Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2010

Maruah

aku tak tahu secara tepat apa itu yang dikatakan MARUAH

namun secara ringkas, bagi aku ia membawa maksud harga diri

maruah adalah satu perkara yang bukan boleh dibuat mainan, malah ada yang sanggup berbunuh hanya kerana hendak mempertahankan maruah dirinya, atau keluarganya

namun aku kesal kerana ada orang yang sanggup mempermainkan maruah seseorang hanya kerana dia tidak berpuas hati dengan seseorang itu

bagi aku matlamat tidak menghalalkan cara, besar mana pun kesalahan, teruk mana pun kejahatan, itu bukan lesen untuk menjatuhkan maruah seseorang

keaiban seseorang perlu dijaga kalau kita tidak mahu diri sendiri diaibkan

dalam erti kata lain, maruah bukan barang komoditi yang boleh dijual beli dan diperdagangkan

semalam Malaysia menang ke atas Indonesia dalam Piala Suzuki, namun bagi aku Indonesia tetap kalah dengan cara yang bermaruah

begitu juga Malaysia, mereka juga menang dengan cara yang cukup bermaruah

namun perbuatan provokasi yang berlaku sebelum itu bagi aku adalah cara yang paling tidak bermaruah

menembak laser ke arah pemain adalah perbuatan orang yang tidak punya harga diri, mencemuh dan mengeji pemain juga bukan perbuatan orang yang punya harga diri

Alhamdulilah semuanya sudah selesai, 22 orang pemain yang berada di atas padang tak perlu lagi bersusah-payah untuk merebut sebiji bola

seperti mana perlawanan bola, kehidupan kita sendiri ada kalah dan menang

yang menang takkan menang untuk selama-lamanya, yang kalah juga takkan kalah buat selama-lamanya

dan di antara kalah dan menang itu, kita di mana?

Read Full Post »

jangan tanya aku mengenai Namat Abdullah dan Shaharuddin Abdullah, Wong Fook Chuan, N. Thanabalan, Zulkifli Norbit dan Abdullah Nordin

ini kerana aku bukan hidup di zaman sewaktu mereka membawa  Malaysia  melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menawan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina di sepanjang perjalanannya

pun begitu aku tahu yang mereka jugalah yang memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1

melalui pembacaan, aku dapat tahu kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980.

kemudian masa aku kecil, arwah abah selalu bercerita mengenai penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) dan R. Arumugam, digelar sebagai “Spiderman” kerana ketangkasannya menjaga gawang gol

kata arwah abah, merekalah yang membawa Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow

cuma kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan, ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut

tetapi aku tidak pernah lupa kehebatan Serbegeth Singh (atau Shebby Singh seperti dikenali sekarang), Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Lim Teong Kim

kerana ketika ini aku cukup suka menonton bolasepak, sampai aku pernah ke Stadium Merdeka sorang-sorang masa sekolah (sampai balik rumah jalan kaki) semata-mata nak tengok final Piala Malaysia

semua kehebatan ini akhirnya musnah pada tahun 1994 bila seorang demi seorang pemain bolasepak negara ditangkap kerana terlibat dalam rasuah

sejak itu ‘nafsu’ aku terhadap bolasepak makin menurun, cuma sekali-sekala turun ke final di Bukit Jalil, itupun ikut kawan

dan sekarang aku tak mahu berpaling lagi, aku dah mula merasakan yang kita akan bangkit semula

malam ini adalah penentu sama ada kita dapat mengembalikan kegemilangan pasukan bolasepak kita seperti  di tahun-tahun keemasan yang aku sebut tadi

ya, aku rindukan sentuhan itu!
.
.

SAK: Selamat bertarung dalam perlawanan akhir dengan Indonesia bagi merebut Piala Suzuki di Stadium Gelora Bung Karno. Malaysia Boleh!

Read Full Post »

Persimpangan

sebagai manusia, kita selalu akan berada dipersimpangan

yang paling kerap adalah simpang jalan…terutama ketika memandu kereta atau menaiki motorsikal

selalunya bila dah sampai di situ, kita dah tahu sama ada nak masuk ke kiri atau masuk ke kanan

kerap juga berlaku keadaan di mana kita sendiri tak tahu nak ke arah mana, sama ada kita teragak-agak, confused atau apa sajalah keadaan yang sewaktu dengannya

dalam Islam, kita digalakkan untuk sentiasa bersolat Istikharah…tapi yang lima tu kenalah kuat dulu, jangan yang lima pun terbabas, tetapi dah gatal nak beristikharah

bukan tak boleh, tapi bak kata orang, tapak kena kukuh baru tiang seri boleh tegak berdiri

persimpangan juga boleh berlaku dalam banyak keadaan, dalam persahabatan, dalam kerjaya, dalam banyak situasi

actually ada pakar motivasi berkata, kalau visi dan misi kita jelas, tak perlu takut berada dipersimpangan, ini kerana at least kita dah tahu hala tuju kita

tetapi kalau sebaliknya bagaimana? bengong juga dibuatnya kan

aku sendiri dah tempuh banyak persimpangan, ada jalan yang aku lalu betul dan ada jalan yang aku lalu itu salah, ada juga termasuk ke dalam jalan mati!

tetapi Alhamdulilah, setakat ni takdelah masuk gaung

namun ia juga telah menambah perencah dan perisa dalam kehidupan aku, hidup aku menjadi semakin colourful

aku menulis entry ni bukannya apa, tiba-tiba terfikir andaikata selepas ini aku terpaksa sekali lagi melalui persimpangan itu

bagaimana agaknya ye?

tak mengapalah, hidup mesti berani…kita hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan segala

yang penting Qada dan Qadar Allah tu kita kena terima

tak perlu salahkan takdir…kita ada otak, guna. Kita ada akal, pakai!

.

SAK: Kata orang kat simpang selalu banyak hantu, camne tu?

Read Full Post »

aku rasa ramai di kalangan kita yang dah tengok filem komedi paling lawak abad ini, Hantu Kak Limah Balik Rumah

kalau tak, takkanlah berjuta-juta ringgit dah berjaya dikutip hasil daripada tayangan filem ini

actually filem tersebut banyak meninggalkan kesan dalam hidup aku

antaranya pernah suatu hari aku ni berselisih faham dengan seorang teman karib sampai macam dah macam nak bergaduh

entah macam mana, kami berdua boleh ‘terkeluar’ kisah Hantu Kak Limah Balik Rumah masa tengah bertekak

last-last, daripada bertegang urat, finally kami boleh sama-sama ketawa terbahak-bahak, potong stim betul hahahaha

baru-baru ini juga aku berkesempatan membaca kisah asal mengenai Hantu Mak Limah daripada pengarahnya, Mamat Khalid

rupa-rupanya Mamat menghasilkan kisah komedi seram ni daripada satu insiden yang betul-betul terjadi di kampung halamannya, mari kita baca, aku ada copy paste kisah Mamat tu kat bawah;

 

” Awal 70an. satu penempatan baru telah di buka lebihkurang 4km dari kampong aku. dahulunya kawasan itu penuh dengan lombong tinggal dan ketika itu telah ditebusguna dijadikan kawasan penempatan baru untuk menampung sebahagian besar dari penduduk melayu yang semakin meningkat di kawasan selatan ipoh ini. (melayu di sini aku satukan antara bugis jawa boyan mendeling dsbnya).

untuk sampai ke kawasan kampong baru ini kita harus melepasi semak samun lombong tinggal dan 4 jenis tanah perkuburan. mula-mula tanah perkuburan Islam selepas itu jirat Cina di ikuti dengan kubur hindu dan akhir sekali kami panggil kubur tiada bertanda kerana di situlah tempat perkebumian mayat-mayat yang tiada di claim atau waris di hospital atau rumah kebajikan. ada yang menceritakan kubur ini tidak di gali dalam menyebabkan anjing2 mengorek dan melarikan kepala lutut atau tulang kaki mayat yang ditanam cetek itu. itu di tahun 70an. mereka tidak peka seperti kita rakyat bertamadun tinggi sekarang.

amat payah bagi mereka yang tinggal di sini jika tidak mempunyai kenderaan. tiada bas atau teksi yang mahu masuk ke ke kampong ini. bayangkan kesusahan mereka ingin pulang ke rumah di waktu malam. nama kampong ini ada disebut di dalam film hantu kak limah tetapi hanya pada background dailognya sahaja ketika Usin mencari Che Nin di belakang warung Pak Jabit.

kisah hantu kak limah bercambah dari kampong ini. nama makcik ini bukan kak limah. namanya sangat indah tetapi tidak perlulah kita mengetahui nama sebenar itu. makcik ini tinggal di hujung kampong bersama suaminya yg sangat pendiam sehinggakan di hari kematiannya suaminya hanya duduk diam tiada memberi apa2 reaksi. orang kampong beramai-ramai menyempurnakan perkebumian makcik ini.

selang beberapa malam setelah jenazah beliau selamat di kebumikan, beberapa orang kampong mula telah terserempak dengan jenazah makcik ini dengan rambut mengerbang berjalan mencari jalan balik ke rumah. tangannya mengapai-ngapai memanggil nama suaminya. seram citer ni. aku yg tengah menulis ni pun sekalisekala melihat ke belakang aku takut ada yang mencongok duduk kat tingkap melihat lak hish seriau dah nih! kerh kerh kerh!

orang kampong mula bercerita. mereka semakin takut kerana setiap malam pasti ada yang terserempak dengan hantu ini. mereka berbincang dan keputusan di buat untuk memanggil bomoh supaya mententeramkan keadaan. berbagai bomoh dipanggil namun hantu makcik itu tidak dapat di halau malah semakin dirasai kehadirannya berdiri di tingkap-tingkap rumah penduduk kampong memanggil nama suaminya!

seorang kiyai di panggil dan beliau mengajak mereka supaya pergi ke rumah arwah untuk berjumpa dengan suaminya itu untuk memaafkan segala kesalahan yang arwah telah lakukan jika ada. ketua kampong bersama anakbuah berramai-ramai pergi ke rumah itu dan berjumpa dgn suaminya dan menceritakan keadaan yang telah menimpa arwah isterinya itu dan memohon beliau supaya memaafkannya.

setelah di beritahu oleh kiyai itu barulah mereka faham bahawa arwah telah menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan suaminya sehingga bingung dan rohnya kembali untuk memohon maaf. namun tiada kemaafan yang boleh diperolehi kerana suaminya sudah hilang akal tiada faham dengan keadaan di sekelilingnya. azablah roh itu tiada diterima bumi kut.

aku masih kecil lagi ketika insiden itu berlaku dan tiadalah aku tahu dan ingin tahu ketika itu akan kesudahannya. mungkin aku terlalu takut.” (petikan dari http://www.tempurungpecah.blogspot.com)

Read Full Post »

Temuduga

aku cukup tak suka mengendalikan temuduga, seperti mana aku tak suka pergi temuduga

lagipun sampai sekarang aku masih rasa tak cukup ilmu untuk menemuduga orang

bagi aku, untuk menemuduga orang, si penemuduga perlu berpuluh kali ganda lebih bagus daripada orang yang hendak ditemuduganya

kalau tak, silap haribulan orang yang hendak ditemuduga itu pula yang akan ‘sekolahkan’ orang yang menemuduganya

namun sejak akhir-akhir ini aku tak boleh mengelak daripada mengendalikan beberapa siri temuduga

kebetulan, kami sekarang sedang mencari bakat-bakat baru dalam bidang kewartawanan TV khususnya sebagai host dan juga pembaca berita

tapi aku tidak boleh menyembunyikan kekesalan aku kerana yang datang kebanyakannya hanya bermodalkan ijazah bertimbun dan wajah yang cun melecun

tetapi bila diasak sedikit dengan soalan yang agak ‘advance’, masing-masing pucat dan terdiam seribu bahasa

semestinya dalam konteks kewartawanan, seseorang yang mahu menjadi wartawan sudah tentu perlu ‘alert’ dengan apa yang berlaku disekelilingnya

pengetahuan am perlu hebat, pembacaan perlu kuat

dalam setiap temuduga yang aku jalankan, jarang sangat aku bertanya mengenai dunia penulisan kerana ia bukannya boleh dinilai dalam tempoh yang singkat, apatah lagi aku sendiri pun masih berasakan yang aku belum ‘cukup ilmu’ untuk menilai semua itu

jadi aku lebih menumpukan pada soalan biasa-biasa saja sebenarnya…antaranya aku bertanyakan tentang perkembangan mutakhir politik negara, berita-berita antarabangsa, isu-isu tempatan dan semasa

tapi yang membuatkan aku terperanjat, tak sampai lima peratus calon yang aku interview boleh menjawab soalan-soalan yang aku kemukakan

walhal soalannya biasa-biasa saja seperti siapakah Menteri Pelajaran, isu Wikileaks, apa yang anda faham tentang Indah Water Konsortium etc

percaya tak, majoriti daripada mereka langsung tidak dapat menjawab  soalan-soalan semudah itu, malah ada yang menjawab Perdana Menteri Malaysia adalah Tan Sri Najib Tun Razak (aku pun hairan masa bila pula Datuk Seri Najib dapat Tan Sri?)

jadi bila soalan-soalan ‘mudah’ macam tu pun tak boleh nak jawab, aku langsung hilang mood….akhirnya macam biasalah, aku pun bagilah ayat yang paling standard dalam mana-mana sesi temuduga;

” Awak pulang dulu, apa-apa nanti kami call,”

.

SAK: Ada yang siap bawa adik-beradik masa datang interview, aku musykil sungguh…apa dia ingat  ofis aku ni nursery ke???

Read Full Post »

Syiah…ceciter, ceciter!

aku guna ayat ‘ceciter’ ni kerana perkataan tu nampaknya dah menjadi sebutan sekarang ni, apatah lagi sejak filem lawak Kak Limah tu meletop-letop kat panggung wayang

‘ceciter’ ni maknanya lebih kurang macam ‘cuba cerita’ ler

entry ni aku tulis sebab sejak akhir-akhir kecoh pasal Syiah…Syiah sana, Syiah sini

Syiah digambarkan sebagai satu fahaman yang sangat buruk sekali, aku malas nak ulang balik tuduhan yang dilemparkan terhadap golongan ini

bagi aku sekiranya benar sampai begitu ‘teruknya’ Syiah, baik Majlis Fatwa haramkan ia cepat-cepat daripada ia menjadi barah dalam masyarakat

persoalannya, betul ke Syiah mengamalkan perbuatan yang sedemikian?

maaf, aku bukan nak tunjuk simpati tapi aku rasa semua pihak terutama ulama-ulama negara ini kena terangkan pada kita semua mengenai fahaman tersebut

bila kita faham, baru mudah nak buat keputusan….sepertimana dalam peperiksaan, kalau faham, baru boleh jawab soalan

aku rasa kita yang mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah ni tetap akan setia dengan pegangan kita, no doubt about that

cuma bukankah lebih elok kalau kita diberi fahaman dan pengetahuan tentang ‘dunia satu lagi’ tu

lagipun setahu akulah, ini cuma masalah perbezaan pendapat, bukan masalah iktikad

bak kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), kita yang dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah pun masih ada perbezaan pendapat, apatah lagi dengan fahaman golongan lain

yang paling cantik, kita janganlah cepat sangat ‘bersilat’ kalau berlaku lagi kes-kes berbeza pendapat ni

lainlah kes macam Ayah Pin tu, yang tu memang pun patut kita cantas dan buang awal-awal

bukan apa, orang Syiah juga pergi haji, puasa, keluarkan zakat dan sebagainya…yang paling penting mereka pun sembah Allah seperti mana kita

cuma ‘jalan’ mereka dan ‘jalan’ kita saja yang membezakannya

so apa lagi…ceciter! ceciter!

 

Read Full Post »

malam ini saya akan muncul dalam episod terakhir program KES di TV3 pukul 9 malam

kali ini saya akan mengupas mengenai kes-kes jenayah yang melibatkan kumpulan perompak terkenal, Geng M-16

banyak fakta menarik mengenai kumpulan ini akan saya ceritakan, semuanya berdasarkan pengalaman saya sewaktu bertugas di Meja Jenayah Utusan Malaysia dulu

untuk rekod, kumpulan ini terkubur apabila sepasukan polis khas berjaya menembak mati ketua kumpulannya dalam satu adegan kejar mengejar di Mantin, Negeri Sembilan tidak lama dulu

dalam episod terakhir ini, saya difahamkan pihak TV3 ada membuat beberapa siri lakonan semula bagi memberi gambaran jelas mengenai kegiatan jahat kumpulan tersebut

selamat menonton!

.

SAK: Ditemuramah masa baru habis kerja, confirm muka lalok!

Read Full Post »

kisah seorang teman

semalam aku mendengar cerita seorang teman

dia cuba bangun dari kenangan yang telah merobek hati dan perasaannya, dia cuba mara setelah jauh terpuruk dalam nostalgia yang cukup parah dan melukakan

sejujurnya, aku pernah melihat dia sengsara…namun ketika itu aku bagaikan diikat kedua kaki dan tangan

satu terpasak ke bumi, satu terikat di langit

dan kini aku cukup bangga melihat kegigihannya untuk kembali mengumpul semua kekuatan yang selama ini hilang di sela-sela rawannya

semoga Allah memberikan dia seribu tentera semangat dan sejuta senjata keramat, untuk dia menebus kembali kekalahannya dan seterusnya mencapai roh kemenangan yang telah sekian lama hilang entah ke mana

buat dia yang mengerti, terimalah salut saya…. untuk kamu insan yang berani!
.
.
SAK: Panas terik, air laut dan hembus angin, argh damai sekali….sayang Sarawak, sungainya sempit!

Read Full Post »

seingat aku, dah dekat dua tahun jugalah aku tak pergi assignment…dalam bidang kewartawanan ini, assignment ni maksudnya liputanlah

so disebabkan tengah hari tadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan buat majlis ramah mesra dengan media, maka aku pun pergilah

alang-alang dah ada kat situ, aku pun bagitahu ofis supaya jangan hantar wartawan, biar aku sendiri yang tulis pasal majlis tersebut

bila dah sampai tempat assignment, aku dapati reporter yang datang punyalah ramai

tapi dah ramai yang aku tak kenal, sedih pulak rasanya, nampak sangat aku makin tua hukhukhuk

tiba-tiba datang seorang pegawai media ke meja aku, bukan main dia beramah-mesra dengan wartawan-wartawan yang ada, aku hanya senyum je

tapi yang aku tak boleh blah, tetiba dia boleh tanya aku: ” Awak baru kerja reporter ke?,”

aku yang dari tadi dok tersengih macam kerang busuk, tetiba boleh bertukar masam macam cuka getah

” Err..tak lah baru sangat,” jawab aku

sebenarnya aku tak salahkan dia

cuma aku dapat merasakan masa semakin cepat berlalu

dan aku makin jauh ditinggalkan masa…aarrggh!

Read Full Post »

Gambar di atas merupakan gambar penempatan atau pusat perlindungan untuk pelacur tua yang dah bersara di Tepito,Mexico.

Pusat perlindungan ini dinamakan dengan House Of The Beautiful Flowers.

Ia menempatkan seramai 23 orang pelacur tua yang sebelum ini merempat di jalanan tanpa tempat berlindung.

Idea penubuhan pusat perlindungan pelacur tua ini diusahakan oleh bekas pelacur, Carmen Munoz.

Carmen Munoz berusaha memujuk kerajaan Mexico untuk menyediakan sebuah rumah perlindungan untuk kawan-kawannya yang merempat di jalanan selepas tidak lagi dipedulikan oleh bapa-bapa ayam

Terima kasih kepada blogger Awang Sulung Greatdaddy yang berkongsi cerita ini

Bila baca artikel berkenaan, aku teringat Rumah Sinar Salam yang dikendalikan oleh Kak Afida di Chow Kit.

Seperti yang aku tulis sebelum ini, Kak Fida juga banyak membantu pelacur-pelacur tua yang tunggu masa ‘menyembah bumi’ di Lorong Hj Taib

Malah, aku sendiri pernah bersama-sama Kak Fida pergi berjumpa dan mengagih-agihkan makanan pada pelacur-pelacur tua ini masa bulan Ramadan lalu

Aku benci pelacur, dan korang korang pun tentu bencikan pelacur, tetapi akhirnya kita kena terima hakikat, mereka juga makhluk Allah seperti kita

Kita mungkin tak perlu perjuangkan nasib mereka, tetapi apalah salahnya jika kita membantu mereka…setidak-tidaknya melalui doa agar mereka kembali ke jalan yang benar

Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun, Allah Maha Besar, Allah Maha Agung

Jangan terus mengeji mereka, nasib kita sendiri belum tentu ‘di sana’!

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.