Feeds:
Posts
Comments

Archive for May, 2013

20130524_183942

Sungai Mekong

kupilih namamu

kerana aku begitu sepi

kan kubenamkan dadaku

ke dasarmu

kaki kananku ke bulan

kaki kiriku ke matari

kan kuhanyutkan hatiku

ke kalimu

namaku ke muara

suaraku ke gunung

 

Sungai Mekong

nafasmu begitu tenang

lenggangmu begitu lapang

di tebingmu

ada ibu bersuara sayu

mencari suara puteranya yang hilang

waktu ia merebahkan wajahnya

ke wajahmu

kau masih bisa senyum senang

 

Sungai Mekong

akhirilah tarisiang riakmu

kulihat di dasarmu

kuntum-kuntum berdarah

batu-batu luka

malam ini

ribut dari utara akan tiba

tebingmu akan pecah

airmu akan merah

dan arusmu akan lebih keras

dari Niagara

(A. Latiff Mohidin)

SUNGAI Mekong adalah sungai ke-10 terpanjang di dunia, ke-10 terbesar dari segi isipadu dan mengeluarkan 475 km padu air setiap tahun.

Panjangnya 4880 km dan lembangan Sungai Mekong seluas 812,000 km persegi.

Mengalir dari Dataran Tibet di utara mengalir melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.

Masa kat Kemboja, aku sempat menyelusuri sungai tersebut dengan menaiki sebuah bot panjang.

Panorama-view-on-Sundeck-of-Mekong-Eyes

Hanya dengan beberapa dollar US saja aku siap boleh makan malam atas bot sambil menikmati keindahan matahari terbenam, sungguh memukau!

Dekat dua jam juga aku dibawa menaiki bot tersebut, memang best

mekong-river-on-the-way

kalau korang datang sini, jangan lupa plan menaiki bot di Sungai Mekong…kenangan yang pasti tidak dapat digambarkan dengan kata-kata!

IMG_9153

Read Full Post »

tuol-sleng-choeng-ek-03

Pendidik, ahli akademik dan orang terpelajar dibunuh dan disiksa oleh pemimpin Khmer Rouge atas alasan mereka akan menjadi pengkhianat dan pembelot negara kerana mengembangkan sistem pendidikan moden yang menjurus kepada Barat.

Bagi memenuhi kehendak itu, rejim Khmer Rouge telah menukar sebuah sekolah, Tuol Svay Prey High School kepada penjara yang dikenang penduduk sebagai “penjara maut” S-21.

Tortured-Room-in-Tuol-Sleng

Dari sebuah sekolah yang awalnya menjadi tempat memberi pendidikan kepada generasi masa depan, keseluruhan bangunan ini telah ditukar kepada sebuah penjara yang lengkap dengan peralatan penyiksaan dan sel penjara.

Pada awalnya penjara ini dipenuhi oleh pegawai kerajaan, mereka yang terpelajar seperti doktor, guru dan sebagainya, pekerja yang terlibat dalam sektor industri, ahli akademik, tentera serta sami dan imam masjid.

Tuol-Sleng-Victims-of-the-Khmer-Rouge-9

Namun akibat dari takut dengan bayang sendiri pemimpin rejim ini terutamanya Pol Pot mula bertindak menyiksa ahli partinya sendiri yang dilihat mampu menggugat kedudukannya.

Tuol-Sleng-Victims-of-the-Khmer-Rouge-3

Walaupun kebanyakan penghuni penjara ini adalah rakyat tempatan namun terdapat warga asing seperti dari Amerika Syarikat (AS), Australia, Vietnam, India dan Pakistan.

Tuol-Sleng-Victims-of-the-Khmer-Rouge-4

Dari anggaran 17,000 yang dimasukkan ke dalam penjara ini hanya 12 darinya hidup selepas tamatnya pemerintahan Khmer Rouge dan mereka terselamat kerana mempunyai kepakaran tersendiri yang boleh digunakan oleh Pol Pot.

lepas diseksa, tahanan akan dibiarkan dalam bilik ini tanpa makan dan minum sehingga mati begitu saja

lepas diseksa, tahanan akan dibiarkan dalam bilik ini tanpa makan dan minum sehingga mati begitu saja

20130523_171044

Antaranya Vann Nath yang mempunyai kepakaran melukis dan digunakan oleh Pol Pot untuk melukis gambarnya.

Tuol Sleng 05 (Richard S. Erlich)

Berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang terselamat dari kekejaman di penjara S-21, keadaan ketika itu sangat menyiksakan dengan tahanan disiksa dengan pelbagai cara yang keterlaluan.

DSCN4964

Dia menggambarkan keadaan ketika itu terlalu menakutkan dengan mayat dilihat terbiar mereput di sel penjara, teknik soal siasat yang terlalu kejam dengan menghempas kepala dan badan banduan dengan benda tajam atau keras dan pelbagai tenik lain yang tidak boleh diterima akal.

S-21

Kanak-kanak itu, Norng Chan Pal, yang kini berusia 39 tahun bersama empat kanak-kanak lain telah ditemui oleh seorang jurugambar tentera Vietnam, Ho Van Tay yang menyerang Kemboja untuk menumbangkan kerajaan Khmer Rouge.

aku bersama salah seorang mangsa di penjara ini yang masih hidup

aku bersama salah seorang mangsa di penjara ini yang masih hidup

Setelah 30 tahun, kedua-dua lelaki ini yang pernah menjadi saksi kekejaman Pol Pot dan rejimnya, akhirnya bertemu bagi bertanya khabar dan berkongsi pengalaman.

images (2)

Bagi Ho Van, dia terkejut melihat kanak-kanak yang telah disembunyikan di dalam longgokan pakaian bagi mengelakkan diserang tentera Pol Pot masih hidup untuk berkongsi pengalaman hidupnya tentang kekejaman rejim Khmer Rouge.

469125_10151592530418050_107047187_o

Seperti mana teguhnya bangunan penjara S-21 yang kini bertukar sebagai Muzium Peringatan Toul Sleng, begitulah teguhnya ingatan tentang kesengsaraan dan kekejaman yang berlaku akan terus terpahat di ingatan mereka yang melaluinya sehingga akhir hayat.

20130523_172900

Read Full Post »

The Fall of Phnom Penh to the Khmer Rouge on April 17, 1975

Sejarah rejim Khmer Rouge yang sangat berpegang teguh dengan ideologi komunis bermula dengan kejayaan menguasai Kemboja pada 17 April 1975.

Kepimpinan baru ini sangat mendambakan pemerintahan komunis memandangkan mereka sangat mengagumi Rusia dan China yang dilihat berjaya melakukan perubahan besar dalam negara berdasarkan ideologi komunis.

Perubahan yang ingin dilakukan oleh rejim ini meliputi semua bidang seperti pendidikan, ekonomi, kebudayaan dan keagamaan demi menubuhkan sebuah negara komunis, telah dibayar dengan harga yang terlalu mahal iaitu darah dan nyawa penduduk itu sendiri.

captive-of-the-khmer-rouge

Pendidik, ahli akademik dan orang terpelajar dibunuh dan disiksa oleh pemimpin Khmer Rouge atas alasan mereka akan menjadi pengkhianat dan pembelot negara kerana mengembangkan sistem pendidikan moden yang menjurus kepada Barat.

Kunjungan aku ke sana tidak lama dulu bermula dengan melawat tempat yang cukup dikenali di seluruh dunia…Killling Fields.

Buddhist_Stupa_at_Choeung_Ek_killing_fields,_Cambodia

Di situ terdapatnya kubur besar yang menempatkan beribu-ribu mangsa yang terkorban disebabkan kekejaman tentera Pol Pot

Killing Fields bersejarah oleh kerana rakyat Kemboja mati dibunuh beramai-ramai secara kejam

Killing-fields-site-006

Ia berlaku pada tahun 1980, dianggarkan seramai 70,000 orang telah dibunuh dengan kejam seperti disembelih, diracun, ditusuk dengan buluh dan ditembak.

965183_10151591799543050_2049022100_o

Kekejaman regim Khmer Rouge tidak mengenal peringkat umur untuk dibunuh sehinggakan anak-anak kecil juga dibunuh dengan sungguh zalim sekali

Terdapat 126 lubang kubur di situ tetapi hanya 86 sahaja yang digali balik oleh kerajaan Kemboja.

MINOLTA DIGITAL CAMERA

Pokok ini diberi nama Killing Tree,  yang sejajar dengan ‘tugasnya’ pada masa itu

946953_10151592554098050_985821027_n

Di pokok inilah kanak-kanak dibunuh dengan begitu sadis tanpa perikemanusiaan langsung!

Bayangkanlah kanak-kanak yang berumur satu hingga 3 tahun dibunuh dengan menghempaskan kepalanya di pangkal pokok itu sehingga ia mati

Kesan daripada hentakkan kepala pada pangkal pokok itu terdapat bahagian pangkal pokok itu membengkak sehingga ke hari ini.

Kejam, sungguh kejam!

20130523_110257

Read Full Post »

einaafiq001

aku jarang nak cerita pasal gosip artis dalam blog aku ni sebab bagi aku gosip is gosip, takde yang menarik sangat pun

semuanya dalam lingkungan cinta, asmara dan seks aarrghhhhhhhhh

bukan apa, bab dalam kain ni korang bacalah di blog lain, namun nak tulis alamakkk….tak cukup imaginasilah hahahahha

tapi kes pelakon baru bernama Afiq, awek dan emaknya ini memang menarik perhatian aku

aku malas cerita banyak, korang layan jelah klip di bawah dan korang akan dapat agak what actually happened

bagi aku, dan bagi kita semua, ibu adalah insan yang cukup bernilai dan perlu disayangi, dihormati waima apa pun cacat-celanya (jika ada)

penghormatan terhadap ibu perlu diutamakan berbanding hak kepada seorang bapa

perkara ini berasaskan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya: Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?

Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?

Nabi menjawab: Ibumu. Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?

Nabi menjawab lagi : Ibumu. Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?

Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.

Begitulah tingginya kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah

betapa mulianya seorang ibu hinggakan Nabi Muhammad meletakkannya sebagai pihak ketiga yang perlu dihormati selepas Allah dan Baginda

kita juga pernah mendengar kata-kata, syurga itu di bawah telapak kaki ibu

begitu pentingnya kita menghormati ibu bagi mendapat keredaan Allah

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya yang sangat terkenal Ihya Ulumiddin, menulis, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya bau surga itu diperolehi dengan perjalanan sejauh lima ratus tahun. Bau itu tidak akan diperolehi oleh orang yang mendurhakai ibu bapanya dan orang yang memutuskan silaturahim- (riwayat At-Tabarani dari Abu Hurairah)

so atas dasar itu, Afiq perlu sedar di mana dia berada ketika ini

hanya dia yang tahu apa sebenarnya yang berlaku, apa yang dah berlaku dan apa kemungkinan yang bakal berlaku…Wallahualam.

Read Full Post »

IMG_5697

kisah yg cukup menghibakan…sahabat saya di Mekah, Yuzuan kehilangan ayah dan ibu saudaranya dlm kemalangan ngeri dgn lori balak di Merapoh semalam.

Arwah berdua baru sampai di KLIA dr Mekah selepas menunaikan umrah dan on the way balik rumah mereka di Kelantan.

Lihatlah klip ini, beg2 besar mereka bertaburan, arwah juga ditutup dgn kain ihramnya sebaik saja dikeluarkan bomba.

Makcik yg parah dlm video ini meninggal sehari kemudian. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah..sebak betul aku..

IMG_5700

 

jenazah ditutup dengan sejadah dr Mekah dan kain ihramnya

jenazah ditutup dengan sejadah dr Mekah dan kain ihramnya

gambar kredit kepada http://wwwaj601.blogspot.com

 

 

Read Full Post »

197710_10150115277983050_4654621_n

rasanya dah dekat dua bulan aku tidak akftif mengemaskini blog peribadi aku ini

pelbagai peristiwa berlaku di seluruh negara kebelakangan ini, sebagai ‘tukang catat’, ia secara tidak langsung ‘merencatkan’ sikit catatan aku

aku terlibat secara langsung dalam laporan pencerobohan di Lahad Datu dan terbaru pilihanraya umum (PRU-13)

jadi sudah tentu tugas hakiki perlu diutamakan berbanding lain-lain

untuk lepas rindu menulis, aku lebih banyak membuat catatan mikro di Facebook, kebetulan gajet yang ada membolehkan untuk aku update waima sambil makan

kalau di blog, dah tentu agak sukar kerana ia memerlukan lebih masa sedangkan tugasa di pejabat pula perlu diberi fokus

cuma untuk catatan terbaru ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca setia blog Syahril A. Kadir, waima yang sekadar ‘singgah-singgah’

ini kerana tak sangka sejak aku mula berblogging, jumlah terkini pembaca aku dah melebihi angka 3 juta!

bagi blogger ‘cap Ayam’ dan sekadar suka-suka macam aku ni, jumlah itu sesuatu yang luar dugaan

actually dah ramai teman blogger aku yg dah pergi jauh lagi dari angka itu, tetapi yang sedih sikit ramai yang dah mula ‘bersara’

medium FB dan twitter nampaknya yang semakin menguasai berbanding blog

yelah, kekadang blogging ni nampak macam senang tetapi nak fikir entry2 baru kekadang bukannya mudah

lagipun nak menaip pepanjang ni memerlukan masa, tugasan di pejabat lagi, terperangkap dalam jem lagi, macam-macam!

tetapi aku percaya masih ramai yang suka baca blog, sayangnya penggeraknya semakin hari semakin berkurangan

apapun aku harap Allah berikan aku masa dan daya untuk terus menulis, itupun jika masih ada yang sudi membaca

terima kasih atau sokongan kalian…semua ini memberikan aku semangat untuk kembali berblogging

teruskan perjuangan!

Read Full Post »

hari ibu bukan hanya sehari, ibu mesti diraikan setiap hari, kalau jauh cuba kerapkan berjumpa, kalau payah sentiasa titipkan doa

telefon biar dia dengar suara.ringankan tangan untuk hulurkan wang ringgit, walau dia dah tua, itu bukan bermakna dia tak perlu berbelanja

doa ibu paling berharga, sampai terus padaNya

kalau masih ada ibu, jangan ambil mudah…jangan menyesal bila dia dah digauli tanah

kita boleh mendabik dada, dah senang dan dah kaya, tapi semua itu tiadalah makna – kalau dirimu tiada dirahimnya

bersyukurlah kalau masih mampu memeluk ibu, ada orang hanya mampu melihatnya di nesan berbatu!

Syahril,
teratak bonda.

Read Full Post »

946295_573155706049267_250528815_n

Cara penipuan ni cukup senang dan licik.

Anggota sindiket ini beroperasi dengan menyamar sebagai anggota polis, sama ada dari China atau Taiwan, dan memaklumkan kepada mangsa mereka yang akaun bank mangsa sedang disiasat bank pusat masing-masing dan mungkin akan dibekukan.

Setelah berjaya menakutkan mangsa mereka, seorang lagi anggota sindiket ini akan menelefon mangsa dengan menyamar sebagai seorang pegawai bank pusat yang berkenaan dan mempengaruhi mangsa untuk memindahkan wangnya ke sebuah akaun sementara.

Apabila duit itu dipindahkan ke akaun sementara itu, sindiket itu akan mengambil wang berkenaan dan duit kita pun – LESAP!

Sindiket ini beroperasi dengan menggunakan teknologi Voice Over Internet Protocol (VoIP) yang membolehkan mereka membuat panggilan telefon dari sini ke China dan Taiwan seolah-olah panggilan itu dibuat secara tempatan di negara berkenaan.

HABIS CERITA!

936405_573155809382590_663126721_n

936779_573154842716020_175408415_n

 

941848_573156026049235_1261754782_n

935368_573157316049106_571928261_n

Read Full Post »

%3D%3Futf-8%3FB%3FSU1HLTIwMTMwNTA3LVdBMDA0LmpwZw%3D%3D%3F%3D-738091

ada gambar Mukhriz memimpin solat jemaah, tapi aku memilih gambar ini. Kenapa? Ini kerana solat dah memang wajib pada semua umat Islam, tapi jawatan ini Allah dah pilih dia dari jutaan umat Kedah untuk memikulnya. Merayu sgt2 jalankan tugas ini dengan amanah, letak Allah paling atas dan utama. Majukan negeri Kedah sebaik mungkin, bantu golongan susah, tak kira apa ras atau agama. Kalau tokong perlu dibantu, bantulah. Kalau gereja perlu diperbaiki, baikilah. Kalau wat perlu dijaga, jagalah. Kepentingan Melayu, Islam dipelihara. Kepentingan bukan Melayu/ bukan Islam..jangan dirampas. Kami mendoakan yang terbaik, ingat, bila Allah letak kamu di situ, maknanya ada amanah yang kamu perlu laksanakan. Majulah Kedah, majulah Malaysia. Syabas Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah Darul Aman.

944362_618351774861594_1060312621_nWaima apa teori dan analisis pun, nyata majoriti Penangites telah memilih saudara. Hanya saudara yang mampu melenyapkan segala keraguan dan andaian. Walk the talk. Melayu perlu dibela, Cina perlu dijaga, India dan lain-lainnya perlu dibantu. Tanah di Pulau Pinang makin mahal. Harga rumah terus meningkat. Golongan berpendapatan rendah makin tertekan. Carilah jalan dan segenap upaya agar Penangites tidak terus tertekan dengan masalah ini. Orang Penang tak mahu jadi macam orang Singapura.Orang Penang tetap mahu jadi orang Penang. Saya rasa saudara mampu. Jadilah Ketua Menteri untuk semua..pegang sumpah itu! Selamat menunaikan amanah buat YB Joseph Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

ali idris

saya bukan orang Melaka tapi bukan sukar untuk melihat kesungguhan Pak Ali berkerja siang-malam untuk negerinya…cuma akhirnya Allah telah menentukan khidmat rasminya itu ditamatkan melalui satu proses yang cukup adil dan demokratik, bukan di tangan Bangla atau ditangan Nepal. Katalah apa saja, saya cukup terasa dengan ‘kematian’ Ali dalam PRU kali ini. Pada Datuk Idris, lulusan kejuteraan dari Texas, USA..anda akan dinilai selepas ini oleh lawan dan kawan.Ada perlu perlu jadi super-duper hebat berbanding Pak Ali kalau mahu terus berada di Seri Bendahara. Selamat menjalankan tugas, Datuk Idris Harun – Ketua Menteri Melaka yang baru.

Read Full Post »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.