
BARU-BARU ini aku telah pergi ke Kampung Duyong, Melaka…tempat di mana terletaknya apa yang orang tempatan dakwa sebagai perigi Hang Tuah.
Perigi itu dikatakan digali oleh Hang Tuah untuk kegunaannya sendiri semasa beliau membesar di kampung tersebut.
Pada asalnya perigi ini adalah kecil, tetapi lama-kelamaan menjadi besar dan dalam.

Perigi ini dikatakan tidak kering, walaupun di musim kemarau dan airnya dikatakan sentiasa jernih dan dapat menyembuhkan penyakit.
Ada juga cerita bahawa perigi ini tempat tinggal roh Hang Tuah yang menjelma sebagai seekor buaya putih.
Ia dikatakan bahawa orang biasa tidak dapat melihat buaya ini dan hanya orang-orang alim sahaja yang dapat melihat jelmaan ini.
Wah lain macam betul dakwaan…tak mengapalah. Setiap tempat ada cerita, ada kisah.

Sebenarnya kewujudan Hang Tuah itu sendiri pun ramai yang meraguinya, ia cuma dianggap mitos semata-mata.
Sejarawan negara, Prof Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim turut mendakwa pahlawan Melayu itu tidak wujud.
Pun begitu, ramai juga yang menafikan perkara perkara tersebut.
Aku ingat lagi statement seorang lagi pakar sejarah, Prof Datuk Zainal Kling.
Beliau mempertahankan kewujudan Hang Tuah tetapi mendakwa tidak banyak dokumen mengenai pahlawan Melayu itu.
Kata beliau, ini yang menyebabkan orang Cina dan orang Portugis menganggap kewujudan Hang Tuah sebagai dongeng.
Tambahnya, bagi mereka (orang Cina dan Portugis), dokumen bertulis itu adalah bukti. Tiada dokumen tidak ada bukti.
Tetapi, kata Dr. Zainal, buku sejarah Melayu yang ditulis pada zaman kesultanan Melaka dan Johor jelas menyebut kewujudan Hang Tuah, rakan-rakannya, Puteri Hang Li Po serta keris Taming Sari milik Hang Tuah.

Ujarnya, Orang Asli turut percaya dan memperakui Hang Tuah dan mendakwa pahlawan Melayu itu keturunan orang laut dari kepulauan Melaka
Bagi orang Cina dan Portugis, menurut Zainal, Hang Tuah tidak penting kepada mereka.
” Mereka hanya ambil tahu tentang Sultan Melaka dan bukan orang lain.
“Sebab itu dokumen sejarah orang Cina dan Portugis tidak menyebut tentang Hang Tuah,” tambah Zainal.
Menurut beliau lagi, Hang Tuah berkahwin dan mempunyai anak tetapi jejak mereka tidak dapat dikesan.
Ermmm…menarik juga polemik ni.
Apapun, benar atau tidak, sekurang-kurangnya boleh jugaklah penduduk Kampung Duyong ‘tumpang tuah’ akan kewujudan Hang Tuah dan perigi ini.
Kalau pun bukan perigi Hang Tuah, sekurang-kurangnya ia perigi yang mendatangkan tuah, heheheh…
COCONUT SHAKE

SELAIN daripada benda bersejarah yang ‘bersepah’ di bumi Melaka ini, antara benda yang sekarang ini menjadi sebutan adalah air Coconut Shake yang terletak dekat Pantai Klebang.
Ia adalah air kelapa muda yang dicampur aiskrim.
Dan korang jangan terkejutlah kalau terpaksa beratur panjang, malah boleh cecah sejam, kalau nak rasa air ini.

Gerai yang diberi nama Coconut Shake Klebang ini, juga menyediakan beberapa minuman segar lain seperti air kelapa dan tebu yang hanya dikopek dan dimesin jika ada permintaan sahaja.
Katanya yang membuatkan Coconut Shake Klebang ni berbeza dari tempat lain sebab ia campuran aiskrim, air kelapa, gula, isi kelapa dan air batu.
Setiap segelas minuman coconut shake yang biasa boleh didapati dengan harga semurah RM1.50 dan untuk dibawa balik pula harganya RM1.80.
Untuk menambah lagi keenakan minuman tersebut mereka boleh meminta untuk menambah aiskrim dengan harga RM2.00 dan RM2.20.
Gerai minuman ni beroperasi setiap hari bermula pukul 12.30 tengah hari sehingga 6.30 petang.
Selain menyediakan air coconut shake, tebu dan kelapa, gerai ini juga menjual nasi lemak, mi dan aneka kuih untuk sama-sama dinikmati pada waktu operasinya.

Aku ni bukanlah minat sangat air-air camni, cuma nak sangatla rasa bila heboh semua dok cakap pasal air tu.
Kalau korang tanya aku, rasanya dah rasa sekali dahla kot, kalau suruh datang lagi aku rasa kena fikir 10 kali…nak beratur panjang tak sanggup la pulakkkkkkk…..
MUZIUM KAPAL SELAM AGOSTA

BILA dah lalu Pantai Klebang, rasanya tak sahla kalau tak pergi Muzium Kapal Selam…pepahamlah Melaka, semuanya nak dimuziumkan hehehehe
Rupa-rupanya besor betul benda alah kapal selam ni, aku ingat ke kecik!
Tapi entah mengapa, sehingga tarikh aku sampai ni, jalan masuk ke pesisir pantai tempat menempatkan kapal selam tu masih tidak diturap.

Kereta kena lalu jalan berpasir, dah macam nak masuk rally pulak
Berbalik kepada kapal selam yang kerajaan negeri Melaka buat muzium ni, namanya SMD Ouessant Agosta 70 dari Perancis.

Kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) itu seberat kira-kira 1,300 tan, berukuran 67.5 meter panjang, 11.7 meter tinggi dan 6.5 meter lebar.
Ia tiba di Melaka dengan sebuah kapal kargo khas dari sebuah pelabuhan di Perancis pada 12 Oktober 2011 selepas menempuh 31 hari pelayaran.

Agosta 70 asalnya digunakan untuk tujuan melatih krew pertama kapal selam Malaysia dari 2005 hingga 2009 dan latihan itu dijalankan berikutan kontrak yang ditandatangani Malaysia untuk pemilikan kapal selam Scorpene Perancis pada 2002.

Kali terakhir Agosta 70 digunakan oleh TLDM dan Tentera Laut Perancis ialah ketika melakukan pelayaran di Lautan Atlantik pada Julai 2009. Selepas itu, ia tidak digunakan lagi.
Dan sudah tentu pengalaman masuk ke dalam kapal selam ini adalah perkara yang paling tak dapat aku lupakan, sebab tu macam mana pun korang kena juga datang sini at least sekali dalam seumur hidup!
Dengan badan bagak macam aku ni, fuh, memang seksa beb…

tu dia…muat-muat badan aku je beb
Bayangkan korang tinggal di dalam satu ruang tanpa cahaya matahari, yang sarat dengan pelbagai peralatan berminggu lamanya tanpa melihat dunia luar.
Bertugas dalam sebuah kapal selam, korang akan dikelilingi oleh air yang sangat banyak, tetapi tidak dapat menggunakannya.

Air sangat bernilai di dalam kapal selam.
Alat pemproses air yang terdapat dalam kapal selam hanya boleh memproses air bersih dalam jumlah yang sangat terhad sedangkan penggunaannya begitu meluas, ditambah pula dengan jumlah anak kapal yang ramai.

Sebab itu aku difahamkan bukan sesuatu yang luar biasa untuk anggota kapal selam meneruskan hidup tanpa mandi untuk tempoh yang lama.
Tetapi yang bestnya, aku difahamkan krew kapal selam tidak menghadapi masalah mabuk laut kerana keadaan air di dasar laut jauh lebih tenang, dan keadaan kapal juga lebih stabil, justeru risiko untuk mengalami mabuk laut adalah rendah.
So cakap banyak tak guna, datang sini dan alamilah keadaannya (walaupun tak bergerak)

Tiket murah beb, cuma seringgit je beb…kena datang, serius, kena datang!
NOTA: Lama tak berblogging…sekali tulis terus tiga chapter hehehe. Apapun maaflah sebab jarang update lately, pun begitu aku akan cuba juga menulis. Kesibukan waktu, balik kerja pun dah malam buta, adakalanya terpaksa tunduk juga kepada tuntutan biologi untuk tidur, itu yang selalu ‘biol’ tu….
Like this:
Like Loading...
Read Full Post »