Feeds:
Posts
Comments

Archive for June, 2008

Office drama

Aku teringat dialog Azean Irdawaty dalam filem Layar Lara (itupun Suhaimi Sulaiman yang mengingatkan) mengenai ragam dunia penggambaran

Dialognya lebih kurang begini;

“You made my blood go upstairs…With me, you don’t play play. I story your boss then you know… who director? I director, you director?”

Sebenarnya dilema antara cameramen dan produser/ pengarah bukan benda baru

kalau dalam bisnis surat khabar pula, acapkali wartawan akan bertekak dengan jurufoto

sebenarnya rules dia sangat mudah, jurufoto/jurukamera perlu ikut cakap pengarah/ produser

pun begitu, ini bukan rules yang bersifat regimental, masih ada ruang untuk jurufoto/jurukamera untuk melahirkan kreativiti atau visual mereka tersendiri

namun prioriti perlu diberi kepada pengarah/produser kerana and the end of the day, pengarah/ produser inilah yang akan memikul tanggung jawab sama ada tugasan yang diberikan diterima atau hanya layak dibakul sampahkan

tetapi masih ada jurufoto/jurukamera yang bengong@ tak reti bahasa @ berlagak tak kena tempat

dewasa ini ramai jurugambar/jurukamera yang berkelulusan tinggi…ini lagi menambahkan ‘kebesar kepalaan’ diaorang apatah lagi bila pengarah/produser mereka budak baru kuar universiti atau baru berjinak-jinak dengan kerjaya sebegini

aku sendiri selalu berhadapan dengan dilema ini, bagi aku mudah, kalau rasa hebat, jurugambar/jurukamera ini boleh tampil kehadapan dan meminta agar tugas produser/pengarah itu diberikan kepada mereka…namun bila hal ini disuarakan, pandai pula mereka menolak!

aku juga berhadapan dengan pengarah/produser yang turut mempunyai sindrom yang sama. Lebih parah lagi acapkali ada di antara mereka yang ‘blur’ atau tidak cukup persediaan bila hendak ke lokasi.

 Adakalanya jurukamera/ jurugambar mereka yang terpaksa mengambil alih peranan kerja sebagai produser di lokasi kerana pengarah/produser berkenaan terawang-awang bak lelayang kat padang sekolah!

 Bila ini terjadi, sudah tentu aku tak heran bila ada jurugambar/jurukamera ‘angin satu badan’ dengan pengarah/ produser diaorang

Aduh, serius aku tension dengan suasana begini. Dulu aku ingat orang suratkhabar aje ada masalah ini, rupanya orang tv pun ada yang macam tu jugak.

Alangkah indahnya jika dua kelompok ini dapat bekerja dengan penuh rasa kekitaan dan saling hormat menghormati. Jika ia berlaku, aku percaya produk yang dihasilkan pasti akan lebih bermutu dan berkualiti.

Namun setelah dihitung dan dicongak, aku dapati masalah yang timbul sebenarnya bukan kerana dia jurukamera atau dia seorang produser…masalah sebenarnya adalah INDIVIDU itu sendiri

apapun aku bersyukur kerana di sebalik semua itu, aku masih mempunyai ramai jurukamera/ jurufoto yang hebat tetapi pada masa yang sama mengikut resam padi, makin tunduk makin menjadi

aku juga mempunyai ramai produser dan pengarah yang berkaliber tetapi masih mampu menghormati krew-krew di bawah seliaannya

tetapi seperti biasa, selagi ada langau-langau ini,  walau hadirnya cuma seekor, selagi itu daging terhidang tidak dibeli orang.

Sekian laporan Karam Singh Waliya untuk berita TV3.

SAK: Jurukamera dan produser berpisah tiada

Read Full Post »

SEPI..

Read Full Post »

PENAT meeting selama berjam-jam di ofis hari ini membuatkan aku mengambil keputusan untuk menonton filem Sepi di Bukit Raja hari ini

Pawagam ini sangat nostalgik, memandangkan di sinilah juga 10 tahun yang lalu aku menonton filem Titanic bersama seseorang yang cukup istimewa

Bertemankan lima sahabat yang lain, Razlan, Razlin, Jay Jay dan cintanya serta Akob, aku berdebar melangkah masuk…berdebar kerana aku tahu air tangan pengarah Khabir Bhatia ini pasti menjanjikan satu filem yang cukup mencabar hati, perasaan dan jiwaku.

Ternyata telahan dan ramalanku tepat. Aku terbuai dek penangan ‘shot’ yang simple tetapi cukup menarik, jalan cerita yang bersahaja tetapi melankolik, plot dan sub-plot yang berliku tetapi penuh syahdu dan lakon layar yang sederhana tetapi cukup meruntun naluri!

Apalagi yang aku harapkan…ternyata ia lebih hebat dari filem Cinta arahannya sebelum ini.

Lebih pada itu, entah kenapa cerita ini terasa begitu dekat dengan diriku. Tawanya, airmatanya, marahnya dan dukanya terasa sebati dengan roh dan nafasku.

Dalam erti kata lain, jika orang bertanya tentang perjalanan hidupku, ingin saja aku serahkan naskhah Sepi ini untuk mereka. Di sana mungkin ditemui jawabannya

Keterlaluan? Tidak. Sepi tidak lekang dari kelemahan, tetapi saratnya mesej dan penceritaan yang ‘brilliant’ ditambah kehebatan para pelakonnya membuatkan aku yakin Sepi akan sekali lagi dinobatkan sebagai filem terbaik tahun ini

Yang pasti aku menangis dan meraung ketika menontonnya…walau airmata tidak menitis di kelopak mata. Noktah.

SAK: Sepi itu indah…

Read Full Post »

BLOGGER Raja Petra kembali buat giler…satu pengakuan bersumpah telah dia buat .

Dalam pengakuan tu, dia kata Rosmah (bini Najib), seorang pegawai tentera dan wife pegawai tentera itu ada kat tempat kejadian sewaktu Altantuya dibunuh, my God!

Dan dia bilang Pak Lah pun tahu mengenai perkara tersebut setelah dimaklumkan mengenainya melalui satu laporan perisikan tentera.

Bagi aku statement ni memang statement berani mati dari Raja Petra

Secara peribadi aku rasa mustahil perkara ni berlaku, tetapi mana tahu kot2 sebaliknya

Bagi aku polis kena all out siasat perkara ni, kalau betul Raja Petra ‘meracau’, dia WAJIB dihukum sekeras-kerasnya!!!!

Tapi kalau betul seperti mana yang dia dakwa, siapa pun yang terlibat juga WAJIB dihukum sekeras-kerasnya!!!!

Arghhhh, kita ni makin gileeeeeeerrrrrrr

Read Full Post »

pening!

hampir 10 tahun dulu aku hanyalah pekerja biasa yang sering dimarah dan ditegur atas kesilapan yang aku lakukan termasuk kesilapan yang orang lain buat

kini setelah merangkak sedikit demi sedikit, aku berpeluang pula untuk duduk di atas sedikit, atas dari kuli dan bawah sedikit dari bos besar

‘kuasa’ yang aku miliki walaupun tak sehebat Pak Lah (ops!), namun sudah cukup untuk membolehkan aku menegur, memberi idea, mempengerusikan mesyuarat, menandatangani dokumen dan sedikit imbuhan dari segi kewangan dan kemudahan

namun seperti biasa, ia datang bersama sejumlah besar tanggung jawab yang tidak kurang beratnya

dalam bahasa mudah, apahal pun kalau jadi apa-apa, aku kena jawab dulu!

bercakap tentang menjadi bos kecil ini, ia sudah cukup ‘memigrain’ dan menyerabutkan otak aku yang dah sedia serabut ini

semalam aku perlu menyiapkan appraisal/ laporan tahunan prestasi mereka..campur tolak masa aku habis hampir 10 jam untuk berbuat demikian, rokok Dunhill 20 habis skotak, Coke habis dekat 3 tin, pi toilet hampir 6 kali.

Apa yang aku nak cerita sini ialah pelbagai karenah dan masalah yang aku temui sepanjang menyiapkan laporan tersebut. Antaranya;

1) Ada yang menangis

2) Ada yang happy

3) Ada yang kecil hati

4) Ada yang minta naik gaji

5) Ada yang minta tengok kontrak

6) Ada yang perasan bagus

7) yang ni paling thrill…ada juga yang minta berhenti!

Aduh! Aku tak tahu apa dah jadi pada kualiti yang ada pada pekerja di Malaysia ni. Semuanya nak mudah, semuanya nak senang, semuanya nak cepat. Tapi perfomance nauzubillah…

Sebagai bos, aku bersedia mendengar rintihan mereka, tapi pada masa yang sama aku tak boleh berkompromi dalam soal disiplin dan kualiti kerja

aku boleh memilih jalan mudah dengan melayan semua yang mereka mahu, dalam erti kata lain, aku akan jadi bos yang famous dan disukai hingga menjilat jari

tapi itu bukan tujuan aku memegang jawatan ini, aku juga perlu bertanggung jawab terhadap majikan tempat aku menyara anak bini aku selama ini

entahlah, yang pasti aku akan cuba memenuhi hasrat mereka, dan pada masa yang sama hasrat majikan juga

Semoga Tuhan tunjukkan aku jalan yang benar…Amin.

Read Full Post »

 

Iklan Petronas, Tan Hong Ming in Love, yang mengisahkan seorang budak sekolah keturunan Tionghua yang menyukai kawan wanitanya yang berketurunan Melayu mencatat sejarah negara apabila memenangi Award Gold Lion di  Festival Pengiklanan Cannes di Perancis baru-baru ini
Korang mesti tak leh lupa iklan hasil arahan Yasmin Ahmad itu. Hanya orang tak normal saja aku rasa yang tak ‘enjoy’ iklan tersebut

Tahniah ‘akak’ Yasmin!

Tan Hong Ming
Lady : Why do you like her?
Tan Hong Ming : She wears earrings..She ties a ponytail..She’s pretty.
Lady : What do you wish you could say to her?
Tan Hong Ming : Do you wanna come on a date.. err..to a romantic dinner.
Lady : Does she know you like her?
Tan Hong Ming : No, I keep it a secret.
Lady : Why?
Tan Hong Ming : I don’t want the whole world to know.
Lady: Why not?
Tan Hong Ming : Because everybody will laugh at me.
Lady : Why should they laugh at you?
Tan Hong Ming : Cause she doesn’t like me.
Lady: She doesn’t like you?
Umi Qazrina : My name is Umi Qazrina.
Lady : Who’s your best friend?
Umi Qazrina : Tan Hong Ming.
Lady : Do you like him?
: Her name is Umi.. Umi Qazrina.. I like her.

: Her name is Umi.. Umi Qazrina.. I like her.
 

 

 

Umi Qazrina: * momentary silence*

 

Read Full Post »

(petikan chedet.com)

I would like to clarify again that although I am called Adviser to Petronas, I do not advise at all, least of all to the Government.
Once in a while I get a briefing from Tan Sri Hassan Marican, the President of Petronas. I also get the annual report which is available to the public. My main job is that of a post box. I pass on to Tan Sri Hassan numerous requests and proposals which people send to me. I have absolutely no say in the decisions made by Petronas.

 

I have an office at the Petronas Towers and I am paid an allowance of RM15,000 per month, less RM5,000 income tax. If the Government wants me to step down now that I am not an UMNO member it is welcome to do so.

It would be a pity if politics is brought into the management of Petronas. Unlike other national petroleum companies Petronas has become one of the international petroleum companies like Shell, Essso, Total and others.If the 4th Floor takes over, Petronas may suffer the same fate as most national petroleum companies. Petronas staff are very well trained and much in demand overseas. If they leave I am not so sure Petronas will continue to be the model national petroleum company that many oil producing countries desire to emulate.

 

SAK: Kalau macam ni lah caranya, Tun Dr Mahathir nak jadi pengerusi PIBG pun tak boleh..

Read Full Post »

nasib kami…

(pic M’kini)

 HARI ini ‘orang media’ marah-marah bila mereka dinafikan hak untuk memasuki ruang lobi parlimen

‘Orang media’ ni memang sensitif, pantang tok nenek ‘orang media’ bila hak mereka untuk membuat liputan dinafikan

Ini kerana bagi mereka, mereka bertanggung jawab untuk memberi  yang terbaik kepada pembaca atau penontong masing-masing

‘Orang media’ mungkin dilihat menyusahkan dan keras kepala

Tapi tanpa ‘orang media’ jugalah, dunia seakan terhenti

Ibarat sarapan pagi tanpa segelas kopi!

 SAK: Inilah nasib orang media, puji dan caci adalah nasi dan lauk mereka

Read Full Post »

sekali sekala aku ingat nak cerita sikit la apa yang berlaku behind the scene sesuatu penggambaran yang kami lakukan

walaupun penat berhujan dan berpanas, tapi adakalanya mcam2 adegan yang mencuit hati yang kami lalui

biarpun masa aku actually byk dihabiskan di pejabat, tetapi adakalanya aku pun perlu juga turun ke scene

bulan ni je aku dah beberapa kali ke Kedah dan Pulau Pinang kerana terlibat dalam penggambaran

bercakap pasal behind the scene, aku selalu ketawa sendiri bila mengenangkan gelagat pelakon Jalil Hamid yang kebetulan menjadi pengacara kami

rupanya beliau ada masalah pelupa, jadi satu hal pulak krew kami terpaksa menulis dialog yang perlu beliau tuturkan kat atas manila card

beliau juga mempunyai anak mata yang ala juling-juling itik hinggakan cameramen kami selalu confused sama ada dia pandang kamera ke, pandang manila card ke, atau pandang tempat lain?

apapun aku respek abang Jalil kerana dia sangat humble, kelakar dan peramah

jangan tak tahu, pakai Mercedez mata belalang lagi…

baru-baru ni sempat lagi dia buat album lagu-lagu lawaknya, silap haribulan boleh meletup ngalahkan album Justin Timberlake, siapa tahu kan?

SAK: Budi dan jasa dikenang hingga ke mati weh…

Read Full Post »

(gambar di atas adalah sekumpulan juruteknik TNB yang sedang bertugas, untuk pengetahuan, bos mereka akan dapat gaji baru wehh)

Ini cerita dari Rockybru

I hope what I heard is not true, that the CEO/President of this major Government-Linked Company, together with his Chief Financial Officer, are going to get a 100 per cent increase in their pay package!

If the CEO is getting a RM50,000 package now, he’ll be getting RM100,000 a month. If the CFO is getting RM25,000 now, his package will swell to RM50,000!!!

If it’s true that the Board of Directors of Tenaga Nasional Berhad has approved the increment (because that’s what I have just heard, and they are just awaiting Pak Lah’s approval as Finance Minister), all the Government’s talk about saving cost and changing lifestyles because of the higher petrol/diesel prices will sound so very hollow

Ini kenyataan dari orang kuat Khazanah Nasional Bhd

Khazanah, cabang pelaburan kerajaan, hari ini mempertahankan cadangan kenaikan gaji bagi pegawai tinggi dalam syarikat milik kerajaan (GLC), dengan alasan tindakan itu dilakukan selepas pertimbangan secara berhati-hati, kejayaan mewujudkan nilai dan usaha mengekalkan pekerja mahir.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, Buku Biru (Blue Book) Khazanah, yang memperincikan imbuhan eksekutif, cuba untuk melaksanakan keadaan yang “kami tidak membayar terlalu rendah, kami tidak pula sepatutnya membayar terlalu tinggi, tetapi kami perlu membayar secukupnya dan kami perlu membayar secara adil.”

Ini kata aku

apakah hanya mereka saja yang berjaya dalam mendatangkan kekayaan kepada syarikat? bagaimana pekerja mereka yang berkerja bertungkus lumus demi tujuan yang sama? adakah kerana tangan mereka berlumuran lumpur dan kotor sebab itu mereka tidak dapat menikmati kesenangan seperti mana tangan bos mereka yang gebu dan putih melepak itu?

SAK: Paham orang atas, paham orang bawah 

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.