secara peribadi, aku tak taulah apa yang bakal terjadi pada 9 Julai ni
nampaknya penganjur perhimpunan Bersih beriya-iya nak meneruskan perarakan mereka manakala penentangnya pula bersungguh-sungguh nak menghalang perkara ini daripada berlaku
semalam adalah hari ‘lunyai’ aku, sebelah petang aku dah terpacak kat Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru kerana Datuk Ibrahim Ali dan geng2 Perkasanya mengadakan perhimpunan membantah perarakan itu
selesai saja di situ, aku dan rakan sekerja bergegas pula ke Dewan Perhimpunan Cina Selangor kerana di sana diadakan perasmian pelancaran Bersih
dua-dua tugasan itu cukup meremangkan tengkok, di Kg Baru ada ucapan berapi dan upacara membakar poster lagi
di Dewan Perhimpunan Cina juga begitu, pemimpin pembangkang begitu bersemangat menyampaikan amanat mereka diikuti dengan jeritan semangat para penyokong
bila difikirkan balik, entahlah, itu baru sikit…masa 9 Julai ni lagilah dahsyat!
aku malas nak bagitahu mana salah dan mana betul…kita semua dikurniakan otak dan akal untuk memikirkan apa ysng terbaik untuk agama, bangsa dan negara kita
aku hanya mampu berdoa agar pada hari yang dikatakan itu…semuanya baik-baik saja, InsyaAllah.
oittt kahkahkah,oit kahkah,kahkahkah oitt pak long TT tuh awat tak ajak aku sekali,bila nak jumpa dia lagi jom kita wawancara pak long TT kahkahkah,oitt kahkah,woitt kahkahkah.
dato a samad said ke bro dalam gambar yang sokong tu?
NEGARA KITA AMAN,KENAPA NAK IKUT IKUTAN LUAR NEGARA…
FIKIR LAH YANG MANA BAIK DAN BURUK…
PEACE…