Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2013

hqdefault

DALAM ramai-ramai penyanyi di Malaysia, sebenarnya aku cukup kagum dengan satu nama, Aida Agil.

Aku rasa ramai yg tak kenal siapa dia, tapi mungkin pernah dengar lagu ini di radio.

Sangat misteri, setelah ‘meletup’ dengan lagu ini, Segalanya Pasti pada tahun 1993, Aida terus hilang dalam industri muzik!

Dalam komen2 di Youtube, ada yang kata lagu inilah punca segala-galanya, ada ‘karma’ yang menyebabkan hidupnya berakhir dalam kekecewaan, ermmmm, ntah iye ke tidak.

Yang pasti ada yang kata Aida kini tinggal di Majidee, Johor dan sedang bahagia dengan lifenya sekarang, baguslah kalau macam tu.

Apapun aku tidak akan lupa lagu ini yang akan kekal menjadi ‘all time favourite’ aku dari dulu hingga sekarang.

The one and only, Aida Agil.

Read Full Post »

congo-health-4

SEMALAM seorang pembaca telah memberi komen mengenai artikel aku berhubung kes pembunuhan Noritta.

Terima kasih pada ‘ASD’ yang meninggalkan komennya. Soalan ‘ASD’ adalah;

” Masalahnya adakah si mangsa dibunuh atau terbunuh? Dua benda berbeza tu dan perlu fahamkan betul-betul,” katanya.

Aku rasa aku ‘faham’ apa yang ASD maksudkan, namun tak mengapalah, aku ‘reserve’ apa pemahaman aku itu.

Cuma buat ASD, saya akui saya bukanlah pakar dalam dunia penyiasatan waima dalam dunia perubatan, saya hanyalah wartawan yang menunaikan tanggungjawab hakikinya untuk mengumpul maklumat dan menyampaikan sesuatu berita itu secara terus kepada pembaca ‘without fear or favour’.

Namun rasanya PENJELASAN TERBAIK adalah dari Pengarah Institut Perubatan Forensik, Dr. Ab. Halim Mansar yang dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah mengenai kes itu.

Pakar forensik itu menjelaskan, beliau tidak bersetuju bahawa Noritta mati akibat kelemasan seksual kerana bedah siasat yang dijalankan menunjukkan terdapat luka teruk pada lidah mangsa.

“Kalau dalam kelemasan seksual, ia adalah satu proses sukarela. Lidah adalah satu benda yang boleh bergerak dan statik, jadi kalau dalam proses sukarela ini, apabila mangsa terasa sakit, dia dengan mudah mengerakkan lidah atau kepalanya.

“Tapi dalam kes ini, adalah konsisten dengan satu paksaan yang kuat. Saya anggap ini adalah satu paksaan.

“Lidah ini (Noritta) saya potong Yang Arif, memang terdapat kecederaan yang berat,” katanya.

Beliau menjelaskan kecederaan yang berat itu bermaksud hematoma (pengumpulan darah dalam tisu) mangsa yang konsisten dengan benda yang berat dan epiglotis (di pangkal lidah) juga cedera.

Menjawab soalan lain, saksi pendakwa itu menyatakan beliau menolak andaian mangsa mati akibat jerutan, cekikan ataupun sumbatan pada mulut kerana bahan-bahan untuk melakukan perbuatan itu tidak ada pada mangsa ketika bedah siasat dilakukan.

Hakim Abdull Hamid bertanya kepada saksi itu apakah bahan yang dimaksudkannya.

Ab. Halim: “Kain (tuala muka) misalnya, bila pemeriksaan dilakukan, bahan itu tidak ada. Bahan-bahan yang digunakan untuk cekikan juga tidak ada.”

Abdull Hamid: “Bagaimana pula dengan tuala muka?”

Ab. Halim: “Bila bahan-bahan ini (tuala muka, sarung bantal dan sarung bantal peluk) ditunjukkan pada saya, ia akan bertindih sebab ia boleh jadi jerutan atau cekikan. (Tetapi) Bahan-bahan ini tidak ada pada mulut mangsa (masa bedah siasat).”

Pendakwaraya kemudian menyoal semula Ab. Halim, dan saksi itu memberitahu bahan seperti tuala muka yang dikatakan disumbatkan ke dalam mulut Noritta memang boleh menyebabkan kematian mangsa.

Di samping itu, beliau menyatakan bahawa kecederaan teruk pada pangkal lidah dan epiglotis mangsa boleh diakibatkan oleh tuala muka itu yang dimasukkan ke dalam mulut mangsa secara paksaan dan menyebabkan kematiannya.

NOTA: Aku tak bercadang memberi lebih ‘detail’ mengenai kes ini kerana tak banyak sikit ia mungkin boleh mendatangkan aib. Cukuplah seadanya…blog ini menyerahkan segalanya kepada Allah. Dialah yang maha mengetahui apa yang ada di langit dan dibumi. Wallahualam.

* GAMBAR HIASAN

Read Full Post »

bunuh-diri-times-square-2

LAGI BUNUH DIRI DI BERJAYA TIMES SQUARE…Seorang lelaki telah didakwa terjun dan bunuh diri.

Insiden dipercayai berlaku pada sekitar jam 8.00 malam tadi.

Menurut saksi, mangsa dikatakan terjun dari tingkat 9 bangunan tersebut dan mati serta merta ditempat kejadian.

Aku ingat lagi, kejadian yang sama pernah berlaku melibatkan seorang wanita pada 14 Februari lalu, kat situ juga!

IMG-20130214-WA001

bunuh-diri-times-square

2971387348_c89cd5e37b_z

NOTA: Cuak pulak nak lepak situ lepas ni, potong stim betul!

Read Full Post »

Pada 26 Disember…

26 Disember 1996 Keningau,  Sabah

Pada malam itu, satu tragedi yang paling dahsyat direkodkan berlaku di negara ini, tidak pernah tragedi seteruk itu sebelum malam berkenaan.

Ribut Tropika Greg melanda Sabah dengan kawasan paling teruk terjejas adalah Keningau manakala Kota Kinabalu, Papar, Sipitang, Tuaran, Beaufort hanya mengalami kerosakan kecil.

Bencana alam itu dipercayai mengorbankan mangsa paling ramai dalam sejarah tragedi bencana alam di Malaysia; lebih 200 mangsa terkorban dan 102 lagi hilang dalam ribut yang berlaku selama kira-kira lima jam, bermula jam 1 pagi dan berakhir sekitar 6.30 pagi.

Di Keningau, kemusnahan dua kampung berhampiran Sungai Pampang iaitu Kampung Pampang dan Limbawan ibarat ‘padang jarak padang tekukur’ manakala sebuah kampung dikenali Batu Satu atau Kandang Ayam yang didiami kebanyakan warga Indonesia keturunan Tator, musnah sama sekali.

Sungai Pampang, Bayayo, Liawan dan Sinagang melimpah dan hujan berterusan menyebabkan sembilan kampung ditenggelami banjir kilat sekali gus merosak dan menghanyutkan sejumlah 500 rumah penduduk di tebing sungai. Kira-kira 3,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

26 Disember 2003

satu kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.5 skali richter telah berlaku di wilayah Bam, Iran

ia menyebabkan 45,000 orang penduduk telah terbunuh

26 Disember 2004 Banda Aceh, Sumatera, Indonesia

Pada pagi yang hening, 26 Disember lalu secara tiba-tiba ruang udara Banda Aceh dikejutkan suasana kicauan berpuluh ribu bangau putih berterbang rendah. Penduduk setempat tergamam dengan kehadiran luar biasa kumpulan bangau putih yang entah dari mana datangnya pada jam 7.30 hingga 7.45 pagi.

kehadiran bangau putih itu cuba memberitahu sesuatu kepada manusia tetapi penduduk sekitar tidak memahaminya. Malah ada yang cuba bermain-main dan membaling batu ke arah kumpulan bangau putih itu.

Bagaimanapun akibat leka dengan kehadiran kumpulan bangau putih berkenaan, secara tiba-tiba kira-kira 15 hingga 30 minit kemudian, berlaku gegaran gempa bumi pertama setengah jam kemudian menyebabkan penduduk Banda Aceh bertempiaran lari.

Gegaran kedua menyusul beberapa minit selepas itu hingga meranapkan bangunan termasuk pusat beli-belah, kedai, sekolah dan rumah di sekitar bandar terbabit. Ini diikuti ombak besar atau tsunami setinggi 30 hingga 40 meter. Cukup dahsyat untuk digambarkan menerusi kata-kata.

seramai 230,000 orang warga Aceh meninggal dunia

 26 Disember 2009

Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

 

SAK: Suratan Atau Kebetulan?

Read Full Post »

files

BRILLIANT…Kehadiran rappers muda, student Uniten, Waris anak kelahiran Negeri Sembilan sungguh mengkagumkan.

Dia bukan hanya sekadar berhip-hop, tapi pada masa yang sama telah berjaya dan meningkatkan lagi fahaman masyarakat terhadap budaya dan kehidupan masyarakat negeri itu.

Dalam karya terbarunya dengan Hattan, Gadis Jolobu, dia memberi penjelasan mengapa mak bapak cukup risau kalau anak lelaki mereka nak kahwin dengan orang Negeri Sembilan.

Betul, stigma tu sampai sekarang melekat kononnya kalau kahwin perempuan Negeri Sembilan, habis semua harta jatuh kat bini.

Memamg adat perpatih begitu, ini kerana mereka tak mahu orang perempuan sengsara bila diceraikan suami mereka.

Tapi adat begitu dah tak diamalkan kerana kini semua berpandukan prinsip syariat.

So kepada ibu bapa sekalian, janganlah risau kalau anak korang dapat bakal bini orang Negeri Sembilan.

Sian kalau STIGMA begitu berterusan…tak berlakilah anak-anak dara kami…

GADIS JOLOBU

Ke jolobak ke jelebu
Tuai padi tiga tangkai
Kalau kena komat jelebu
Tak mati badan merasa
Gurindam dulu dulu jangan penah dipertikai
Tak tahu tanya dulu jangan goma memandai-mandai

Kisah eh bermula mulut orang kampong
Kisah ramai gadis cantik kat jelebu berkampung
orang luar datang luar nak cari rezeki
Lain pulak jadi eh terpikat nak buat bini
Tapi silap kena komat sampai tinggalkan keluarga
Kepit bawah ketiak bini tanggungjawab lupa
emak ayah rindu tapi dia buat bodoh
Dah takde menyesal menangis depan kubur

Orang luar salah tafsir kata gadis kita bahaya
Lepas cerai semua harta jadi milik dia
Jangan salah anggap naper lebihkan pompuan
Sebab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan
Zaman dah berubah adat di telan zaman
Dah takde mewarisi cerita bertauladan
Apatah lagi mengaku orang negeri
Bila tanya suku mana nak jawab pun tak reti

Pergi tanya emak pergi tanya uwan
Kalau takde kesempatan buleh tanya kawan-kawan
Aktiviti bergurindam telah lenyap dilupakan
“sebagai suatu warisan”

Wak wak makan padi si lemang dalam buluh
Kalau dah dapat yg dicari jgn terlangsung sembahyang subuh
Ayam berkokok rumah penghulu itu tanda hari nak siang
Kalau dah dapat orang jelobu tak sabar nunggu malam ke siang

Read Full Post »

TAK lama lagi genap sembilan tahun tragedi berlakunya peristiwa paling dahsyat di kurun ini iaitu tsunami di bumi Aceh

aku tiba bersama rakan setugas, Zulkiflee Bakar dan jurugambar Halim Khalid tiba di Lapangan Terbang Tentera Udara Indonesia Blang Bintang, Aceh kira-kira empat hari selepas kejadian

ketika itu suasana di bandar Aceh ibarat padang jarak padang terkukur

ribuan mayat mula kembung dan membusuk, terbiar  tanpa perhatian

INDONESIA

bekalan elektrik terputus, bekalan air bersih jauh sekali, jalan raya hancur, lapangan terbang tidak mampu lagi menampung kemasukan pesawat bantuan, bekalan makanan semakin terhad

jeritan kesakitan mereka yang luka parah terdengar di sana sini, jeritan mereka yang kehilangan orang tersayang apatah lagi

walaupun kedudukan Blang Bintang agak jauh sedikit dari bandar Aceh, namun bau busuk mayat sudah tidak mampu tertanggung lagi

terus terang sewaktu pertama kali menjejak kaki di bandar Aceh ketika itu, aku tak tahu apa yang harus aku tulis untuk dihantar ke Kuala Lumpur

aku, editor Zulkiflee Bakar dan jurugambar Halim Khalid

aku, editor Zulkiflee Bakar dan jurugambar Halim Khalid

seumur hidup aku, aku tak pernah melihat sebegitu banyak mayat di sekeliling aku

di depan aku ada mayat, di belakang aku ada mayat, begitu juga di kiri dan kanan aku

260852-indonesia-2004

mula-mula sampai kami berkhemah di lapangan terbang saja, tapi disebabkan bau yang menusuk, kami berpindah dan menyewa sebuah rumah kosong di Lambaro, tak jauh dari bandar Aceh

rupa-rupanya ia tidak menyelesaikan masalah, malah ia lebih menambah masalah

apa tidaknya, rupanya di sebuah padang tidak jauh dari rumah sewa kami, pihak berkuasa Indonesia memilih untuk menjadikannya tanah perkuburan beramai-ramai mangsa tsunami

sekali lagi kami dikelilingi mayat, depan mayat, kiri mayat, kanan mayat, belakang pun mayat

akhirnya selama sebulan lebih di Aceh, rutinku sehari-hari selain daripada menulis berita, adalah melihat mayat dan mencium bau mayat

tak lama lagi genap sembilan tahun peristiwa itu berlaku, namun rasanya baru semalam aku berada di bumi serambi Mekah itu

korang mungkin hanya melihatnya di kaca televisyen, tetapi aku berada di sana dan telah menyaksikan dengan mata kepala aku sendiri mengenai apa yang berlaku

apalagi yang mampu aku coretkan…

tn-4

Read Full Post »

SEMALAM aku mengunjungi semula lokasi pembunuhan Allahyarham Noritta Samsuddin di kondominium Puncak Prima, Sri Hartamas.

latnorittafile

Tak masuk pun, di luar je, kebetulan ada urusan di Plaza Damas (sebelah tu je).

Aku tengok iklan rumah untuk dijual di situ, harganya dari RM500,000 hingga RM700,000 seunit, fuh.

524a8bc79a634fc5851b74c31bf5af59

Agaknya siapalah yang duduk rumah lokasi pembunuhan tu sekarang yea.

Masa perbicaraan dulu, mahkamah dimaklumkan yang mangsa menyewa rumah tu dengan kadar RM550 sebulan (bilik saja), itu 10 tahun lepas punya cerita.

Aku masih ingat lagi blok berapa, tingkat berapa, pintu berapa.

P1000375

Terlalu banyak kenangan aku dengan kes ini, biarlah…yang lalu biarkan berlalu.

Pembunuhnya mungkin lepas di dunia, tetapi tidak ‘di sana’.

kenangan waktu di mahkamah...

kenangan waktu di mahkamah…

Read Full Post »

betul, aku antara wartawan yang terlibat secara langsung dalam membuat liputan mengenai kes pembunuhan yang menggemparkan negara tidak lama dulu iaitu kes Noritta Samsuddin

tadi ketika ‘menziarahi’ kisah dari blog ke blog, aku singgah di blog Uncleseekers, dia menceritakan satu pengalaman menemuramah kakitangan di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL)

mari kita baca dulu entrynya…

Jenazah yang paling cantik yang pernah saya lihat – Pakar Porensik

Siapalah kita untuk menentukan syurga dan neraka seseorang…

Tidak kira bangsa, agama dan jantina semua bau mayat adalah sama -Pakar forensik

Pada 12 Julai 2006, pukul 2.30 petang, Uncle menghubungi rakan lama, Encik Azmi bin Zahari yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur. Perkenalan kami bermula pada tahun 1990 apabila Uncle menjadi guru kawad skuadnya semasa Encik Azmi menyertai Sukarelawan Polis Kuala Lumpur (klik). Beliau menjemput Uncle bertemu dengan Dr

Mohd Shah Bin Muhammad bagi mendapatkan kelulusan membuat kajian aktiviti paranormal di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur. Uncle bersama Adeek tiba di Wad kecemasan sekitar pukul 4.00 petang dan disambut mesra oleh Encik Azmi. Tanpa membuang masa, beliau terus membawa kami ke Jabatan Forensik. Pengalaman Encik Azmi bertugas di Hospital Kuala Lumpur selama 18 tahun memang tidak boleh dinafikan kerana boleh dikatakan semua petugas mengenalinya. Kami dikenalkan dengan Encik Abdul Latif Bin Abdul Malik yang sudah bertugas hampir 26 tahun dalam bidang ini. Sifatnya yang ramah dan sedia memberi kerjasama membuatkan kami berasa terharu.

Selepas 10 minit beramah mesra, Encik Latif membawa kami berjumpa dengan Encik Mohd Rashid Wahab bagi mendapatkan keizinan untuk masuk ke dalam bilik menyimpan mayat. Sifat beliau yang profesional membuatkan Uncle kagum dengan anak muda ini. Uncle doakan, Encik Rashid Wahab berjaya dalam bidangnya. Selepas mendapatkan keizinan daripadanya, Uncle dibawa oleh Encik Azmi dan Encik Latif ke bilik penyimpanan mayat. Encik latif

membuka pintu ‘peti sejuk mayat kanak-kanak’ dan kelihatan beberapa bungkusan jenazah bayi. Bau yang keluar dari peti sejuk itu sungguh meloyakan tekak. Apabila Encik Latif ternampak kelakuan Uncle, beliau hanya tersenyum. Beliau membuka sebuah lagi ‘peti sejuk mayat orang dewasa’.

Alangkah terkejutnya Uncle apabila semua mayat dibungkus dengan kain putih. Selama ini Uncle memikirkan mayat yang disimpan di dalam ‘peti sejuk mayat’ berada dalam keadaan bogel seperti yang selalu digambarkan di dalam filem, tetapi rupa-rupa-nya jangkaan Uncle meleset.

Kami dibawa ke bilik menguruskan jenazah beragama Islam dan bukan Islam. Kedua-dua bilik itu tersusun rapi peralatannya dan persekitarannya sungguh bersih. Selepas itu kami dibawa ke ‘bilik bedah siasat mayat’ dan ‘bilik bedah siasat mayat reput’. Selepas 20 minit kami dibawa melawat keadaan sekitar, kami memohon keizinan untuk keluar kerana tidak mampu menahan bau persekitaran.

Uncle memaklumkan kepada Encik Latif bahawa tujuan Uncle ke sana adalah bagi mengkaji lebih mendalam tentang kewujudan Hantu Orang Mati Dibunuh. Sambil tersenyum,

Encik Latif menerangkan sepanjang beliau bertugas, beliau sudah berhadapan dengan ribuan mayat yang mati akibat lemas, terbakar atau dibunuh, tetapi beliau belum pernah diganggu oleh hantu seperti yang sering diperkatakan. Encik Latif juga menjelaskan, semua manusia selepas mati menghasilkan bau yang sama berdasarkan ribuan mayat yang pernah beliau uruskan sebelum ini.

Satu perkara yang memeranjatkan kami berdua adalah apabila beliau menyatakan kecantikan jenazah Noritta Samsuddin tetap terserlah walaupun sudah menjadi mayat.

Perkara ini diakui oleh pembantu-pembantu perubatan yang berada di dalam bilik tetamu.

Pada pukul 5.05 petang, kami diperkenalkan pula dengan Tuan Haji Abu Bakar, iaitu penyelia di jabatan itu. Walaupun umurnya sudah menjangkau 48 tahun, namun tubuhnya masih tegap dan beliau banyak membantu kami memberi info berkenaan jabatan itu. Kami bertukar maklumat sehingga pukul 6.00 petang. Terima kasih kepada Tuan Haji Abu Bakar kerana sikap anda yang terbuka dan profesional. Kami bertemu dengan Dr. Mohd Shah Bin Muhammad selaku Ketua Jabatan Forensik pada pukul 6.20 petang. Beliau menjelaskan sekiranya…

—————————————————————

baik, aku sendiri pernah menceritakan pengalaman aku dengan kes ini dalam entry bertajuk pengalaman membuat liputan kes Norita Samsuddin (Part 3) pada 23 Julai 2008

memang aku boleh MENGESAHKAN cerita yang ditulis oleh Uncleseekers itu

jenazah Noritta memang sempurna, seperti orang tidur saja gayanya, seperti dalam keadaan tersenyum pun ada juga

tidak ada tanda langsung yang dia rupanya menjadi mangsa bunuh dan sebagainya

sebab itu, biar dalam apa juga keadaan, kita sebagai manusia yang lemah tidak layak mengadili seseorang kerana akhirnya hanya Allah yang tahu…segala-galanya, ya, segala-galanya.

TARIKH       : 5 Disember 2003

WAKTU       : Sekitar 10 pagi

LOKASI       : Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL)

HARI itu genap sebulan aku menyambut hari jadiku yang ke-27

Aku tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 pagi. Tidak ada seorang pun wartawan lain yang kelihatan. Bersama aku adalah jurugambar wanita ‘macho’, Aby Baizura Harun.

Aku difahamkan krew TV3 antara yang paling awal tiba di lokasi pembunuhan. Mereka paling awal rasanya yang dpt menghidu kes ini.

Yang pasti, di luar bilik mayat HKL ketika itu adalah rakan-rakan sepejabat arwah termasuk kenalan rapatnya. Yang wanita pula menangis teresak-esak. Berdasarkan wajah dan pakaian teman-temannya, aku dapat agak yang si mati mungkin seorang artis atau paling kurang pun model.

Aku jadi makin tak tentu arah. Dalam benakku, kalau betullah si mati ini seorang artis atau seorang model, sudah tentu berita pembunuhan ini akan ‘meletup’. Maksud aku ’meletup’ tu bukannya sensasi, tetapi sudah barang pasti aku kena kumpul sebanyak mungkin maklumat agar laporan aku kelak tepat dan terperinci, aduh, ini semua akan memeningkan lagi otak aku.

Masalahnya, ketika itu, tak seorang pun di bilik mayat HKL mahu memberikan maklumat mengenai pembunuhan itu, jangan kata maklumat, aku tanya nama si mati pun tak de siapa yang nak beritahu.

Aku jadi makin tak keruan. Tidak lama kemudian, rakan setugas, Angelina Sinyang, menelefon aku melalui telefon bimbit.

” Syahril, ini cerita besar, yang kena bunuh tu katanya seorang model, itu maklumat tak rasmi yang aku terima, kau kena check, editor kita dah bising…dia tanya bila nak tulis story?,” desak Angelina.

Aku mula bengang. Aku mula maki hamun editor aku (tapi dalam hatila). Ye lah, bukan senang nak cari maklumat. Polis sendiri pun setengah mati nak menyiasat, apatah lagi aku wartawan cabuk ni, bisik hati aku.

Tidak lama kemudian ada seorang wanita pertengahan umur keluar dari bilik mayat. Tak silap aku dia adalah pembantu perubatan di situ.

”Sesiapa sahabat handai atau waris si mati yang hendak melihat arwah bolehlah berbuat demikian, tapi jangan lama-lama kerana mayat nak dikafankan sekejap lagi,” kata pembantu perubatan itu.

Serentak dengan itu juga masuklah teman-teman arwah ke bilik mayat untuk melihat wajahnya buat kali terakhir. Aku juga tidak melepaskan peluang ini.

Masuk saja ke dalam, aku melihat arwah terbaring di atas pengusung dan ditutup dengan sehelai kain. Kain tersebut kemudian disingkapkan hingga ke paras leher bagi membolehkan rakan-rakannya menatap wajah arwah.

Sebaik saja aku menatap wajahnya, aku tiba-tiba menjadi sayu. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Walhal ini bukanlah kali pertama sebenarnya aku melihat mayat mangsa bunuh. Bertahun aku menjadi wartawan jenayah, mayat adalah ‘mainan’ aku, tetapi kali ini aku rasa semacam. Pilu sungguh. Mana taknya, mangsa masih muda dan seagama, tak banyak sikit pun perasaan simpati tetap wujud.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaan arwah ketika itu? Alhamdulilah, terus terang aku katakan. Wajahnya seperti seorang gadis yang sedang tidur saja. Tidak ada imej ‘ngeri’ seperti mana wajah mangsa bunuh yang lain.

Rambutnya ikal mayang. Kulitnya sawo matang. Si mati juga seolah-olah ‘redha’ dengan kematiannya. Pendek kata, kalau dilihat dari riak wajahnya, kita seolah-olah sukar menerima kenyataan yang arwah menemui ajal di tangan seorang pembunuh.

Selepas semua orang yang ada di situ menatap wajah si mati, pembantu perubatan tadi meminta bantuan beberapa orang lelaki termasuk aku untuk mengangkat mayat arwah dari atas pengusung ke pangkin khas untuk dimandikan.

Aku masih ingat bagaimana aku dan dua orang pemuda yang ada di situ kemudiannya menurut saja permintaan beliau. Mayat arwah kemudiannya kami letakkan di tempat yang dimaksudkan.

Sebaik saja selesai, aku terus keluar dan mula kembali mencari maklumat penting untuk dijadikan bahan berita. Aku kemudiannya menegur seorang pemuda yang aku perhatikan telah berada di bilik mayat sejak awal tadi.Aku bernasib baik. Dia rupanya teman sepejabat arwah.

Daripada beliaulah baru aku tahu nama si mati, Norita Samsuddin. Katanya Norita bertugas sebagai seorang eksekutif di syarikat tempat mereka bekerja. Secara peribadi dia agak terkejut dengan berita pembunuhan tersebut kerana Norita, katanya, seorang pekerja yang rajin dan tidak banyak ‘songeh’.

Apapun selesai masalah. Nama aku dah dapat, jawatan aku dah dapat, alamat kampung pun aku dah dapat, cuma satu saja belum…gambar mangsa. Takkan aku nak suruh Aby masuk ke dalam bilik mayat dan ambil gambar mayatnya yang tengah terbaring itu. Bagi aku ini dah menyalahi etika. Arwah juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.

AKu bernasib baik kerana Aby memberitahu yang salah seorang kawan mangsa ada menyimpan gambar arwah di rumahnya. Tanpa berlengah masa, Aby terus berkejar ke sana tanpa diarah. Dalam hati, nasib baik aku dapat jurugambar yang tahu tanggungjawabnya, boleh bertindak pantas tanpa perlu disuruh-suruh.

Menjelang tengah hari, bilik mayat mula dipenuhi wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi media. Namun jumlahnya kembali berkurangan apabila masuk waktu solat Jumaat.

Aku hanya pulang ke pejabat setelah jenazah di bawa keluar dari HKL untuk dikebumikan di tanah kelahirannya di Perlis.

Cukuplah cerita aku mengenai pengalaman membuat liputan kes Norita dan aku tidak bercadang untuk menulis lagi mengenainya. Semuanya sudah selesai dan tidak perlu diungkap semula apa yang berlaku.

Aku berdoa semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Nasihat aku janganlah kita membuat sebarang andaian dan spekulasi yang bukan-bukan. Hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Pembunuhnya mungkin terlepas di dunia, tetapi tidak akan terlepas di akhirat.

Ingatlah, kita tidak mungkin ‘terasa’ kerana kita bukan darah dagingnya tetapi bagaimana pula jika ditakdirkan Tuhan- arwah rupanya adalah adik, kakak atau anak kita sendiri, bagaimana?

Al-Fatihah buat Norita Samsuddin. Takziah buat keluarganya. Jauh di benakku aku berharap tiada lagi kes sedemikian rupa terjadi lagi. Namun kezaliman tidak terhenti di situ.

Tidak lama kemudian menyusul kes pembunuhan kejam Canny Ong, pensyarah UITM Bakaruddin Busu, kes pembunuhan isteri Raja Dihilir dan banyak lagi.

Kesimpulannya cuma satu…manusia makin gila. Aku makin buntu. – SYAHRIL A. KADIR

Read Full Post »

8

AKU pernah menemubual Datuk Zaid Ibrahim di kediamannya dekat Tropicana, PJ.

Secara peribadi dia seorang yang baik dan teratur susun katanya, maklumlah dia sendiri seorang peguam yang suatu ketika dulu pernah memiliki firma guaman terbesar di Malaysia, Zaid and Co (ZICO).

Masa temubual itu aku dijemput ke bilik audio visual yang besar dan mewah di rumah itu.

Zaid suka dengar muzik opera dan suka layan lagu nyanyian Luciano Pavarotti serta Andreas Bocelli.

Walaupun nampak sangat gaya hidup ala baratnya, namun Zaid mempunyai pandangan yg cukup menarik tentang orang Melayu dan Islam di negara ini.

Dia sendiri bekas Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia.

Tetapi apa yang berlaku mutakhir ini sgt mengecewakan aku.

Kenyataannya baru-baru ini yang dia main nombor ekor;

“Melarang orang Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan. Tanggungjawab kerajaan bukan menjadikan orang Melayu lebih alim atau lebih beragama. Mereka berpura-pura alim dengan mencegah khalwat atau pembelian (nombor ekor) 4 digit. Saya suka membeli Sports Toto apabila hasilnya digunakan membantu sukan dan kebajikan.” – Malaysiakini, 29 Nov 2013

dan terbaru cadangannya agar orang Melayu diberi kelonggaran untuk terlibat dalam perniagaan kasino

” Many years ago I had advocated a fairer gaming policy in the country in the belief that the Malays should be allowed to participate in this lucrative industry.” – http://www.zaid.my, 20 Dis 2013

Masa dia bertanding kerusi PKR di Hulu Selangor dulu, dia teruk dihentam kerana kuat ‘minum’ tetapi dia sendiri mengatakan itu semua cerita lama.

“Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t. “

Kalau minum beer itu cerita lama, judi dan kasino ini cerita apa pula?

Atau mungkinkah ini semua sindirian atau ayat sinikal dari tuan punya tubuh?

Anda nilailah sendiri, Zaid oh Zaid…

Read Full Post »

1517409_10152059630283050_614789379_n

We Jews have a secret weapon in our struggle with the Arabs; we have no place to go ”

– GOLDA MEIR (1898- 1978)

.

NOTA: DIA merupakan wanita pertama yang menjadi Perdana Menteri Israel. Dia antara mereka yang menandatangi pembentukan sebuah negara yang bernama Israel.

Dikenali kerana keberanian dan ketegasannya, Golda jugalah yang menghantar pasukan perisik Mossad untuk membunuh pejuang Palestin yang terlibat dalam insiden serangan ke atas atlit Israel dalam Sukan Olimpik Munich tahun 1973.

Aku bukan mengaguminya – cuma berkongsi ‘RAHSIA’ kehebatan Golda.

Akhirnya dia mengaku, rahsia kejayaan Yahudi hanyalah satu, mereka berjuang dan berusaha bermati-matian atas satu kesedaran iaitu mereka tidak ada tempat lain untuk dituju! 

Nah, kita orang Melayu pun tahu tanah Malaysia sajalah tempat kita, kita juga TIADA tempat lain untuk dituju.

Tetapi berapa ramai yang ‘berkongsi’ semangat dan ‘keinsafan’ seperti mana yang dia rasakan?

SAK

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.