rasanya dah ramai yang pulang dari kampung halaman masing-masing untuk memulakan tugas seperti biasa mencari rezeki
masing-masing membawa 1,001 kenangan pulang beraya di kampung, pastinya ada yang gembira, ada yang berduka dan tak kurang juga yang TAK RASA APA-APAPUN (terutamanya yang tak puasa)
yelah bulan puasakan bulan beribadah, Raya pula adalah satu bentuk kemenangan setelah sebulan lamanya menahan lapar dan dahaga, menahan nafsu segalanya
kalau dah puasa pun entah ke mana, nak rayakan kemenangan apa kejadahnya
cakap pasal Raya baru ni, aku pun ada kenangan tersendiri macam korang semua hehehe…cuma takdelah lama bercuti pun
persiapan pun seadanya saja, aku sendiri sehelai baju baru pun tak beli, hanya ‘recycle’ apa yang ada terutama baju Melayu
kebetulan akulak tak reti pakai baju Melayu ni lama-lama, selalunya lepas Zohor je aku dah buka dan pakai baju biasa
sampin lagilah, seingat aku dah lebih lima tahun aku tak beli sampin, apataknya setahun dua kali je pakai sampin, pertama Raya Aidil Fitri, kedua Raya Haji
itupun adalah kot dalam setengah jam, pastu semuanya terburai hehehe
bab makan lagi spoil, entah naperlah lidah aku ni takleh masuk makan ‘tipikal’ Raya seperti ketupat, rendang, lontong semua tu, lemang pun setakat lima enam hiris je aku telan
bila pergi beraya, aku buat-buatlah ‘eksyen’ ambik itu ambik ini (nak jaga hati tuan rumah), pastu perlahan-lahan aku ‘passing’ pinggan aku kat anak buah yang lain
actually, tahun demi tahun aku perasan, sama ada sedar atau tidak, ‘trend’ menyambut Raya pun sebenarnya dah makin berbeza
contohnya dulu kalau balik kampung terutamanya yang keluarganya besar, toilet akan jadi masalah sebab masing-masing berebut nak mandi terutama pagi Raya
tapi sekarang ni yang jadi masalah adalah PLUG pulak, apataknya, dah makin ramai yang pakai gajet seperti Ipad, Iphone, Galaxy Tab, BlackBerry dan macam-macam lagilah
kekadang dalam satu famili, abih anak-beranak, Paksu, Pakngah, Palong pakai gajet, malah atuk ngan nenek pun dah pandai pakai handphone sampai plug kat rumah FULL HOUSE, berselirat kabel charger di sana sini!
begitu juga trend pakai kereta saiz besor-besor, panjang-panjang dan lebor-lebor macam MPV
sampai tempat parking yang dulu boleh muat tiga empat biji kereta, sekarang ni kalau dah masuk Alphard dua biji sebagai contoh, padat jadinya
dulu kalau bab mercun ngan bunga api ni, budak-budak cukup teruja, tapi sekarang ni tak mainlah mercun katak atau bunga api lidi tu
depa la ni main mercun ala-ala nak sambut Merdeka la pulak, punyalah kuat bunyinya, macam-macam bentuk yang terhasil sampai orang kat Besut pun rasa macam duduk kat Dataran Merdeka!
dan yang paling tak best, banyak rumah yang aku pergi, anak beranak diaorang buat layan tak layan je bila kita datang, diaorang lebih concentrate layan internet, FB ngan main game, mak bapak diaorang jelah yang sibuk ke dapur dan melayan kita yang datang berziarah ni
apapun Alhamdulillah raya tahun ini tidaklah sebegitu perit macam tahun lepas
segalanya berjalan lancar tanpa ada banyak masalah, jalan raya pun smooth je, syukur pada Allah kerana tak banyak berlaku tragedi kemalangan sepanjang musim Raya tahun ini
suatu hari di hari Raya….
Sekarang ramai yang balik kampung (mana-mana yg datang drp keluarga besar) lebih selesa menyewa Homestay ataupun hotel di pekan berhampiran kampung. Kuala Kangsar contohnya hotel ‘fully booked’ untuk malam raya.
Salam…memang betul Syahril, sekarang ni kalau kita pergi beraya, cuma mak dan bapak diaorang je yg layan kita… anak2 ..hampeh…duk depan pc.ngan hp .main fb, games ..tak pun layan cerita kat tv. Camna nak kenal sedara.. padahal time ni lah kita nak kenal sedara. ada tak ada, budak2 tu cuma salam kita masa kita datang dan nak balik je…
Sama dengan yg kat rumah tu….kena rumah pakai router wifi… berkurung dalam bilik ler jawabnya…. yang orang tua ni terkirai-kirai layan sedara mara…. hehehe…
yup betoi tu itupon mak ayah diaorang suruh salam kalu x haram…..aper pun aku nak duit raya syahril warna kuning tu sekeping
Salam,
bang syahril, maaf nak tanya di luar topik skit ni. dulu ada blog kawan bang syahril, greatdaddy.ekawan.blog, mcm abang jugak dia tulis mcm2 rencah kehidupan. dulu ada juga abang refer kat blog dia kan. sekarang dah hilang. dia buka blog baru ke?
bang syahril pun dah jarang menulis dua tiga menjak ni..nanti boleh tulis banyak2 lagi yer..kami suka membaca 🙂
azmi kb
Lama betul abang kita ni tak update blog. Mana pi tak tau. Hari-hari datang jenguk. Hehe.
Dah lama kahwin tapi masih belum menimang anak?