Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2014

Di hari ulangtahunku…

image

Bismillahirahmanirrahim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Malam tadi mesej datang mencurah-curah ke dalam telefon bimbitku, ucapannya ada pelbagai versi dan lenggok…tapi semuanya menjurus kepada satu ungkapan, Selamat Hari Jadi.

Sama ada pendek atau panjang ucapannya, sama ada melalui emel atau SMS, sama ada melalui FB atau komen di blog, ucapan tersebut cukup bermakna…sekurang-kurangnya bagi insan yang bernama aku

Dalam sedar tak sedar, sebenarnya aku cukup sebak kerana sekurang-kurangnya masih ada insan yang ingat pada aku, tahu kewujudanku dan menghargai kehadiranku.

Akukanlah seorang sahabat atau kawan yang terbaik, adakalanya tindak tanduk dan tutur kataku menyinggung perasaan, adakalanya perbuatan dan gerak langkahku cukup sumbang dalam gelanggang persahabatan.

Aku sedar tentang itu, adakalanya aku cukup baik, adakalanya aku cukup kejam, adakalanya aku ibarat wali, adakalanya aku cukup ‘jahanam!’

Namun aku cukup bersyukur kerana aku masih punya kawan, masih punya sahabat.

Bahkan aku juga bersyukur kerana aku masih punya musuh…sekurang-kurangnya musuh tidak pernah menipu yang mereka bencikan aku.

Ini lebih baik daripada sahabat yang mengaku setia tetapi di belakang akulah sasaran umpat dan cacinya.

Dan sempena ulang tahun ku ini, aku memohon maaf jika ada salah silap di mana-mana.

InsyaAllah, aku akan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam
kerana sesungguhnya aku amat memerlukan kalian, di waktu susah mahupun senang.

Aku mungkin tak mampu mengubah haluan sesebuah kapal, namun InshaAllah aku tetap berusaha untuk kemudi layarnya…

Salam dari kejauhan,

SYAHRIL A. KADIR
5 Nov 2014
Pulau Nias, Sumatera Utara.

Read Full Post »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.