Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2013

Untitled

Aku bukan tak kesian kat mamat Negro yg dtg kat Malaysia ini, benar, ada yang betul2 nak belajar sebab nak tabur budi di negara mereka bila grad nanti.

Dan jangan tak tahu, ramai negro kat IPTS memang anak orang2 kaya – ada yg anak taukeh berlian pun ada (kat Afrika byk lombong permata).

Tapi jumlah yang aku sebut tu boleh kira ngan jari, yg banyaknya PENIPU BESAR, TAUKEH DADAH, SINDIKET BLACK MONEY dan macam-macam lagilah.

Mat Negro ni pulak mmg kuat seks, paling pantang kalau tengok perempuan saiz XXL kerana bagi diaorang gemuk itu seksi!

Tak dapat orang Malaysia, orang Filipin depa buat ‘lauk’,

Negro jarang ngorat awek Indon sebab susah nak communicate dalam BI. ‘

Mat Negro terutama dari Nigeria kalau tak dapat masuk guna lesen pelajar, depa akan guna alasan melancong.

Lepas tamat tempoh, mereka tak balik dan mula otak tu ligat nak menipu je kerjanya.

Malam tadi seorang Mat Negro mati kat Sunway Mentari bila terjatuh dari tingkat 10 nak elak ditangkap polis narkotik PJ.

Entah sampai bilalah problem macam ni akan berakhir…

Read Full Post »

SUSPEK BUNUH AMBANK AP

AKU rasa aku dah cukup terkejut bila suspek kes rompak Ambank yang menembak pegawai bank tempoh hari adalah warga Indonesia yang memegang kad pengenalan atau IC palsu (gambar di atas)

tapi bila aku baca Utusan Malaysia hari ini, aku jadi LEBIH TERKEJUT kerana Pengarah Siasatan Dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Wan Zakaria Wan Awang mendedahkan yang pihak mereka pernah menahan seorang warga Filipina yang mempunyai kad pengenalan palsu tetapi bekerja sebagai pengawal keselamatan yang menjaga stor senjata api syarikat tempat dia bekerja.

Ini betul-betul gila!

kalau dia smuggle bagi M16 kat tentera Sulu pun aku rasa tak siapa boleh tahu!

inilah kelemahan kita di Malaysia…undang-undang kita cantik, cukup kemas

kalau dalam bab nak rangka peraturan kita memang champion – tapi dalam bab PENGUATKUASAAN kita selalu gagal

kalau aku nak hurai pasal kelemahan penguatkuasaan ini sampai esok pun tak habis

kekadang rasa buat habis air liur je sebab akhir sekali akan kedengaranlah lagu Bangau oh! Bangau – jabatan ini salahkan jabatan ini, orang ini salahkan orang ini

peristiwa pembunuhan pegawai Ambank, Norazita Abu Talib sebenarnya telah mendedahkan kepincangan yang sangat dahsyat khususnya dalam industri sensitif seperti syarikat2 keselamatan di negara kita

di pihak bank pula, awal-awal lagi nampak macam dah lepas tangan…bagi mereka once diaorang dah lantik syarikat kawalan keselamatan maknanya mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka, bullshit!

bagi aku bank-bank ini pun perlu ‘dibasuh’ jugak, jangan hanya nak fikir untung saja

kalau diaorang serius bab keselamatan premis, hartabenda ataupun staff mereka, patutnya mereka dah lama ada pengawal mereka sendiri dan bukannya main ‘sub’ saja pada syarikat keselamatan

dalam bab ini aku angkat topi pada BSN kerana ada unit Polis Bantuan sendiri yang memang dilatih oleh PDRM.

kalau BSN boleh buat, kenapa bank lain tak buat benda yang sama?

Pos Malaysia yang keuntungan mereka jauh lebih rendah dari bank-bank ini pun boleh ada pasukan Polis Bantuan sendiri bro

percayalah, kalau benda ni tak ditangani betul-betul, jangan terkejut  lebih ramai lagi manusia tidak berdosa seperti Norazita akan menjadi mangsa pada sistem yang cukup kacau bilau ini, serius!

 

SAK: Selalu nampak ‘jaga’ yang tidur dan tak jaga-jaga.

Read Full Post »

1074077_579831355405202_1060053784_oManusia makin gila!

Itu yang boleh aku cakap

kelmarin gadis 15 tahun dibunuh dan disumbat dalam beg, semalam pegawai bank ditembak hingga hancur mukanya…tengah hari tadi pulak dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati

dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok

selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral

Harian Metro melaporkan, suspek kemudian keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian.

Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki.

Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian

Orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.

1385094_10151912540888232_920927030_n

 

SAK: Kita makin hilang akal dan kewarasan!

Read Full Post »

UntitledDAH lama aku tak berblogging…hambatan tugas dan aktiviti seharian membuatkan aku terpaksa berehat sekejap dari kecintaan aku dalam dunia blog ini

namun perkembangan sehari dua ini membuatkan aku tak mampu menghalang jari aku dari terus mengetuk papan keyboard laptop lusuh aku ini

aku mendapat tahu kejadian rompakan di Ambank USJ 1 ini malam tadi melalui seorang rakan

di saat aku melihat gambar mangsa, Puan Norazita Abu Talib di dalam internet dengan kecederaan teruk di muka akibat ditembak pengawal keselamatan bank itu sendiri, hati aku menjadi bertambah sedih dan marah

kenapa mesti dia diperlakukan begitu?

dia hanya diamanahkan untuk menguruskan wang ringgit yang banyak itu dan wang itu bukanlah miliknya

kalaulah suspek hendak ‘rembat’ duit yang dalam peti besi itu sekalipun , dia buatlah apa yang dia perlu buat tapi insan yang tak berdosa seperti Puan Norazita tak perlu dibunuh!

untuk pengetahuan korang, Puan Norazita ada suami dan dua anak kecil yang masih dahagakan kasih sayang seorang isteri dan seorang ibu

lebih hiba aku dapat tahu, beberapa minit sebelum kejadian, arwah sempat berbual dengan suaminya dalam telefon

Untitled2

suaminya ketika itu berpesan pada arwah agar berhati-hati bila memandu untuk pulang kerana hujan agak lebat – si suami risaukan isterinya yang agak rabun

tapi suspek telah menghancurkan dan memusnahkan segala-galanya, peluru yang dimuntahkan dari pump gun tersebut telah meragut nyawa Puan Norazita di situ juga!

Untitledbb

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Norazita Abu Talib

Norazita-Abu-Talib3

pada si pembunuh, tunggulah masa dan ketikanya – KAU TIDAK AKAN TERLEPAS!

1382361_706039219424464_2011490104_n

 

SAK: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul….Al- Fatihah.

Read Full Post »

1383413_531131706979279_541885595_nHARI ini kita dikejutkan dengan kes pembunuhan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak semalam, di tepi Jalan Kebun Nenas 1A/KS7, di sini, kira-kira 9 malam tadi.

Mayat mangsa ditemui dalam sebuah beg pakaian dipercayai dibuang pembunuhnya di lokasi berkenaan.

bag

Sebelum mayatnya ditemui, mangsa dilaporkan keluar dari rumahnya kira-kira jam 11 pagi semalam.

Mangsa kemudiannya dilaporkan tidak pulang ke rumah sehingga jam 12 tengah malam hingga keluarganya membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan

Dalam hal ini kita patut berterima kasih kepada seorang bekas polis bernama Kuan Chee Heng, yang juga seorang penjual bunga.

Mungkin kita tak pernah dengar nama dia, tapi Chee Heng adalah sebenarnya adalah pengasas kepada COPS (Community Policing), sebuah pasukan yang dianggotai ramai sukarelawan untuk membantu polis membanteras jenayah

Dibawah Chee Heng sendiri, setiap hari akan ada 200 sukarelawan yang akan membantu pasukan polis di 30 hingga 40 kawasan sekitar Lembah Kelang

Dalam kes pembunuhan adik tadi, Chee Heng dan rakan-rakanya dalam COPS telah berjaya mengesan suspek dan menyerahkannya pada pihak polis

hasil kerja keras Chee Heng dan rakan-rakannya tadilah, suspek akhirnya mengaku telah membunuh mangsa dan menunjukkan pada polis lokasi mayat

1377556_579040745484263_1217136023_n

” Kami bukan polis, kami tiada senjata dan gari, kami hanya rakyat biasa tapi kalau perlukan pertolongan, hubungilah saya pada setiap masa, setiap ketika…saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu. ”

Salut untuk Uncle Chee Heng!

NOTA: Maaf lama tak update blog, banyak benor kerja lately ni ahaks.

 

Read Full Post »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.