Feeds:
Posts
Comments

Archive for July, 2013

996864_490422407708812_41972738_n

nampaknya tahun 2013 ni jadi fenomena sungguhlah baju Melayu Jakel- Aaron Aziz nie

dari golongan elitis hinggalah ke mat-mat rempit semuanya ngidam nak memakai baju Melayu Aaron Aziz

seriously aku tak nampak apa beza sangat pun baju Melayu Aaron ni dengan baju Melayu yang lain

sama je designnya aku tengok…tercari-cari gak kot-kot butang baju dia dah jadi enam berbanding kebiasaannya lima sebelum ni

atau warna kainnya bercorak rimau bintang ke atau tujuh colour pelangi ke, tapi takdepun

ini jelas menunjukkan branding nama Aaron Aziz cukup kuat hingga membolehkan orang ramai berebut-rebut nak memilikinya

tambahan pula Jakel sendiri satu nama yang cukup gah dalam dunia tekstil

for ur info, Aaron telah dilantik sebagai duta baju Melayu pertama Jakel pada Jun lalu

harga yang ditawarkan bagi koleksi baju Melayu Aaron Aziz bermula dari RM110 hingga RM285 sepasang

namun yang menariknya,  pelanggan yang membeli koleksi baju Melayu Aaron Aziz akan dapat sehelai samping songket dan butang baju secara percuma – satu strategi pemasaran yang bagi aku cukup bijak dari Jakel!

image

menyingkap sejarah Jakel, ia bermula dengan usaha Mohamed Jakel iaitu arwah ayah Mohamed Faroz (Group CEO sekarang)  yang membuka kedai kain secara kecil-kecilan bermodalkan RM30,000 di sebuah arked kecil di Muar, Johor.

sebagai anak lelaki sulung daripada 12 beradik, Mohamed Faroz bertanggungjawab membantu perniagaan bapanya

keseronokan hidup remaja terpaksa dilupakan, sebaliknya pada usia muda dihabiskan dengan membantu ayah membina perniagaan

selepas di Muar, mereka sekeluarga berpindah ke Segamat

pembukaan beberapa tanah rancangan Felda di sekitar Segamat dan sempadan Johor-Pahang memberi rahmat kepada perniagaan Jakel apabila ramai peneroka yang baru berpindah memerlukan pelbagai jenis kain untuk kelengkapan rumah baru mereka

“Ketika itu perniagaan kami semakin baik dan mendapatkan bekalan kain dari pemborong di Singapura. Bagaimanapun, kami tidak boleh menjualnya dengan murah kerana harga yang dibeli adalah tinggi. Kami mula melangkah setapak lagi dengan mengadakan usaha sama dengan syarikat besar untuk menjadi separuh pemborong bagi membekalkan kain kepada peruncit dan peniaga pasar malam,” katanya.

perjalanan perniagaannya tidak selalu cerah apabila pada 1997 melalui kegawatan ekonomi hingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

sebagai pemborong, Jakel turut memberi kredit kepada pelanggan yang berniaga secara kecil-kecilan, tetapi ada yang mengambil kesempatan tidak membayar hutang dalam keadaan kegawatan ekonomi.

tempoh itu melunturkan sedikit semangat mereka, tetapi tidak sedikitpun meranapkan impiannya untuk terus maju dalam dunia perniagaan

atas kesabaran dan bantuan daripada adik-beradik yang tidak berbelah-bagi, keluarga Jakel membangunkan semula perniagaan itu dan mula mendapat kepercayaan bank untuk mendapatkan kemudahan pinjaman bagi mengimport tekstil terus dari kilang di Jepun, Korea Selatan dan India.

sebelum mencapai kedudukan sekarang, titik peralihan kepada perkembangan empayar Jakel bermula pada 1996 apabila beliau membeli bekas panggung wayang Rex di bandar Segamat dengan keluasan 8,000 kaki persegi daripada Shaw Brothers di Singapura untuk dijadikan gudang dan premis perniagaan tekstilnya.

bermula dengan hanya dua pekerja, kini Jakel mampu menggajikan 3,500 pekerja di seluruh cawangannya

bertambah rezekilah Aaron dan keluarganya…yg lebih untung tentulah taukeh Jakel sendiri

syabas anak Melayu!

Read Full Post »

main_rs_2906_8a_30p60

BIASA…Ini antara pemandangan di Penjara Simpang Renggam.

Bila mahkamah bebaskan banduan-banduan ini sebab cukup tempoh, pihak polis akan cuba menahan mereka semula kerana percaya mereka masih lagi SANGAT BERBAHAYA dan perlu ditahan kembali di bawah Ordinan Darurat.

Masa ni korang boleh tengokler adegan tarik-menarik macam bebudak kecik, tetapi polis bukan saja-saja nak tangkap mereka balik, polis tahu ‘siapa’ mereka.

Ketika inilah mahkamah mula bising, lawyer mula bising, keluarga mula bising sebab alasan – polis tak hormat hak asasi manusia.

Nah sekarang Ordinan Darurat dah takde lagi, semua banduan ini akan berjalan keluar sambil tersenyum tanpa perlu adegan tarik menarik macam ni lagi.

Polis dah macam ‘takde gigi’ bak kata Datuk Zahid Hamidi. S

Sekarang jenayah bertambah, bunuh meningkat, samseng makin ramai.

Nak salah siapa?

Read Full Post »

memori kad raya!

IMG_0749
masa zaman 80-an dulu waktu takde handphone n sms segala ni, time puasa ni semua dah mula sibuk cari dan hantar kad raya takut tak sempat sampai sebelum raya

untuk sesama kengkawan, yang paling laku kad raya kartun yang ada pantun lawak, e.g pagi Jumaat cukur ketiak, sempena raya minta maaf ye awakkkk

untuk mak bapak kad raya yang ada kata-kata penuh syahdu syahdan sampai menitik airmata kalau membacanya yeop…e.g halalkan segalanya ayahanda dan bonda, dari anakandamu yang jauh di perantauan (walhal sebelah taman jeee…)

kad raya yang ofis bagi free kat staff lagi best, ada yang sampai nak berhenti kerja sebab dia dapat sikit dari bos sedangkan kawan dia dapat lebih, kekadang dah dapat sama rata, envelope pulak tak cukup, haru sungguhlaaaa

yang ni paling best, untuk kekasih hati, kad paling laku adalah yang ada muzik, tak kurang juga yang beli kad raya besar gedabak (kononnya makin besar kadnya makin besar cintanya, puihhhh!!!)

kekadang aku rasa macam nak hidupkan kembali je tradisi hantor kad raya ni tapi jenuhlah pulak nak cari alamat, makin jenuh bila ramai pulak yang dah masuk pusat serenti, itu belum campur yang nafas terhenti (kat kubur lerr)

yang pasti sekarang ini walaupun kad raya susah nak cari, kad lain masih banyak di pasaran – kad nikah, kad touch n go dan kad parking!

SAK.

Read Full Post »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: