Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2013

rasanya dah ramai yang pulang dari kampung halaman masing-masing untuk memulakan tugas seperti biasa mencari rezeki

masing-masing membawa 1,001 kenangan pulang beraya di kampung, pastinya ada yang gembira, ada yang berduka dan tak kurang juga yang TAK RASA APA-APAPUN (terutamanya yang tak puasa)

yelah bulan puasakan bulan beribadah, Raya pula adalah satu bentuk kemenangan setelah sebulan lamanya menahan lapar dan dahaga, menahan nafsu segalanya

kalau dah puasa pun entah ke mana, nak rayakan kemenangan apa kejadahnya

cakap pasal Raya baru ni, aku pun ada kenangan tersendiri macam korang semua hehehe…cuma takdelah lama bercuti pun

persiapan pun seadanya saja, aku sendiri sehelai baju baru pun tak beli, hanya ‘recycle’ apa yang ada terutama baju Melayu

kebetulan akulak tak reti pakai baju Melayu ni lama-lama, selalunya lepas Zohor je aku dah buka dan pakai baju biasa

sampin lagilah, seingat aku dah lebih lima tahun aku tak beli sampin, apataknya setahun dua kali je pakai sampin, pertama Raya Aidil Fitri, kedua Raya Haji

itupun adalah kot dalam setengah jam, pastu semuanya terburai hehehe

bab makan lagi spoil, entah naperlah lidah aku ni takleh masuk makan ‘tipikal’ Raya seperti ketupat, rendang, lontong semua tu, lemang pun setakat lima enam hiris je aku telan

bila pergi beraya, aku buat-buatlah ‘eksyen’ ambik itu ambik ini (nak jaga hati tuan rumah), pastu perlahan-lahan aku ‘passing’ pinggan aku kat anak buah yang lain

actually, tahun demi tahun aku perasan, sama ada sedar atau tidak, ‘trend’ menyambut Raya pun sebenarnya dah makin berbeza

contohnya dulu kalau balik kampung terutamanya yang keluarganya besar, toilet akan jadi masalah sebab masing-masing berebut nak mandi terutama pagi Raya

tapi sekarang ni yang jadi masalah adalah PLUG pulak, apataknya, dah makin ramai yang pakai gajet seperti Ipad, Iphone, Galaxy Tab, BlackBerry dan macam-macam lagilah

amekawww

kekadang dalam satu famili, abih anak-beranak, Paksu, Pakngah, Palong pakai gajet, malah atuk ngan nenek pun dah pandai pakai handphone sampai plug kat rumah FULL HOUSE, berselirat kabel charger di sana sini!

begitu juga trend pakai kereta saiz besor-besor, panjang-panjang dan lebor-lebor macam MPV

sampai tempat parking yang dulu boleh muat tiga empat biji kereta, sekarang ni kalau dah masuk Alphard dua biji sebagai contoh, padat jadinya

dulu kalau bab mercun ngan bunga api ni, budak-budak cukup teruja, tapi sekarang ni tak mainlah mercun katak atau bunga api lidi tu

pergh!

depa la ni main mercun ala-ala nak sambut Merdeka la pulak, punyalah kuat bunyinya, macam-macam bentuk yang terhasil sampai orang kat Besut pun rasa macam duduk kat Dataran Merdeka!

dan yang paling tak best, banyak rumah yang aku pergi, anak beranak diaorang buat layan tak layan je bila kita datang, diaorang lebih concentrate layan internet, FB ngan main game, mak bapak diaorang jelah yang sibuk ke dapur dan melayan kita yang datang berziarah ni

apapun Alhamdulillah raya tahun ini tidaklah sebegitu perit macam tahun lepas

segalanya berjalan lancar tanpa ada banyak masalah, jalan raya pun smooth je, syukur pada Allah kerana tak banyak berlaku tragedi kemalangan sepanjang musim Raya tahun ini

suatu hari di hari Raya….

Read Full Post »

 

_MG_8038

pada yang nak balik raya tu jangan lupa bayar zakat fitrah yea, kang tak sempat pula

menurut Imam As-Syafie, waktu sunat (paling utama) bayar fitrah ni pada subuh hari raya pertama sehinggalah sebelum solat sunat Aidilfitri tapi jadi makruh kalau bayar selepas solat sunat Aidilfitri sehinggalah akhir hari raya pertama

kalau kita terlupa atau sengaja melewatkan zakat fitrah sehingga terbenamnya matahari, iaitu masuk hari kedua Syawal, maka ia akan dikira BERDOSA dan wajib mengqadakannya!

so elok sangatlah disegerakan menunaikan zakat fitrah tanpa perlu menunggu sebelum solat hari raya, kang tak pasal-pasal ‘terjatuh’ ke dalam waktu haram dan berdosa kerana terlewat bayor

cara bayar zakat yang ‘sempoi’ kat Mekah (pic hajiarshad.blogspot.com)

anyway, rakan blogger Haji Arshad ada hantar gambor orang Mekah/ Saudi bayar  zakat fitrah

laaaaa simple tu, buka booth macam jual prepaid je, takde kerusi, takde salam, takde doa, lepas bayor amil akan bagi resit je, pastu SELESAI hehehe

oklah, aku stop blogging dulu sempena menyambut lebaran

senang-senang dalam tiga empat hari lepas ni tryler buka blog aku kalau ada entry baru, InsyaAllah, aku akan cuba menulis balik (walau perut dah kembong belasah kuih raya)

SELAMAT HARI RAYAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!

Read Full Post »

image (1)

KAGUM…rasanya jarang ada pegawai trafik yang berbuat demikian bila ada satu-satu kemalangan maut yang melibatkan orang Islam.

Aku harap pegawai trafik atau di Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dapat mencontohi Sub Inspektor Zakarian Abdul Razak yang masih sempat mendoakan si mati, dalam kes ini Puan Shamsiah Kisan, mangsa kemalangan di highway PLUS dekat Bukit Tagar, Rawang sebelum dibawa ke hospital semalam.

Walaupun tiada dalam skop tugasan/work chart…tapi ia ternyata satu perbuatan yang sangat mulia dan terpuji.

Salut!

Read Full Post »

SEMALAM mayat Norriza Mat Salleh, 36, yang merupakan pegawai khidmat pelanggan ditemui rentung oleh pasukan bomba di dalam bilik tidur utama di tingkat atas Taman Puchong Indah, Selangor  yang musnah dalam satu kebakaran

Balai Bomba dan Penyelamat Puchong Jaya menerima panggilan pada pukul 2.53 pagi telah berkejar ke tempat kejadian, mereka mendapat bantuan dari Balai Bomba Petaling Jaya dan Subang Jaya

1012438_391585067612571_659532113_n

yang aku SALUTE di sini ialah, tidak hanya habis waktu memadam kebakaran…para anggota bomba ini juga turut bersama-sama menguruskan jenazah Allahyarham Norriza hingga ke liang lahad

kita pun tahu, tugas itu bukanlah termaktub dalam skop tugasan jabatan ini namun tindakan mereka adalah sangat terpuji dan layak diberi penghargaan

14466_391585160945895_296391928_n

ternyata sikap keprihatinan dan perasaan kemanusiaan para anggota ini melangkaui api, asap dan jentera itu sendiri

SYABAS!

Read Full Post »

64718_10151737349618232_1985753234_n

* Pingat Kedaulatan Negara (PKN) julung kalinya diperkenalkan sebelum ini dianugerahkan kepada anggota pasukan keselamatan negara yang cemerlang dalam melaksanakan tugas memerangi pencerobohan pengganas Kiram di timur laut Sabah.

Pingat yang berbentuk bulat dengan Jata Negara di hadapan manakala peta Sabah di belakangnya itu merupakan salah satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan oleh kerajaan terhadap jasa bakti anggota tentera yang terlibat dalam insiden pencerobohan berkenaan dan pemberiannya itu diselenggara Kementerian Dalam Negeri.

KETIKA para anggota tentera dan polis berjuang mengangkat senjata di Lahad Datu, tim media tak kira pro kerajaan atau pro pembangkang bersatu hati menghadapi risiko yg sama untuk pembaca mereka

ada yg berjaket kalis peluru ada yg cuma berT-shirt semata, bila dengar tembakan semua berkejar ke tempat kejadian, ada yg nasib baik dapat masuk ‘war zone’, ada yg gagal kerana dihalang

ada yg ‘terlepas’ cerita dan gambar hingga terpaksa menerima ‘hukuman’ bila bos arah pulang ke Kuala Lumpur

ada yg berhadapan dengan maut kerana terserempak ‘face-to-face’ dengan pengganas Sulu yg lengkap bersenjata automatik

mereka bekerja tanpa had waktu, siang membawa ke malam, malam membawa ke siang

tetapi semua itu pembaca tidak tahu dan tak perlu tahu.

yang penting mereka nak pembaca mereka dpt berita yang terkini dan terbaik.

ada yg berhari tak mandi, ada yg terpaksa bertugas tanpa cuti, ada yg yg tak dpt balik bila saudara-mara meninggal kerana terpaksa bertugas, ada yg itu dan ada yang ini

walaupun mungkin ia tidak sehebat jasa dan perjuangan pasukan keselamatan kita, namun jasa mereka juga ada

pingat ini tidak disertai gelaran, pangkat mahupun wang ringgit…bahkan ada yang kata – alah bukan boleh bawa mati pun

tapi bagi kami yg bertugas semasa konflik pencerobohan itu, pengiktirafan kerajaan pada kami yg ‘bukan apa-apa ini’ sangat tinggi nilai dan harganya

segala puji bagi Allah..Tuhan Semesta Alam!

Syahril A. Kadir

SERI PERDANA, Kuala Lumpur

944606_10151733495803050_1900629507_n (1)

Read Full Post »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: