AKU rasa aku dah cukup terkejut bila suspek kes rompak Ambank yang menembak pegawai bank tempoh hari adalah warga Indonesia yang memegang kad pengenalan atau IC palsu (gambar di atas)
tapi bila aku baca Utusan Malaysia hari ini, aku jadi LEBIH TERKEJUT kerana Pengarah Siasatan Dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Wan Zakaria Wan Awang mendedahkan yang pihak mereka pernah menahan seorang warga Filipina yang mempunyai kad pengenalan palsu tetapi bekerja sebagai pengawal keselamatan yang menjaga stor senjata api syarikat tempat dia bekerja.
Ini betul-betul gila!
kalau dia smuggle bagi M16 kat tentera Sulu pun aku rasa tak siapa boleh tahu!
inilah kelemahan kita di Malaysia…undang-undang kita cantik, cukup kemas
kalau dalam bab nak rangka peraturan kita memang champion – tapi dalam bab PENGUATKUASAAN kita selalu gagal
kalau aku nak hurai pasal kelemahan penguatkuasaan ini sampai esok pun tak habis
kekadang rasa buat habis air liur je sebab akhir sekali akan kedengaranlah lagu Bangau oh! Bangau – jabatan ini salahkan jabatan ini, orang ini salahkan orang ini
peristiwa pembunuhan pegawai Ambank, Norazita Abu Talib sebenarnya telah mendedahkan kepincangan yang sangat dahsyat khususnya dalam industri sensitif seperti syarikat2 keselamatan di negara kita
di pihak bank pula, awal-awal lagi nampak macam dah lepas tangan…bagi mereka once diaorang dah lantik syarikat kawalan keselamatan maknanya mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka, bullshit!
bagi aku bank-bank ini pun perlu ‘dibasuh’ jugak, jangan hanya nak fikir untung saja
kalau diaorang serius bab keselamatan premis, hartabenda ataupun staff mereka, patutnya mereka dah lama ada pengawal mereka sendiri dan bukannya main ‘sub’ saja pada syarikat keselamatan
dalam bab ini aku angkat topi pada BSN kerana ada unit Polis Bantuan sendiri yang memang dilatih oleh PDRM.
kalau BSN boleh buat, kenapa bank lain tak buat benda yang sama?
Pos Malaysia yang keuntungan mereka jauh lebih rendah dari bank-bank ini pun boleh ada pasukan Polis Bantuan sendiri bro
percayalah, kalau benda ni tak ditangani betul-betul, jangan terkejut lebih ramai lagi manusia tidak berdosa seperti Norazita akan menjadi mangsa pada sistem yang cukup kacau bilau ini, serius!
SAK: Selalu nampak ‘jaga’ yang tidur dan tak jaga-jaga.
Tahniah BSN 😀