Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2012

Halim yang berdiri kat tengah

Aku sangat terkejut dengan perginya Halim Abdul Rahman atau digelar Stingray (sempena nama radionya), orang kuat Petronas Adventure Team (PAT) yang kembali ke rahmatullah pada 5 Februari lalu.

Kesedihan itu bertambah apabila aku hanya tahu mengenainya sebulan selepas beliau meninggal dunia.

Masyarakat secara amnya mungkin tidak kenal siapa Halim, tetapi bagi mereka yang terlibat dalam sukan pemotoran terutama yang melibatkan kenderaan pacuan empat roda, arwah adalah ‘legend’ dan ikon yang tiada galang gantinya.

Masih ingatkah cabaran Camel Trophy yang terkenal satu dunia satu ketika dulu? Halim adalah antara anak Malaysia yang pernah terpilih mewakili negara ke pertandingan 4×4 paling berprestij tersebut.

Dan apa pula kenangan aku dengan Halim?

Seperti yang aku pernah tulis sebelum ini, aku pernah mengikuti kembara PAT ke benua Afrika beberapa tahun lalu.

Untuk pengetahuan korang, Halim adalah orang yang mencetuskan idea penubuhan PAT, sekali gus dilantik ketua ekspedisi setiap kali ada pengembaraan baru.

Di bawah Halim, PAT telah mengembara hampir ke seluruh pelusuk dunia!

Sejak misi pertamanya pada 1999, pengembaraan PAT sehingga kini sudah menjelajah lebih daripada 100,000 km melibatkan 38 buah negara di tiga benua terbesar iaitu Asia, Afrika dan Eropah.

Arwah ketika dalam ekspedisi cukup garang dan tegas.

Bahkan dia pernah ‘menghalau’ beberapa peserta PAT pulang ke Malaysia kerana tidak berdisiplin.

Halim dan wifenya, Kak Nab masa kami di Afrika

Masa kami di Afrika dulu, dia telah menamatkan khidmat beberapa orang Mat Salleh yang ditugaskan untuk membantu PAT kerana kecewa dengan prestasi mamat-mamat tu.

Disebabkan ‘kuasa veto’ yang ada pada Halim, kami para peserta ekspedisi CUKUP TAKUT dengan beliau!.

Dengar dia batuk saja, kami dah rasa nak terkencing hahahahaha.

Actually pengalaman lebih 10 tahun dalam ekspedisi kembara dan latar belakang kerjayanya sebagai akauntan membentuk kepimpinan yang menjadi kunci utama kejayaan konvoi berkenaan.

Tugas yang dipikul menjadikan beliau anggota paling sibuk di dalam konvoi yang bertanggungjawab menguruskan sebarang permasalahan membabitkan perjalanan dan peserta.

Tugas beliau pada setiap hari bermula dengan taklimat untuk menyediakan peserta dengan maklumat perjalanan konvoi, perubahan atur-cara program atau perkara berbangkit.

Daripada jarak perjalanan, bentuk cabaran yang bakal dihadapi, pengisian semula bahan bakar hinggalah apabila setiap peserta melelapkan mata, semuanya terletak di bawah jagaan beliau.

Bahkan ketika semua peserta sudah merehatkan badan, beliau masih dihujani beban tugas yang harus diselesaikan.

Setiap pagi, selepas Halim mengakhiri taklimatnya, tanggungjawab menguruskan perjalanan berpindah ke bahu adiknya, Farouk selaku ketua konvoi yang berperanan memastikan kelancaran pergerakan kenderaan.

Di sepanjang laluan beribu batu itu, semua maklumat mengenai kawalan, pergerakan dan keadaan semasa kenderaan akan dimaklumkan kepada beliau untuk tindakan dan perhatian.

aku dan wife Halim, Kak Nab sewaktu melawat kilang permata Tanzanite di Tanzania

Kini nama Halim tinggal kenangan, namun jasa dan baktinya tak mungkin dapat aku lupakan sampai bila-bila.

Tenanglah kau di sana bang Halim…Al-Fatihah.

p/s: Halim meninggal dunia kerana diserang stroke pada usia 60 tahun, dia memang ada macam2 penyakit…setiap kali pergi ekspedisi, beg ubat dia lagi besar dari beg pakaian dia!

Read Full Post »

Petikan blog Mazidul:

“Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital’

Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris pada jam 10.18 pagi tadi.

Takziah Sham, Zuraine dan ahli keluarga.

Ternyata Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak itu, InsyaAllah.

Mewakili keluarga Faris, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada setiap pembaca blog ini dan semua sudi menyumbang, membantu membiayai kos rawatan arwah sewaktu dirawat selama 23 hari.

**Faris Nur Daniel, 6 tahun dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center) sejak 1 Februari. Ketika itu anak kecil berkenaan terkena sawan otak dan kesan pada otak.

Namun, hari ke-4 doktor mengambil air tulang belakang, arwah dikesan mempunyai penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah.

Sebelum ini, selepas 21 hari dimasukkan ke Sime Darby Medical Center, keluarga terbabit menanggung bil berjumlah RM96,957.68.

Kisah Faris asalnya diketengahkan bagi membantu keluarganay menjelaskan bil hospital apabila jumlah insuran kedua ibu-bapanya tidak mencukupi.

*Penulis mungkin tak layak nak cakap banyak, tapi sebagai seorang wartawan, penulis ucap terima kasih pada Mazidul yang dengan tulus hati tidak putus-putus menulis kisah arwah di blognya sebelum ini. Contoh kewartawanan yang prihatin.

Oleh: AK-47 (mynewshub.my) Gambar: Mazidul Akmal Sidek

 

Read Full Post »

kejadian ini berlaku pada 1.30 tengahhari 7 Februari lalu kat sebuah kedai runcit di  Senai Johor

akak-akak bertudung ni memang betul-betul memalukan nama bangsa dan agama kita

dengan selamba cilok habis barang-barang kat kedai runcit tu tanpa rasa bersalah

aku difahamkan dekat RM900 lebih harga barangan yang dicuri mereka

bukan sorang pulak yang buat kerja tu

lepas curi, masuk pulak barang-barang tu dalam seluar dalam diaorang

dahlah perbuatan tu KEJI, masuk pulak dalam seluar dalam…terus BUSUK DAN KEJI jadinya

apalah nak jadi dengan bangsaku…

 

Read Full Post »

Dia mengambil masa yang cukup lama untuk melupakan peristiwa hitam yang pernah menimpa dirinya, namun permintaan atau ‘request’ daripada seorang lelaki misteri di dalam akaun Facebooknya telah membuatkan dirinya kembali mengenangkan memori pahit yang telah berlaku hampir sedekad lalu.

Pada satu malam tahun 1997, Emily McCombs tiba-tiba tersedar yang dia berada di sebuah gudang sambil dikelilingi tiga orang lelaki.

Kesemua lelaki itu kemudiannya memaksa McCombs melakukan seks oral sebelum salah seorang daripada mereka bertindak merogolnya yang ketika itu baru berusia 14 tahun.

Kini McCombs adalah seorang penulis dan juga pengarah urusan Xojane.com.

Dan selepas hampir 13 tahun tahun peristiwa hitam itu berlaku, dua tahun lepas dia sangat terkejut apabila lelaki yang merogolnya itu telah menghantar ‘friend request’ dalam akaun Facebooknya.

Pada mulanya dia tidak mengendahkan permintaan lelaki tersebut, namun selepas berbalas mesej, dia bertindak menghubungi lelaki berkenaan.

Kedua-dua mereka berbual hampir sejam lamanya.

Bermula dengan perbualan ‘biasa-biasa’, ia berlanjutan kepada perbualan mengenai peristiwa hitam yang berlaku itu.

McCombs ada menulis kembali perbualan itu di dalam blognya pada tahun lepas.

Mungkin insaf dengan perbuatannya, lelaki itu menawarkan ‘apa saja bentuk bantuan’ sekiranya McCombs memerlukannya.

McCombs hanya menjawab ringkas;

” Jagalah anak perempuan awak baik-baik. Cintai mereka agar mereka mereka rasa dihargai. Dan ajarlah juga pada anak lelaki anda mengenai perkataan…TIDAK MAKNANYA TIDAK “

Biarpun McCombs mengakui adakalanya perbualan tersebut sangat mengecewakan dirinya, namun dia gembira kerana ia sedikit sebanyak telah mengubati hatinya sekali gus membuatkannya dapat melupakan peristiwa itu.

Yang pasti, McCombs berkata, dia tak mungkin, sampai bila-bila, menerima atau menekan butang ‘CONFIRM’ (lelaki itu) dalam ruangan Friend Request akaun FB-nya.

Menarik bukan? – SYAHRIL A. KADIR

Read Full Post »

Satu kebakaran melibatkan rumah kedai dilaporkan berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam semalam.

Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan.

Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya.

Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun naskhah itu tidak ‘terusik’ dek api dalam kejadian itu.

Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut.

Inilah yang dikatakan kebesaran Allah.

Semoga ia boleh memberi iktibar dan renungan kepada kita semua. Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR / Gambar dari Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Shah Alam

Read Full Post »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.