Feeds:
Posts
Comments

Archive for April, 2012

aku tidak mahu bercerita tentang apa yang terjadi pada perhimpunan Bersih 3.0

ada mata boleh tengok, ada telinga boleh dengar, ada otak boleh fikir

kalau tak percaya pada media arus perdana, boleh baca media alternatif, boleh juga sekiranya tidak baca apa-apa pun

itu hak kita semua sama ada untuk ambil tahu, taknak ambil tahu atau buat-buat tak tahu

gambar-gambar ini aku rakam sekitar pukul 2 pagi di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR)

beberapa jam sebelumnya jalan ini menyaksikan lautan manusia melepaskan marah mereka, ribuan anggota polis menerima ‘padahnya’ hingga manusia-manusia yang tak tahu hujung pangkal pun terpaksa ‘makan’ gas pemedih mata

berbalik pada cerita Jalan TAR ini, aku tak sangka jalan yang cukup terkenal dengan ribuan manusia yang membeli-belah, lautan kereta yang bertali arus setiap hari dan favourite ‘spot’ untuk berdemonstrasi ini boleh bertukar menjadi lengang-selengang-lengangnya!

pendek kata, kalau bawa tikar dan bantal, boleh tidur kat atas jalan tu

Jalan TAR ibarat dilanggar garuda!

kalau pun ada manusia kat situ, hanyalah pekerja Alam Flora yang menyapu sampah dan pengemis yanng menumpang tidur di tepi kaki lima

agaknya, beginilah keadaan di Kuala Lumpur andai kata kerajaan mengisytiharkan darurat atau jika berlakunya rusuhan kaum macam 13 Mei dulu, ishk, Nauzubillah

apapun seperti yang aku katakan di awal tadi, terpulanglah pada kita semua…sama ada nak ambil tahu, taknak ambil tahu atau buat-buat tak tahu

semoga Alah melindungi kita semua dan negara yang kita cinta ini semestinya

dari aku,
JALAN TAR
2 PAGI, 29 APRIL 2012

sunyi dan sepi

DAN INI BENDA PALING KELAKARRRRRR

.

.

.

yang untung tukang buat 'banner' ni jelah...

Read Full Post »

tapak rumah Abu Jahal

aku nak tergelak pun ada bila dapat tahu rupanya ada pakej umrah yang menawarkan ‘khidmat’ melawat tapak rumah Abu Jahal di Mekah

mungkin sekali imbas kita akan tertanya, gila apa datang dari jauh pastu nak pergi melawat ke tapak rumah orang yang cukup membenci agama suci ini

tapi bila difikirkan balik, elok juga, sekurang-kurangnya kita tahu apa kesudahan nasib si malaun itu selepas kepalanya berjaya dipenggal oleh Abdullah bin Mas’ud dalam Perang Badar

dan kesempatan membelek-belek blog mereka yang pernah sampai ke Mekah tadi telah membawa aku ke penemuan ini

bayangkan betapa hinanya manusia ini, di saat rumah dan makam Rasulullah serta sahabatnya terus dirahmati, dikunjungi jutaan manusia setiap tahun, didoakan, dimuliakan, rupa-rupanya tapak bekas rumah Abu Jahal sekarang hanyalah sekeping tanah yang didirikan tandas di atasnya

di situlah orang meludah, di situlah orang kencing dan di situlah orang berak!

dalam tulisan rakan wartawan aku di Utusan Malaysia dulu, Siti Ainiza Kamsari, Abu Jahal atau nama sebenarnya Amr bin Hisham atau dikenali juga sebagai Abu Al Hakam akan sentiasa menjadi satu figura yang melambangkan kejahatan seorang manusia tidak sahaja dalam soal agama malah terutama sekali soal akhlak.

Terkenal dengan sikap sombong dan bongkak, Abu Jahal suatu gelaran yang diberikan kerana jahil dalam agama (Bapa kepada segala kejahilan).

Namun kejahilan Abu Jahal di sini bukan bermakna beliau seorang yang bodoh, dungu atau buta mengenai Islam. Dia tahu bahawa agama itu agama yang benar.

Tinggal lagi hanya kerana tidak mahu kehilangan kedudukan, pangkat, nama dan pengaruh apabila mendapati Nabi Muhammad yang diutus untuk membawa dan menyebarkan Islam itu, yang jauh lebih muda daripada Abu Jahal, dikatakan cuba merampas semua itu daripadanya.

Kerana itu juga beliau dikenali sebagai Abu Al Hakam, bermaksud seorang yang bijaksana dan mengetahui segala serba serbi yang memberikan beliau satu kedudukan yang cukup lumayan, tinggi dan hebat oleh masyarakat Arab Quraisy.

Tetapi bila hadirnya Nabi Muhammad, mengapa tidak dia sahaja dipilih sebagai Rasul yang dikatakan lebih mulia, lebih bangsawan dan mempunyai kedudukan. mengapa Muhammad? Mengapa tidak Abu Jahal?

Lalu perasaan hasad seperti itu menyebabkan Abu Jahal cukup dengki terhadap baginda Rasulullah.

Maka tidak henti-henti dia menyakiti baginda, malah seluruh para pengikut baginda dan pantang sekali sesiapa yang menyebut mengenai Islam di hadapannya.

(Begitu pun dikatakan Nabi Muhammad sendiri tidak pernah berputus asa untuk menyeru dakwah kepada Abu Jahal. malah dikatakan baginda pernah menjadi tetamu Abu Jahal sebanyak 70 kali semata-mata tujuan dakwah dan berbaik sesama manusia).

Namun Abu Jahal walaupun pernah ditakutkan dengan kehadiran unta sebesar raksasa ketika hendak membunuh Rasulullah, tidak pernah mengenal erti serik untuk terus menyakiti Nabi Muhammad dan umat Islam di Mekah.

Bahkan apabila Nabi Muhammad terpaksa meninggalkan Kota Mekah untuk berhijrah ke Madinah, Abu Jahal adalah manusia yang paling gembira sekali.

Seolah-olah dia telah mencapai kemenangan besar kerana berjaya mengusir musuh ketatnya keluar dari Mekah.

Sehingga kini nama Abu Jahal tetap relevan untuk diguna pakai.

Sedangkan Abu Jahal itu seorang yang kafir dan masyarakat Melayu yang sudah tentunya beragama Islam tetapi pada hari ini jika berperangai tidak ubahnya seperti Abu Jahal pasti akan dilemparkan kata-kata: “Jahat atau degil macam Abu Jahal!”

 

Read Full Post »

inilah taman syurga yang disebut oleh Rasulullah, Raudhah

Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah

ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi

jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah

Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa

dan untuk makluman korang, tempat ini diberikan nama Raudhah oleh Rasulullah sendiri

dalam erti kata lain, kalau Rasulullah sendiri dah kata ia taman syurga, apalagi nak kita katakan, Subhanallah!

aku menulis pasal Raudhah kerana aku (dan aku rasa kita semua) PASTI mempunyai keinginan yang cukup kuat untuk ke kota suci Madinah dan Mekah untuk menunaikan haji/ umrah dan menjejakkan kaki ke Raudhah semestinya

karpet ini menandakan jemaah dah masuk ke kawasan Raudhah

dikatakan doa yang dipohon di Raudhah akan dimakbulkan Allah

dan peluang membaca pengalaman mereka yang telah menjejakkan kaki ke Raudhah menjadikan keinginan dan impian aku semakin tidak dapat dibendung lagi, di bawah ini aku sertakan pengalaman beberapa orang bloggers yang telah sampai dan menjejakkan kami ke Raudhah;

http://webctfatimah.wordpress.com/2012/03/21/ct95-hadiah-dari-langit-30-minit-di-raudhah

http://patriotika.multiply.com/journal/item/164/Raudah_Sebuah_taman_Surga_di_sudut_Nabawi

http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4518-damai.html

http://www.azahrohaizah.blogspot.com/2012/04/kembara-part-4-medinah-munarwarrah.html

http://www.imamudasyraf.com/v1/?p=125

http://backpackerbusuk.blogspot.com/2011/09/umrah-madinah-part-2.html

selain Raudhah, sudah tentu keistimewaan Masjid Nabawi adalah di sinilah lokasi makam Rasulullah SAW

inilah makam Rasulullah

Makam Rasulullah SAW ditempatkan di dalam sebuah kawasan yang mempunyai kubah berwarna hijau di dalam kawasan Raudhah

di sisi makam Nabi SAW terdapat makam dua sahabat karib baginda iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a and Khalifah Umar al-Khattab r.a

mereka adalah antara sahabat karib Rasulullah SAW dan juga khalifah umat Islam selepas kewafatan baginda

mereka berdua adalah orang yang sentiasa menemani Rasulullah SAW ketika senang dan susah dan sentiasa mempercayai setiap kata-kata Nabi SAW di dalam apa juga keadaan

ada satu cerita menarik mengenai makam ini

ketika Rasullulah wafat, Baginda dikuburkan didalam kamarnya dan Siti Aisyah tetap tinggal dikamar yang sama, kemudian ketika Abu Bakar ra mendekati ajal beliau minta izin kepada Siti Aisyah agar dapat dikuburkan disamping sahabat yang  paling dicintainya itu dan Aisyah mengizinkannya

seperti diketahui Abu Bakar adalah ayah dari Siti Aisyah

kemudian ketika Umar bin al-Khatab mendekati ajal,  beliau juga minta izin Siti Aisyah untuk dikuburkan disamping sahabatnya, padahal Siti Aisyah sudah merancang untuk dikuburkan disamping suami dan ayah yang sangat dicintainya

tetapi kerana rasa hormatnya kepada Umar bin al-Khatab maka Siti Aisyah juga mengizinkannya

setelah Umar bin al-Khatab dikuburkan disamping Rasulullah, maka Aisyah tidak pernah membuka aurat dikamarnya kerana telah ada orang asing bukan mahramnya yang telah dikuburkan di kamarnya

begitulah mulianya Siti Aisyah, meskipun lelaki yang bukan mahramnya telah meninggal tetap saja Siti Aisyah tidak mahu menampakkan auratnya di depan kuburan Umar

kedudukan pusara Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab adalah seperti solat berjemaah yang mana Rasulullah SAW menjadi imam kepada Abu Bakar dan Umar.

di mana letaknya makam Rasulullah SAW dan para sahabat?

Keterangan :

1. Makam Rasulullah Saw

2. Makam Sy. Abu Bakar as Shiddiq

3. Makam Sy. Umar ibn Khaththab

4. Tempat yang menurut suatu riwayat disediakan untuk Nabi Isa AS, ada 2 kemungkinan yaitu berada luruh dengan Rasulullah saw atau berada dibelakang Sy Umar ibn. Khaththab

apabila masuk ke dalam Raudhah, berdirilah menghadap ke arah kiblat

kita akan nampak di sebelah kiri ada sebuah bangunan berbentuk 4 segi berwarna hijau tua dan bangunan itu dulunya adalah rumah Rasulullah SAW & Siti Aisyah dan Saidina Ali & Siti Fatimah (Fatimah Az-Zahra) dan di situlah juga terletaknya makam Rasulullah SAW dan para sahabat

terdapat kubah berwarna hijau tua yang menjadi tanda letaknya makam Rasulullah SAW dan kubah ini boleh dilihat dengan jelas dari luar Masjid Nabawi

* semua kisah/gambar di atas diambil daripada pembacaan yang aku dapat daripada media maya, kepada mana-mana blogger yang telah aku siarkan kembali penulisan mereka, hanya Allah saja yang mampu membalas kebaikan yang telah mereka kongsikan ini. Semoga ianya akan memberi kita ilmu yang bermanfaat…yang baik dari Allah, yang buruk itu dari kita insan yang lemah. Wallahualam.

Read Full Post »

Mekah dan Madinah…

aku ni suka membaca blog kerana banyak kisah suka duka dan ragam manusia yang tercatit di dalamnya

kisah yang aku suka baca adalah pengalaman hidup seseorang, pengembaraan, politik, biografi dan berbagai lagilah

yang aku kureng sikit adalah blog yang sifatnya terlalu peribadi….dalam erti kata lain asyik citer pasal awek dia, anak dia, percintaan dia atau apa saja yang sewaktu dengannya

sikit-sikit tu standardlah tapi kalau asyik citer benda tu je, leh nguap gakkan

dan dalam banyak-banyak blog, aku tidak tahu kenapa aku cukup suka membaca blog yang memuatkan kisah dua wilayah suci ini iaitu Mekah dan Madinah

blog yang sering menjadi rujukan aku dalam hal ini adalah  http://www.hajiarshad.blogspot.com dan manzlie-makkah.blogspot.com, mereka adalah rakyat kita yang menetap di sana

gambar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi contohnya, walau asyik ‘diulang tayang’, namun ia tidak pernah bosan untuk dilihat dan ditatapi

Makam Rasulullah

aku cukup gemar/ suka membaca pengalaman mereka yang dah sampai ke sini, terutama pengalaman mereka menunaikan umrah atau haji

walau yang sampai itu mereka dan bukannya aku, namun ‘kenikmatan’ yang mereka rasai sewaktu di sana seolah-olah masuk dan meresap sama ke jiwa aku yang penuh dosa ini, sungguh!

aku rasa setiap dari kita yang mengaku taat setia pada Allah dan Rasulnya, pasti mempunyai cita-cita untuk menjejakkan kaki ke tanah suci itu, kalau takde, rasanya bateri iman dah kena tukar tu

tapi , itulah…kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan segalanya

entah bilalah tubuh ini dapat sampai ke bumi yang penuh dengan kemuliaan itu….beruntunglah mereka yang dah mampu berbuat demikian….

Read Full Post »

Bapaku Seorang YB

“Saya tidak pernah mempertimbangkan untuk bergelar ahli politik. Menjadi pelakon pun sudah mencabar apatah lagi untuk menjadi pemimpin.

“Saya sangat kagumi kekuatan ahli-ahli politik yang mampu berkompromi dalam segenap aspek kehidupan termasuk soal privasi. Kriteria seorang ahli politik tidak ada pada personaliti diri saya,” ujar Datuk Michelle Yeoh selepas preview filem The Lady malam tadi

ya, memang benar

sesungguhnya menjadi ahli politik terutama Yang Berhormat (YB) dah tak macam dulu

dulu kalau jadi YB, kira hebat macam dewatalah

sekarang ni kalau jadi YB, buntot ibarat duduk kat kawah berapilahkan

betul, jadi YB ini ibarat ‘pasport’  nak jadi kaya kata orang, projek sana, projek sini- semua dia rembat, semua dia sapu

tetapi rakyat bukan makin bodoh, member aku yang ambil upah potong rumput kat highway pun dah ada twitter, hah tu aku baru bagi satu contoh

kalau tak kuat mental, lupakanlah kalau teringin nak jadi ahli politik

maklumat semua orang boleh akses kat hujung jari je, salah langkah, kena tibai kow-kow sampai terduduk!

ingat senang ke YB Elizabeth Wong nak ngadap muka pengundinya lepas gambar kainnya tanpa seluar dalam terselak dan tersebar satu Malaya,

ingat senang ke Datuk Seri Anwar nak raih sokongan bila citer liwat dan so call anunya diperkatakan sana-sini,

ingat senang ke Datuk Seri Khir Toyo nak terus berada dalam lanskap politik bila mahligainya itu disebut di mahkamah,

ingat senang ke Datuk Seri Najib nak ‘bersilat’ bila terus menerus dikaitkan dengan kematian Altantuya,

ingat senang ke Datuk Seri Shahrizat nak bertahan bila kes lembu suaminya bergema di mana-mana,

dan terbaru, ingat senang ke Datuk Shafie Apdal nak nafi bila dikatakan ada skandal dengan Zahida Rafik,

masalah bertambah rumit bila orang kita cepat benor nak mengiyakan sesuatu dakwaan walaupun belum pasti benar dan sahihnya

berat mata memandang, berat lagi bahu yang nak memikulnya yeop!

kekadang kita sedap je cakap tapi kalau kena kat batang hidup sendiri baru kita tahu langit tinggi rendah

bercakap pasal ahli politik ini, aku teringat sahabatku masa jadi wartawan dulu, siapa lagi kalau bukan Pyanhabib

aku dan Pyanhabib

meja aku ngan meja abang Pyan tak jauh jaraknya

cuma kami takdelah rajin sangat bersembang sebab abang Pyan ni ada masalah pertuturan sikit

so kalau ada benda penting baru kami communicate between each other

tapi rasa hormat aku pada dia tetap tinggi, keterbatasan yang ada padanya bukan satu penghalang

baru-baru ini aku ada contact abang Pyan, saja nak lepak ngan dia kat Wangsa Maju tapi boleh tak jadi pulak

dan bila aku teringat kat abang Pyan, sajaknya Bapaku Seorang YB pasti melintas di fikiran

walaupun puisinya itu sinis, tetapi ia cukup tinggi estetikanya, cukup garamnya, cukup rempahnya, cukup lemaknya

dan abang Pyan telah mengadunkan semua itu menjadi gulai yang cukup pedas…ya, cukup pedas!

BAPAKU SEORANG YB

bapaku seorang yb di negara demokrasi,
joget dan zapin dia tahu menari,
hari-hari meeting hari-hari outstation sampai pagi,
konon menghargai kesetiaan para pengundi
yang menilainya dipilihanraya
di atas pentas dihadapan rakyat,
orang-orang kampung jauh terpencil
lidah bapaku petah bersilat,
uratnya tegang,matanya terjegil,
bapaku pakar pintar teori,
mulut berbuih mata melilau,
bersembur serapah segala jampi,
orang orang kampung batunya hijau

kisah sejarah dan hadis nabi
jadi hafalan bapaku bistari,
rakyat marhaen ditabur janji
tiada siapa tahu bapaku gaji bermata dua,
sondol sana sondol sini,
dia main tutup mata,
orang-orang kampung terlopong,
melihat dengan mata terbuka

bapaku yb dinegara demokrasi,
aku anak bertuah tidak pernah mengundi
diajarnya aku berotak pintar,
untuk hidup mesti terlebih ajar,
oh alangkah bertuah aku anak bapa

bapaku yb aku penyangak,
masing-masing putar belit,
masing-masing pintar teori
masing-masing isi tembolok dan perut sendiri,
bapaku yb dinegara demokrasi,
jadi yb tidak habis-habis berkelahi,
bapaku yb dinegara demokrasi,
di parlimen tidak habis-habis kena maki

SAK: Teringat kata-kata Nikita Khruschev – Politicians are the same all over. They promise to build bridges even when there are no rivers!

Read Full Post »

GEORGE TOWN – Jutawan terkemuka, T. Ananda Krishnan meluangkan sedikit masa daripada kesibukan kerja untuk bertemu dengan anaknya, Ven Ajahn Siripanyo, seorang sami Buddha yang berada di Bukit Bendera di sini, Isnin.

Dengan hanya berkemeja-T dan berseluar jean, taikun berusia 74 tahun itu tiba di tempat tumpuan pelancong itu dengan menaiki sebuah kereta mewah jenis BMW dan ditemani beberapa pengawal peribadi kira-kira pukul 9 pagi, Isnin.

Beliau dibawa ke lokasi yang tidak diketahui jauh di dalam hutan di Bukit Bendera di mana anaknya berada di situ bersama dengan 60 sami yang lain.

Difahamkan Ven Siripanyo adalah anak tunggalnya daripada perkahwinan terdahulu.

Akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh merakamkan detik-detik pertemuan individu kedua terkaya di Malaysia itu bersama anaknya.

Ven Siripanyo dilaporkan berada di situ pada Ahad sebelum bermalam di sebuah bangunan ala kolonial di dalam hutan itu.

Menurut penduduk di situ, Ananda Krishnan membeli sebuah bangunan yang mempunyai 30 bilik itu tiga tahun.

Akhbar itu turut melaporkan Ven Siripanyo tunduk sebagai tanda hormat apabila melihat bapanya.

Dia kemudiannya membawa bapanya ke sebuah taman di mana Ananda Krishnan mengambil gambar pemandangan sepanjang lawatannya.

Ananda Krishnan dilihat meninggalkan kawasan itu pada tengah hari manakala anaknya dan beberapa yang lain berlepas ke Thailand pada sebelah petang.

Ananda Krishnan atau nama ringkasnya, AK mempunyai harta kekayaan bernilai RM29.66 bilion menurut majalah Forbes.

Beliau merupakan individu kedua terkaya di Asia Tenggara selepas Robert Kuok dan menduduki tempat ke-89 di dunia.

Beliau memiliki empayar multimedia termasuk dua syarikat telekomunikasi Maxis Communications dan Measat Broadcast Network Systems (Astro). – The Star/ Foto Kwong Wah Yit Poh

Read Full Post »

Read Full Post »

ini zaman Twitter, blog dah tak glamour

nilah ayat orang zaman sekarang

Hmmm sangatlah tak tepat pada aku

Memang la twitter semakin ramai penggunanya sebab senang gile nak buat akaun

Apabila guna twitter senang nak follow dan unfollow orang yang ko suka

Kalau tak mau tweet ko orang ramai baca maka block la

Tapi jarang orang nak private tweets dia

Kalau fb memang selalunya orang akan privatekan fb dia tapi tweets memang direka untuk bacaan umum

Sebab facebook ni lebih kepada nak membuat rangkaian dengan kawan-kawan sekolah lama

Kadangkala nombor telefon pun tak perlu ada sebab dah boleh contact orang melalui facebook

Twitter ni pada aku istimewanya ialah boleh post bebelan banyak kali

Kalau facebook macam sakit hati je tengok kalau orang tu update selalu

Tengok-tengok newsfeed ko asyik dia je bercerita

Kalau twitter ni ko tweet ikut suka hati ko macam burung tu

Tak pernah la orang nak komen pasal ko semakkkan timeline die

Orang follow ko kat twitter sebab orang suka dengar celoteh ko. Kalau tak suka tak payah follow.

Facebook pula macam aku tulis tadi ialah lebih kepada nak connect dengan kawan-kawan yang berjarak jauh. Tak yah dah nak tulis2 surat malahan boleh tanya soalan direct aje kalau dia ada online.

Ok bergerak ke blog pula

Blog pada aku ialah wacana santai yang ada sejuta topik dalamnya

Ibu-ibu beranak kecil suka blogging dan merakamkan gambor2 dan cerita pasal anak mereka dalam blog

Blog boleh juga buat duit kalau follower ko banyak. Blog juga bersifat segera, kadang2 lagi segera daripada surat khabar tapi bab kesahihan tu tak boleh nak jamin la sebab ia disunting sendirian berhad. Self censorship gitu.

Aku main pesbuk, tweet juga (tu kat dalam kotak atas kanan tu) dan semestinya seorang blogger. Aku menggunakan wacana bertiga ini untuk kegunaan tertentu. Paling peribadi facebook, lepas tu twitter sebab tak ramai kawan aku tau yang aku ada twitter dan seterusnya kalau nak heboh panjang lebar datang la ke blog ini.

Maka apabila ada orang kata kalau nak promo sesuatu promo guna twitter paling top, maka aku bersetuju sangat. Namun apabila ko kata blog orang tak belek sangat maka kau silap.

Kerana blog juga berupa website free dan lebih detail, tweet cuma 160 karekter aje. Ko nak rage or promote amende sangat la dengan 160 karakter itu.

Maka blog sangat relevan ye. Apa kata anda? Adakah anda juga menggunakan ketiga-tiganya?

SAK: Artikel ini adalah petikan dari blog http://mizzyn.blogspot.com, menarik gak bagi aku…yang pasti aku lum ada dan tak bercadang buka akaun Twitter, cukuplah sekadar blog ngan FB. Tapi andaikata blog ni pun orang dah tak suka, baiklah aku ngundur diri (menaip dengan titisan air mata sambil makan biskut Marie cicah milo huk huk huk)

Read Full Post »

kesiannya baby nie…

Read Full Post »

aku dan Ajek Hassan


nama mamat sebelah aku tu Mahathir Hassan, umur 36 tahun

anak kelahiran Terengganu ni dah lapan tahun berhijrah ke Perth, Australia

untuk nak hilangkan kerinduannya kat kampung halaman, Mahathir atau Ajek selalu petik gitar kapoknya sebelum merakamkan nyanyiannya dan upload ke Youtube

nak dijadikan cerita, suaranya yang gemersik dan petikan syahdu gitarnya telah membuatkan namanya ‘meletup-letup’ di Youtube, nak tahu berapa ramai penontonnya sekarang?

dah cecah 3.5 juta orang OK!

aku rasa kisah mamat ni korang boleh baca kat internet, dia pun dah pernah dijemput ke rancangan Jangan Tidur Lagi kat TV3 baru-baru ini

dan untuk pertama kalinya, Ajek telah membuat konsert ‘livenya’ di Kuala Lumpur malam tadi

walaupun lokasi konsert di Restoran Rebung, Bangsar, namun mereka yang hadir punyalah ramai

dengan keluasan yang terhad, dekat 300 orang menyerbu konsert solo Ajek menjadikan tempat itu sesak bagai nak rak, memang luar biasa penangan Ajek ni

perlu diingat, ia bukan konsert free OK

dan aku pun ada di sana bersama sahabatku, blogger Greatdaddy

apa yang aku boleh katakan, sebagai seorang pendatang baru yang masih amatur, kemampuan Ajek cukup menakjubkan

lebih sejam dia menyanyikan lagu-lagu cover version yang popular dengan selamba kodok dia je, malah ada lagu yang dia bawa lebih sedap daripada penyanyi asal, serius beb!

restoran itu kemudiannya bergema dengan sorakan dan tepukan apabila Ajek bantai bawa lagu Ombak Rindu,pergh, boleh tangkap leleh beb

habis konsert, aku pun lepak ngan Ajek, lama gaklah aku borak ngan dia, isteri dan anak-anaknya

pada yang belum pernah dengar suara Ajek, jangan risau, kat bawah aku sertakan beberapa buah lagu nyanyiannya yang dah diupload ke Youtube, layaaannnnnnnnnnnnn….(kredit gambar http://greatdaddy.blog.ekawan.com/)

 

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.