
dari malam tadi aku dapat SMS tak berhenti, tu belum campur emel, tu belum campur FB, nasib baik aku bukan macam artis ada twitter, kalau tak confirm aku tak dapat nak tidor
semua dok bercerita, atau paling tidak, dok bertanya tentang kononnya ada India dan Melayu ‘bergasak sakan’ di Sungai Petani
aku terus terang cakap, bab-bab ni aku susah benor nak percaya…bukan sebab aku confident, tapi aku tahu dalam zaman serba canggih ni, benda ada boleh jadi takde, benda takde boleh jadi ada
so sebagai warga ‘prihatin’, chewah…aku pun check Facebook PDRM, OK lega sikit sebab polis bgtahu tu khabar angin
pastu aku contact pulak ‘kaum kerabat’ aku kat Sungai Petani…Alhamdulillah depa kata takde apa pun, gaduh kecik-kecik tu adalah, pasal Mat Rempit katanya
bila dengar sendiri dari orang Sungai Petani, barulah aku leh lena
maaf kalau aku nak cakap, andai kata betul terjadi pergaduhan kaum seperti yang heboh diperkatakan itu, aku berani kerat jari, takde siapapun yang untung…baik Melayu, baik Cina, baik India, baik siapa saja

orang Melayu toksahlah dok bangga dengan ilmu kebal segala macam, orang Cina toksah dok bangga dengan kongsi gelap depa, orang India toksah dok tunjuk terer dengan grup atau geng yang pelbagai nama tu
aku ambil silat sudahlah, tok nenek kita ajar silat untuk mempertahankan diri, bukan nak suruh katok orang
kalau kita rasa kita hebat sebab silat, aku nak tanya sikit, berapa ramai orang Melayu yang betul-betul BELAJAR silat ni, cuba bagitahu kat aku?
dan kalau betul pun ramai, berapa banyak pula yang menguasainya?
silat Melayu asli dan ayat suci Al-Quran tak boleh dipisahkan…now, berapa ramai pulak yang jaga solat depa, berapa ramai pula yang mengaji dan berapa ramai pula yang Alif Ba Ta pun tak reti?
kongsi delap Cina ngan gengster India lagilah…gaya memang poyo tapi bila nampak polis, berterabur lari tak cukup tanah!
yang penting kat sini kita kena belajar menghormati orang, belajar untuk meraikan perbezaan, belajar untuk memahami permasalahan
tak kira apa bangsa, tak kira apa agama

sebab pepatah ada mengatakan, nak bina kota Rome boleh ambil masa 1,000 tahun, tapi nak meruntuhkannya hanya memerlukan masa sehari!
kalau berlaku rusuhan di negara ini, tidak ada mana-mana kaum boleh mendakwa merekalah juara, merekalah kebal, merekalah hebat
kita berbangga dengan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut dan segala pahlawan kita yang dahulu, masalahnya berapa ramai di kalangan kita memiliki kehebatan, ilmu, kekuatan fizikal dan mental, ketabahan seperti yang mereka miliki?
maaf cakap, berapa ramai orang kita dalam penjara? dalam serenti? dalam lokap? dalam lumba haram? dalam kes sumbang mahram?
tak payah pergi jauh, kena tembak dengan air FRU pun berterabur lintang pukang
kita orang Melayu ada banyak kelebihan sebab kita agama Islam, Allah dah beri kita Al-Quran sebagai panduan, kita ada hadis sebagai rujukan…semuanya dah diperjelas di dalamnya tentang kalau marah, apa yang perlu dilakukan…kalau ditindas, apa yang perlu dibuat, kalau berperang, apa yang perlu kita perkemaskan, semuanya lengkap
masalahnya kita malas nak mengkaji, malas nak mendalami, malas nak mengerti…kita hanya kuat dengan sentimen dan emosi sedangkan musuh tak pernah ‘leka’ untuk menerkam kita!
Alhamdulillah aku berani kata, kita semua rakyat Malaysia masih rasional, masih dapat beza mana kaca mana permata
moga ia akan terus kekal esok, lusa dan selamanya, AMIN.
(kredit gambar KL GENGSTER)
Like this:
Like Loading...
Read Full Post »