SESIAPA yang dulu pernah tengok drama bersiri Opah, pasti kenal pelakon ini, Abu Bakar Kassim. Dia juga untuk pengetahuan korang adalah pengurus Perbadanan Stadium Merdeka
sebenarnya aku dengan Bakar ni ada kenangan yang sungguh-sungguh tak dapat aku lupakan!
kisah ni ada aku ceritakan kepada beberapa orang sahabat aku sebelum ini
kalau korang masih ingat, pada tahun 1992, Malaysia menentang Indonesia dalam final badminton Piala Thomas di Stadium Negara
Bakar ni kebetulan tinggal satu taman perumahan dengan aku di Pandan Jaya dulu, aku ni tak pernahlah bertegur sapa
dengan Bakar ni, sekadar kenal melalui drama Opah tu
masa tu aku baru belajar di Tingkatan 4, aku teringin betul nak tengok game tu masalahnya aku takde tiket, pastu bas awam Tong Fong pula pukul 11 malam dah tak beroperasi, pening aku dibuatnya
tapi last-last aku nekad juga pergi stadium…entah macam mana masa sampai kat sana ada sorang brader Indon ni tak jadi nak masuk stadium, rupanya dia takut bila tengok FRU ramai sangat sebab dia ni takde pasport, apalagi takde citer banyak aku pun beli tiket kat dia
fuh, satu benda dah settle.
aku dapat kerusi nun jauh dari gelanggang, nampak Rashid Sidek kecil je macam semut, tapi aku tak kisah janji aku dapat tengok
lawan punya lawan kira abis ceritalah, Malaysia menang Piala Thomas
problem kedua, nak balik dah takde bas sebab dah pukul 1 pagi, entah macam mana aku leh nekad pergi jumpa Bakar kat stadium sebab aku tahu dia manager kat situ
” Abang, saya kenal abang dalam drama je, tapi saya selalu jumpa abang kat Pandan Jaya sebab rumah saya kat situ, abang, boleh tak saya tumpang abang balik rumah sebab bas Tong Fong dah tak jalan pagi-pagi buta ni,” kata aku dengan muka toya abis
” Boleh tu boleh dik, tapi abang kena make sure stadium ni dah lengang baru abang boleh balik tau, silap-silap sampai subuh pun tak clear lagi,” kata Bakar. Aku punyalah happy, masa tu aku dah tak peduli, subuh pun subuhlah janji aku dapat balik rumah
rupanya tak sampai setengah jam dia dah sound aku suruh standby
” Adik, abang nak bawa kau pergi makan dengan Rashid Sidek, Razif, Jalani, Kok Keong, Soon Kit, semualah…lepas ni kami nak celebrate kemenangan ni kat Concorde Hotel,” kata Bakar
korang tahu tak aku macam nak pengsan punya seronok bila Bakar cakap macam tu
siapa sangka, daripada takde tiket, takde bas, tetiba aku bukan saja boleh balik tapi siap boleh supper ngan player lagi
masa aku sampai kat Concorde, aku masih ingat punyalah meriah sambutan tu, apa taknya, dah bertahun kita tak menang Piala Thomas
ni part paling best, bila aku salam ngan player-player kita tu dan duduk makan semeja ngan diaorang, aku masih ingat yang aku ni tengah mimpi time tu
esok tu bila sampai sekolah, apalagi aku punyalah bercerita pasal benda tu daripada start kelas sampai habis sekolah
dan untuk pengetahuan korang, sampai sekarang member-member aku ingat aku cuma kelentong pasal peristiwa malam Piala Thomas tu hahahahaha
kepada member-member lama aku yang baca entry ini percayalah, SEBENARNYA AKU TIDAK KELENTONG KORANG, IA BENAR-BENAR BERLAKU siot
dan kepada abang Bakar, saya tak dapat lupa jasa abang kerana tumpangkan saya balik dan bawa saya makan dengan Rashid Sidek, gua memang tak boleh lupalah!