
Nama: DSP G/10958 Abd Razak Mohd Yusof
Jawatan: Pegawai Gerakan Khas (Komando 69) Bukit Aman
Lokasi Temubual : Kediaman Pegawai Polis Hulu Kinta
aku dalam entry sebelum ini pernah menulis mengenai seorang pegawai polis, yang bagi aku antara yang hampir ‘perfect’ pernah aku jumpa
terus terang aku katakan, dia bukanlah ‘calang-calang’ pegawai polis
DSP Razak asalnya adalah guru silat, karate dan taekwando yang mendapat pendidikan agama dari sekolah pondok di negara ini dan pesantren di Indonesia
dalam polis, dia diiktiraf pakar penembak tepat (snipper) dan antara penerjun payung terbaik (gaya bebas) yang pernah dilahirkan oleh PDRM
selain itu, DSP Razak juga terlibat dalam berpuluh-puluh operasi khas menentang penjenayah seperti kes culik, kes rompak, kes senjata api dan kes jenayah berat yang lain
apa yang aku cukup kagum dengan DSP Razak ini, di sebalik imej pegawai polis yang digeruni penjenayah itu, dia sebenarnya cukup mesra dan murah dengan senyuman, sangat merendah diri
kalau dia memakai pakaian biasa, mati hidup balik kita tak sangka yang dia tu seorang anggota komando
aku menemubual Razak beberapa tahun lepas, masa tu beliau masih lagi berpangkat ASP

aku ngan Tuan Razak
tak lengkap berbual dengan Razak kalau tak sentuh kes Al-Maunah, salah satu operasi yang menaikkan nama beliau serta imej PDRM
untuk rekod, pada 2 Julai, 2000 sekumpulan kira-kira 15 orang anggota Al-Ma’unah yang memakai uniform lengkap tentera melarikan lebih 100 senjata dan beribu-ribu peluru dari dua kem tentera di Gerik dan menahan empat tahanan ketika bersembunyi bersama-sama 13 lagi rakan mereka di Bukit Jenalek
Mereka membunuh dua daripada tebusan itu sebelum menyerah diri kepada polis pada 6 Julai
untuk pengetahuan korang, Kejayaan pihak keselamatan mengadakan rundingan dan menumpaskan kumpulan Al-Ma’unah tanpa sebarang pertumpahan darah dalah pengalaman berharga bagi Razak

Beliau, yang masih berkhidmat dengan Pasukan Gerakan Khas, 69 Komando di Ulu Kinta, Perak, telah dilantik sebagai Timbalan Komander dan ditugaskan memasuki kawasan kubu kumpulan Al-Ma’unah untuk menembak gas pemedih mata.
“Setibanya ke kawasan ditetapkan, kira-kira 30 meter dari kubu musuh, saya dan anggota membuat perancangan teliti supaya tembakan gas pemedih mata sampai ke sasaran dan tidak tersasar ke pasukan sendiri akibat tiupan angin,” katanya
Abdul Razak yang menerima pingat SP pada tahun 2001, berkata ketika memasuki kawasan kubu kumpulan itu, beliau telah terserempak dengan timbalan presiden Al-Ma’unah, Zahit Muslim yang sedang mengambil air sembahyang.
“Apa yang terlintas di hati saya pada ketika itu ialah agar Zahit menyerah. Saya tidak henti-henti berdoa supaya beliau berbuat demikian tanpa perlu berlaku pertumpahan darah.
“Tiba-tiba Zahit terpandang saya yang sedang mengacu senapang ke arahnya. Dia terus memberi salam dan berkata jangan tembak kerana dia adalah mujahidin,” katanya.
Abdul Razak berkata salam Zahit itu dijawab dan menyatakan beliau tidak akan menembaknya dan meminta lelaki itu menyerah diri.
“Sebelum itu saya telah berunding dengan ketua kumpulan itu, Mohamed Amin Mohamed Razali dan dia bersetuju untuk menyerah diri dengan syarat dibenar bersembahyang dahulu,” katanya.
Abdul Razak berkata bagaimanapun selepas Mohamed Amin selesai bersembahyang, dia tiba-tiba melompat sambil berkata tidak akan menyerah diri dan sanggup mati syahid, dan perkataan syahid itu pula turut dilaung anggota kumpulan yang lain.
“Saya agak terkejut dengan situasi itu, namun bernasib baik selepas berbincang semula dengan Mohamed Amin, anggota kumpulan itu akhirnya bersetuju untuk menyerah diri secara aman,” katanya.
Abdul Razak berkata rundingan selama dua jam itu menghasilkan kejayaan bermakna kerana tiada setitis darahpun yang tumpah dan bersyukur adengan rampasan senjata itu berakhir dengan aman.
“Namun tragedi itu telah meninggalkan kesan menyedihkan apabila dua anggota keselamatan iaitu detektif Kpl R. Sagadevan dan Truper Mathew Anak Medan, yang menjadi tebusan, maut,” katanya.
– ini aku petik dari BERNAMA

inilah wajah Amin tidak lama sebelum dijatuhkan hukuman gantung
kalau korang nak baca butiran perdebatan Razak dengan Amin masa tu korang boleh pergi ke sini;
http://www.freewebs.com/shamzanafamily/
dalam temubual aku dengan Razak, beliau kata antara perkara paling sedih dalam kes berkenaan apabila ada ahli politik yang tanpa usul periksa menuduh kes itu sebagai SANDIWARA

bila aku tanya mengenai tuduhan itu, aku tengok wajah Razak betul-betul ‘down’ habis, macam nak nangis pun ada, mungkin kerana terlalu sedih mengenangkan nasib orang kita yang terlalu mudah menuduh itu dan ini sedangkan Razak dan rakan-rakannya ‘setengah mati’ berhadapan dengan Amin yang ketika itu lengkap bersenjatakan rifel automatik
sebelum aku menutup entry ini, apa kata kita lihat sedikit ‘resume’ Razak, pegawai yang dituduh terlibat dalam ‘sandiwara’ itu:
dilahirkan pada 10 Februari 1963 di Batu 6, Telok Mas, Melaka dan dibesarkan di Langgar, Alor Setar, Kedah dan merupakan anak kepada pasangan Haji Mohd Yusoff bin Haji Salleh (bekas anggota polis berpangkat Sarjan: 26969) dan Hajjah Bashah binti Din (surirumah). Beliau memang amat berminat dalam Ilmu Agama/Ketuhanan serta Ilmu Persilatan Melayu. Pada seawal usia 9 tahun lagi, beliau telah mempelajari Ilmu Persilatan Melayu & berjaya menghafal sejumlah ayat-ayat Al-Quran serta Hadis.
Kerajinan beliau ‘menadah kitab’ dan mempelajari agama di pondok-pondok pengajian Islam sekitar Kedah serta sikap ‘neutral’nya untuk tidak cenderung dalam mana-mana parti politik tanahair telah menjadikan beliau seorang yang disegani dan dihormati di tempat beliau dibesarkan (Langgar Limbong).
Menurut Razak, orang yang banyak memberi inspirasi kepada beliau ialah guru tasawufnya sendiri iaitu ‘Abah Anom’, Pengetua Pesantrean Suryalaya, Tasek Malaya Indonesia.
Beliau berjaya menamatkan pengajiannya hingga ke peringkat STPMdi Kolej Sultan Abdul Hamid dengan pencapaian 5P dan sekarang melanjutkan pelajaran beliau di Unversiti Pertahanan Angkatan Tentera dalam Diploma Lanjutan – Pertahanan Strategik yang dijangka tamat dalam bulan Jun, 2010.
Beliau telah memulakan kerjaya dalam PDRMpada 14/09/1986 sebagai Inspektor Percubaan di PULAPOLdan menjalani Kursus Asas Polis Hutan di Ulu Kinta, Perak. Setelah tamat latihan, beliau telah diserapkan ke Unit 69 Komando PPH (VAT 69/UTK). Berdasarkan minat kepada tugas yang lebih mencabar beliau dengan sukarelanya mengikuti pemilihan awal dan seterusnya menjalani latihan Asas Unit 69 Komando PPH, yang kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas. Beliau telah lulus dengan jayanya dan diiktiraf sebagai anggota Komando pada 18/07/1987.
Bagi melengkapkan kemahiran, beliau telah menghadiri beberapa siri kursus dan latihan, antaranya ialah
1. Kursus Rappeling dan Abseiling.
2. Kursus Asas Payung Terjun dan Para Bebas.
3. Kursus Platun Komander, anjuran SLPPPH, Ulu Kinta
4. Pathfinder; anjuran PULPAK, A.T.M Sg.Udang Melaka.
5. Pengiring Keselamatan/Pengawal Peribadi.
6. Counter-Terrorist Team (CTT).
7. Kursus Menyelam Taktikal.
8. Disaster Management di Maktab Polis Kuala Kubu Baru.
9. Kursus Pemusnahan Jerangkap Samar anjuran SLPGA Ulu Kinta.
10. Special Operations Techniques anjuran SOCPAC,U.S Army.
11. Bengkel Penulisan Kertas Staf anjuran Maktab Pegawai Kanan PDRM.
12. Bengkel Negotiation Skills anjuran Maktab Pegawai Kanan PDRM
13. Hostage Negotiation Skills anjuran Anti Terrorist Assistance Program di Louisiana Police Academy, Amerika Syarikat.
14. Kursus Critical Incident Management anjuran Anti Terrorist Assistance Program di Louisiana State Police Academy,
A.S.
15. Hostage and Crisis Negotiation Skills anjuran PDRM bersama Metropolitan Police Service New Scotland Yard di Kuala
Lumpur.
16. Kursus Counter Maritime Interdiction, anjuran Naval Special Warfare
– Unit 1, US Navy SEAL.
17. Kompeni Komander ; yang merupakan kursus tertinggi anjuran Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am.
18. Kursus Incident Response for Crisis Management yang dianjurkan oleh Maktab Pegawai Kanan Polis, Cheras.
Selama lebih 20 tahun beliau berkhidmat dalam unit 69 Komando,beliau telah ditugaskan di pelbagai squadron dan cawangan:
1.Sepanjang bertugas dalam Unit 69 Komando, beliau telah terlibat dengan pelbagai bentuk operasi samada di hutan belantara, di bandar, di sempadan dan perairan negara, antaranya:
Atas keberaniannya dalam Ops Subuh, Razak dianugerahkan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al Haj pada tahun 2001. Antara pingat-pingat lain yang diterima atas jasa dan bakti beliau ialah :
1. Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang merupakan anugerah yang tertinggi sekali dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan Anugerah Persekutuan.
2. Kerajaan negeri Kedah telah menganugerahkan beliau dengan ‘Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah’.
3. Kerajaan Negeri Selangor telah menganugerahkan ‘Pingat Keberanian Terbilang’
4. Beliau telah dianugerahkan ‘Bintang Khidmat Terpuji’ oleh Kerajaan Negeri Melaka.
5. Kenaikan Pangkat Secara Medan oleh Ketua Polis Negara pada 03/08/2000.
6. Tidak kurang dari 30 Surat Penghargaan’ dari pembesar-pembesar negeri, negara dan penganjur karnival serta sukan.

wajah terbaru Razak (kanan sekali)
next aku nak share pengalaman menemubual seorang bekas UTK yang cukup digeruni di Lembah Kelang suatu ketika dulu, sampai ada penjenayah kata, jangan sampai bertemu si polan ini, kalau bertemu – CONFIRM KITA MATI!..ermmm….nantilah senang-senang ye….kerja kat ofis pun berlambak, aku banyak menulis masa tengah malam, masa tu idea tengah ada, tak esok, tahun depan…
Like this:
Like Loading...
Read Full Post »