Feeds:
Posts
Comments

Archive for January, 2014

 

1654093_10152155185318050_1484019498_n

SIAPA makan daging, siapa dapat lidi?

Siapa dapat kuah, siapa kunyah kacang…siapa membakar, siapa yang rentung??

Siapa dapat baki, siapa dapat untung???

Read Full Post »

Gigi-Chao-father-p_2463119c

INI cerita betul. Bukan tipu.

Kesian pakcik Chao. Dia ada anak nama Gigi. Gigi ni dah bantai bercinta dengan pengkid.

Pakcik Chao ni nak kata kaya sangat tu idokler, tapi antara manusia terkaya kat Hong Kong jugaler.

Sebab risau pasal anak dia tu, dia offer RM433 juta kalau korang boleh pisahkan pengkid tu dengan anak dia, sekaligus jadi suami anak dia tu.

ef1e2f98f411b835efab63c10e012e90

Setakat ni dah 20,000 permohonan yang diterima dari lelaki seluruh dunia nak ngorat anak Pakcik Chao, sorang pun anak dia tak berkenan.

Kesian pakcik Chao. Kalau korang rasa boleh jadi lelaki idaman anak pakcik Chao, cubalah apply, mana tahu jodoh.

Pakcik Chao open minded, syarat ko lelaki tulen le, jangan ‘lelaki jadian’ pulak, pakcik Chao memang tak suka!

Sekali lagi ini cerita betul. Bukan cerita tipu. ‪#‎kesianpakcikchao‬

120928-hk-daughter-7a.photoblog600

Read Full Post »

PENJELASAN Jabatan Meteorologi Malaysia:

” Bandar-bandar seperti Subang Jaya, Kota Kinabalu, Sandakan, Kota Bharu, Kuantan dan Petaling Jaya akan mengalami suhu di bawah 25°C, menyamai Cameron Highlands dan Genting Highlands.

“Penurunan suhu adalah disebabkan oleh angin sejuk dari monsun Timur Laut. Suhu dingin biasanya direkodkan di Pantai Timur dan kawasan utara Semenanjung Malaysia kerana angin monsun Timur Laut yang cukup kuat. Tambahan lagi angin bertiup dari Tanah Besar China, yang sedang mengalami salji sekarang.

” Selain itu, cuaca yang baik dan tidak mendung di Malaysia minggu ini telah membantu mengurangkan suhu di awal pagi dan waktu malam. ”

NOTA: Sejuk punya pasal, ini ‘ubat’ dia!

012

Read Full Post »


malaysian couple sweden

RAMAI yang tanya aku, apa yang Azizul Raheem dan wifenya buat kat anak diaorang sampai kena tangkap kat Sweden.

Beginilah, yang aku diberitahu, salah seorang anak lelakinya tak sembahyang jadi si bapa pukul tangan si anak tu.

Tak cedera dan tak lebam pun.

Bila anak dia pergi sekolah, cikgu tanya kenapa murung. Anak dia pun ceritalah apa yang terjadi.

Apalagi cikgu tu terus buat report, esok tu polis datang tangkap dan sumbat diaorang dalam penjara manakala anak-anak diorang dibawa oleh pejabat kebajikan, aduh sedihnya.

1525774_10200811634167195_377101517_n

Kedua-duanya sekarang ditahan di penjara berlainan. Dah sebulan dah. Dalam The Star hari ini disebutkan, dibawah Section 5 Swedish Penal Code;

” Does not carry any penalties but parents are liable to be jailed for between six months and 10 years, depending on the severity of the crime”.

Malah sekiranya mak bapak didapati tak bersalah pun, mereka akan hilang hak penjagaan!

Mereka perlu merayu ke mahkamah kalau nak anak2 diaorang semula.

Mari kita doakan supaya Allah melindungi mereka semua. Amin.

Read Full Post »

41385961938_295x200

DOA SEORANG AYAH…Ada satu cerita menarik.

Ingat tak kes pembunuhan tiga beradik di Kedah tempoh hari?

Hari ini polis mengesahkan suspek utama telah ditangkap dan kes itu selesai akhirnya setelah sekian lama.

Yang aku nak kongsikan di sini, sejak kejadian itu, setiap hari selepas solat Isyak, bapa mangsa Rusdi Rani akan buat solat hajat minta petunjuk dari Allah siapakah pembunuh anak-anaknya itu.

Genap 44 hari semalam, salah seorang anaknya muncul dalam mimpi Rusdi;

“Along datang dengan wajah berseri-seri menemui saya, sambil memaklumkan NAMA seorang lelaki. Dia cakap pada saya. Abah kalau ingin selesai kes kami cepat, pergilah tangkap lelaki itu.”

Difahamkan nama itu kemudian diserahkan pada polis hingga membawa kepada penangkapan suspek-suspek.

Aku percaya, polis buat tangkapan bukan bersandarkan mimpi tetapi melalui bukti-bukti, namun setidak-tidaknya nama tersebut ‘mungkin’ telah berjaya memecah kebuntuan kes itu, siapa tahu?

blogger-image-785168405

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

” Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. – al-Baqarah (2): 186

Read Full Post »


1531922_10151874903436762_1840956638_n

SEPANJANG bertugas sebagai wartawan jenayah dulu, ada beberapa insiden yang cukup menyentuh hati aku terjadi di depan mata.
Selalunya bila berlaku kemalangan maut, kita akan lebih teruja nak berhenti untuk tengok, ambil gambar lepas tu blah dari situ.
Tapi masih ada insan, yang bukan saja tengok, tetapi SUDI menadahkan tangan membaca Al-Fatihah dan berdoa pada si mati.
Kelmarin berlaku insiden sepasang suami isteri warga emas maut dirempuh komuter masa baru pulang dari kedai runcit di Jalan Reko, Kajang.
Kemudian seorang hamba Allah yang tidak dikenali, sempat duduk di lokasi kejadian dan membacakan Yassin kepada kedua-dua mangsa sewaktu pasukan keselamatan sedang menguruskan mayat tersebut.
Subhanallah.  Mungkin dia keluarga, jiran atau kenalan mangsa, Wallahualam, tetapi perbuatannya itu sangat mulia.
Hanya Allah yang dapat balas jasa dan budi baik lelaki yang tidak dikenali itu. #speechless
(Gambar dari FB Jabatan Bomba)

Read Full Post »

???????????????????????????????

TAHNIAH Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib kerana diberi anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan pada tahun ini.

Aku ingin berkongsi kisah sewaktu menemubual beliau ketika di Lahad Datu tempoh hari.

Ketika itu ‘tengah hangat’ isu serangan puak Sulu di Kampung Tanduo dan kawasan sekitarnya.

Aku ketika itu menemubualnya kerana ingin ‘mengorek’ rahsia bagaimana beliau menghadapi tekanan bila anggota-anggotanya dibunuh dan bagaimana dia selaku Ketua Polis menangani insiden yang cukup menggemparkan itu.

” Al-Quran adalah sumber kekuatan saya…setiap pagi selepas solat Subuh, sesibuk mana pun atau sejauh manapun stress saya ketika itu, saya tetap akan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai, sekarang lebih mudah kerana saya boleh membacanya menerusi telefon bimbit saya.

” Dan seperti mana orang Islam lain, saya akan pastikan tidak tertinggal solat walau dalam keadaan apapun…Alhamdulillah, berkat ayat suci yang dibaca, selain solat lima waktu itu, saya rasa cukup tenang dan lebih berkeyakinan dalam setiap tindakan yang saya ambil khususnya dalam Ops Daulat ini.

” Alhamdulillah, saya boleh katakan sehingga kini, saya tidak merasa terlalu tertekan dan terbeban dengan apa yang sedang berlaku, ada saja perkara yang dimudahkan-Nya, ada saja jalan keluar dalam setiap masalah yang ditempuh,” katanya perlahan.
————————————————
“Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan!,”

Begitulah kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib kepada pertanyaan seorang wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 dalam sidang akhbar di pusat media Ops Daulat di Felda Sahabat, Lahad Datu petang semalam.

Ketika terus diasak oleh wartawan terbabit kononnya pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram III mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini pada 1 Mac lepas.

“Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram III kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata,” katanya dengan suara yang lebih tegas.

Begitulah Hamza. Pegawai polis yang kini menjadi tumpuan seluruh negara setiap hari.

Masakan tidak, sebagai orang nombor satu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri itu, beliau kini sedang diperhatikan baik di dalam mahupun di luar negara, tentang bagaimana beliau mengendalikan insiden pencerobohan pengganas militan Sulu.

Puluhan wartawan yang membanjiri pusat media sudah ‘masak’ dengan perangainya. Dengan riak mukanya yang bengis, ditambah susuk badan yang tegap, pegawai kanan polis itu ternyata tidak akan melayan sebarang pertanyaan yang disifatkannya berbaur ‘dengar cakap’ atau soalan provokatif yang tidak disokong dengan fakta yang kukuh.

Namun kesempatan menemui Hamzah secara eksklusif semalam membuktikan yang beliau bukanlah seorang yang bengis atau ‘cepat melatah’ seperti yang disangka ramai pihak.

Lebih sejam kami menemubual beliau dari hati ke hati, berkongsi kisah suka dukanya selama bergelar pegawai polis termasuk pengalamannya berhadapan dengan insiden pencerobohan puak pengganas militan Sulu ini.

” Sebenarnya saya bukanlah tidak mesra atau susah untuk didekati, tetapi sebagai antara pegawai yang bertanggungjawab menyusun gerak kerja dan operasi pasukan keselamatan terutama dalam Ops Daulat ini, saya harus bijak untuk membezakan atau emosi dan profesionalisma.

” Marah memang marah bila ada anggota kita yang terbunuh dalam pertempuran, geram memang geram bila mendapat tahu ada anggota kita yang diseksa dengan begitu kejam, namun saya kena rasional dan tidak boleh membiarkan emosi menguasai diri, kalau tidak kita mungkin hilang fokus dan itulah yang ditunggu-tunggu oleh musuh kita.

” Mungkin anda (wartawan) melihat saya garang, tetapi saya bukanlah garang seperti yang disangkakan itu, cuma adakalanya saya dilihat tegas terutama kalau soalan yang dikemukakan tidak bersandarkan hakikat yang sebenar,” katanya.

Dalam kesempatan bertemu dengan beliau secara peribadi itu, kami turut meminta beliau berkongsi pengalamannya ketika mula-mula mendapat tahu tentang insiden tersebut.

Menurut Hamza, beliau ketika itu sedang berada di rumah apabila dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah (OCPD) mengenai perkara berkenaan.

Mengakui agak terkejut dengan berita itu, Hamza berkata, beliau bagaimanapun tidak cepat melatah.

Beliau dengan kadar segera memanggil mesyuarat khas membincangkan kaedah dan strategi bagi menangani masalah itu dengan pegawai-pegawai kanannya.

Serentak dengan itu, kata Hamza, segala perancangan dibuat dengan teliti dan terus dilaksanakan tanpa berlengah lagi.

” Kalau ikutkan hati marah, mungkin kita akan terus mengambil keputusan untuk membedil atau menyerang kedudukan musuh tetapi ramai orang tidak faham, ia tidak semudah itu kerana banyak faktor perlu diambil kira.

drt

” Kita (Malaysia) terkenal dengan pendekatan yang lebih diplomasi, tindakan keras seperti yang awak lihat sekarang terpaksa diambil setelah mereka (pengganas) mengambil tindakan yang berlawanan, sedangkan peluang dan masa yang secukupnya telah diberikan kepada militan Sulu ini,” katanya bersemangat.

Kami kemudiannya menanyakan soalan yang lebih ‘lembut’ kepada Hamzah.

Kami meminta beliau berterus-terang bagaimana beliau menangani dan menghadapi masalah yang cukup mencabar ini.

Ketika ini kami melihat wajahnya berubah. Suaranya yang agak kasar tadi tiba-tiba menjadi perlahan. Serentak dengan itu dia merenung wajah kami satu persatu.

Mengenai ‘bosnya’ iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, beliau berkata, sebagai pegawai bawahannya, beliau bertanggung jawab untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada Ismail walau dalam keadaan sesukar mana sekalipun.

Beliau mengakui, bosnya itu juga adalah manusia biasa, mana mungkin terlepas daripada merasa tekanan, namun beliau lega kerana Ismail dapat melaluinya dengan baik sekali.

” Kami banyak berbual, berbincang malah adakalanya kami tidur bersebelahan…begitu juga dengan pegawai-pegawai kanan yang lain, kami ibarat satu keluarga. Kami akan terus bersama di saat suka dan duka, itu yang pasti,” katanya.

Di akhir perbualan tersebut, kami mengambil kesempatan bertanyakan mengenai perasaannya bila melihat ramai pegawai dan anggotanya gugur dalam pertempuran menentang pengganas Sulu ini.

Beliau terdiam seketika. Terasa begitu berat untuk Hamza menjawab soalan tersebut.

” Saya pun ada anak dan isteri, bayangkan kalau mereka terpaksa melalui perkara yang sama…tiada perkataan yang boleh menggambarkan perasaan saya tetapi itu perjuangan yang telah kami semua (pasukan keselamatan) pilih.

” Ketika berkahwin dulu, inilah yang saya selalu ingatkan pada isteri saya tentang risiko bertugas dalam pasukan. Alhamdulillah beliau (isteri) cukup faham apa yang saya lalui ketika ini, lagipun saya bukan baru dalam melalui pengalaman berhadapan dengan musuh.

” Masa mula-mula ditauliahkan sebagai Inspektor dulu, saya pernah ditugaskan melawan pengganas komunis, kemudian beralih kepada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) sehinggalah mengetuai jentera pasukan di Sabah ini…semua ini adalah pengalaman yang mematangkan saya,” katanya.

Hamza juga berkongsi dengan kami mengenai keluarga beliau.

Katanya, beliau bersyukur kerana anak-anaknya telah berjaya dalam karier yang mereka ceburi.

Ada di antara mereka, katanya, berkelulusan undang-undang dan ada yang sudah bergelar doktor perubatan.
” Anak saya ini cukup manja dengan bapa mereka, sebab itu bila melihat anak pegawai dan anggota saya yang terkorban menangis di sisi jenazah bapa kesayangan mereka, saya cukup faham apa yang mereka lalui.

” Tetapi inilah perjuangan, benda-benda ini terpaksa kita telan kerana kita telah bersumpah untuk menjaga kedaulatan agama, bangsa dan negara kita yang tercinta biarpun besar manapun cabaran di depan mata,” katanya bersemangat.

Sepanjang hampir sejam berbual dengan beliau, ada saja bunyi deringan telefon bimbit beliau yang menganggu perbualan kami.

Namun Hamza dengan tenang melayan setiap panggilan yang masuk.

Beliau kemudian meminta diri untuk beredar bagi meneruskan tugas yang tak pernah berhenti sejak Subuh tadi.

Malam semakin larut. Hamzah masih berpakaian lengkap.

” Adakalanya saya hanya tidur tiga jam sehari,” katanya tersenyum sebelum beredar.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

SALUT!

Read Full Post »

inilah makam Rasulullah SAW yang diambil dari lensa kamera kecilku…

KITA sibuk mencari cinta dan memburu kasih manusia, tapi kita makin lupa dan jauh dari insan paling mulia disisi Tuhan, Rasulullah SAW.

Bibir kita lebih basah dek kopi dari basah berselawat ke atas-Nya. Rasulullah SAW demam beberapa hari sebelum wafat di Madinah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah, bersamaan 8 Jun tahun 632 Masehi.

Aku masih ingat saat dan detik menziarahi makam Baginda, satu moment yang cukup sedih dan menghibakan, rasa diri terlalu ‘hina’ bila melewati pusara Baginda.

Malu dan rasa diri ini terlalu kotor…tetapi aku percaya, Baginda tidak melihat aku begitu. Baginda menyayangi umatnya…ummati, ummati, ummati… 

Selamat menyambut Maulidur Rasul

———————

sesungguhnya kita umat Islam memang digalakkan sangat-sangat menziarahi makam Rasulullah SAW sebagai tanda kasih dan cinta kepada baginda

ketika mula-mula masuk ke Masjid Nabawi, perkara pertama yang dalam otak dan fikiran aku adalah nak ziarah Makam Rasulullah

keinginan yang terlampau tinggi itu membuatkan aku tak fikir panjang, dengan tanpa bertanya pada siapa-siapa, termasuk mutawif yang disediakan oleh pihak pakej, aku terus meluru masuk

sudahnya aku ‘lost’…bukan ‘lost’ apa, tahu jelah, Masjid Nabawi ni sangat besar…aku dah panik, mana aku nak tuju ini sebenarnya, nak ke kiri ke, nak ke kanan ke, nak ke depan ke, nak ke belakang ke

bayangkanlah punya luas…

lagi pun takkanlah pihak masjid nak letak signboard kat dalam masjid pulak kan

akhirnya aku ambil keputusan untuk solat sunat dulu

lepas tu aku berjalan perlahan-lahan sambil mata melilau mencari arah mimbar masjid

sambil berjalan aku bercakap dalam hati…ya Rasulullah aku datang, ya Rasulullah aku datang mencarimu…masa tu sebak sungguh rasa hati

tiba-tiba aku melihat satu kawasan yang cukup ramai dengan jemaah, aku juga ternampak barisan tiang-tiang yang agak berbeza daripada barisan tiang masjid yang lain

Subhanallah, ramainya manusia nak ziarah Makam Rasulullah

kawasan tersebut juga cukup bersinar, dilimpahi lampu dan keindahan yang sukar nak aku ceritakan di sini

aku yakin, aku dah sampai di kawasan Raudhah…melalui pembacaan aku, di Raudhahlah tempat di mana terletaknya Makam Rasulullah

indahnya Raudhah…

sebenarnya sebelum sampai ke sini, di Malaysia lagi boleh dikatakan setiap hari menjelang pemergianku ke sini, aku tengok foto Makam Rasulullah kat Google

jadi sedikit sebanyak aku dah dapat gambaran bagaimana ‘rupa’ makam yang nak aku tuju itu

tekaan aku tepat, Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga sampai ke makam Baginda

Assalamualaikum ya Rasulullah..

masa tu airmata ni dah tak boleh nak tahan dah bang…bayangkan, makam manusia yang sangat dimuliakan Allah kini betul-betul berada di depan mata

Dialah penghulu kejadian, makhluk termulia, rahmah seluruh alam, tersuci antara manusia, penyempurna edaran zaman, perantara sebenar, yang dibenarkan kata dan perbuatannya, nabi penyayang, pemurah, agung pekertinya, tiada cacat celanya, nabi yang terakhir!

firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 107 yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam

ayat ini saja sudah menerangkan betapa Rasulullah adalah manusia paling agung dan dimuliakan segala makhluk yang ada di bumi sehingga hari kiamat, Allahu Akbar!

lebih sebak lagi bila mengenangkan betapa sukarnya dan teruknya cabaran yang Baginda terima dalam berdakwah, dihina, dikeji, diboikot, diperangi hingga ke peringkat hendak dibunuh oleh mereka yang enggan menerima hidayah Allah

bayangkan, bagaimanalah air mata ini tak menitis apabila mengenangkan betapa sayang dan kasihnya Baginda pada kita umatnya

sampaikan di saat nyawanya hendak ditarik pun, Dia minta agar jangan kesakitan waktu sakaratul maut itu ditimpakan pada umatnya, cukuplah Dia seorang yang menanggungnya

dan di saat ajalnya, yang ditanya Baginda pada Jibril adalah;

“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”

“Jangan khuatir wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan Syurga kepada sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya” kata Jibril

Baginda kemudiannya meninggal dunia sejurus selepas menyebut-nyebut perkataan, “Ummati, ummati…. (Umatku, umatku…).”

Rasulullah wafat di pangkuan isteri tercinta, Sayyidah Aisyah RA, pada hari Isnin, 12 Rabi’ul Awwal 11 Hijrah, bertepatan dengan tarikh 3 Juni 632 Masehi, dalam usia 63 tahun

aku beredar dari makam Rasulullah setelah berdoa dan menyampaikan salam keluarga serta sahabat-sahabat di Malaysia kepada Baginda

Alhamdulillah, sepanjang masa di Madinah, boleh dikatakan setiap hari aku diberi Allah keizinan untuk menziarahi Baginda, dan setiap kali itu jugalah, aku tak mampu menahan kesedihan, dan aku yakin siapa juga yang ada di situ PASTI mengalami perasaan yang serupa…Allahu Akbar…

kalau ada kesempatan, datanglah…rasailah, nikmatilah…seseungguhnya ruang yang terhad ini tidak mampu untuk menggambarkan segalanya

Read Full Post »

salamiah-hassan

“…nasibku dirundung, sederas gelombang, menghempas di pantai. Di malam aku ternoda, oleh sinar cahaya, dijendela. Tiada esok lagi, suram masa depan, cemar hidup ini, tiada erti ” – lagu Gelombang

.

AKU mula mengenali penyanyi Salamiah Hassan bukan melalui lagu-lagunya, tetapi melalui iklan-iklan di televisyen.

Kalau dulu bila kita tengok iklan di tv, boleh dikatakan semua suara penyanyi wanitanya adalah orang yang sama.

Sebut saja iklan apa…Adabi, KFC, Coke, iklan Raya EON atau apa saja.

Apa taknya, pelantunnya tak lain dan tak bukan adalah Salamiah sendiri

Kemudian aku mula meminati lagu ‘berhantu’ Salamiah iaitu Gelombang dan Menghitung Hari.

Memang, aku memang teringin nak tengok ibu kepada penyanyi Atilia ini beraksi secara live, sebab itu apabila Istana Budaya menganjurkan konsert penyanyi itu sebagai ‘pembuka tirai’ 2014, aku menjadi sangat teruja!

Ternyata keterujaan aku tak sia-sia apabila wanita berusia 63 tahun itu berjaya menyampaikan lebih 25 lagu secara selamba, tak padan dengan usianya.

sal4

Lebih menarik lagi, kelunakan suaranya hampir tak jauh beza sejak dari mula-mula melibatkan diri dalam bidang seni suara lebih 40 tahun lalu!

Pendek kata, macam mana korang dengar suaranya dalam CD, macam tulah suaranya di atas pentas.

Bertambah mengujakan, malam tadi mereka yang bermakna dalam hidupnya iaitu abangnya, anak tunggalnya Atilia dan orang yang bertanggungjawab mempopularkan dirinya sebagai penyanyi, Datuk Ahmad Nawab turut bergandingan dengannya di platform yang sama.

Aku cukup tersentuh bila Salamiah bercerita bagaimana suka dan duka kehidupannya sebagai anak seni terutama bila sering diberi tanggapan negatif sewaktu menyanyi di kelab-kelab malam dan hotel satu ketika dulu.

” Tetapi Alhamdulillah walaupun saya penyanyi di kelab, namun saya tahu ‘limit’ saya. Bertahun menyanyi di sana, saya tidak pernah hisap rokok, bergaul liar dan tidak mengambil walau setitik pun arak,” katanya.

1512669_10152118850243050_478658863_n

Sepanjang dua jam lebih ‘beraksi’ semalam, Salmiah membawakan lagu pelbagai rentak..dari jazz, dangdut, disko hingga ke rentak Melayu Asli.

Serius aku sungguh kagum dengan bakat dan energi yang beliau ada.

She’s the one and only…Salamiah Hassan.

Salute u mama!

Read Full Post »

1396310

Aku tidak pernah rasa TERSENTUH sebegini bila melihat klip video dalam Youtube, sehingga aku bertemu klip mengenai ucapan jutawan yang juga pakar bedah terkenal dari Singapura, Dr. Richard Teo.

Dia memiliki segalanya..kepintaran, kekayaan dalam usia yang sangat muda.

Dia bergaul dengan golongan kaya, memiliki Ferrari, berkonvoi hingga ke Sepang dr Singapura, membuka klinik pembedahan hingga ke Indonesia.

Namun suatu hari tiba-tiba dia sakit dibahagian belakang sewaktu sedang bersenam di gymnasium.

Dr. Richard akhirnya disahkan mengalami kanser tahap empat!

Sewaktu dalam klip video ini, kesihatan Dr. Richard mula kritikal, tetapi dia gagahi juga bercakap walaupun suaranya telah mula bertukar serak.

Dia hilang segala-galanya dalam sekelip mata!

” There is nothing wrong with being rich or wealthy. I think it’s absolutely alright, cos God has blessed. So many people are blessed with good wealth, but the trouble is I think a lot of us can’t handle it. The more we have, the more we want. I’ve gone through it, the deeper the hole we dig, the more we get sucked into it, so much so that we worship wealth – and lose focus… “

Klip ini durasinya lebih kurang 20 minit. Dr. Richard menyampaikannya dalam bahasa Inggeris yang mudah, siap ada tulisan andainya korang tidak begitu jelas dengan suaranya yang mula bertukar serak. Percayalah ia amat bermakna, meaningful speech, very inspiring!

NOTA: Dr. Richard Teo meninggal dunia ketika umurnya genap 40 tahun pada 2012, tidak lama selepas bergelut dengan penyakit kansernya itu.

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: