Feeds:
Posts
Comments

Archive for January, 2012

menjadi seorang wartawan Meja Mahkamah bukanlah semudah yang disangka

benar, mereka tidak perlu terkejar-kejar menghadiri sidang akhbar, mereka tak perlu sangat menelefon sana-sini untuk membuat susulan atau follow-up satu-satu isu atau bekerja hingga larut malam

namun menulis berita mahkamah tidak boleh sedap mulut atau sesuka hati, ia perlu berdasarkan fakta yang dikemukakan di dalam perbicaraan

untuk itu seseorang wartawan Meja Mahkamah kena faham betul-betul perjalanan satu-satu kes, paling penting, mereka kena faham istilah perundangan yang adakalanya bunyinya pelik-pelik….contohnya mala fide, bona fide, prima facie, habeas corpus dan macam-macam lagilah (sekadar menyebut beberapa istilah)

dalam hal ini aku sangat terhutang budi dengan seorang wartawan yang dikenali cukup otai di kalangan wartawan mahkamah, sehingga ada yang menganggapnya ‘Ketua Hakim Negara untuk wartawan’

namanya Kamariah Ahmad atau Kak Kay

apatak otainya, daripada dia masuk Utusan Malaysia pada tahun 1979 hingga pencen pada tahun 2009, Kak Kay hanya bertugas sebagai wartawan mahkamah kalau tak silap aku

maknanya 30 tahun beb dia jadi wartawan mahkamah!

boleh dikatakan banyak kes yang menggemparkan negara seperti kes Mona Fandey, kes Al-Maunah, kes Tan Sri Muhammad Taib – dialah wartawannya!

yang aku boleh terhutang budi tu bukan sebab apa, dengan dialah aku belajar bagaimana hendak menulis berita-berita mahkamah

walaupun aku wartawan jenayah, tapi setiap kali dia habis kerja, aku selalu akan pergi ke mejanya dan bersembang mengenai kes-kes besar yang pernah beliau tulis

yang bestnya, dia selalu menceritakan perkara-perkara ‘off record’ pada aku…maksudnya cerita ‘di sebalik tabir’ mengenai satu-satu kes yang tak dapat disiarkan untuk siaran

sambil-sambil tu, dia mengajar aku mengenai istilah-istilah perundangan yang sering digunakan di mahkamah…pendek kata dapat tutorial free lah

cuma ada satu hari tu hubungan kami agak ‘tegang’…semuanya gara-gara ada satu kes lemas di Sungai Kelangl berhampiran mahkamah dekat Dataran Merdeka

memandangkan ia berlaku berhampiran mahkamah dan kebetulan beliau ada di situ, aku harap Kak Kay dapatlah tulis berita itu tetapi sebaliknya dia tetap menyuruh aku yang ketika itu masih di pejabat untuk datang ke lokasi kejadian

rupa-rupanya dia hendak mengajar aku supaya jangan hanya mengharapkan diri ‘disuap’, sebaliknya kenalah berusaha untuk mendapatkan berita

akhirnya kami rapat semula, hubungan yang ibarat ibu dan anak itu bagaimana terputus bila aku berhenti dari Utusan Malaysia

yang pasti, walaupun agak pendiam, Kak Kay akan diingati sebagai seorang yang cukup mahir dalam tugasannya, mempunyai ‘contact’ yang cukup baik di kalangan ramai peguam dan hakim serta tak lokek ilmu

dan malam tadi aku menerima berita yang mengejutkan dari seorang teman, Kak Kay meninggal dunia di kediamannya kerana barah payudara

lebih sayu lagi, tiada siapa di sisi Allahyarham sewaktu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, kebetulan arwah memang tidak pernah berkahwin

Alhamdulillah, aku sempat menziarahi jenazah sewaktu hendak disembahyangkan di surau Hospital Kuala Lumpur (HKL) tengah malam tadi

sebak ni tak tau nak cakaplah bila tengok wajah arwah waktu nak dikafankan, Allah je yang tahu

ya, beliau sudah tiada, tapi jasanya tetap aku kenang sampai bila-bila

selamat jalan Kak Kamariah….Al-Fatihah.

Read Full Post »


Kebab Jalan Tuanku

aku ni masa sekolah rendah banyak dihabiskan di Kerteh, Terengganu

lepas pencen dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), arwah abah menyertai Petronas, itu yang menyebabkan kami sekeluarga menetap di sana

so sekali sekala abah akan bawa kami ke KL sekiranya dia perlu menghadiri kursus di situ

dan seperti mana suri rumah yang lain, kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) pasti menjadi pilihan apatah lagi sekitar tahun 80-an dulu shopping complex Globe Silk Store punyalah terkenal, jadi ketika abah berkursus, mak akan bawa aku berjalan-jalan di sekitar kawasan ini

dan di Jalan TAR jugalah, buat pertama kali dalam sejarah, aku makan sejenis makanan Arab yang dikenali sebagai KEBAB!

arwah abahlah yang membawa aku dan emak ke situ

kedainya kecil saja, betul-betul tepi dinding berhadapan panggung wayang Coliseum

tapi manusia yang datang punyalah ramai…lagi pun masa tu mana ada restoran kebab yang bercambah macam sekarang

seingatku, merekalah orang pertama berniaga kebab di KL ni

Dr. Mahathir masa jadi PM sekitar 80-an dulu pun pernah singgah

rasanya? memang sedap beb….korang tengok daging yang dibakar tu pun dah boleh kecur air liur

nak dijadikan cerita, bila aku bersekolah menengah di Sekolah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur, rupanya salah seorang member aku, Alawiyah, adalah anak towkey kebab tu

Alawiyah yang budak pompuan tu...ala tomey tomey

dan kini, walaupun dah 26 tahun kedai itu dibuka (masa tu aku baru Darjah Tiga), ia masih mendapat sambutan daripada peminat kebab di ibu kota

yummy!!!

setiap kali aku melintasi kedai tersebut, kenangan terus menerpa…kenangan bersama arwah abah semestinya!

kebab Jalan TAR…’sedapnya’  kenangan

Read Full Post »

Seingat penulis, kisah Ustaz Datuk Dr. Harun Din memindahkan jin menggunakan bas ini seolah-olah sinonim dan sebati dengan segelintir masyarakat Melayu di negara ini.

Kononnya ia berlaku sewaktu proses pembinaan sebuah kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) suatu ketika dulu.

Dikatakan segalanya bermula apabila sekumpulan jin ‘menganggu’ penuntut di situ sehingga Dr. Harun dan rakan-rakannya terpaksa dipanggil untuk mengusir makhluk berkenaan.

Dr. Harun kemudiannya didakwa telah memindahkan jin-jin ini dengan menggunakan beberapa buah bas.

Kisah Dr. Harun Din memindahkan jin menggunakan bas ini dikatakan tersebar setelah salah seorang pemandu yang ditugaskan membawa bas itu menceritakannya peristiwa itu kepada orang ramai.

Ternyata kisah ini kemudiannya tersebar dengan begitu meluas, apatah lagi bila mengenangkan yang Dr. Harun memang pakar dalam hal menangani masalah melibatkan jin dan makhluk halus ini.

Persoalannya, adakah peristiwa tersebut benar-benar berlaku?

Penulis yang sebelum ini ‘macam nak percaya’ dengan cerita itu lega apabila mendapat tahu yang ia CUMA DONGENG DAN PENIPUAN semata-mata!

Lebih melegakan lagi kerana penafian itu datang dari mulut Dr. Harun sendiri sepertimana yang tersiar dalam laman Youtube tidak lama dulu.

” “Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja yang macam itu,” tegasnya.

Beliau bagaimanapun mengaku sering diminta untuk membantu kerja-kerja menghalau makhluk halus ini.

Namun begitu, katanya, ia dibuat melalui doa, zikir, tahlil serta bersembahyang hajat dan tidak lebih dari itu.

Dalam erti kata lain, katanya, penggunaan bas untuk memindahkan jin seperti yang didakwa itu tidak wujud sama sekali.

” Tujuan kita hanyalah untuk meminta kepada Allah agar diberi kekuatan, diberi dengan kaedah rawatan supaya mereka (jin) itu boleh berpindah dengan sendiri.

” Tak payah pakai bas, mereka tak tau pun yang bas itu ada kerana mereka boleh jalan sendiri…boleh terbang sendiri dengan laju kerana mereka dibuat daripada api, api ada kelajuan sendiri,” kata Dr. Harun.

Beliau kemudiannya meminta masyarakat agar jangan mudah terpedaya dengan cerita ‘temberang’ tersebut.

Dr. Harun mengakhiri klip video berkenaan dengan meminta semua pihak agar menerima penjelasan beliau dan tidak mempercayai kisah yang tersebar sejak sekian lama itu. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

Read Full Post »

 

Read Full Post »

‘I’ve always admired comedians – it ain’t funny being funny. Good jokes needs smart observation, witty delivery and effortless delivery. I thought acting was tough, till I tried comedy.

Here’s my first and last attempt in Stand up Comedy after much persuasion from Harith Iskander.

At least I’ve ticked another “to do” in my Bucket list.’

– Daphne Iking

 

Read Full Post »

Takde kerja cari kerja! Mungkin itulah istilah paling tepat yang boleh penulis berikan pada seorang pemuda Iran berusia 21 tahun ini.

Dek kerana terlalu menyintai gadis pilihannya, dia bertindak melukis tatoo huruf ‘M’, pangkal nama awekknya itu di kepala zakarnya sendiri, pergh!

Tak cukup dengan itu, dia juga melukis tatoo dalam bahasa Parsi iaitu “borow be salaamat” atau bahasa Melayunya, selamat dalam pengembaraanmu, di zakar tersebut.

Yang menjadi masalahnya, tindakan itu menyebabkan zakarnya cedera hingga menyebabkan ia menegang dan tidak TURUN-TURUN!

Kisah ‘sedih’ pemuda berkenaan kini menjadi perhatian di seluruh dunia kerana ia dilaporkan dalam The Journal Of Sexual Medicine yang terkenal itu.

Menurut pakar perubatan, masalah itu terjadi kerana berlaku pendarahan dalam tisu zakar tersebut sewaktu proses tatoo itu dilakukan.

Penulis difahamkan yang pemuda berkenaan ada menjalani pembedahan bagi ‘membetulkan’ masalah itu namun ianya gagal – hanya turun separuh!

Gambar di atas adalah gambar zakar pemuda berkenaan, maaf, kami terpaksa ‘crop’ bahagian tertentu, kang tak pasal-pasal jadi gambar lucah pulak.

Ini untuk membuktikan bahawa kes itu benar-benar wujud dan untuk memberi pengajaran pada kita semua agar….JANGAN BUAT PERKARA TAK TENTU PASAL KAT ‘BENDA’ TU!

Dunia oh! dunia – Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)

Read Full Post »

bagi aku, kalau nak kira air berkarbonat (atau orang Melayu panggil air gas)  paling sedap yang pernah aku hirup, bukanlah Coke, bukanlah Pepsi

tapi yang paling best ialah Root Beer A&W

kena pulak diisi dalam gelas kaca yang besar tu, fuh! meleleh airmata beb

kekadang aku sanggup drive berkilometer jauhnya semata nak rasa air Root Beer A&W, tapi takdelah selalu, mau kena potong kaki sebab kencing manis!

kalau ikut sejarah, A&W diasaskan pada tahun 1919

selepas peperangan dunia kedua, 450 francais telah dibuka dan kalau korang nak tau, A&W  merupakan pengasas kepada kaedah jualan secara pandu lalu (drive in)

cuma aku agak syahdu sikit kerana tak lama lagi A&W yang diasaskan pada tahun 1919 itu hanya akan tinggal kenangan semata-mata

menurut 24/7 Wall Street. com, berdasarkan perkiraan semasa, perniagaan restoran A&W adalah terlalu kecil dan tidak berdaya maju kerana tidak memiliki keupayaan untuk memasarkan jenama tersebut berbanding pesaingnya yang sudah lama bertapak, begitu juga mengatasi jenama-jenama baru lain seperti Burger King

berikutan kekangan itu, A&W juga tidak berupaya untuk mengendalikan pembelian makanan secara pukal, logistik dan pengangkutan berbanding pesaing-pesaing yang beberapa kali ganda besarnya

ini mengakibatkan A&W yang merupakan antara jenama paling berpengaruh, bakal hilang daripada pasaran dunia tahun ini

Kajian yang dilakukan oleh 24/7 Wall Street. com menyenaraikan A&W merupakan antara 10 jenama yang bakal hilang pada tahun ini bersama-sama jenama-jenama tersohor lain yang turut disenaraikan di Bursa Saham New York

Jenama-jenama lain ialah Sears, Sony Pictures, American Apparel, Nokia, Saab, Soap Opera Digest, Sony Ericsson, MySpace dan Kellogg’s Corn Pops

selamat jalan root beerku….

SAK: Minum ais kosong pun kena caj RM0.50 sen, tension aku!

Read Full Post »

Arwah abah aku hanya seorang anggota tentera infantri pangkat rendah, tapi dia mempunyai perangai yang agak pelik…dia suka membaca dan tengok warta berita (dulu mana ada Buletin Utama kan)

kalau dia pulang daripada menjalankan operasi kat sempadan, perkara pertama yang dia akan buat ialah switch on tv hitam putih kami (manalah mampu pakai tv warna masa tu) sebab nak tengok siaran berita, kekadang baju celoreng dia pun lum sempat buka lagi.

Lepas tu dia akan bercerita kat kami apa saja perkembangan yang berlaku kat dunia ni, daripada isu skandal Watergate Presiden Nixon hinggalah cerita John Travolta, kami adik beradik yang masa tu membaca pun tak reti lagi menganga je mulut dengar dia bercerita

mungkin benda tu turun kat aku, hahahaha. Sayang, arwah tak sempat tengok aku jadi wartawan kerana dia lebih dulu pulang ke rahmatullah. Terus terang, kalau bukan kerana dia, mungkin aku sekarang ni dah ada kat Pusat Serenti kot!

berbalik kepada topik di atas, arwah pernah bercerita kat aku yang kami ada seorang saudara ‘yang bau-bau bacang’ bernama Salleh Majid.

Masa tu Salleh ni jadi pensyarah di ITM (sekarang UITM). Arwah pantang dengar nama Salleh Majid, dia pasti akan memuji mamat ni berbuih-buih mulut

menurut arwah, Salleh Majid ni genius Melayulah, pakar ekonomilah, orang hebatlah dan macam-macam lagi sampai aku pernah terfikir, apa kena dengan bapak aku ni!

namun dua puluh tahun selepas itu baru aku sedar apa yang abah asyik cerita kat aku dulu

Selepas berhenti dari ITM, Salleh mula menyertai bidang korporat dan sejak itulah namanya sering meniti di bibir orang-orang bisnis dan para pelabur

dengan kapasiti sebagai Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur, Salleh sering dijemput memberi ceramah sama ada dalam seminar tempatan dan antarabangsa, mahu pun di TV dan ceruk2 kampung

jangan terkejut, dia selalu gi ofis naik motor ok!

kelebihan Salleh adalah dia boleh menjelaskan isu ekonomi yang kompleks hingga orang kampung yang tak tahu apa-apa pasal saham pun boleh faham dari A sampai Z.

Tak lama dulu Salleh ‘hilang’ sekejap, katanya dia kena sakit buah pinggang, wallahualam

baru-baru ini aku terbaca satu artikelnya dalam Utusan Malaysia. My God! He is a damn good writer!

Dia boleh explain pasal masalah yang sedang Malaysia hadapi sekarang ini dengan begitu mudah, ringkas dan sangat menarik.

Ini antara pointnya yang menarik:

Dulu, dalam tahun 1970-an, kedudukan Malaysia dengan negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura lebih kurang sama saja. Kini, selepas 30 tahun, kita sudah jauh ditinggalkan mereka.

Gaji pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih tinggi daripada kita. Di negara kita daripada 1991 sehingga 2003, dikatakan purata gaji naik hanya 1 peratus sedangkan negara-negara tersebut pada satu masa sama dengan kita naik 10 peratus.

Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.

Itu sebabnya ramai yang kerja luar negara kerana lebih diiktiraf titik peluh mereka. Lepas itu, bila tiba krisis macam sekarang, ada syarikat ambil kesempatan. Kononnya krisis, jadi kena kurangkan kos, bagi VSS kepada kakitangan supaya boleh ambil anggota yang lebih murah lepas mereka berhenti.

Jepun, Switzerland, semua tak ada hasil bumi tetapi duduk di atas tangga berdaya saing. Kita macam-macam hasil bumi ada tetapi bukannya makin naik, tetapi makin menurun.

Bila suruh buat rumah murah, semua tak mahu kononnya tak untung. Kementerian Perumahan kita entah buat apa pun tak tahu.

Berapa ramai orang yang beli rumah terpedaya. Rosak sana-sini, kopak-kapik dan yang ambil pinjaman rumah tak siap pun beribu.

Bila pemaju tak boleh jual rumah, mereka buat pameran. Yang bingung-bingung, tengok ada potongan sikit pun beli. Patut mereka ini dibiarkan saja.

Nak naik pengangkutan awam, tak cukup koc. Bau busuk dan hapak, tak ada hawa dingin, tak cukup line, nak kena hantar pergi stesen. Kalau tinggalkan kereta, hilang radio.

Nampak tak, dia seorang pakar ekonomi tapi cara dia ulas macam duduk kedai kopi je. Ini bagi aku satu bentuk penulisan yang baik…tak perlu guna istilah ekonomi yang pelik-pelik, style dia simple and direct to the point.

Entry di atas sebenarnya telah aku siarkan sebelum ini.

di depan rumah keluarga arwah di Kg Pasir, Hulu Klang

Dan hari ini Salleh telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di HKL akibat kanser.

Alhamdullilah, sempat juga aku memberikan penghormatan yang terakhir kepada arwah di rumah ibunya di Kampung Pasir, Hulu Klang

semoga Allah menempatkan roh Allahyarham di kalangan mereka yang beriman, Al-Fatihah…

Read Full Post »

Darjah Satu

kira-kira 28 tahun yang lalu, aku menempuh satu pengalaman yang baru dalam hidup…masuk Darjah Satu!

walaupun aku pernah masuk tadika Cina selama dua tahun, tapi kali ini suasana amat berbeza

sekolah pertama aku ialah Sekolah Rendah Seri Permai…masa tu sekolah ni terletak berhampiran landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

so kerana agak ‘jakun’ sikit, kerja aku hari-hari ialah perhatikan kapal terbang mendarat dan berlepas, aku khayal dengan bentuk sesebuah kapal terbang, aku teruja dengan bunyinya…disebabkan itu cikgu mengambil keputusan mengalihkan kedudukan mejaku dari tepi tingkap ke posisi paling hampir dengan pintu masuk, ambik kau, akhirnya satu kapal terbang apa pun aku tak nampak kecuali orang lalu lalang!

aku juga menghadapi masalah dalam Matematik kerana aku tidak boleh menulis angka atau nombor dua (2), ini kerana aku kidal, selalunya nombor dua aku akan terbalik jadi huruf ‘S’

disebabkan itu aku selalu menangis bila tiber time Matematik kerana selalu kena marah dengan cikgu, seingat aku berbulan juga baru aku dapat betulkan masalah tersebut

dan baru-baru ini segala memori tersingkap kembali apabila anak aku, Ammar Amsyar pula yang masuk Darjah Satu

rasa baru semalam je aku masuk sekolah, sekarang anak aku pula yang bersekolah

nasib baik Ammar bukan kidal, kalau tak silap haribulan dia pun akan dapat masalah macam aku, tak reti tulis angka dua hehehe

dan seperti bapa yang lain, aku juga menaruh harapan yang tinggi agar Ammar berjaya dalam hidup dan pelajarannya

lebih pada itu, aku harap dia akan jadi insan yang berjasa pada agama, bangsa dan negara dia (macam ahli politik la pulak)

yang penting, kalau dah gaji besor nanti, jangan lupa hulur kat papa ye, lariiiikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

 

inilah buah hati pengarang jantungku, Ammar Amsyar (2012)

.

.

.

hahahaha...yang ni papa dia masa Darjah Satu dulu! (1983)


 

Read Full Post »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.