Feeds:
Posts
Comments

Archive for March, 2008

3003_maths_02.jpg

   

3003_maths_header.jpg

 “Jangan Tuan terlalu percaya pada pendidikan sekolah. Seorang guru yang baik masih bisa melahirkan bandit-bandit yang sejahat-jahatnya, yang sama sekali tidak mengenal prinsip. Apalagi kalau guru itu sudah bandit pula pada dasarnya.” – Pramoedya Ananta Toer

Read Full Post »

tembak.jpg

aku sempat membuat liputan mengenai kejadian tembak menembak sekumpulan detektif polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) dengan ketua kumpulan Geng Berong di Bandar Sri Damansara tidak lama dulu.

Cara geng ni senang je, mereka akan target pelanggan bank yang baru keluar dari bank sebelum merompak mangsanya secara tiba-tiba.

Malangnya, malam tu si pemangsa pula yang menjadi mangsa.

Dia yang berasal dari seberang mati dengan dua das tembakan di bahagian kepala, sebelum itu dia sempat melepaskan beberapa das tembakan ke arah detektif-detektif yang mengejarnya itu.

Tamatlah riwayat ko setaaaannnnnn….

SAK: Jangan ingat ko naik BMW polis tak kenal ko!

Read Full Post »

siap-ada-lubang-rahsia.jpg

selalunya bilik melacur kat hotel-hotel ni perhiasannya sangat minimum, yelah nak mewah-mewah pun watpe, takde masa ‘pengunjungnya’ nak menikmati perabot kat dalam tu, hehehe  

seksi-nya.jpg

ni yang jenis tak sempat pakai baju masa kena serbu. Gambor-gambor ni diambil oleh anak didik aku, Fazli dalam satu serbuan ke rumah pelacuran baru-baru ini.

 RAMAI orang tanya aku macam mana rupanya rumah pelacuran (walaupun ada yg pernah pergi, biasalah, cover line)

well, berdasarkan pengalaman melakukan serbuan selama hampir sedekad menjadi wartawan jenayah ni, rumah pelacuran ni terbahagi kepada beberapa jenis

kalau jenis murahan, maka rumah pelacuran tu pun macam bangunan nak robohlah (tengok Chow Kit sebagai contoh)

Di Kuala Lumpur, rumah pelacuran selalunya berselindung di balik rumah urut, spa dan pusat kesihatan.

Selalunya operasi penguatkuasaan sering gagal kerana ramai tonto di luar premis yang dimaksudkan. Mereka ini akan bertindak sebagai mata dan telinga kepada bapa-bapa ayam di sana. (Dapat upah lumayan beb!)

Nak kenal tonto? Senang je. Diaorang ni selalunya yang jaga parking, peniaga burger, yang buka warung dan peniaga buah di area rumah pelacuran tersebut. Dalam erti kata lain, di saat baru saja anggota polis D7 (Cawangan Maksiat) muncul kat simpang, maklumat dah sampai dan si ayam-ayam pun sempat bertempiaran melarikan diri

Selain itu, bilik-bilik di premis pelacuran ni juga complete dengan CCTV, bilik rahsia, bilik kebal dan pelbagai lagi.

Apa pun tak yah fikir-fikir sangat la, daripada dok fikir tetang rumah pelacuran, baik fikir camna nak jaga rumah tangga, dapat gak pahala. Macam baguslak aku kan, hehehe

Read Full Post »

Read Full Post »

Read Full Post »

sufiah.jpg

SHE was a child maths genius who won a place at Oxford University aged just 13—but now the only sums Sufiah Yusof is interested in are the ones she earns as a HOOKER.

images.jpgSufiah Yusof, seorang kanak-kanak pintar matematik yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, tidak putus-putus ditimpa nasib malang.

Selepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi pekerja seks.

Tragedi yang melanda kanak-kanak genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.

Sufiah dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya sejak beberapa tahun lalu.

Entah di mana silapnya, gadis dengan senyuman menawan itu yang kehebatannya sepatutnya menjadikan dia wanita kaya, terpaksa memilih jalan itu untuk terus hidup.

Menurut akhbar itu, Sufiah dilaporkan mengiklankan ‘khidmatnya’ melalui Internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.

Read Full Post »

Saya dapat gambar ini dari rakan di Riyadh untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain. Alangkah indahnya jika dapat mati dalam keadaan begini, insya-Allah.. Amin
Wallahualam..
Daripada:
Helmi Buhollia Riyadh, KSA
(from bro Manzaidi)

Read Full Post »

mh_01_big2.jpg
” Apa lu tengok-tengok? Ada kerja kosong kah?”

Read Full Post »

hnfspott.jpg

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan yang melepas dan membebaskan jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Haniff Basree Abdul Rahman, 40, daripada tuduhan membunuh Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Noritta Samsudin, 22, lima tahun lalu.

Pembunuh sebenar dalam kes yang penuh dengan drama itu, kalau mengikut keputusan mahkamah tempoh hari, sehingga hari ini masih lagi satu misteri dan menjadi bualan masyarakat. Orang terus meneka-neka siapa pembunuh Noritta pada malam 5 Disember tahun lalu itu.

Hakim Datuk Abdull Hamid Embong dalam penghakiman lisannya merumuskan bahawa pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti-bukti yang kukuh untuk membolehkan Hanif dipanggil membela diri.

Antara lain beliau menyebut tentang kewujudan dua lelaki misteri dalam kes itu berdasarkan fakta dan keterangan yang dikemukakan kepada mahkamah.

Lelaki pertama dikenali melalui kehadiran DNAnya pada tubuh si mati serta pada beberapa barang yang berada di bilik mangsa manakala lelaki kedua pula adalah kelibat lembaga berbau busuk yang dilihat oleh rakan serumah mangsa, Nor Azora Abdul Hamid keluar meninggalkan rumah itu pada pagi kejadian.

Daripada keputusan lisan Hakim Abdull Hamid dan liputan meluas yang diberikan oleh media sepanjang perbicaraan yang memakan masa 28 hari itu, suka atau tidak rumusan yang dibuat oleh masyarakat setakat ini ialah ada sesuatu yang tidak kena dengan penyiasatan kes tersebut.

Ini persepsi masyarakat, dan persepsi adalah sesuatu yang tidak dapat dikawal. Orang bebas untuk membuat apa-apa pandangan berdasarkan maklumat yang ada pada mereka seperti yang terdedah melalui perbicaraan yang diberikan liputan meluas itu.

Walaupun pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Stanley Clement Agustin dalam penggulungan hujahnya menggariskan 14 alasan kenapa Hanif patut dipanggil membela diri, kesemua hujah itu ditolak oleh hakim.

Meneliti penghakiman lisan itu dan juga berdasarkan daripada liputan meluas perbicaraan mahkamah, apa yang berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwa ialah ada hubungan seks antara mangsa dengan Hanif dan lelaki misteri pertama.

Tetapi hanya itu saja. Apa yang dicari oleh mahkamah ialah pembunuh Noritta. Hakikat yang harus sentiasa diingat ialah mahkamah itu adalah sebuah mahkamah jenayah dan bukannya mahkamah yang membicarakan moral mangsa, tertuduh atau saksi-saksinya.

Bukti-bukti yang ada pada mahkamah seperti yang ditafsirkan oleh hakim tidak menunjukkan bahawa sama ada Hanif atau lelaki misteri itu telah melakukan pembunuhan tersebut/ Azam

Read Full Post »

img_6615.jpg

Khairul Mizan, Khairul Anwar dan saya (malulak, awww!)

img_6743.jpg

di antara staff yang terlibat (kalau berkenaan, jumpa tuan dia dulu, akulah tu)

img_6634.jpg

di antara selebriti yang hadir

 

SELAMA  ini aku yang bertanya soalan kat orang, hari ini aku pula diajukan pelbagai soalan

semuanya disebabkan sidang akhbar pelancaran program baru di Astro Ria dan Astro Prima tengah hari tadi

berpeluh gaklah aku…bukan apa, silap cakap lain pulak yang keluar kat paper nanti kang

dalam sidang akhbar itu, aku diapit dua Channel Manager iaitu Khairul Anwar (Prima) dan Khairul Mizan (Ria)

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sambutan daripada press pula sangat membanggakan. Semua ada..Utusan, BH, Star,NSTP, Sinar Harian, Murai.Com, Astro Awani dan pelbagai lagi.

Untuk semua…jangan lupa saksikan Citra Manusia dan Expose Mistik (Prima) serta Cerita Artis Malaysia (CAM) di Saluran Astro Ria, watchaaaa!!!

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.