pada yang nak balik raya tu jangan lupa bayar zakat fitrah yea, kang tak sempat pula
menurut Imam As-Syafie, waktu sunat (paling utama) bayar fitrah ni pada subuh hari raya pertama sehinggalah sebelum solat sunat Aidilfitri tapi jadi makruh kalau bayar selepas solat sunat Aidilfitri sehinggalah akhir hari raya pertama
kalau kita terlupa atau sengaja melewatkan zakat fitrah sehingga terbenamnya matahari, iaitu masuk hari kedua Syawal, maka ia akan dikira BERDOSA dan wajib mengqadakannya!
so elok sangatlah disegerakan menunaikan zakat fitrah tanpa perlu menunggu sebelum solat hari raya, kang tak pasal-pasal ‘terjatuh’ ke dalam waktu haram dan berdosa kerana terlewat bayor
anyway, rakan blogger Haji Arshad ada hantar gambor orang Mekah/ Saudi bayar zakat fitrah
laaaaa simple tu, buka booth macam jual prepaid je, takde kerusi, takde salam, takde doa, lepas bayor amil akan bagi resit je, pastu SELESAI hehehe
oklah, aku stop blogging dulu sempena menyambut lebaran
senang-senang dalam tiga empat hari lepas ni tryler buka blog aku kalau ada entry baru, InsyaAllah, aku akan cuba menulis balik (walau perut dah kembong belasah kuih raya)
SELAMAT HARI RAYAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!
Selamat Hari Raya Eidil Fitri sdra Syahril.selamat bertemu keluarga tersayang.berhati2 dijalan raya