Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2011

Kagum… penulis kagum dengan pencuri wanita ini.

Tapi jangan salah anggap, penulis bukan kagum dengan perbuatannya tetapi teruja dengan CARA atau MODUS OPERANDI yang dia lakukan.

Anda boleh lihat aksinya dalam petikan video di bawah cerita ini.

Kisahnya begini.

Wanita berketurunan India ini pada mulanya menghampiri kotak yang mengandungi 24 tin arak.

Turut bersamanya adalah seorang lelaki dan seorang kanak-kanak wanita.

Selepas itu wanita itu meludah tapak tangannya sebelum menyapukannya ke alat sulitnya.

Kemudian wanita tersebut mengangkat kainnya sebelum meletakkan kotak yang mengandungi 24 tin arak itu dicelah kelangkang dan berjalan seolah-olah tiada apa yang berlaku…WOW!

Perbuatan wanita itu malangnya berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Sehingga kini belum diketahui bila dan dimana kejadian itu berlaku…entah-entah kat tempat kita tak? – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Read Full Post »

saya akan kembali bertarung dalam dunia blog yang telah lama terbiar ini

sebelum itu biar saya cantas dulu lalang-lalangnya ya…

Read Full Post »

Masihkah anda ingat dengan kematian tragis penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian? Penulis secara peribadi tidak mungkin dapat melupakan kejadian itu kerana bertugas sebagai wartawan jenayah ketika ia berlaku.

Bagi yang terlupa atau tak tahu, Canny diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.

Untuk pengetahuan anda, suspek yang juga seorang pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol Canny.

Secara ringkasnya, plot tragis pembunuhan itu bermula apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis makan malam di Restoran Monte di Pusat Beli-belah Bangsar (BSC), tempat di mana Ahmad Najib melihat beliau.

Dia kemudiannya hilang dipercayai diculik bersama kereta Proton Tiara bernombor pendaftaran WFN 6871.

Mayat Canny kemudiannya dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan seluas 1x1x1 meter dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu.

Mayatnya dijumpai tertanam di bawah dua tayar berisi simen dalam lubang pembetungan itu empat hari selepas dia diculik dari tempat meletak kereta BSC.

Kisah pembunuhan Canny ternyata telah mengempar seluruh rakyat Malaysia.

Dan sebagai mengenangkan kembali peristiwa tersebut, dokumentari istimewa berjudul The Murder of Canny Ong, akan ditayangkan secara perdana pada 12 Disember ini menerusi saluran Crime & Investigation Asia, di stesen TV berbayar Astro.

Siaran ulangan dokumentari ini pula adalah pada 13 Disember (11 malam), 15 Disember (8 malam), 16 Disember (10 malam), 17 Disember (9 malam) dan 18 Disember (10 malam).

Dokumentari ini turut menampilkan temu bual bersama ibu mangsa, Pearly Visvanathan Ong, yang sehingga hari ini masih menanggung kesedihan di atas kehilangan anak kesayangannya.

Turut ditemu bual ialah Deputi Superitendent Amidon Anan yang ketika itu Ketua Jabatan Jenayah yang mengetuai siasatan kehilangan dan kematian Canny.

Selain Pearly dan Amidon, dokumentari ini juga memaparkan temu bual bersama Timbalan Pendakwa raya, Datuk Sallehuddin Saidin; ketua barisan peguam bela Ahmad Najib, Muhammad Haniff Khatri Abdullah; wartawan, Angela D’Cruz; pakar jenayah dan psikologi, Dr Geshina Ayu Mat Saat; Ketua Siasatan Jenayah Selangor, SAC Abu Bakar Mustafa; dan kawan baik mangsa, Noreen Natasha.

Mungkin banyak pengajaran yang boleh kita peroleh dari dokumentari ini, Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

Read Full Post »

Dunia akhir zaman. Dunia kita makin tua, pelbagai kerosakan semakin menjadi-jadi di muka bumi ini.

Antaranya seorang pelajar wanita berasal dari Korea yang sanggup tidur dengan babi, maaf, TIDUR BERBOGEL DENGAN BABI. Semuanya dilakukan atas nama seni.

Miru Kim ‘meluangkan masa’ 104 jam tinggal bersama dua ekor babi di dalam bilik di bahagian depan sebuah galeri, Art Basel Miami 2011

Para pengunjung boleh melihatnya berbogel bersama babi melalui sebuah tingkap.

Selama empat hari dia tinggal, makan, dan tidur bersama dua ekor babi di dalam sebuah bilik kaca.

Kim, yang juga merupakan anak kepada seorang ahli falsafah Korea itu mula terkenal sejak dia mengambil gambar-gambar bogel dirinya sendiri di tempat-tempat ganjil seperti kilang usang, terowong, dan jambatan.

Ujarnya, kerja yang dilakukan itu membantunya untuk mengatasi ketakutannya — “Ketakutan terhadap kegelapan, bahaya dan ketakutan terhadap kekotoran”.

Dia mendapat idea untuk mengadakan pameran seni yang diberi nama “I like pig and pig like me” (Saya suka babi dan babi suka saya) itu selepas membaca sebuah buku seorang ahli falsafah, Michel Serres.

Begitulah kisah bagaimana teruknya manusia-manusia di akhir zaman.

Harus diingat, Kim bukannya bodoh…dia merupakan bekas pelajar perubatan lagi tetapi nampaknya dia meletakkan dirinya pada martabat yang paling hina dan keji.

Sesuatu yang pasti, ada ramai lagi ‘Kim’ di luar sana tetapi dalam bentuk dan sudut yang berbeza.

Semoga Allah menghindarkan kita dari segala perbuatan yang cela dan hina seperti ini, baik daripada segi kelakuan, mahupun pemikiran! – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

Read Full Post »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.