Aku diperkenalkan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang oleh ex-staff aku, saudara Razlan Razak
Tempat ini adalah pusat untuk melatih atau menjinakkan kembali gajah- gajah liar yang ditangkap di seluruh pelusuk negara ini
Dipendekkan cerita, tadi aku pun mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke sana untuk melihat sejauh mana ‘hebatnya’ pusat konservasi itu
Terus terang, aku tidak menyimpan begitu besar harapan kerana aku sering kecewa dengan ‘tourism spot’ di negara kita
Aku ingat lagi betapa aku sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk bawa keluarga aku melawat Underwater World di Langkawi, last-last yang kami dapat tengok cuma ikan sebesar ikan bilis saja, cheh!
Actually taklah susah sangat nak cari Pusat Konservasi Gajah ni, dari KL aku masuk ke Lebuh Raya Karak dan keluar di Tol Lanchang.
Dari Tol Lanchang, aku ikut jalan kampung. Jangan risau, signboard semua lengkap. So, kira-kira dua jam dari KL, sampailah aku di Kuala Gandah
Mula-mula frust jugak. Walaupun aku sampai awal (kira-kira jam 12.30 tengah hari) sedangkan aktiviti hanya bermula jam 2 petang, namun kuota untuk naik dan mandi dengan gajah-gajah tu dah penuh.
Oh ye, lupa aku nak terangkan prosedur masuk ke kawasan ini, sampai di sana korang kena register dulu sebelum diberi dua sticker yang berbeza.
Sticker kuning maknanya korang bebas untuk menaiki gajah berkenaan dan mandi bersama-sama haiwan mamalia tersebut. Masalahnya sticker ini terhad.
Kalau kuotanya dah cukup, korang hanya akan diberikan sticker merah. Sticker merah ni pun dah ok, cuma part naik dan mandi dengan gajah ni korang tak boleh joinler.
Kebetulan aku dah berhubung dengan orang kuat pusat konservasi ini terlebih dahulu, jadi dapatlah aku merasa sticker kuning yang dimaksudkan tu
Tepat pukul 2 petang, maka tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Tiba-tiba muncul tak kurang dari 10 ekor gajah besar gila babi dari satu sudut. Gajah-gajah ini kemudiannya dibawa untuk dimandikan di sebatang sungai di pusat tersebut sebelum dinaikkan semula untuk diberi makan
Selepas diberi makan, maka pengunjung yang memakai sticker kuning pun diberi peluang untuk menaiki gajah-gajah ini
Selepas itu tibalah masa yang paling best, mandi dengan gajah. Inilah saat-saat yang ditunggu oleh semua pengunjung di sini, termasuklah aku, hehehe
Mula-mula kami dibawa menaiki salah seekor gajah hingga ke tengah sungai, then tak semena-mena gajah ni terus tunduk dan menggolekkan badannya hingga menyebabkan kesemua kami terhumban ke dalam air. Rupa-rupanya nilah trick yang disediakan kepada pengunjung, bestttt siioooottttt!!!
Bila dah dalam sungai apa lagi yang korang expectkan, maka berendamlah semua pengunjung dengan si gajah-gajah tu sekali. Kami juga diberi peluang gosok badan gajah tu, bergambar, bergurau dan apa saja yang korang rasa nak buat dengan gajah-gajah tu.
Lepas sejam berendam dengan binatang-binatang tu, gajah-gajah ini pun pulang ke kandang masing-masing
Para pengunjung kemudiannya disediakan tandas untuk membersihkan diri. Ini pun aku tak boleh lupa, air kat tandas tu air bukit, mak oiii bestnya mandi, sejuk beb. Macam tak nak keluar je dari toilet tu. Tandasnya pun bersih ya amat.
Dan untuk pengetahuan korang, semua aktiviti, dari menaiki gajah, mandi dengan gajah sehinggalah ke tandas, semuanya adalah …PERCUMA!!!
walaupun kat sini takde theme park macam kat Genting Highland, walaupun kat sini takde dewan konsert besar-besar dan cinema 3D, tapi aku berani katakan inilah tourism spot kat negara ini yang paling best pernah aku pergi
dan bagi korang yang tak pernah datang ke Kuala Gandah ini, aku nasihatkan korang jangan tunggu lagi, memang berbaloi datang dari jauh, satu pengalaman yang tak akan dapat dilupakan sampai bila-bila
dah datang baru tahu…orang putih kata, seeing is believing…

Kuala Gandah..I Luv U Lah!
Like this:
Like Loading...
Read Full Post »