ketika aku di Hatyai, aku dimaklumkan oleh bell boy hotel tempat aku menginap yang bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ada di bandar itu kerana mengadakan pertemuan dengan beratus bekas anggota komunis PKM yang datang dari Kuala Lumpur
sebenarnya darah aku menyirap ketika itu, bukan sebab apa, aku cukup geram dengan bekas-bekas komunis ini yang masih menyanjungi bos mereka itu walaupun mereka semua sudah menyatakan persetujuan untuk meletakkan senjata dan tidak lagi meneruskan perjuangan bersenjata terhadap kerajaan
sebenarnya aku dari dulu nak sangat jumpa Chin Peng, lelaki yang bertanggung jawab di atas pembunuhan ramai rakyat negara ini dan anggota keselamatan seperti polis dan tentera
lebih daripada itu, aku nak sangat bertemu lelaki yang cukup dibenci oleh arwah bapa aku, dulu arwah sering beritahu betapa beliau tidak sabar untuk memuntahkan peluru ke tubuh Chin Peng setiap kali bertempur di dalam hutan
arwah bapa aku adalah bekas pegawai waran dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)
untuk rekod, dari tahun 1948 hingga 1960, komunis dibawah kepimpinan Chin Peng telah membunuh 18,000 nyawa mereka yang tidak berdosa, enam puluh peratus daripadanya adalah orang awam
kini peluang tersebut ada di dapan mata, namun hati aku berbelah-bagi, aku teringin nak jumpa Chin Peng tapi pada masa yang sama aku sangat benci mendengar namanya, apatah lagi untuk melihat wajahnya
tetapi aku nekad…setelah mendapatkan sedikit ‘detail’ dari bell boy tersebut, aku dan rakanku, Nazir pergi ke Hotel Lee Garden
setibanya kami di sana, aku sangat terkejut kerana begitu ramai anggota bekas komunis dari Malaysia ada di lobi hotel berkenaan, semuanya kerana nak jumpa ‘sifu’ mereka, Chin Peng
masa tu jugalah aku terserempak dengan pembikin filem bebas, Amir Muhammad
Amir sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila menghasilkan filem Lelaki Komunis Terakhir, orang kata filem tu pasal Chin Peng, entah aku pun tak tahu yang pasti aku dengar filem itu diharamkan oleh kerajaan
then aku pun tegur Amir, aku tanya dia, awak nak jumpa Chin Peng ke?
Amir menafikannya, melihat reaksinya yang seolah-olah tidak selesa dengan pertanyaaan itu, aku pun malas citer banyak dengan dia, lantaklahkan
actually aku difahamkan ada majlis makan malam sebelum itu di antara Chin Peng dan pengikutnya bagi mengenang kembali perjanjian damai yang mereka tandatangani antara PKM dan kerajaan Malaysia, patutlah ramai
tidak lama kemudian aku terlihat susuk seorang lelaki tua yang macam aku kenal sedang berjalan ke arah kami, then kesemuanya yang ada kat lobi itu terus mengerumuninya
” Alamak, inilah Chin Peng!,” tiba-tiba perkataan itu terkeluar dari mulut aku
jantung aku terus berdebar kencang…dalam hati berkata, inilah musuh nombor satu negara rupanya
kemudian entah macam mana aku juga boleh automatik meluru ke arahnya
Chin Peng terus menghulur tangannya untuk bersalam dengan aku
terus terang aku cakap kat korang, inilah saat yang paling dramatik dalam hidup aku
memang, aku rasa macam tak sanggup nak salam dengan dia
masa tulah aku terbayang visual kekejaman komunis yang membunuh ramai orang tidak berdosa, seperti mana yang terjadi dalam serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dulu, bapak dibunuh, ibu dibakar, anak diseksa, ya Allah tak dapat aku bayangkan betapa tidak berhati perutnya komunis ketika itu
namun aku sedar, sebagai orang Melayu, adalah satu perbuatan yang kurang ajar jika menolak salam seseorang
lalu salamnya pun aku sahut, terasa panas tapakn tangannya, sepanas darah yang mengalir di tubuh insan-insan tidak berdosa yang pernah menjadi mangsa kekejaman dia dan pengikutnya
lepas tu datang pula Abdullah C.D, pemimpin komunis Melayu…dia juga sudah tua dan agar uzur
sekali lagi aku bersalam dengan dia dan konco-konconya
bila aku renung kembali gambar kenangan antara aku, Chin Peng dan Abdullah CD malam tadi, ingatan aku terus kepada arwah abah
aku rasa arwah kalau hidup juga mungkin tak sangka, dia yang bersusah payah memburu Chin Peng, anak dia yang sorang ni leh senang-senang je ambil gambar berdua hehehehe
yang pasti aku tidak pernah langsung bangga dapat bergambar dengan Chin Peng mahupun Abdullah CD
tapi itulah….semua dah jadi sejarah
dan sejarah jugalah yang akan menghakimi perbuatan mereka berdua selama ini, Wallahualam
SAK: Chin Peng disahkan mati pada 16 September 2013 di Bangkok, Thailand dalam usia 90 tahun. Ironinya, dia mati pada tarikh yang sama Malaysia dibentuk.