* Pingat Kedaulatan Negara (PKN) julung kalinya diperkenalkan sebelum ini dianugerahkan kepada anggota pasukan keselamatan negara yang cemerlang dalam melaksanakan tugas memerangi pencerobohan pengganas Kiram di timur laut Sabah.
Pingat yang berbentuk bulat dengan Jata Negara di hadapan manakala peta Sabah di belakangnya itu merupakan salah satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan oleh kerajaan terhadap jasa bakti anggota tentera yang terlibat dalam insiden pencerobohan berkenaan dan pemberiannya itu diselenggara Kementerian Dalam Negeri.
KETIKA para anggota tentera dan polis berjuang mengangkat senjata di Lahad Datu, tim media tak kira pro kerajaan atau pro pembangkang bersatu hati menghadapi risiko yg sama untuk pembaca mereka
ada yg berjaket kalis peluru ada yg cuma berT-shirt semata, bila dengar tembakan semua berkejar ke tempat kejadian, ada yg nasib baik dapat masuk ‘war zone’, ada yg gagal kerana dihalang
ada yg ‘terlepas’ cerita dan gambar hingga terpaksa menerima ‘hukuman’ bila bos arah pulang ke Kuala Lumpur
ada yg berhadapan dengan maut kerana terserempak ‘face-to-face’ dengan pengganas Sulu yg lengkap bersenjata automatik
mereka bekerja tanpa had waktu, siang membawa ke malam, malam membawa ke siang
tetapi semua itu pembaca tidak tahu dan tak perlu tahu.
yang penting mereka nak pembaca mereka dpt berita yang terkini dan terbaik.
ada yg berhari tak mandi, ada yg terpaksa bertugas tanpa cuti, ada yg yg tak dpt balik bila saudara-mara meninggal kerana terpaksa bertugas, ada yg itu dan ada yang ini
walaupun mungkin ia tidak sehebat jasa dan perjuangan pasukan keselamatan kita, namun jasa mereka juga ada
pingat ini tidak disertai gelaran, pangkat mahupun wang ringgit…bahkan ada yang kata – alah bukan boleh bawa mati pun
tapi bagi kami yg bertugas semasa konflik pencerobohan itu, pengiktirafan kerajaan pada kami yg ‘bukan apa-apa ini’ sangat tinggi nilai dan harganya
segala puji bagi Allah..Tuhan Semesta Alam!
Syahril A. Kadir
SERI PERDANA, Kuala Lumpur
Tahniah bang! π
Tahniah saudara… khidmat bakti saudara tiada bezanya dengan khidmat bakti anggota keselamatan dalam kes pencerobohan Lahad Datu
terima kasih puan…
terima kasih hasrul…
Tahniah SK..semoga pingat ini memberi semangat untuk saudara dan rakan2 yg lain untuk terus memberi khidmat bakti kepada masyarakat melalui media…
Tahniah π
tuu baju melayu Aaron Aziz ke? hehehe
Tahniah saudara Syahrilkadir. Walau pingat dianugerahkan tak bawa kepada apa juga gelaran mahupun wang ringgit, ianya sudah cukup menggambarkan betapa anda telah berbakti kepada bangsa dan negara dengan hanya mempertaruhkan pengalaman, kudrat, tenaga dan buah fikiran demi menyampai berita terkini kepada masyarakat. Penglibatan anda dihargai oleh mereka. Tahniah!
tahniah bang..
Tahniah kawan lama ku…
Alhamdullilah… Tahniah memang terbaek !!!