Feeds:
Posts
Comments

Archive for April, 2009

Satu Mei

” Merekalah menggali perut bumi yang sakit
lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga
tanah lombong yang selalu mengucapkan simpati
menimbusi membungkus tubuh para pekerja
melindunginya dari pemerasan kejam
–upah yang diterimanya sekadar beras segenggam “

petikan puisi Satu Mei karya Allahyarham Datuk Usman Awang

Read Full Post »

pros2ne0

Hari ini satu dunia meraikan Hari Pekerja

namun apakah makna semua ini bagi mereka yang mencari nafkah di sebalik lorong gelap yang busuk dan hanyir ini

yang ada pada mereka hanyalah hinaan dan cacian dari awal hinggalah saat mereka dikebumikan

kita boleh menyalahkan mereka di atas jalan yang mereka pilih, tetapi tidakkah kita sedar yang kita jugalah yang menjadi punca kenapa mereka memilih haluan tersebut

kita tabur duit pada mereka kerana mahu nafsu kita dipuaskan, kita hina mereka bila mereka insaf dan ingin pulang ke pangkal jalan, lantas apa lagi yang mereka harus lakukan?

hari ini adalah Hari Pekerja, namun itu semua tidak ada makna bagi mereka

ironinya, kerja mereka adalah pekerjaan tertua dalam dunia!

Read Full Post »

ikan-bakar3_600x400

aku tiba di Kota Kinabalu malam tadi

kemudian aku singgah di sebuah restoran yang menjual ikan bakar, mengisi perut yang kelaparan setelah dekat dua jam dalam flight

sesampainya di sana entah kenapa mata ini boleh terpandang sepasang kekasih makan dengan penuh mesra, berpegangan tangan, bersuap-suapan…sekali sekala si gadis mencubit manja balak kesayangannya itu

namun sebaik saja boyfriendnya bangun ke kaunter untuk membuat pembayaran, si dara tiba-tiba membuat satu panggilan, “Honey…kita jumpa setengah jam lagi ya, i kat ofis lagi…”

Glurp! Aku terus tertanya-tanya, yang lelaki tadi siapa? Yang ditelefonnya itu siapa pula?

Owh tidak, jika dulu ramai lelaki yang pendusta, zaman sekarang ini nampaknya wanita pun tidak ada bezanya

argh lantaklah, what u give, u get back…hari ni kau tipu balak kau, jangan salahkan dia kalau esok kau pulak kena temberang kow-kow

SAK: Lama tak dengar lagu Wings…HUKUM KARMA!

Read Full Post »

mccurry_kl

Aku kekadang seronok bila membaca kes-kes yang dibicarakan di mahkamah kita ni

Adakalanya menggerunkan, adakalanya menghibakan, adakalanya nak tergelak pun ada

Kali ni aku nak cerita pasal sebuah restoran masakan India yang terletak di area Chow Kit yang diberi nama McCurry

ramai orang KL rasanya tahu restoran ni yang terletak dekat bangunan Hospital Pusrawi (lama), aku pun sempat singgah dua tiga kali pekena tosai kat situ

nak dijadikan cerita, disebabkan perkataan ‘Mc’ dan warna logo restoran tu, syarikat burger antarabangsa, McDonald’s telah menyaman restoran itu kerana bagi mereka ia telah menimbulkan ‘kekeliruan’ kepada orang ramai.

965e8d0e96be2b14624d153408b3d6ae

Menurut peguam yang mewakili McDonald’s, tindakan McCurry jelas merupakan cubaan untuk mendapatkan keistimewaan secara tidak adil yang telah menjejaskan reputasi McDonald’s yang selama ini dikenali dengan jenama ‘Mc’.

Peguam yang mewakili McCurry pula mendakwa, ‘McCurry’ dicipta berdasarkan huruf singkatan “Malaysian Chicken Curry”, yang jelas merupakan konsep Malaysia.

Lawan punya lawan, last2 McDonald’s menang kes tu.

Disebabkan tak puas hati, taukeh Restoran McCurry buat rayuan kes ini ke Mahkamah Rayuan

Akhirnya setelah menimbang semasak-masaknya, tiga hakim yang membicarakan kes itu mendapati hakim sebelum ini tersilap ketika mengandaikan McDonald’s mempunyai monopoli terhadap penggunaan huruf awalan ‘Mc’.

Menurut Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Gopal Sri, McCurry tidak sama dengan McDonald’s dari segi stail dan makanan jualannya kerana ia hanya menjual makanan India manakala restoran itu menjual makanan segera seperti burger dan kentang goreng.

Menurut beliau, mahkamah turut mengambil kira bahawa tiada hidangan dalam kad menu Restoran McCurry yang menggunakan awalan huruf ‘Mc’.

Hakim Sri Ram berpuas hati wujud perbezaan terhadap bentuk pelanggan yang mengunjungi kedua-dua restoran itu iaitu McCurry biasanya dikunjungi oleh orang dewasa manakala McDonald’s menjadi kegemaran kanak-kanak.

Akhirnya McCurry diisytiharkan menang dalam kes ini dan tak perlu bayar satu sen pun kat McDonald’s, wow!!!

Hakim juga memberikan kebenaran pada taukeh Restoran McCurry untuk terus ‘maintain’ nama kedai makannya itu

Aku salute habis pada tiga2 hakim yang mengendalikan rayuan kes ini. Bagi aku ini keputusan yang sangat adil dan bijak

Walaupun aku takde share dalam Restoran McCurry, tetapi secara peribadi aku merasakan McDonald’s tak patut ‘menggertak’ mana-mana orang di dunia ni yang nak guna nama seakan-akan nama mereka, mereka takde hak okay!

Namun yang aku lebih kagum adalah kegigihan taukeh Restoran McCurry ini sendiri kerana tidak putus asa dalam memperjuangkan haknya walaupun lawannya lebih terkenal dan mempunyai cawangan hampir di seluruh dunia.

Inilah semangat yang kita mahu, Malaysia Boleh!

SAK: Kenal Mek Nab sajerrrr

Read Full Post »

Sejak aku menulis entry berkaitan dengan program Expose Mistik yang terkenal di Astro baru-baru ini, aku menerima komen yang luar biasa hingga mencecah lebih 100 komen kesemuanya

kebanyakannya mencari nama dan alamat pengamal perubatan Islam yang tersiar dalam program tersebut

aku mengambil keputusan untuk meluluskan semua komen yang diberi dengan niat untuk memudahkan mereka yang bermasalah ini mencari jawapan kepada persoalan yang bersarang di benak mereka masing-masing

tidak kurang juga ada visitor blog ini yang ‘recommend’ atau mencadangkan si polan dan si polan kononnya orang tersebut pandai dalam bidang perubatan tradisional ini dan macam-macam lagi

namun aku sangat terkejut kerana mendapat tahu ada orang yang tidak bertanggung jawab telah menggunakan populariti rancangan ini untuk menipu orang ramai

oleh itu aku berharap sangat mereka yang mempunyai masalah supaya jangan menambah masalah mereka dengan percaya atau tertipu dengan kelicikan orang yang tidak bertanggung jawab ini

siasat dulu sebelum pergi berubat dengan mana-mana pengamal perubatan yang mereka percaya, dan yang penting, pihak produksi dan stesen penyiar ASTRO tidak pernah melantik mana-mana ejen atau individu untuk jadi ‘orang tengah’ di antara pesakit dan juga pengamal perubatan yang dimaksudkan

Jangan sampai ditipu dan tertipu!

Read Full Post »

SAK: Selalu orang selalu tulis apa yang PEREMPUAN tak suka lelaki buat, hari ini aku pastekan apa yang LELAKI tak suka perempuan buat. C’monlah… seganas, seego atau semacho mana lelaki, dia pun ada perasaan gak. Apapun, entry ini hanya sekadar info dan takde kena mengena dengan yang hidup atau mati, larrrrriiiiiikkkkkkkkkkk

Read Full Post »

ne_02_11

Suasana di dua buah premis empat nombor ekor di Lorong Rusa, di sini petang kelmarin bertukar kelam-kabut dengan ramai berlari lintang-pukang.

Semuanya gara-gara sepasukan 16 pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) membuat serbuan pertama seumpamanya di negeri itu bagi menahan kaki judi.

Sebaik ternampak kelibat penguat kuasa, ada pelanggan beragama Islam melarikan diri manakala beberapa orang lagi cuba melawan sehingga bergelut dengan kakitangan JAIP.

Secara peribadi, aku tiada masalah dengan serbuan itu, bahkan aku lagi suka kerana ini saja cara nak ajar kaki nombor ekor supaya bertaubat mencari kekayaan dengan cara hampeh macam ni

Cuma yang aku tertanya-tanya, JAIP taknak ambil tindakan ke ke atas orang Melayu yang sanggup menerima jawatan tinggi dalam syarikat kasino dan perjudian di Genting Highlands tu?

bagi aku kalau yang kena tangkap ni kaki judi, orang kat bukit itu lagi ‘bapak segala taik judi’

kalau JAIPP dapat mengambil tindakan yang sama ke atas ‘big-big shot’ ini, aku rasa orang akan lebih respek kepada jabatan tersebut

bukan apa, orang sekarang ada mata untuk dilihat, ada telinga untuk didengar dan ada otak untuk berfikir

jangan ada double standard, nanti digelak dek orang je!

Read Full Post »

maPulau Maluku adalah sebuah wilayah di Indonesia. Ibukotanya adalah Ambon, lokasinya tak beberapa jauh dari Papua New Guinea.

Orang Maluku lazimnya memiliki kulit gelap, rambut ikal dan fizikal yang tegap, lebih atletic dibanding dengan suku-suku lain di Indonesia, mungkin kerana mereka berasal daripada suku kepulauan yang mana aktiviti laut seperti berlayar dan berenang merupakan kegiatan utama bagi kaum lelakinya

Tetapi bagi aku, kehebatan Maluku adalah terletak pada kemampuannya melahirkan ramai penyanyi Indonesia yang sangat hebat dan berjaya baik di republik itu sendiri mahupun di peringkat antarabangsa.

Antara penyanyi terkenal Indonesia kelahiran Pulau Maluku adalah Glenn Fredly, Yopie Latul, Harvey Malaihollo, Ruth Sahanaya, Mollucas, Lex Trio dan Rio Febrian.

Namun penyanyi yang paling sinonim dengan kepulauan itu sudah tentu lagenda Broery Marantika dan Bob Tutupoly

Korang mungkin kenal Broery tapi mungkin ramai yang tak kenal Bob Tutupoly

15086312Untuk pengetahuan korang, lagu Widuri yang famous nyanyian Broery itu adalah lagu asal Bob Tutupoly

Aku mengenali Bob Tutupoly secara dekat sewaktu beliau mengadakan konsert di sebuah majlis makan malam anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira empat ahun yang lalu.

Sebagai tetamu, aku hampir nak angkat kaki bila pengacara mengumumkan gilirannya untuk mengadakan persembahan

Yelah, dalam hatiku, orang tua mana ni, tak famous pun

tetapi sebaik saja beliau mencapai mikrofon, percayalah, beliau telah menyebabkan kesemua orang dalam dewan itu termasuk member2 Cina aku terpaku, terbeliak dan ternganga dek pesembahannnya yang cukup luar biasa!

masa tu Bob bagitahu umurnya dah cecah 60 tahun, tetapi kelincahannya menari, staminanya dalam melontarkan vokal dan kehebatannya berkomunikasi dengan penonton sebijik macam penyanyi yang baru berumur 30 tahun, sungguh hebat mamat ni

showmanshipnya kalau korang nak tahu macam penyanyi lagenda British, Sir Tom Jones dan penyanyi Harry Bellafonte.  

percaya atau tidak, menyedari ramai penonton kat dewan itu adalah dari generasi muda, beliau tak lupa menyanyikan lagu boys band masa, aku dah lupa pula tajuk dia

sebelum mengakhiri persembahan, Bob dengan megahnya menyatakan…Muzik Adalah Darahku!

sehingga sekarang aku akan ingat kata-kata itu, dan sampai sekarang aku nak bagitahu korang yang aku tak pernah lihat persembahan artis sehebat insan yang bernama Bob Tutupoly

itulah kelebihan artis kelahiran Pulau Maluku!

Read Full Post »

Selesema Babi

jdun322l

Firman Allah swt :”Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor” -[Surah al-Baqarah : 145]

Prof. Robin Weiss, pakar dalam kuman virus Institut Kajian Kanser, London menyatakan : Babi mempunyai banyak kuman virus. Babi mempunyai kuman RETTROVIRUS yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak boleh dibuang dari babi kerana ia dibawa oleh DNA babi itu sendiri. RETTROVIRUS adalah keluarga yang sama dengan HIV

Babi juga telah telah tersenerai sebagai binatang yang menyebabkan kematian ramai penduduk dunia akibat virus dan kuman bawaanya. Di antara kematian besar-besaran manusia akibat wabak bawaan babi ialah :

1- Spanish Flu – 1918 mengorbankan 20-40 juta orang

2- Hong Kong Flu – 1968 mengorbankan 2 juta orang

3- Russia Flu – 1977 (tiada rekod rasmi)

Yang terbaru, sebahagian besar negara di dunia mula mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangani selesema babi yang setakat ini, dipercayai telah meragut 81 nyawa di Mexico dan menjangkiti lebih 10 orang di negara jiran Amerika Syarikat (AS). Seramai 1,300 orang sedang diuji kerana dipercayai sudah dijangkiti.

Laporan terbaru agensi berita asing menyebut bahawa selesema babi itu telah menular ke AS dan WHO bimbang ia mungkin merebak ke seluruh dunia.

Tanda-tanda selesema babit adalah menyamai dengan selesema biasa dengan demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan.Selesemasa terbaru itu dikatakan lebih mudarat berbanding sebelum ini kerana ia menggabungkan virus burung, manusia dan babi.

Para pakar berkata, setakat ini tidak terdapat vaksin bagi selesema terbaru itu.

Yang penting bagi aku, babi tak salah, yang salah adalah manusia kerana masih nak membuat untung daripada babi tanpa memikirkan nyawa orang yang tak makan babi

yang ni memang babi!

Read Full Post »

 

chj02032

Walaupun aku menyampah dengan tindakan segelintir penyokong Kelantan yang gedebe tak tentu pasal, tapi aku juga simpati dengan mereka apabila Kelantan gagal dalam final Piala Liga dengan Selangor semalam

terus terang, kekalahan melalui penalti bagi aku cukup menyakitkan hati kerana ia betul-betul bergantung kepada luck…dan bukannya berdasarkan kehebatan bermain

dalam hal ini aku ingin mengucapkan tahniah pada skuad Kelantan kerana berjaya bermain dengan baik sekali

tetapi apa nak buat, itulah bola sepak

bercakap melalui kegagalan memasukkan gol sewaktu tendangan penalti ni, belum pernah mana-mana pemain terkenal dunia yang tak pernah gagal, semuanya pasti mengalami trauma gagal menyumbatkan gol melalui cara tersebut

stressnya Tuhan saja yang tahu, apatah lagi dalam perlawanan akhir seperti malam tadi

berjuta mata tertumpu kat anda, menang kalah di tangan anda, justeru tekanannya tersangatlah hebat

tetapi korang percaya tak, ahli sains sukan British percaya penjaga gol boleh diajar untuk menyelamatkan sepakan penalti dengan membaca ‘bontot’ dan keraguan pemain bola sepak yang mengambil sepakan itu.

Pengkaji di Universiti John Moores yang terletak di Liverpool percaya punggung pemain yang mengambil sepakan penalti memberikan tanda yang lebih banyak arah mana sepakan akan dituju.

Pada saat akhir sepakan, orientasi punggung pemain itu akan melawan arah sebenar yang ingin disepak dan ini memberikan penjaga gol beberapa saat untuk mengubah kedudukan.

“Jika punggung pemain itu berada tepat pada penjaga gol bagi pemain kaki kanan, pastinya arah sepakan akan ke kanan penjaga gol,” kata Mark Williams, salah seorang doktor bagi sains sukan.

“Jika punggungnya lebih `terbuka’ atau jauh dari arah sebenar penjaga gol, sepakan itu kemungkinan akan ke kiri penjaga gol.”

Wow! nampaknya buntot pun boleh jadi panduan kepada penjaga gol untuk menyelamatkan gawangnya dari dibolosi!

So kepada penjaga gol Kelantan yang kalah semalam, hari ni aku harap kau dapat baca blog aku…mudah-mudahan teknik tengok bontot ni boleh memberi panduan pada kau next time ye

apapun tahniah Selangor, buat skuad Kelantan, jangan putus asa ek!

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.