Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2014

10743968_10152762225443050_489759693_o

HARI ini merupakan hari yg cukup bertuah bagi aku kerana dapat bertemu semula dgn semua big-big bos Bukit Aman masa aku jadi wartawan jenayah dulu.

Semua ini membuatkan aku makin bersemangat untu menyiapkan buku Kisah Seorang Wartawan Jenayah ini.

Antaranya Tan Sri Norian Mai (bekas Ketua Polis Negara), Tan Sri Hussein Ismail (bekas Timb. Ketua Polis Negara), Datuk Rubiah (bekas Pengarah Pengurusan Bkt Aman) dan DatukKamaruddin Mat Desa ( bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL).

10677141_10152762295228050_2047562257_o

Dengan mereka dululah aku selalu berhubung khususnya bila ada kes2 jenayah menggemparkan di negara ini.

Walaupun dah bersara, aura mereka masih terserlah. Dah macam reunion pulak tadi…aku makin bersemangat!

Read Full Post »

10662181_10152761367263050_516323129386487402_o

SELAMAT TINGGAL…Maka berakhirlah 10 tahun Indonesia di bawah pemerintahan Bapak Susilo Bambang Yudhoyono. Sesungguhnya bebanan memimpin lebih 250 juta rakyat republik ini bukan mudah. Kita yang baru 26 juta rakyat ni pun macam-macam masalah, inikan pulak beratus juta rakyat macam di sana.

Apapun secara peribadi, aku merasakan SBY telah melakukan apa yang termampu dia lakukan. Kelemahan pasti ada, namun kebaikan jangan dilupa. Kita sering memandang negatif kepada para pemimpin seolah-olah kita lebih maksum daripada mereka. Cakap memang mudah, talk is cheap kata omputih, cuba kita pula berada ditempat mereka, bagaimana?

Tak payah jadi presiden atau Perdana Menterilah, tu, keluarga kita yang kat rumah tu, adakah sebagai seorang lelaki kita telah menunaikan atau menjalankan tanggungjawab kita seperti mana yang telah diamanahkan oleh Allah?

Di sini juga…menjadi Najib bukan mudah, menjadi Anwar bukan mudah, menjadi Hadi bukan mudah.

Aku masih ingat kisah sewaktu Saidina Ali R.A pernah ditanya oleh rakyatnya, kenapa di zaman Khalifah Abu Bakar dan Umar negara mereka makmur, damai dan sejahtera tetapi di masa beliau memerintah, keadaan adalah sebaliknya.

Ali tidak emosi, sebaliknya beliau menjawab;

” Sesungguhnya ketika itu perangai rakyat-rakyat negeri ini dipenuhi orang seperti saya. Namun sekarang perangai rakyat-rakyat negeri ini dipenuhi orang seperti kamu! “

Makan dalam sungguhlaaa…….

Read Full Post »

10358997_10152760695588050_4075349822388034447_o

Ini projek perumahan terbaru di Bandar Tasik Selatan…dekat terminal bersepadu Kuala Lumpur

keluasan rumah hanya sekitar 800 square feet (luas sikit je dari flat DBKL), harga dah cecah RM410,000 sebuah

maknanya bayaran bulanan pada bank saja dekat RM2,000 sebulan, belum campur bayaran maintenance RM200-RM300 sebulan

itulah harga rumah terkini kalau nak beli rumah di Kuala Lumpur sekarang

ini realiti hidup di ibu kota…kalau tidak sanggup, bersedialah menyewa dengan kadar purata RM800 sebulan

apalagi nak dikata…kalau dah nama kotaraya….Jakarta, Bangkok, Manila….sama je ‘sifatnya’

kerja dan bekerjalah kita selagi hayat dikandung badan…

Read Full Post »

1012660_10152759777618050_5216967495732218788_n

SEMALAM aku lalu di depan bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang terletak betul-betul berhadapan Penjara Pudu yang dah dirobohkan itu. Sekarang dah ada bangunan tambahan yang lebih cantik, dah macam ofis korporat di sebelahnya.

Sesungguhnya IPKKL memang meninggalkan banyak sejarah dalam kehidupanku. Bermula dari umur semuda 14 tahun aku dah jejak kaki di situ. Masa tu dapat tauliah kadet polis dari Datuk Ismail Che Rus (Ketua Polis KL ketika itu). Kemudian bila jadi wartawan jenayah, aku kerap pula ke sana menghadiri sidang akhbar Ketua Polis KL, Datuk Syed Rahman yang sangat garang ahaks, diikuti Datuk Dell Akhbar yang ‘cool’ , Datuk Sabtu yang ‘sporting’ dan Datuk Zul yang ‘steady’. Kalau Ketua Siasatan Jenayah zaman tu, mana boleh aku lupa Datuk Kamaruddin Mat Desa.

Mula-mula aku masuk IPKKL dulu aku selalu cuak kerana sering naik satu lif dengan OKT (pesalah). Dengan gari yang berantai, muka masing-masing jangan cakaplah, ada yang tengok aku macam nak makan orang pun ada, muka tension dan stress bagai. Masa tu aku kata dalam hati, kalaulah depa terlepas, tak pasal-pasal aku jadi tebusan!

Di IPKKL jugalah aku tengok ramai pegawai polis yang pangkat-pangkat tinggi, dulu sebelum jadi wartawan, tengok inspektor dua paku atas bahu tu pun dah kira dahsyatlah, tetapi di IPKKL jangan kata dua paku, berpaku-paku beb. Tu belum campur yang ada crown, ada bunga padi, ada keris bersilang kat atas bahu diaorang sampai aku jakun aku dibuatnya.

Dan yang paling thrill bila terserempak dengan brader-brader detektif. Gila tak macam polis terutama abang-abang dari Unit Jenayah Berat (D9) yang selalu terlibat dalam kes culik, rompak dan bunuh tu. Ada yang berjambang, ada yang rambut ngalahkan Ramli Sarip, selekeh dan ada yang macam Mat Gian pun ada. Tapi di pinggang masing-masing penuh pistol, peluru, gari…memang gempak bro macam drama Hollywood!

Sebab itu aku nak sangat bukukan pengalaman aku ni. Mungkin pengalaman aku tak sehebat wartawan jenayah lain yang legend-legend macam sahabat aku Tony Emmanuel (NST), Datuk Ruhaidini Abd Kadir (Utusan) Datuk Lourdes Charles (The Star), Teon Eg, Azian Aziz (Utusan), Fazli dan Fatimah Ahmad (Berita Harian) – sekadar menyebut beberapa nama – tapi at least adalah rujukan untuk adik2 yang baru-baru jadi wartawan jenayah ni, bolehlah jadi rujukan sikit sebanyak mengenai kes2 jenayah yang menggemparkan negara waktu aku jadi wartawan dulu and last for not least, bolehlah kalau anak cucu aku baca andai aku dah tak ada suatu hari nanti.

Itupun kita hanya merancang, Allah juga tentukan segalanya. Andai kata ada rezeki, umur panjang, dapatlah baca buku ni di pasaran…kalau tak, semuanya hanya tinggal angan-angan tak kesampaian jelah.

Yang pasti, aku juga nak dedikasikan buku ini buat rakan-rakan wartawan jenayah aku waktu itu terutama Kurnia Kamarudin, Jamilul Anbia, Chandravathani Sathasivam, Fadhal Ghani, Sponge Jati, Angelina Sinyang, Gaddafi Musli Ah Long, Alang Bendahara , Azman Ab Ghani dan ramai lagilah. Kami selalu bersaing untuk mendapat story yang panas dan eksklusif ketika itu. Pun begitu aku akui mereka adalah wartawan jenayah yang cukup hebat dan sangat aku kagumi. Aku banyak belajar dari mereka. Kekadang bila tengok nama mereka je aku boleh demam hahahah…ada saja artikel meletup dari diaorang. Walau saling scoop antara satu sama lain, tetapi kami masih bersahabat sehingga ke hari ini…at least masih berFB sehingga sekarang.

Alamak punya panjang status aku ni, ini pun dah leh jadi satu chapter gak ni hehehe….

Read Full Post »

10710849_10152751217243050_5986305570509474155_n

BEKAS taukeh RHB Bank, Tan Sri Rashid Hussein wakaf/ bina masjid untuk kegunaan lebih 3,000 jemaah di Seremban

sebab itu kita jangan berprasangka buruk kepada anak sebangsa dan seagama kita yang kaya dan berjaya

hidup ini bukan macam cerekarama…pantang kaya aje jahat

adakalanya dahlah kaya, malah perangai dan hati budi mereka ini jauh LEBIH KAYA dari kita yang cukup-cukup makan nie…

10580063_300917886773230_7745431991286096312_n

10606562_10152751218598050_6363478318188021286_n

Read Full Post »

a

MACAM aku pernah tulis dulu, aku pun tak tahu macam mana aku boleh minat menulis sedangkan tiada seorang pun ahli keluarga kami yang memilih bidang berkaitan sebagai kerjaya mereka

yang pasti, dulu masa sekolah, aku cukup suka subjek karangan…kalau cikgu suruh buat tiga perenggan (pembuka, tengah dan penutup), selalunya aku akan terbabas ke empat dan lima perenggan

itu masa sekolah rendah, bila menengah lagilah bertambah-tambah perenggan aku bila kena buat karangan

peluang terbuka luas bila masuk ke kolej…sejak itu aku tidak berpaling lagi

minat membaca membuatkan aku makin ghairah menulis, ada saja idea yang datang, macam air sungai

walaupun sebagai wartawan memang kerja aku menulis, namun ia masih belum dapat memuaskan ‘nafsu’ aku

bila seorang rakan memperkenalkan aku dalam dunia blogging (masa tu Facebook belum famous kat M’sia ni) aku mula jatuh cinta dengan dunia blog ini

namun perkembangan pantas dunia sosial media dan juga kesibukan tugas membuatkan aku tak mampu lagi nak menulis panjang-panjang

aku kini beralih kepada media yang lebih mikro iaitu Facebook, ada saja status yang aku akan kemaskini…ini membuatkan blog aku ini mula ‘bersawang’ – macam rumah tradisi yang terbiar di kampung arwah abah aku di Chembong, Rembau, Negeri Sembilan

namun tak sangka, walaupun tidak ada lagi tulisan baru di blog ini, ternyata ia masih mempunyai pengikut sendiri

dan sungguh memeranjatkan , Subuh tadi blog Syahril A. Kadir telah mencecah 4 juta hits, wow!

semua ini membuatkan aku kembali semangat untuk berblogging

tunggu, aku sedang mengumpul ‘kudrat’ – AKU AKAN KEMBALI!

” TERIMA KASIH KERANA MASIH SETIA “

Read Full Post »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d bloggers like this: