syahril a. kadir

Dah lebih 4 Juta HITS….terima kasih!

Advertisements

MACAM aku pernah tulis dulu, aku pun tak tahu macam mana aku boleh minat menulis sedangkan tiada seorang pun ahli keluarga kami yang memilih bidang berkaitan sebagai kerjaya mereka

yang pasti, dulu masa sekolah, aku cukup suka subjek karangan…kalau cikgu suruh buat tiga perenggan (pembuka, tengah dan penutup), selalunya aku akan terbabas ke empat dan lima perenggan

itu masa sekolah rendah, bila menengah lagilah bertambah-tambah perenggan aku bila kena buat karangan

peluang terbuka luas bila masuk ke kolej…sejak itu aku tidak berpaling lagi

minat membaca membuatkan aku makin ghairah menulis, ada saja idea yang datang, macam air sungai

walaupun sebagai wartawan memang kerja aku menulis, namun ia masih belum dapat memuaskan ‘nafsu’ aku

bila seorang rakan memperkenalkan aku dalam dunia blogging (masa tu Facebook belum famous kat M’sia ni) aku mula jatuh cinta dengan dunia blog ini

namun perkembangan pantas dunia sosial media dan juga kesibukan tugas membuatkan aku tak mampu lagi nak menulis panjang-panjang

aku kini beralih kepada media yang lebih mikro iaitu Facebook, ada saja status yang aku akan kemaskini…ini membuatkan blog aku ini mula ‘bersawang’ – macam rumah tradisi yang terbiar di kampung arwah abah aku di Chembong, Rembau, Negeri Sembilan

namun tak sangka, walaupun tidak ada lagi tulisan baru di blog ini, ternyata ia masih mempunyai pengikut sendiri

dan sungguh memeranjatkan , Subuh tadi blog Syahril A. Kadir telah mencecah 4 juta hits, wow!

semua ini membuatkan aku kembali semangat untuk berblogging

tunggu, aku sedang mengumpul ‘kudrat’ – AKU AKAN KEMBALI!

” TERIMA KASIH KERANA MASIH SETIA “

Advertisements

Advertisements