
KEMBARA aku di bumi Sydney bermula dengan mengunjungi lokasi wajibnya iaitu Three Sisters.
Cara nak ke sana paling mudah naik keretapi dari Central Station.
Dari Central korang amik keretapi dua tingkat terus ke Blue Mountain.
Keretapi akan berhenti di Strathfield, Parramatta, Penrith, Emu Plains dan seterusnya ke Blue Mountains.
Three Sisters yang terletak di kawasan Blue Mountains, kira-kira 104 kilometer di barat Sydney cukup terkenal di kalangan masyarakat tempatan
Lokasi ini juga menjadi tarikan pelancong yang ingin melihat lebih dekat kawasan pergunungan mengagumkan itu
Three Sisters yang terletak dalam lingkungan Taman Negara seluas 200,000 hektar berpusat di Katoomba, jika dilihat dari sudut saintifiknya terjadi akibat proses luluhawa sejak ratusan ribu tahun lamanya

Mengikut cerita, disebabkan terikat dengan adat dan peraturan nenek moyang, seorang ahli sihir menukar tiga anak perempuannya yang jelita menjadi batu
tiga beradik itu yang dikenali sebagai Meenhi, Weemala dan Gunnedoo dari suku Katoomba yang tinggal di Lembah Jamieson, dikatakan mempunyai hubungan dengan tiga wira gergasi dari suku Napean

Berdasarkan keturunan, tiga beradik itu tidak dibenarkan berkahwin mengikut undang-undang masyarakatnya
namun begitu, tiga wira berkenaan tidak mempedulikan peraturan itu, malah nekad memperisterikan perawan tiga beradik terbabit secara paksa
namun, hasrat mereka ditentang kumpulan yang ingin mempertahankan adat resam hingga terjadinya peperangan hebat
mengikut hikayat itu, bagi menjaga keselamatan ketiga-tiga perawan daripada menjadi mangsa peperangan, bapa mereka iaitu ahli sihir terbabit menukar tiga anak gadisnya menjadi batu
apabila peperangan tamat, mereka dijanjikan akan ditukarkan semula kepada bentuk asal
namun, hasrat itu tidak kesampaian apabila ahli sihir terbabit terkorban dalam peperangan
disebabkan itu, sehingga kini tidak ada siapa yang boleh menukarkan semula ketiga-tiga beradik itu kepada bentuk asal mereka
akhirnya, tiga adik beradik yang amat cantik paras rupa mereka itu kekal menjadi batu
mereka dikatakan membentuk tiga gunung yang terletak bersebelahan antara satu sama lain buat selama-lamanya

namun, baik mitos atau proses luluhawa, keindahan dan keunikan Blue Mountains dan Three Sisters cukup mengasyikkan
ia menjadi antara pusat tumpuan pelancong berteraskan eko-pelancongan yang tersohor di bumi kangaru itu
selain menikmati pemandangan mengasyikkan Three Sisters, pelancong juga boleh menghayati ketakjuban fenomena indah Blue Mountains dengan menaiki kereta kabel ‘Skyway’


pelancong juga boleh menyelusuri celah dan ruang lantai pergunungan itu dengan menaiki tren yang dikawal selia syarikat pelancongan Scenic World.


bagi pelancong yang ingin menjelajah alam flora dan fauna di Blue Mountains, Scenic World menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengetahuan tinggi mengenai jenis pokok serta hidupan yang boleh ditemui di kawasan pergunungan itu.
malah, mereka juga boleh menjejaki laluan yang disediakan khas di lantai pergunungan sambil menghirup udara segar dan nyaman selain menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan – BHarian.

SAK: Mula-mula aku rasa macam tak nak pergi je tempat ni sebab agak jauh, tapi bila dah sampai ternyata ia MEMANG WAJIB untuk dikunjungi. Kalau tak pergi, maknanya pengembaraan korang ‘cacat’ le hehehehe. Memang tak rugi!
Like this:
Like Loading...
Read Full Post »