda setuju

seakan-akan dapat mengagak yang perut aku tengah ‘berkeroncong’, Rahmady membawa aku singgah di Restoran Lamun Ombak yang menjual nasi padang

8256637438_ddc4ab6663memang besar dan cantik restoran itu, tetapi yang lebih penting makanannya OK

terus terang aku katakan, lauk pauk yang dihidangkan cukup sedap dan menyerakan…dua pinggan aku belasah masa kat restoran ini

oh yea, jangan panik kalau pekerja restoran itu ‘melonggokkan’ lebih 20 jenis lauk pauk kat korang, biasalah nasi padang memang camtu

nasi-padang

jangan risau, korang hanya perlu bayar lauk yang korang ambil…tak perlu bayar semua yang disajikan di meja itu

selesai makan-makan, kami meneruskan perjalanan ke Bukittinggi

di pertengahan jalan, Rahmady berhenti di sebuah kawasan yang diberi nama Air Mancur Lembah Anai

P1000927

rupanya terdapat sebuah air terjun di kawasan tersebut

P1030561

sangat cantik dan mengasyikkan melihat deruan air terjun setinggi 60 meter yang terletak betul-betul di tepi jalan itu

orang tempatan mendakwa siapa yang basuh muka dengan air terjun itu, pasti wajahnya awet muda

1005574_10151632872943050_360583300_n

aku pun apa lagi, terus membasuh muka…tetapi bukan sebab nak awet muda tetapi untuk menyegarkan wajah aku yang dah letih ini

nanti aku sambung cerita kita lagi yea!

 

Read Full Post »

padangMAAF lama tak update.

Sebenarnya aku baru pulang dari Padang, Indonesia.

Tahun 2013 ni banyak pulak aku ke sana-sini, Alhamdulillah kerana diberikan kesempatan oleh Allah untuk melihat bumi indah ciptaan-Nya yang Esa.

Baik mengapa Padang?

Arwah abah aku berasal dari Kg. Chembong , Rembau, Negeri Sembilan…jadi sedikit sebanyak darah ‘Minangkabau’ tu adalah mengalir dalam tubuh badan aku ni.

Walaupun aku takdelah dibesarkan di Negeri Sembilan, tapi aku cukup tertarik dengan bahasanya, adat budayanya yang bagi aku cukup tinggi nilai estetikanya.

Dari dulu aku teringin nak tahu apa itu Minangkabau, apa itu ada pepatih, apa itu yang dinamakan suku, apa itu dan apa ini.

So rasanya cara terbaik adalah memulakan kajian ringkas aku di tempat di mana ia berasal.

Singgahan pertama adalah di Padang.

0952705_zpse6229c96

Dari LCCT Sepang, penerbangan cuma mengambil masa kira-kira 50 minit saja untuk sampai ke Lapangan Terbang Minangkabau, Padang, Sumatera Barat.

Memandangkan cuti aku di sini agak terhad, aku tak banyak menghabiskan masa di Padang.

Sampainya di airport, aku terus bergerak menuju ke Bukittinggi yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari situ.

Sebelum aku citer lebih lanjut, jom kita ‘jenguk’ sikit apa yang dimaksudkan dengan Minangkabau.

NAMA MINANGKABAU

COLLECTIE_TROPENMUSEUM_Groepsportret_van_een_Minangkabau_familie_TMnr_60041723

Perkataan Minangkabau merupakan gabungan dua perkataan, iaitu, minang yang bermaksud “menang” dan kabau untuk “kerbau”.

Menurut lagenda, nama ini diperolehi daripada peristiwa perselisihan di antara kerajaan Minangkabau dengan seorang putera dari Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan.

Untuk mengelakkan diri mereka daripada berperang, rakyat Minangkabau mencadangkan pertandingan adu kerbau di antara kedua pihak.

Putera tersebut setuju dan menonjolkan seekor kerbau yang besar dan ganas.

Rakyat setempat pula hanya menonjolkan seekor anak kerbau yang lapar tetapi dengan tanduk yang telah ditajamkan. Semasa peraduan, si anak kerbau yang kelaparan dengan tidak sengaja merodok tanduknya di perut kerbau itu kerana ingin mencari puting susu untuk meghilangkan kelaparannya.

Kerbau yang ganas itu mati dan rakyat tempatan berjaya menyelesaikan pergelutan tanah dengan cara yang aman.

BUDAYA

DSC_00155

Masyarakat Minangkabau merupakan masyarakat di mana harta pusaka diwaris menerusi  sebelah ibu.

Beberapa ahli fikir berpendapat bahawa adat inilah yang menyebabkan ramai kaum lelaki Minangkabau untuk merantau di serata Nusantara untuk mencari ilmu atau mencari kemewahan dengan berdagang.

Kanak-kanak lelaki semuda 7 tahun selalunya akan meninggalkan rumah mereka untuk tinggal di surau di mana mereka diajarkan ilmu agama dan adat Minangkabau.

Apabila remaja pula, mereka digalakkan untuk meninggalkan perkampungan mereka untuk menimba ilmu di sekolah atau menimba pengalaman daripada luar kampung dengan harapan yang mereka akan pulang sebagai seorang dewasa yang lebih matang dan bertanggungjawab kepada keluarga dan nagari (kampung halaman).

Tradisi ini berhasil mendirikan beberapa masyarakat rantauan Minangkabau di bandar dan tempat-tempat lain di Indonesia.

Satu contoh kawasan yang didiami oleh masyarakat Minangkabau dan masih mengamalkan adat dan budaya Minangkabau adalah Negeri Sembilan.

ORANG MINANG DI NEGERI SEMBILAN

2679862470_f34db0d12d

Pada permulaan abad ke-14, orang-orang Minangkabau mula tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau.

Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada penduduk asal iaitu, Orang Asli, dan berjaya tinggal secara damai dengan mereka.

Dengan itu berlakulah pernikahan antara orang-orang Minangkabau dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda.

Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih seorang pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih.

Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau.

Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh.

Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil ‘Penghulu’ dan kemudiannya ‘Undang’. Sebelum wujudnya institusi Yang di-Pertuan Besar, Negeri Sembilan berada di bawah naungan kerajaan Melayu Johor.

Orang Minang di Negeri Sembilan membentuk 13 suku baru yang berbeza dengan suku asal mereka di Minangkabau iaitu Suku Biduanda, Suku Batu Hampar, Suku Paya Kumbuh, Suku Mungkal, Suku Tiga Nenek, Suku Seri Melenggang, Suku Seri Lemak, Suku Batu Belang, Suku Tanah Datar, Suku Anak Aceh, Suku Anak Melaka dan Suku Tiga Batu.

Nota: Esok aku akan cerita perjalanan aku ke Bukittinggi…tungguuu.

Read Full Post »

img_3666

War Remnants Museum adalah sebuah muzium perang yang terletak di District 3, Ho Chi Minh City, Vietnam.

Ia mengandungi bahan dan pameran yang berkaitan dengan Perang Vietnam – Amerika.

War-Remnants-Museum

Dikendalikan oleh kerajaan Vietnam, muzium ini telah dibuka pada September 1975 sebagai “The House untuk Memaparkan Jenayah Perang Imperialisme Amerika dan Kerajaan Boneka [Vietnam Selatan].” Kemudian ianya dikenali sebagai Muzium Jenayah Perang Amerika.

Muzium ini terdiri daripada lapan bilik bertema dalam beberapa bangunan, dengan peralatan tentera. Peralatan ketenteraan termasuk UH-1 Huey “helikopter, pesawat pejuang F-5A, BLU 1-82″ Daisy Cutter “bom, M48 Patton tangki, dan pengebom A-1 serangan.

IMG_0104

Juga terdapat gambar grafik, kesan akibat dari semburan kimia, penggunaan bom napalm dan fosforus dan kekejaman pembunuhan beramai-ramai di My Lai.

Terdapat juga tiga balang janin manusia yang dipelihara cacat disebabkan oleh pendedahan kepada dioksin.

2138170-Deformed_Foetuses_Ho_Chi_Minh_CityMuzium ini juga secara eksklusif memaparkan pameran yang sangat kritikal di Selatan Vietnam dan Amerika semasa Perang Vietnam.

Pembunuhan Hue, Pembunuhan Dak Anak dan pembunuhan beramai-ramai Chau Doc, lombong tanah banyak bertaburan di seluruh luar bandar selatan Vietnam yang mencederakan penduduk luar bandar (terutamanya kanak-kanak)  dan rawatan kejam tahanan tawanan perang dan politik dalam kem buruh (kem reeducation) dikendalikan oleh Cong Viet semasa dan selepas perang.

096-2

Terdapat juga bom-bom yang tidak meletup disimpan di satu sudut.

Photo-of-Unexploded-Ordnance-UXO-in-War-Remnants-Museum-Ho-Chi-Minh-City-k321035607

* Percayalah, sebaik saja korang keluar dari muzium ni, korang akan benci Amerika kow-kow punya hahahaha!!!

931417_10151596537103050_921313105_n

Read Full Post »

tunnel1

Terowong Chu Chi terletak kira-kira 70km dari Bandaraya Ho Chi Minh.

Terowong ini dibina oleh Tentera Viet Cong semasa Era Perang Vietnam menentang Amerika Syarikat dari tahun 1959 hingga 1975 sehingga menjadikan panjang keseluruhan terowong ini mencecah 250km.

cu-chi-tunnels-5[2]

Kami dimaklumkan ketika peperangan berlangsung beribu-ribu orang Vietnam di Wilayah Chu Chi menetap di dalam Terowong ini sebagai satu cara berlindung dan menyelamatkan diri dari serangan musuh.

cu-chi-tunnel-vietnam

Dan mereka hanya keluar pada waktu malam untuk mencari bekalan.

VietnamCuChiTunnels

Fungsi Terowong Chu Chi bukan sahaja digunakan sebagai tempat bersembunyi semasa pertempuran ia juga berfungsi sebagai tempat komunikasi rahsia dan juga laluan rahsia untuk membekal ubat-ubatan, makanan, senjata dan tempat kediaman untuk Pejuang Gerila.

vn_cuchi [320x200]

Hakikat yang nyata Terowong Chu Chi ini memberi sumbangan besar kekalahan Tentera Amerika Syarikat di Vietnam.

Vietnam  South   Vietcong  Guerrillas  Tunnels

Amat mengkagumkan kerana Terowong rahsia ini juga dijadikan pusat kehidupan masyarakat.

Di dalam Terowong terdapat sekolah bawah tanah dan ruang awam di mana pasangan yang telah berkahwin dan tempat-tempat para pencinta bertemu.

Malahan terdapat teater di dalam Terowong di mana penduduk kampung dihiburkan dengan lagu dan tarian serta cerita-cerita tradisional.

Pintu Masuk Utama ke Terowong Chu Chi

cuchi10

Kini Kompleks 120 km panjang terowong di Chu Chi telah dipelihara dan dijadikan sebagai sebuah Pusat Taman Peringatan Perang dan dibuka kepada pengunjung termasuk pelancung dari luar negara.

0720055826

Malah pengunjung dipelawa untuk masuk ke dalam bahagian-bahagian sistem terowong yang selamat.

Kami dimaklumkan terdapat beberapa terowong telah diperbesarkan bagi memberi laluan untuk pengunjung yang bersaiz besar untuk memasukinya.

4484529931_CuChi_Tunnels5

Manakala lampu berkuasa rendah juga telah dipasang bagi memudahkan pengunjung melaluinya.

Petugas yang bernama Lam telah menunjukkan lokasi beberapa pintu masuk terowong yang memang tersembunyi dari mata kasar kerana ditutup oleh daun-daunan kering.

cuchi

Sebaik diselak daun-daun kering, maka dibuka Pintu Masuk ke terowong yang amat kecil saiznya.

cu_chi

Ikut badan saya memang tak muat.

Agaknya rakyat Vietnam pada zaman Perang memang bertubuh kecil.

Selepas itu kami dibawa pula berjalan kaki melawat kawasan sekitar.

Sepanjang laluan ditunjukkan beberapa laluan tikus bagi tentera Viet Cong dan kelihatan binaan parit yang digunakan sebagai tempat menembak bagi pejuang Tentera Viet Cong.

Kita biasa melihat dalam tayangan wayang gambar mengenai kisah peperangan yang berlaku antara Tentera Amerika Syarikat menentang tentera Vietnam.

Yang kelakarnya Tentera Amerika Syarikat sahaja yang menang.

Dalam hati saya berkata, ” ini rupanya tempat berlakunya kejadian tembak menembak antara Tentera Viet Cong dan musuhnya dahulu.

Petugas juga menunjukkan kepada pengunjung beberapa jenis PERANGKAP yang digunakan oleh Tentera Viet Cong semasa zaman Perang.

88115-more-traps-by-the-vietcong-to-harm-americans-cu-chi-vietnam

bamboo-trap-at-cu-chi

Melihat kepada pelbagai jenis Perangkap yang digunakan membuatkan saya rasa amat ngeri dan seriau kerana membayangkan mangsa yang terkena perangkap tersebut.

729770_f520

Memang maut la jawabnya. Jenis-jenis perangkap tersebut biasa kita tengok dalam cerita Peperangan Vietnam atau cerita Rambo yang menjadi kebanggaan orang Amerika tu.

cu-chi-tunnels-5-tiger-trap-tile

Pengunjung juga diberi peluang untuk memasuki dan merasai sendiri pengalaman merangkak di dalam salah satu terowong yang terdapat di sini.

954781_10151595382858050_1682912040_n

Rasa seronok ada, rasa seram pun ada. Laluan terowong bawah tanah agak gelap dan suram.

Tambahan pula kami dimaklumkan laluan terowong ini ada jenis yang bertingkat.

971140_10151595389778050_1123433836_n

Dalam gelap memang kita tak nampak apa yang ada di hadapan kita.

Walaupun ada lampu-lampu kecil tetapi apabila kita melalui satu selekoh di dalam terowong pemandangan menjadi lebih gelap dan menyesakkan.

Berpeluh juga kita dibuatnya.

Satu lagi pengalaman menarik ialah pengunjung juga diberi peluang untuk merasai sendiri senjata yang digunakan semasa perang seperti M16 dan AK47 dan lain-lainnya. Syaratnya pengunjung harus membeli sendiri peluru hidup yang dijual di sini.

* Aku kongsikan kisah blogger Iqbalsafwan.com di atas, pengalaman kami sama saja cuma aku tak menembak sebab dah menembak masa di Kemboja tempoh hari. Dalam erti kata lain kalau korang datang Vietnam tapi tak masuk ke sini maknanya tak lengkaplah journey korang di Vietnam ni. Dengan kehebatan strategi perang tentera Vietcong ni, tak hairanlah kenapa askar AS mati kutu dan terpaksa menyerah kalah macam tu saja. *Sigh.

Read Full Post »

shooting1

SEBELUM bercerita mengenai Vietnam, aku nak kongsi pengalaman terakhir masa di Kemboja

aku telah dibawa ke sebuah bangunan kosong…ala-ala kilang haramlah kat Malaysia ni

memandangkan aku dah letak ‘sepenuh kepercayaan’ pada guide tu, so dalam erti kata lain aku redhalah dia nak bawa gi mana pun

lebih kurang 20 minit dari Phnom Penh, kami pun sampai ke tempat yang dimaksudkan

dari luar dah nampak sebuah kereta kebal lama, dalam hati, guide ni nak bawa gi kilang besi buruk ke apa?

bila masuk ke dalam, makkk aihhhhhh, ada berpuluh-puluh senjata, dari sekecil pistol hingga ke machine gun

bukan saja senjata, pelancar roket dengan bom tangan pun ada!

pic4

rupa-rupanya dia (guide) bawa kami ke sebuah kelab menembak…kelab menembak paling brutal pernah aku tengok

3864195-Shooting_Range_Phnom_Penhaku pernah jugalah pergi satu dua buah kelab menembak kat tempat kita, paling kuat pun cuma ada pistol semi-auto atau senapang patah, tapi ni lah satu-satunya kelab menembak yang betul-betul ganas wa pergi beb

masuk saja ke dalam, petugasnya bagi kami menu…bukan menu nasi goreng OK, ni menu segala mak nenek senjata dan bom kalau korang nak cuba

cetengok! cetengok!

amik kau! nak cuba baling bom ngan tembak roket pun boleh!

amik kau! nak cuba baling bom ngan tembak roket pun boleh!

memandangkan harganya yang agak mahal, aku decide ambil pakej senjata AK-47 yang bayarannya kira USD50 (kira-kira RM150)

itu pun aku cuma dapat 20 butir peluru saja

cambodia_shooting_range_03kenapa AK-47?

ini kerana aku dah selalu sangat berlatih menembak guna M-16, lagi pun hanya di negara-negara komunis saja kita berpeluang guna AK-47 sebab itulah senjata kebanggaan mereka

kemudian aku dibawa ke sebuah bilik, agak gelap dan cukup berbahang…bau belerang menusuk hidung

scarry siottt

scarry siottt

petugas tadi kemudiannya mengisi kelopak peluru dan terus mengarahkan aku melepaskan tembakan, tanpa taklimat keselamatan sepatah haram

mula-mula aku menembak dari atas meja…BANG! BANG! BANG!

terus terang aku katakan, AK-47 memang hebat, bunyinya saja dah cukup menggerunkan, pelurunya kena kepala orang, mau bersepai otak

lepas 10 butir aku mula rasa macam tak selesa, so aku minta ditukarkan rifel itu ke M-16, senjata ‘favourite’ aku

935520_10151591829883050_578316378_n

dengan M-16 memang bestlah kan, rasa macam Rambo pun ada gak

kangkang bang jangan tak kangkang!

kangkang bang jangan tak kangkang!

BANG! BANG! BANG!

tak sampai 10 minit, habis semua 20 butir peluru (lagi pun aku tembak sebijik-sebijik, bukan auto)

IMG_0276

hajat hati nak tambah lagi, tapi sebab harga peluru yg cukup mahal itu, aku sengih je la kan

kenangan sungguh laaaa……

giler kuasa tul mat salleh sorang nih hehehe

giler kuasa tul mat salleh sorang nih hehehe

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: