Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2014

p1010003

Abah, hari ini Hari Merdeka. Masa abah meninggal, keranda abah tak ada Jalur Gemilang. Tak ada menteri atau panglima yang datang. Nama abah pun tak ada siapa yang dendang. Tapi abah tetap pahlawan bagi kami.

Orang tak tahu abah selalu tak ada kat rumah kerana asyik di perbatasan, orang tak tahu yang mak selalu berendam air mata takut abah dah tak pulang dari hutan.

Orang tak tahu kita susah kerana gaji askar tak besar, orang tak tahu kita terpaksa berpindah randah dari semenanjung hingga ke Sabah kerana menurut perintah.

Orang tak tahu kaki abah sampai pecah sebab asyik berkawad, orang tak tahu abah dah berjuang sejak zaman darurat.

Tapi tak mengapa abah, kerana mak dan adik beradik semua tahu apa yang abah perjuang dan apa yang abah pertahankan.

Abah, selamat Hari Merdeka. Di sinilah lahirnya sebuah cinta…cinta abah pada negara dan cinta kami pada semangat dan perjuangan abah.

Namun Abah, percayalah – ” aku bukanlah seorang perwira, gagah menghunus senjata. …namun hati rela berjuang walau dengan cara sendiri demi cinta ini….”

Tenanglah di sana abah…Al-Fatihah.

nota: Allahyarham Pegawai Waran 2, Abdul Kadir Manaf (Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja)

Read Full Post »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: