MACAM aku pernah tulis dulu, aku pun tak tahu macam mana aku boleh minat menulis sedangkan tiada seorang pun ahli keluarga kami yang memilih bidang berkaitan sebagai kerjaya mereka
yang pasti, dulu masa sekolah, aku cukup suka subjek karangan…kalau cikgu suruh buat tiga perenggan (pembuka, tengah dan penutup), selalunya aku akan terbabas ke empat dan lima perenggan
itu masa sekolah rendah, bila menengah lagilah bertambah-tambah perenggan aku bila kena buat karangan
peluang terbuka luas bila masuk ke kolej…sejak itu aku tidak berpaling lagi
minat membaca membuatkan aku makin ghairah menulis, ada saja idea yang datang, macam air sungai
walaupun sebagai wartawan memang kerja aku menulis, namun ia masih belum dapat memuaskan ‘nafsu’ aku
bila seorang rakan memperkenalkan aku dalam dunia blogging (masa tu Facebook belum famous kat M’sia ni) aku mula jatuh cinta dengan dunia blog ini
namun perkembangan pantas dunia sosial media dan juga kesibukan tugas membuatkan aku tak mampu lagi nak menulis panjang-panjang
aku kini beralih kepada media yang lebih mikro iaitu Facebook, ada saja status yang aku akan kemaskini…ini membuatkan blog aku ini mula ‘bersawang’ – macam rumah tradisi yang terbiar di kampung arwah abah aku di Chembong, Rembau, Negeri Sembilan
namun tak sangka, walaupun tidak ada lagi tulisan baru di blog ini, ternyata ia masih mempunyai pengikut sendiri
dan sungguh memeranjatkan , Subuh tadi blog Syahril A. Kadir telah mencecah 4 juta hits, wow!
semua ini membuatkan aku kembali semangat untuk berblogging
tunggu, aku sedang mengumpul ‘kudrat’ – AKU AKAN KEMBALI!
” TERIMA KASIH KERANA MASIH SETIA “

as salam. lama benar yob nak tunggu hang kluar tajuk baru…rasanya ramai yg rindu ni
terima kasih bang missai…tgh kumpul semangat nih ahaks
Suka baca hasil penulisan En. Syahril di blog ni. Best sangat! Terutamanya cerita yang eksklusif.
Syabas dan teruslah berkarya.. Kalau buat novel dah makin kayo pakcik! hehe..
Masih setia
sayalah salah seorang antara pembaca yang berjuta-juta tu. Teruskan menulis Bang. Ramai orang tunggu entri baru…
Kek mano chembong tu..kg air hitam ko…
batu 17 kak…