
inilah makam Rasulullah SAW yang diambil dari lensa kamera kecilku…
KITA sibuk mencari cinta dan memburu kasih manusia, tapi kita makin lupa dan jauh dari insan paling mulia disisi Tuhan, Rasulullah SAW.
Bibir kita lebih basah dek kopi dari basah berselawat ke atas-Nya. Rasulullah SAW demam beberapa hari sebelum wafat di Madinah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah, bersamaan 8 Jun tahun 632 Masehi.
Aku masih ingat saat dan detik menziarahi makam Baginda, satu moment yang cukup sedih dan menghibakan, rasa diri terlalu ‘hina’ bila melewati pusara Baginda.
Malu dan rasa diri ini terlalu kotor…tetapi aku percaya, Baginda tidak melihat aku begitu. Baginda menyayangi umatnya…ummati, ummati, ummati…
Selamat menyambut Maulidur Rasul
———————
sesungguhnya kita umat Islam memang digalakkan sangat-sangat menziarahi makam Rasulullah SAW sebagai tanda kasih dan cinta kepada baginda
ketika mula-mula masuk ke Masjid Nabawi, perkara pertama yang dalam otak dan fikiran aku adalah nak ziarah Makam Rasulullah
keinginan yang terlampau tinggi itu membuatkan aku tak fikir panjang, dengan tanpa bertanya pada siapa-siapa, termasuk mutawif yang disediakan oleh pihak pakej, aku terus meluru masuk
sudahnya aku ‘lost’…bukan ‘lost’ apa, tahu jelah, Masjid Nabawi ni sangat besar…aku dah panik, mana aku nak tuju ini sebenarnya, nak ke kiri ke, nak ke kanan ke, nak ke depan ke, nak ke belakang ke
lagi pun takkanlah pihak masjid nak letak signboard kat dalam masjid pulak kan
akhirnya aku ambil keputusan untuk solat sunat dulu
lepas tu aku berjalan perlahan-lahan sambil mata melilau mencari arah mimbar masjid
sambil berjalan aku bercakap dalam hati…ya Rasulullah aku datang, ya Rasulullah aku datang mencarimu…masa tu sebak sungguh rasa hati
tiba-tiba aku melihat satu kawasan yang cukup ramai dengan jemaah, aku juga ternampak barisan tiang-tiang yang agak berbeza daripada barisan tiang masjid yang lain
kawasan tersebut juga cukup bersinar, dilimpahi lampu dan keindahan yang sukar nak aku ceritakan di sini
aku yakin, aku dah sampai di kawasan Raudhah…melalui pembacaan aku, di Raudhahlah tempat di mana terletaknya Makam Rasulullah
sebenarnya sebelum sampai ke sini, di Malaysia lagi boleh dikatakan setiap hari menjelang pemergianku ke sini, aku tengok foto Makam Rasulullah kat Google
jadi sedikit sebanyak aku dah dapat gambaran bagaimana ‘rupa’ makam yang nak aku tuju itu
tekaan aku tepat, Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga sampai ke makam Baginda
masa tu airmata ni dah tak boleh nak tahan dah bang…bayangkan, makam manusia yang sangat dimuliakan Allah kini betul-betul berada di depan mata
Dialah penghulu kejadian, makhluk termulia, rahmah seluruh alam, tersuci antara manusia, penyempurna edaran zaman, perantara sebenar, yang dibenarkan kata dan perbuatannya, nabi penyayang, pemurah, agung pekertinya, tiada cacat celanya, nabi yang terakhir!
firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 107 yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam
ayat ini saja sudah menerangkan betapa Rasulullah adalah manusia paling agung dan dimuliakan segala makhluk yang ada di bumi sehingga hari kiamat, Allahu Akbar!
lebih sebak lagi bila mengenangkan betapa sukarnya dan teruknya cabaran yang Baginda terima dalam berdakwah, dihina, dikeji, diboikot, diperangi hingga ke peringkat hendak dibunuh oleh mereka yang enggan menerima hidayah Allah
bayangkan, bagaimanalah air mata ini tak menitis apabila mengenangkan betapa sayang dan kasihnya Baginda pada kita umatnya
sampaikan di saat nyawanya hendak ditarik pun, Dia minta agar jangan kesakitan waktu sakaratul maut itu ditimpakan pada umatnya, cukuplah Dia seorang yang menanggungnya
dan di saat ajalnya, yang ditanya Baginda pada Jibril adalah;
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khuatir wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan Syurga kepada sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya” kata Jibril
Baginda kemudiannya meninggal dunia sejurus selepas menyebut-nyebut perkataan, “Ummati, ummati…. (Umatku, umatku…).”
Rasulullah wafat di pangkuan isteri tercinta, Sayyidah Aisyah RA, pada hari Isnin, 12 Rabi’ul Awwal 11 Hijrah, bertepatan dengan tarikh 3 Juni 632 Masehi, dalam usia 63 tahun
aku beredar dari makam Rasulullah setelah berdoa dan menyampaikan salam keluarga serta sahabat-sahabat di Malaysia kepada Baginda
Alhamdulillah, sepanjang masa di Madinah, boleh dikatakan setiap hari aku diberi Allah keizinan untuk menziarahi Baginda, dan setiap kali itu jugalah, aku tak mampu menahan kesedihan, dan aku yakin siapa juga yang ada di situ PASTI mengalami perasaan yang serupa…Allahu Akbar…
kalau ada kesempatan, datanglah…rasailah, nikmatilah…seseungguhnya ruang yang terhad ini tidak mampu untuk menggambarkan segalanya
Ye kalau ada kesempatan datang lah..rasai lah..nikmati lah..
Betapa dia menunggu kita dengan sepenuh kasih sayang nya!
Terasa rasa..terasa rasa kasih sayang nya bertebaran memenuhi ruang semesta alam!
Assalamualaikum En. Syahril,
Berbahagialah kerana telah dijemput sebagai tetamu Allah di sana. Ianya suatu tempat yang paling menenang dan membahagiakan, yang akan sentiasa menggamit kerinduan untuk datang menziarah lagi.
Saya ada tengok beberapa gambar encik di http://hajiarshad.blogspot.com bertarikh 20 Jun =)
Gambaq last tu, Pak Arab hat sebelah kiri tu mesti on the way nak sound tak leh ambik gambaq kan…hehehe…
Allahhuakbar…..
bergenang air mata..baru baca can tengok. kalau kat depan mata, tak tau la nak jadi lagu mana…
tn azhar: pak arab tu OK, dia nak interframe je ahaks
chekiyah: saya takleh nak kata apa kak…
salina: alamak, gambar botak tu eh hehehe, anyway Haji Arshad memang cool, nanti saya citer kisah saya dgn dia
azah: two thumbs up for u!
bro:mengalir air mata aku baca citer ni sebab aku pun berpeluang ke sana April baru ni. sememangnya inilah tempat yg paling aman selain Masjidil Haram.
ada cahaya di wajah tuan punya blog.
setiap kali baca cerita mengenai kekasih Allah ini,terasa airmata cepat mengalir..
ya..ALLAH…ALLHAMDULLILAH…mengalir air mata bila berada disana…
Reblogged this on IrEnEaLiA bLoG.
semoga tuan diberkati dan dirahmati Allah S.W.T
Saya berdoa agar Allah menjemput saya menjadi tetamunya. Amin…
tengok gambar,dan baca tulisan anda pun air mata dah turun mcm hujan.
tak sabar nak ziarah baginda lagi