Feeds:
Posts
Comments

Archive for June, 2012

semalam aku menulis pengalaman aku menziarahi perkuburan Baqi’…dan melihat sendiri bagaimana jenazah dikebumikan di perkuburan yang mulia ini

namun di saat kita memuliakan penghuninya seperti mana Nabi Muhammad SAW, rupanya ada sekelompok manusia yang mengaku Islam tetapi tergamak menghina mereka yang dikebumikan di sini

pada Februari 2009, kaum Syiah Rafidhah yang menetap di Arab Saudi telah mengadakan rusuhan di Masjid Nabawi dan menceroboh perkuburan Baqi’

tak cukup dengan itu, mereka beramai-ramai memijak-mijak kubur para sahabat Rasulullah SAW, MasyaAllah!

amenda Syiah Rafidhah ni?

actually Syiah ni ada golongan al-Tasyaiyu’, al- Mufadhdhila dan al-Rafidhah

kita semua tahu, bila sebut Syiah, mereka dianggap golongan yang memberikan wala’ (taat setia) melampau kepada Saidina Ali bin Abi Talib serta keturunannya sekali

ini bermakna mereka menafikan kemuliaan Khalifah Ar Rasyidin yang lain iaitu Saidina Abu Bakar Assidiq, Umar Al Khattab dan Saidina Usman Ibn Affan

turut termasuk dalam kumpulan yang ditentang oleh Syiah ialah Saidatina A’isyah, iaitu isteri kesayangan Rasulullah SAW sendiri

penentangan ini bukan sekadar membenci, malah sampai ke tahap kafir mengkafir!

namun, daripada tiga golongan Syiah ini, hanya al-Rafidhah yang menolak Abu Bakr, Umar dan Usman

Al-Tasyaiyu’  pula adalah golongan yang bersimpati dan menyebelahi Saidina Ali dalam Perang Siffin antara Ali dengan Muawiyah bin Abi Sufyan pada 657 Masihi

(rasa simpati ini turut terkait dengan peristiwa Karbala yang berlaku pada 10 Muharam tahun 61 Hijrah (680 Masihi) apabila anak Saidina Ali, Saidina Husain diserang dan dibunuh oleh tentera Yazid bin Muawiyah di Karbala, Iraq)

sejak itu, pada setiap 10 Muharram, penganut Syiah akan melakukan upacara memukul diri sendiri dengan ‘qamezani’ iaitu sejenis pisau seakan pedang atau rantai besi sebagai tanda meratapi pembunuhan Saidina Husain dengan kejam pada tarikh tersebut

Al-Mufadhdhila meskipun mereka meletakkan kedudukan Saidina Ali dan keturunannya lebih mulia dan lebih tinggi daripada sahabat lain, namun mereka tetap mengiktiraf kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Usman

mereka juga tidak sampai mencela sahabat-sahabat kesayangan Rasulullah SAW itu

daripada tiga golongan ini, hanya al-Rafidhah  sahaja yang secara terang-terangan menafikan kekhalifahan Abu Bakr, Umar dan Usman kerana mereka menganggap, selepas kewafatan Rasulullah, orang yang layak menggantikan baginda ialah Ali, diikuti keturunannya!

kita kena hati-hati sikit dengan puak-puak ni sebab penganutnya dibenarkan untuk mengamalkan pegangan mereka secara ‘taqiyyah’ iaitu menyembunyikan akidah dan menzahirkan sesuatu yang sesuai dengan realiti masyarakat setempat, sebab itu, mereka boleh hidup di mana-mana

apa pun aku taknak terlibat dalam polemik Syiah ni, mereka ada hujah mereka sendiri , yang sudah pasti mereka rasakan betul

yang aku tahu aku berpegang pada ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah

kalau tak puas hati, rujuk saja artikel DI SINI

apapun kita tidak mungkin dapat memaafkan perbuatan biadap dan kurang ajar, sama ada oleh Syiah atau sesiapa saja di bumi Baqi’ ini

apatah lagi yang dihina dan dicerca itu bukannya orang lain, sahabat Rasulullah sendiri. NOKTAH!

Read Full Post »

kita sering diberitahu yang perkuburan Baqi’ adalah perkuburan paling mulia di antara kesemua perkuburan di dunia, Wallahualam

tapi bagi aku, ianya tidak mustahil, lihat saja hadis ini;

“Aku adalah orang pertama yang keluar daripada Bumi(ketika hari kebangkitan), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian giliran penghuni Baqi’ yang akan berhimpun bersamaku. Kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga penuh di antara dua Masjidil Haram”

perkuburan Baqi’ ini menempatkan 10,000 jenazah termasuk makam para Ahlul Bait, isteri-isteri Rasulullah saw (kecuali Siti Khadijah binti Khuwalid kerana beliau dikuburkan di Jannatul Ma’ala), para sahabat besar, para tabien, para syuhada dan ulama-ulama salaf

perkuburan Baqi’ terletak di tenggara Masjid Nabawi di Madinah

perkuburan Baqi’ juga dikenali dengan Jannatul Baqi’ atau Taman Syurga

Makam Saidina Uthman bin Affan.

.

Makam isteri-isteri Nabi saw yang berjumlah 9 orang.

(1)Hasan bin ra, (2) Ali Zainal Abidin ra.(3) Muhammad al-Baqir ra dan (4) Jaafar al-Sadiq ra (5) Saidina Abbas ra

.

Makam ibu susu kesayangan nabi saw, Halimatul Saadiah.

.

Makam Siti Fatimah ra.

.

Makam Ibrahim, anak lelaki Rasulullah saw (meninggal umur dua tahun dan wajahnya mirip Rasulullah)

.

Jaafar bin Abi Talib meninggal dunia semasa mempertahankan pasukan Islam pada Perang Mu’tah. Dikhabarkan oleh Allah swt bahawa Jaafar bin Abi Talib digantikan kedua-dua tangannya yang putus dengan sayap di syurga.

* credit http://takusahrisau.wordpress.com

bagaimanapun, kubur tersebut tidak bertanda kerana telah dimusnahkan atas arahan Raja Saudi dan ulama-ulama Wahabbi

bayangkan betapa bertuahnya ‘penghuni’ Baqi, mereka rupanya antara paling awal dipanggil Allah nanti, sebab itu tak salah kalau kita bercita-cita untuk mati di sini, di bumi Madinah ini, berikut adalah hadisnya (disahkan sahih oleh Al-Tirmidzi)

“Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah, maka lakukanlah..sesungguhnya aku akan memberi syafaat di akhirat untuk mereka yang mati di Madinah.”

ALHAMDULILLAH aku sempat dan diberi peluang menziarahi Baqi, tapi maaf, jemaah wanita TAK DIBENARKAN sama sekali, pun begitu mereka masih boleh melihatnya di luar pagar

hah, anginlah tu??? hehehehe, aku tahu ada yang anggap benda ni ‘double standard’

macam nilah, jemaah wanita kita ni OK tapi maaf cakap, jemaah lain khususnya dari Iran tak se-cool jemaah kita, kalau jemaah perempuan mereka tu bab menangis, meraung dan melalak ni memang mereka champion…kalaulah dibenarkan masuk ke Baqi, adoyyyy aku tak boleh bayang betapa kecohnya kubur tu nanti!

apapun kita renung sekali lagi ayat Al-Quran ni;

” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

ops takleh komen lebih-lebih, ilmu aku tak cukup, kena tanya ustaz ler kalau nak lebih detail

berbalik pada perkuburan Baqi ni, masa mula-mula solat kat Masjid Nabawi tu aku macam rasa ‘teruja’ kerana ada solat jenazah

maklumlah pahala solat jenazah ni Masya Allah besar ganjarannya

sabda baginda s.a.w: Barang siapa yang mengerjakan solat jenazah akan mendapat pahala sebesar bukit Uhud dan sesiapa yang mengiringi jenazah akan mendapat pahala sebasar dua bukit Uhud

rupa-rupanya boleh dikatakan setiap waktu solat ada saja jenazah yang disembahyangkan di sini

suatu hari tu aku tetiba teringin nak tengok bagaimana upacara pengkebumian di Baqi dijalankan

tapi aku selalu ‘terlepas peluang’, ini kerana selepas solat jenazah selesai, punyalah laju mereka bawa jenazah tu ke kubur, macam F1!

bab angkat takde masalah, punyalah ramai yang akan volunteer bawa mayat untuk dikebumikan, bayangkan betapa untungnya si mati, dahlah disolatkan di masjid nabi, diaminkan pula oleh berpuluh ribu jemaah, masa nak usung ke kubur berebut orang nak tolong, Subhanallah!

jadi satu hari tu aku datang cukup awal ke masjid dan solat dekat saf yang agak dekat dengan imam

bila selesai solat, aku terus standby kat pintu keluar….kebetulan memang ada jenazah lelaki

tapi baru aku nak cari selipar, jenazah dah diusung keluar, macam aku cakap tadi, punyalah laju!

dengan keadaan kaki yang belum betul-betul pulih, dengan badan yang gendut ni, aku berlari sekuat hati ke perkuburan Baqi

yang ni betul2 ajaib, aku tak tahu macam mana aku boleh tak rasa penat langsung, kalau kat Malaysia lari jauh sikit pun dah mengah, pendek kata steady je aku lari bro

dan di tengah hari panas, dengan suhu mencecah lebih 40 darjah, tanpa ada satu pohon pun yang melindungi kami di Baqi, aku menyaksikan bagaimana sekujur tubuh dikebumikan di tanah perkuburan yang cukup mulia itu, Allahu Akbar!

proses pengkebumiannya juga cukup pantas, aku kira-kirakan dalam 10 ke 15 minit saja, selepas tu semua bersurai – no talkin, no doa!

kemudian sampai sebuah kereta buggy (yang macam kat padang golf tu), aku tengok dia bawa keluarga si mati keluar dari situ (mungkin salah satu service yang disediakan oleh pihak pengurusan kubur kepada waris terdekat)

maklumlah nak jalan bukan dekat beb, panas pulak tu….kami yang berada di kawasan kubur juga diberikan sebotol air mineral tiap-tiap seorang buat penghilang dahaga

oh ye, no bunga-bunga OK, upacara siram air mawar pun takde, kat sini semua adalah sama rata, baik sahabat Nabi maupun orang biasa macam kita

sampai kiamatlah kubur kita macam tu keadaannya…hanya tanah tandus yang diletakkan batu sebagai tanda…actually inilah ajaran Islam sebenarnya…kemuliaan seseorang bukan terletak pada air mawar, bunga yang harum, kubur yang cantik atau nisan yang mahal

di pengakhirannya, hanya keimanan yang menjadi perhitungan…elok amalan, syurgalah kita Alhamdulilah…tapi kalau sebaliknya, nerakalah tempat kita yang abadi, Nauzubillah

sempena entry ini, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah pada mereka yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita semua, semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah Subhana Wata’alla

Al-Fatihah.

Read Full Post »

pix credit to suziey.com

aku sering mendengar rungutan daripada jemaah wanita mengenai kesukaran yang mereka tempuh untuk sampai ke Raudhah

benar, itu akui…mereka tidak sebebas kaum lelaki yang boleh bersolat di Raudhah sekerap mana yang mereka suka

itupun kami jemaah lelaki terpaksa juga ‘berhempas pulas’, inikan jemaah wanita yang terpaksa berhadapan dengan banyak kepayahan untuk bersolat dan berdoa di situ

waktu dibenarkan bagi jemaah wanita di Raudhah, kalau tak silap, di sebelah pagi  selepas selesai Solat Subuh kira-kira jam 7 pagi sehingga kira-kira 1 jam sebelum masuk waktu Zohor

di sebelah petang pula, masanya agak singkat iaitu selepas selesai solat Zuhur hingga sebelum masuk waktu Asar

sebelah malam pula, selepas selesai solat Isyak hingga jam 12 tengah malam

dan andai pun berkesempatan bersolat di Raudhah, ruang yang diperuntukkan untuk kaum Hawa juga terhad

bayangkan, Raudhah sendiri taklah luas mana, berkongsi pula, berapa luaslah sangat kawasan yang tinggal

tak cukup dengan itu, jemaah wanita juga akan dipecahkan mengikut kumpulan dan ditempatkan di beberapa “check point” tertentu

menurut blogger Ustaz Iqbal Safwan, jemaah Malaysia dikategorikan sebagai jemaah yang berasal dari Asia Tenggara yang termasuk jemaah Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina dan Thailand

manakala ada kumpulan jemaah dari negara-negara Arab dan juga kumpulan jemaah dari negara India, Pakistan dan Bangladesh

kelazimannya jemaah dari Asia Tenggara mendapat giliran paling akhir untuk memasuki Raudhah

pix credit to suziey.com

kata Ustaz Iqbal, boleh jadi jemaah dari negara-negara Asia Tenggara lebih sabar dan tidak banyak kerenah berbanding dari negara-negara lain agaknya

semasa zon masa lawatan jemaah wanita, kawasan Raudhah terbahagi kepada dua bahagian

jemaah wanita hanya mendapat kawasan di tiang yang ketiga dan kebelakang, manakala kawasan hadapan dari tiang pertama dan kedua diperuntukan kepada jemaah lelaki

mungkin ada yang tanya macam mana ia dipisahkan

jawapannya mudah saja, petugas masjid akan pasang sejenis kanvas berwarna putih yang akan berfungsi sebagai ‘pagar’

pix credit to iqbalsafwan.com

pengalaman aku melihat kerja-kerja memasang kanvas ini cukup menarik, tak sampai beberapa minit petugas melakukan kerja tersebut, tiba-tiba je kawasan tu dah ‘berpagar’ – cekap betul mereka

dan bila bercakap mengenai kepayahan dan kesukaran jemaah wanita di Raudhah ini, aku tak berani nak cakap apalah kerana ilmu agama aku pun taklah setinggi mana

tapi aku yakin semuanya itu ADA HIKMAH di sebaliknya yang mungkin ada jemaah wanita yang ‘terlupa’ mengenainya

aku cukup YAKIN, disebabkan terpaksa menempuh segala kepayahan dan kesukaran itu jugalah, GANJARAN yang mereka terima pasti ‘luar biasa’

so jangan sedih atau kecewa sangat kalau terpaksa menempuh ‘kesusahan’ semacam ini, ingat ayat ni selalu;

” Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran:139)

kita semua tahu, ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah hanyalah sama ada ia merupakan ‘kifarah’ dosa yang kita lakukan atau lebih hebat dari itu – untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya

last kali berfikirkan dengan positif, ingat, setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri

” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Wallahualam…

Read Full Post »

inilah Raudhah ( pix http://salam-monash.blogspot.com)

malam tadi sebenarnya aku cukup teruja untuk menulis mengenai Raudhah, salah satu ruang solat yang dikatakan SUNGGUH MUSTAJAB sesiapa yang berdoa di dalamnya

tetapi lappy aku ada problem, so aku tangguhkan dulu

hari ini  dah tiba masanya aku berkongsi pengalaman berada di Raudhah, sebuah kawasan yang aku  sifatkan antara yang PALING TENANG pernah aku singgah sepanjang hidup aku selama ini

bila pijak saja karpet berwarna hijau, Alhamdulillah, maknanya kita dah sampai di Raudhah

Raudhah ni tak besar tuan-tuan, hanya seluas 22 x 15m saja, tapi entah kenapa, walaupun ia cuma sebuah kawasan yang mempunyai tiang dan mimbar, tetapi sesiapa yang masuk ke kawasan itu pasti akan berasa ‘sesuatu’ yang sangat ‘luar biasa’, kita akan tiba-tiba berasa teruja, tiba-tiba berasa insaf yang amat sangat, khusyuk dan segala macam perasaan yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata, sungguh!

aku sendiri, terus terang, tetiba boleh meremang bola roma bila melangkah kaki ke dalam Raudhah, satu tindak balas kimia yang payah untuk ditafsirkan walau oleh prosefor biologi hebat manapun

baik apa itu Raudhah?

Penerangan:

TIANG AISYAH: Tabrani menyebutkan Aisyah RA meriwayatkan bahwa Nabi SAW bersabda, “Ada tempat yang sangat penting di dalam Masjid Nabawi yang mulia, jika seorang mengetahuinya, mereka akan mengadakan undian untuk mendapatkan kesempatan agar bias solat di sana”.

Suatu hari para Sahabat bertanya kepada Aisyah RA tentang tempat ini. Beliau menolak untuk memberitahukan tempat tersebut. Akhirnya para Sahabat pergi, sedangkan Aisyah RA masih bersama dengan saudarnya Abdullah bin Zubair RA. Belakangan para Sahabat memperhatikan bahawa Abdullah bin Zubair RA melakukan solat dekat dengan tiang Aisyah. Para Sahabat meyakini bahwa Aisyah RA memberitahukan tempat tersebut secara rahsia kepada keponakannya itu

Nabi SAW pernah mengimami solat dari titik ini selama beberapa hari setelah perubahan qiblat dari Masjid Al Aqsa ke Ka’bah di Makkah. Belakangan, beliau selalu mengimami solat dari titik yang sekarang dikenal sebagai Mihrab Nabawi As Syarif.

TIANG MUKHALLAQAH: Jabir RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadits Buhari, “Nabi SAW bersandar pada sebatang pohon kurma (yang awalnya terletak pada tempat di mana tiang ini berada) ketika melakukan khutbah Jumaat, kaum Ansar dengan hormat menawarkan pada Nabi SAW, kami dapat membuat sebuah mimbar untukmu, jika engkau menyetujuinya”.

ia terletak di antara Makam Rasulullah dan mimbar Baginda

RAUDHAH secara bahasa bererti kebun atau taman sedangkan yang dimaksud Raudhah di sini adalah suatu tempat yang berada di antara mimbar dan makam Muhammad SAW

tempat ini selalu digunakan oleh Nabi SAW untuk melakukan solat sampai akhir hayat beliau

Nabi SAW bersabda :

عن أبي سعيد الخذري قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَا بَيْنَ قَبْرِي وَمِنْبَرِي هَذَا رَوْضَةٌ

“Dari Abi Sa’id al-Khurdri ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Tempat di antara kubur dan mimbarku ini adalah Raudhah (kebun) di antara beberapa kebun surga”. (Musnad Ahmad bin Hanbal)

ada hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim dari Rasulullah SAW, bahwa beliau bersabda,

“Tempat yang diantara kuburku dan mimbarku ini adalah Raudhah (kebun) diantara beberapa kebun syurga”

seseorang juga dianjurkan untuk berdo’a di depan mimbar Nabi SAW yang terletak di kawasan Raudhah

pada awalnya mimbar ini diperbuat daripada batang tamar,yang sering digunakan RASULULLAH SAW sewaktu menyampaikan khutbah.Tapi kini mimbar ini telahpun dihiasi dengan emas dan ukiran yang indah,seperti di dalam gambar diatas.

ia sesuai dengan sabda Nabi SAW, “Mimbarku ini berada di atas telagaku.” (al-Hajj wa al-‘Umrah Fiqhuh wa Asraruh, 237)

apapun ada satu artikel menarik untuk kita renung yang aku peroleh dari laman blog ini;

Sebenarnya SEMUA dari kita boleh hadir ke Raudhah tanpa perlu ke Madinah. Mana mungkin Allah Yang Maha Adil menjadikan Raudhah itu milik segolongan orang sahaja? Bagaimana pula dengan mereka yang belum berpeluang menjejakkan kaki ke Madinah?

Bukankah Nabi kita ada bersabda:

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila kamu melintasi taman-taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah” Para sahabat bertanya:”Apakah itu taman-taman syurga?”Jawab baginda:”Majlis Zikir.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Raudhah yang sentiasa padat dengan jemaah, setiap saat, setiap masa!

Ayuh kita penuhi Raudhah Allah. Raudhah yang ini ada di mana-mana. Majlis ilmu dan majlis zikir ada di mana-mana. Berdoa semasa di majlis ilmu juga merupakan detik berdoa yang mustajab kerana semasa kita berada di majlis ilmu, turut bersama dengan kita adalah para malaikat. Para malaikat ini akan mengaminkan doa kita dan membawa doa kita untuk dipersembahkan kepada Allah.

Menghairankan kiranya kita hanya berlalu pergi melewati majlis ilmu tetapi berebut-rebut ketika berada di Masjid Nabi dengan alasan mengambil tempat bersolat serta memohon doa di Raudhah. Kita tidak perlu menunggu ke Madinah untuk berdoa di Raudhah kerana Raudhah itu sebenarnya berada dekat dengan kita. (rahibah.blogspot.com)

Wallahualam.

Read Full Post »

muka pengawal makam yang ‘garang’

sebenarnya ada satu peristiwa yang hendak aku kongsi semasa menziarahi Makam Rasulullah di Masjid Nabawi

seperti yang aku cerita sebelum ini, makam Baginda memang sentiasa dilimpahi jemaah yang datang dari seluruh pelusuk dunia

bila kata seluruh pelusuk dunia tu, sudah tentu mereka membawa pemikiran, budaya dan mazhab masing-masing

ada yang meraung-raung, ada yang meratap, ada yang semua bahagian makam nak dipegang, disentuh dan nak diusapnya

tak cukup dengan itu,  pintu, batu dan pagar besi di sekitar makam pun mereka nak cium

aku taknak kata boleh atau tak boleh, fikir sendirilah kan

aku juga pernah lihat ada beberapa jemaah yang membawa karung berisi batu ketika berada di makam, entah apa yang nak dibuat dengan batu tu aku pun tak tahu (buat batu cincin agaknya, lepas tu berceritalah kononnya batu itu dapat dari makam, gamaknya ler)

dalam hal ini, aku cukup tabik spring dengan pengawal yang bertugas kat makam tu

mereka cukup peka dan sensitif dengan benda-benda ‘pelik’ yang dilakukan oleh jemaah yang datang

kalau mereka rasa ada unsur tahayul, khurafat dan bida’ah, mereka tidak akan teragak-agak menegur atau bahasa pasarnya, ‘sound direct’ jemaah yang terlibat

berkenaan dengan batu yang aku kata tadi, pihak pengawal makam yang menyedari perbuatan itu telah merampas batu terbabit dari jemaah tersebut

apalagi, merayu-rayulah jemaah itu meminta agar batunya tadi dipulangkan tapi ia tidak dilayan langsung oleh pengawal berkenaan

satu perkara mengenai pengawal-pengawal ini, mereka cukup tegas dan garang

tapi yang menariknya, jarang sangat mereka meninggikan suara atau berkasar dengan jemaah

tapi kalau mereka ‘angin’, silap haribulan kita dihalaunya atau tidak dibenarkan berada di kawasan makam

perkarangan makam yang sentiasa sesak

satu petang itu aku ke Makam Rasulullah…memandangkan ketika itu orang tidak begitu ramai, aku niat hendak berdoa panjang kat situ

sebab selalunya pengawal tak bagi kita berdiri atau duduk berdoa kat makam kerana takut ia akan menyebabkan laluan ke makam menjadi sesak

jadi petang itu aku bawa bersama buku panduan Umrah dan Ziarah yang dibekalkan pihak Felda Travel

so bila sampai saja di pintu makam, aku pun terus membuka buku itu dan berdoa sambil badan menghadap ke arah makam

maka sepantas kilat salah seorang pengawal makam memarahi ( atau sebenarnya aku lebih suka guna perkataan ‘menegur’) akan perbuatan ku itu

“haram, haram, huna Kiblah (haram, haram, di sana Kiblat)” – lebih kurang macam tulah bunyinya

barulah aku teringat, masa kursus umrah kat Malaysia lagi ustaz ada beritahu

JANGAN SEKALI-KALI BERDOA MENGHADAP MAKAM RASULULLAH, KITA HENDAKLAH MENGHADAP KIBLAT YAKNI MEMBELAKANGKAN MAKAM TERSEBUT

aku pun dalam keadaan terpinga-pinga (maklumlah baru lepas kena ‘sound’) tak citer banyak terus berpusing ke belakang dan memberi isyarat ke arah depan untuk menghadap kiblat

aduh lalainya aku ini, bisik aku di dalam hati

so kalau korang berpeluang ke sana, ingatlah betul-betul pesanan ku itu atau bersedialah menerima ‘tiusyen percuma’ dari bapak polisi kat situ!

ada yang tanya, boleh ke bawa kamera ke kawasan makam?

dalam hal ini aku tak berani nak komen banyak, tapi selama aku di sana, pihak pengawal makam sebenarnya tak halang langsung kalau ada jemaah nak berbuat demikian, malah boleh dikatakan lebih separuh jemaah bergambar di makam nabi, ada guna handphone, ada guna kamera kompak, yang pakai SLR pun ada

mereka pun faham, semuanya sangat teruja bertemu Rasulullah walaupun yang ada hanya pusaranya saja…jadi semuanya kalau boleh nak abadikan peristiwa itu sepanjang hayat mereka, antaranya sudah tentulah dengan bergambar di makam junjungan besar kita itu

tapi niat kena betullah, janganlah bergambar sebab nak riak atau menunjuk-nunjuk

aku sendiri berbuat demikian kerana at least bolehlah anak cucu aku nanti menjadikan foto itu sekurang-kurangnya sebagai inspirasi atau perangsang untuk mereka semua berusaha datang ke sini, InsyaAllah

lagi satu, sekurang-kurangnya boleh juga aku kongsikan gambar itu dengan pembaca blog ini yang mungkin tertanya-tanya bagaimana sebenarnya ‘rupa’ Makam Rasulullah

cuma kena ingat, cukuplah sekadar satu atau dua snap, janganlah berposing sakan sampai makam tu dah jadi macam studio pulak dibuatnya

INI YANG BAPAK POLISI DI SANA HANGIN SATU BADAN!

kekadang aku tengok perangai jemaah pun satu hal juga, kalau dah tahu kawasan itu sentiasa sesak, tak perlulah beriya-iya sangat…ini tidak, disebabkan perbuatan segelintir jemaah yang berposing bagai nak rak tu, habis laluan ke makam itu ‘jem’ jadinya

yang paling sedih, kerana sibuk nak bergambar, mereka lupa nak berdoa pada Rasulullah, dah kena halau baru tersedar, nak patah balik bukan senang, jemaah sangat ramai OK

dalam bab ini aku tengok bapak polisi kat situ memang tak bagi muka punya

terus terang, aku beberapa kali tengok bapak polisi merampas kamera jemaah…semuanya sebab benda tu lah

dalam erti kata lain, perbetulkan dulu niat tu, kamera ni takpayah masuk dalam agenda sangat, kalau ada peluang – snap, kalau takde peluang – tak payah snap, habis citer

ingat, dalam apa juga keadaan sekalipun, tanya balik kenapa kita datang ke sini, ke tanah suci ini

Wallahualam….

Read Full Post »

Dari Jabir bin Abdillah ra, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Solat di masjidku ini lebih utama 1,000 solat daripada solat di masjid selainnya, kecuali Masjidil Haram, dan solat di Masjidil Haram lebih utama 100,000 dari solat di masjid selainnya.” Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah, dan disahihkan al-Albani (Kitab Irwauul Ghalil cetakan al-Maktab al-Islami hal 341 hadis no 1129 juz ke 4).

Maknanya, pahala solat di Masjid Nabawi lebih banyak iaitu 1,000 kali daripada pahala solat di masjid selainnya. Sebab itulah kat masjid ini, walau terpaksa bertongkat, walau terpaksa berpimpin, orang akan datang berduyun-duyun mengerjakan sembahyang di dalamnya

itu belum dicampur ibadah lain yang dikerjakan seperti membaca A-Quran dan sebagainya

ketika aku melangkah kaki ke dalam Masjid Nabawi, inilah kali pertama aku beribadah di dalam masjid yang sebegitu besar, sebegitu luas mata memandang

Subhanallah, besarnya masjid ini…

kalau kat Malaysia, paling besar yang pernah aku masuk ialah Masjid Sultan Salahuddin kat Shah Alam, masjid tu boleh tampung kira-kira 20,000 jemaah

tapi Masjid Nabawi, MasyaAllah…

lautan permaidani merah menghiasi ruang solatnya

luas lantai dasarnya saja kira-kira 98,000 meter persegi yang dapat menampung 167,000 jemaah, lantai atas (sky roof) pula seluas 67,000 meter persegi, ia dapat menampung seramai 90,000 jemaah

apabila halaman masjid dipenuhi jemaah sembahyang, maka Masjid Nabawi dan halamannya dapat menampung 650,000 jemaah pada musim biasa (low season) dan lebih 1 juta jemaah pada musim haji atau bulan Ramadhan (high season)

tiang-tiang payung gergasi di dataran masjid

menjelang siang payung-payung gergasi ini dibuka untuk keselesaan jemaah

Masjid Nabawi sekarang mempunyai 27 buah kubah bergerak, 543 buah kamera bagi mengawal keadaan di luar dan dalam masjid,4 buah eskalator dan 18 buah tangga biasa

ia belum dengan ‘kehadiran’ 230 tiang setinggi 5 meter setiap satu dan 10 buah menara, enam di antaranya setinggi 99 meter!

————————————————————————————–

masjid ini terletak kira-kira 597m dari aras laut

kedudukannya di tengah-tengah bandar Madinah menjadikannya seperti bulan purnama dan permata yang bersinar,sesuai dengan peranannya sebagai sumber cahaya dan keindahan Islam

tanah tapak masjid ini berasal daripada tempat mengering tamar kepunyaan dua orang anak yatim (Suhail dan Sahl)

Rasulullah saw kemudiannya membeli tanah tersebut

kisah tanah ini terpilih untuk dijadikan tapak masjid sungguh unik sekali

setelah Rasulullah saw keluar dari Quba’ menuju ke kota Madinah,orang ramai berebeut-rebut mengheret tali unta Rasulullah saw untuk membawa baginda sebagai tetamu ke rumah masing-masing

namun demikian Rasulullah saw menyerahkan kepada unta baginda untuk membuat pilihan

unta itu terus berjalan sambil berpaling ke kanan dan ke kiri seolah-olah mencari sesuatu,sehinggalah ia berhenti di tempat mimbar yang ada pada hari ini

selepas ia berhenti, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ” Insyaallah, di sinilah tempatnya”

Masjid Nabawi dibina buat pertama kalinya pada tahun pertama hijrah (622M) iaitu pada hari kedua setibanyan Rasulullah saw di kota Madinah

keluasan asalnya kira-kira 850.5m persegi dan 2.9m tinggi

atapnya diperbuat daripada pelepah-pelepah pokok tamar, disimen dengan tanah liat

Rasulullah saw sendiri turut sama dalam pembinaan ini dengan memikul dan membawa batu-batu

——————————————————————————–

dan disebabkan terlalu luas jugalah, ramai jemaah yang ‘pening’ kerana mereka masuk pintu lain tetapi end up dengan keluar di pintu lain

sebab itu, dalam ‘keghairahan’ nak beribadah, janganlah sampai terlalu gopoh hingga lupa pintu keluar/masuk masjid

kalau setakat lupa pintu mungkin bagi sesetengah jemaah ia bukan isu besar, tetapi bagaimana pula kalau lupa mana letak kasut/ selipar?

bagi aku ini yang ‘paling perit’!

ini baru sikit bro…

betul, ramai jemaah yang membungkus selipar mereka dan dibawa sekali ke ruang solat, tetapi adakalanya kita tak sampai hati, terutama kalau jemaah lain bersujud (dan selipar kita pula terkena kepala/ dahi mereka)

aku sendiri sebenarnya tak begitu gemar membawa selipar ke ruang solat (walaupun berbungkus), rasa macam tak ‘proper’ je, maklumlah kita kat Malaysia jarang buat macam tu

Alhamdulillah di Madinah aku tidak berhadapan dengan masalah hilang selipar, tapi pernah terjadi, aku lupa dekat pintu mana aku letak selipar aku tu

dekat semua pintu jugalah aku redah, bayangkan

akhirnya hari itu orang penat bersolat dan berzikir kat masjid, akulak penat cari selipar, hah, padan muka aku!

kalau nak cerita pasal Masjid Nabawi ni sampai bila pun tak habis, omputih kata Seeing Is Believing

dan tak lengkap bercerita tentang masjid ini kalau tak sentuh mengenai Makam Rasulullah SAW dan Raudhah…nanti aku cerita lagi, bagaimana bulu roma aku ‘meremang’ sebaik saja melangkah kaki ke Raudhah, dan bagaimana aku dihambat perasaan sedih dan hiba yang amat sangat tatkala berhadapan dengan makam junjungan besar kita itu…Allahu Akbar….

aku yang paling muda nampaknya dalam grup ni, yang lain OTAI-OTAI beb

Read Full Post »

mahal atau murahnya sesuatu pakej umrah banyaknya bergantung kepada harga tiket penerbangan dan hotel tempat seseorang jemaah itu menginap

contohnya, jikalau kita memilih untuk naik pesawat Biman Air (Bangladesh), harga tiketnya sudah tentu jauh lebih murah berbanding MAS atau Emirates, tapi janganlah expect untuk dapat direct flight ke Jeddah atau Madinah

pesawat yang dinaiki pasti singgah atau transit di satu-satu airport, adakalanya dua hingga ke tiga airport

lebih memenatkan lagi kalau kita terpaksa menunggu dalam jangka masa yang lama, kekadang mencecah sehingga 5 ke 6 jam, sebelum dapat menaiki penerbangan berikutnya…acapkali juga jemaah terpaksa bermalam di hotel sesebuah negara sebelum boleh meneruskan perjalanan ke Arab Saudi

begitu juga dengan hotel, banyak syarikat pelancongan menawarkan pakej umrah yang murah, tetapi jarak hotel ke masjid adakalanya terletak terlalu jauh hingga kerap kali terdapat keadaan di mana jemaah akhirnya hanya mampu beribadah di bilik hotel saja disebabkan terlalu penat hendak berulang-alik

tapi jangan tak tahu, aku pernah diberitahu satu grup ni pakejnya murah saja, tapi disebabkan tiada kekosongan, mereka ditempatkan di hotel yang mahal tanpa dikenakan bayaran tambahan, inilah yang dikatakan kebesaran Allah

aku sendiri bila ‘terpilih’ untuk menyertai rombongan umrah ini tidak dapat nak jangka keadaan itu, maklumlah inilah kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Madinah

lagipun pakej umrah Felda Travel yang aku sertai ini bukanlah dalam kategori mewah hingga mencecah belasan atau puluhan ribu seperti yang diambil sesetengah jemaah itu

ianya dalam kategori yang cukup sederhana – kalau nak beli rumah, pakej aku ini istilahnya kira jatuh dalam kategori rumah kos rendah je actually

tapi aku sungguh tak menyangka, rupa-rupanya hotel penginapan aku terletak betul-betul di tepi pagar utama Masjid Nabawi, Subhanallah!

dekatnya…Alhamdulillah

dalam erti kata lain, aku hanya perlu turun lif, berjalan lebih kurang 50 tapak, lepas tu sampailah ke Masjid Nabawi, Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat

hotel berkonsepkan apartment ini diberi nama Al-Majeedi Arac Suite

inilah hotelnya, Al-Majeedi Arac Suite

walaupun berkongsi dengan tiga orang jemaah yang lain, biliknya agak luas, siap dengan dapur, TV flat screen dan washing machine lagi

pendek kata dengan fasiliti dan jarak yang ada, kalau tak pergi solat kat masjid juga, tak tahulah nak kata apa

walau empat orang sebilik, tapi masih selesa

berbalik kepada cerita umrah aku ni, sebaik saja sampai kat hotel, aku dah tak sabar nak pergi ke Masjid Nabawi, tak sabar nak solat di masjid yang menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda ini

selain itu, tak sabar rasanya nak menziarahi makam Baginda Rasulullah SAW

dan aku rasa jemaah yang lain juga pasti rasa benda yang sama

seakan-akan dapat mengagak ‘keterujaan’ para jemaah, mutawif kami, Ustaz Adam pun memberikan nasihat

” Apapun para jemaah sekalian, pergilah naik ke bilik dulu untuk berehat atau membersihkan diri, InsyaAllah lepas tu beribadahlah semahunya,” katanya sambil tersenyum

aduh ‘tajam’ pula rasanya kena sindir hehehehe

tapi aku naik, naik juga…namun tak sampai 10 minit lepas tu aku terus turun ke lobi

dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, aku melangkah dengan penuh keyakinan dan keinsafan ke Masjid Nabawi

makin lama makin dekat, makin lama makin hampir, dan akhirnya buat pertama kali dalam hidup aku, aku berjaya menjejakkan kaki di permaidani masjid yang agung dan penuh kemuliaan ini, Alhamdulillah…..terima kasih ya Allah!

Read Full Post »

pix credit aiezatism

sebaik saja melangkah masuk ke terminal, seperti biasa, orang pertama yang akan kita tempuh dah tentu pegawai imigresen

pada yang selalu outstation macam aku ni, mengadap pegawai imigresenlah satu hal yang adakalanya cukup menjengkelkan, terutama jika kita datang dari negara Asia

di Saudi tidak terkecuali, cakap-cakap sebelum ini yang pegawai imigresen negara ini kurang mesra pelanggan memang ada asasnya

aku mengalaminya sendiri, pegawai yang mengendalikan pasport tu macam nak tak nak je cop buku merah kita itu

mula-mula dia menguap, lepas tu dia bersembang dengan kawannya yang kat sebelah, lepas tu dia buat-buat tersandar (seolah-olah baru ‘belasah’ kebab 40 biji gayanya)

patutlah masa musim haji, ada jemaah kita yang tersangkut dekat 5-6 jam hanya kerana proses ini saja

di sini, mereka akan minta kita letakkan ibu jari tangan ke mesin pengimbas sebelum mengambil foto kita

yang aku pelik, dekat beberapa minit dia buat ‘donno’ je kat aku walaupun semua apa yang dia nak, aku dah buat

dan ini part paling best – lepas dia key in maklumat aku dalam komputernya, dia terus lempar pasport aku tu, pergh!!!!

kalaulah kat Malaysia dia buat macam ni, aku rasa confirm LUNYAI pak arab ni aku kerjakan hahahaha

aku amik positif je, mungkin inilah dugaan yang Allah beri, nak tengok sejauh mana aku dapat mengawal temperature aku kat tanah suci ini

pun begitu, aku sempat mengucapkan terima kasih dan salam pada dia…at least dia tak buang pasport aku dalam tong sampah pun kira OKlah kan

tapi bukan semua yang macam tu, pegawai imigresen kat lorong sebelah tu aku tengok elok je dia layan jemaah, siap senyum lagi (walaupun mukanya ganas dan berjambang macam Brutus dalam kartun Popeye tu)

apapun aku bersyukur, kerana urusan imigresen pada waktu kami tiba itu berjalan lancar, kebetulan yang mendarat masa tu pun hanya sebuah pesawat saja, Alhamdulillah

sebaik saja kami keluar dari airport, wakil Felda Travel di Madinah merangkap mutawwif kami, Ustaz Adam dah tercegat kat depan pintu

Ustaz Adam  muda lagi, dalam awal 20-an rasanya…dia orang Indonesia yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian agama kat Mekah

bas yang nak bawa kami ke hotel pun dah ready, drivernya pun orang Indonesia juga, kalau bukan kerana faktor geografi Madinah yang tandus dan gersang itu, confirm aku ingat kapal terbang ni dah tersalah landing kat airport Surabaya!

sebaik saja bas bergerak, Ustaz Adam memperkenalkan dirinya sebelum berucap sepatah dua kata di dalam bas

” Alhamdulillah, selamat datang pada semua tetamu Allah, bersyukurlah kerana akhirnya kita diberi ruang dan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke bumi yang penuh barokah ini,” begitulah lebih kurang ayatnya

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Solat di masjidku lebih utama daripada seribu kali solat di tempat lain kecuali di Masjidil Haram. Dan solat di Masjidil Haram lebih utama seratus ribu kali daripada solat di tempat lain.” (Riwayat Ahmad)

masa ni entah macam mana aku rasa terharu sangat-sangat, aku hampir nak menitiskan airmata

aku terbayang segala dosa-dosa aku, aku terbayang bagaimana aku terlantar di hospital, aku terbayang bagaimana kata-kata sindirin daripada seorang dua rakan-rakan yang seolah-olah memandang sinis niat aku ke sini dan macam-macam lagilah

walaupun hari panas terik, aku tetap buka kain langsir di tepi tingkap bas yang aku naik, aku mahu menikmati sepuas-puasnya pemandangan bumi Madinah ini

biarlah kalau ia sekadar padang pasir, biarlah kalau ia sekadar batu-batuan, biarlah jika ia tidak sehebat kota Paris atau kota New York, aku tetap mahu menikmati panoramanya, aku tetap mahu menghidu debu dan aromanya

yang lebih penting aku mahu bertemu Rasulullah biarpun yang ada nanti hanya makam atau kuburannya

aku mahu bersolat di masjidnya, beriktikaf di dalamnya, aku mahu mendapat restu dan syafaatnya

ya Rasulullah, aku makin hampir denganmu…aku datang untuk menemuimu…terimalah aku insan yang lemah dan tidak berdaya ini…

setelah hampir setengah jam perjalanan, mata aku tiba-tiba terarah ke sebuah bangunan yang cukup besar saiznya, cukup indah binaannya, sebuah kompleks mega yang selama ini hanya dapat aku lihat di dalam majalah dan internet

pada masa yang sama aku terlihat kubah besar berwarna hijau

pix credit to Kupih

Allahu Akbar, aku yakin dan aku pasti….inilah Masjid Nabawi, inilah masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad s.a.w setelah penghijrahan baginda berserta para sahabat dan pengikut setia ke bumi Madinah ini

disinilah terletaknya makam junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w yang berada di dalam kompleks masjid tersebut

di sinilah juga bersemadinya jasad Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab

aku tahu, aku tidak bermimpi lagi…aku cuba menahan airmata ini dari jatuh menitis, tapi rasanya aku sudah tidak mampu lagi untuk menghalangnya…

Read Full Post »

Surau Bandar Seri Ehsan, Sepang

malam itu tidur aku tidak begitu lena, selain kesakitan yang aku alami, pelbagai perasaan bermain di minda

paling meresahkan – adakah kedatanganku akan diterima Allah SWT?

aku rasa tubuh aku cukup ‘kotor’ untuk hadir ke tanah suci, tanah suburnya agama teragung ini dan makam pemimpin agung yang kita sanjungi, Nabi Muhammad SAW

sebaik saja azan Subuh berkumandang, aku terus ke surau di kawasan perumahan kakakku di Bandar Seri Ehsan, Sepang

selepas solat, aku mengangkat kedua-dua belah tangan sambil berkata, aku sudah tidak ada upaya, padaMu aku serahkan seluruh jiwa dan ragaku

selepas selesai solat dan berdoa, aku berjalan terhincut-hincut sambil bertanya pada diri sendiri, mampukah aku hadir ke bumi Mu ya Allah…

tepat jam 7 pagi, dengan diiringi beberapa orang ahli keluarga, aku sudah terpacak di KLIA

penerbangan sewa khas MAS yang aku naik itu dijangka bertolak ke Madinah tepat jam 10.10 pagi

dari jauh kelihatan pegawai Felda Travel, Haji Rizal yang juga Ketua Rombongan sudah bersedia menantikan kehadiran jemaah

selesai ‘check-ini’ aku hanya duduk di bangku, terdiam seribu bahasa, debaran di dada makin kencang

tak lama kemudian nampaklah jemaah lain yang ikut serta dalam rombongan umrah, kebanyakannya pergi bersama suami/isteri dan anak-anak

perasaan sedih kian terasa kerana aku hanya pergi seorang diri, tanpa siapapun menemani, aduh syahdunya

sebelum masuk, aku meminjam sebentar Galaxy Tab milik anak buahku…untuk sekian kalinya aku update FB, meminta ampun dan maaf kepada rakan-rakan yang kebanyakannya tidak tahu bahawa aku akan ke tanah suci

akhirnya waktu itu pun tiba, dengan perasaan bercampur baur, aku melangkah kaki perlahan-lahan sebelum memasuki badan pesawat Boeing 747-400 buatan negara Uncle Sam itu

‘sejuk’ rasanya hati kerana sebaik saja masuk ke pintu kapal terbang, krew bertugas terus memasangkan CD alunan zikir…dari suara yang berkumandang, aku pasti ia milik Akhil Hayy, bekas penyanyi rock yang memilih untuk ‘berhijrah’

inilah pertama kali aku dengar pesawat MAS memainkan zikrullah dalam pesawat mereka, mungkin kerana ia pesawat sewa khas ke Madinah barangkali

turut kelihatan dalam pesawat adalah selebriti terkenal tanah air seperti Irma Hasmie, Diana Amir dan pengacara Yatt Hamzah

finalis Akademi Fantasia, Heliza pun ada

syukur kepada Allah kerana walaupun terlibat secara langsung dalam dunia hiburan, hati mereka turut terbuka untuk sama-sama menunaikan ibadah yang besar pahala dan ganjarannya ini

hampir penuh jemaah di dalamnya…

bercakap pasal penerbangan kali ini, pramugarinya tidak memakai kebaya ketat seperti mana selalu, mereka berkemeja dan berseluar panjang, termasuk mengenakan tudung

kat situ aku dah lega sikit, maklumlah, terpeliharalah sikit mata pakcik-pakcik dan aku yang nak pergi umrah ni hehehehe

paling best, sebelum pesawat nak take off, doa musafir telah dipasangkan, wow!

tidak lama kemudian kami dihidangkan dengan nasi dan ikan sweet n sour

selesai saja makan, skrin televisyen yang terdapat di kerusi masing-masing telah dipasangkan dengan visual panduan mengerjakan umrah

walaupun aku dah mengikuti kursus umrah sebelum ini, tayangan visual tersebut ternyata sangat berguna untuk ‘refresh’ apa yang telah dipelajari sebelum ini, terutama ‘first timer’ macam aku

berbeza dengan penerbangan sebelum-sebelum ini, aku ‘abaikan’ filem-filem lain yang terdapat dalam sistem hiburan pesawat, aku rasa jemaah lain juga begitu

takkan nak layan Jet Li dalam flight gi Madinah pulak yeop!

semuanya lebih banyak diam atau berzikir, atau paling tidak pun…zzzzzzzzz

beberapa jam sebelum mendarat, nasi beriani ayam pula dihidangkan

satu perkara mengenai MAS, sajian makan di dalam pesawatnya cukup diakui keenakannya…ini memang diakui dari dulu

dan selepas sembilan jam berada di angksa, pesawat mula menghampiri bumi Madinah

sewaktu pramugari mengumumkan pesawat akan mendarat di Madinah, bulu roma aku terus meremang

berdebarnya ketika ini Allah saja yang tahu

aku masih tidak percaya yang aku akan sampai ke sini, bumi di yang mana Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda;

” Jangan kamu memberat-beratkan perjalanan kecuali kepada tiga masjid; Masjidil Haram, MASJIDKU dan Masjidil Aqsa,” (diriwayatkan Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

terus terang ketika menjejakkan kaki ke bumi Madinah, aku hampir menitiskan airmata, aku tahu masanya sudah tiba, aku tahu aku  tidak akan berpaling lagi, aku tahu yang aku sudah sudah nampak akan terbitnya cahaya di hujung lorong….Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!

Lapangan Terbang Madinah, Arab Saudi

Read Full Post »

aku ni kalau ditengok dari segi fizikal, malah melalui tulisan, nampak macam aku ni jenis happy go lucky orangnya

macam orang yang takde masalah kata salah seorang pengomen tegar

hehehe, jawapan aku mudah je, kalau aku takde masalah, maknanya aku bukanlah manusia kan…mana mungkin aku takde masalah, cuma ada perkara yang aku memilih untuk menyimpannya dalam gerobok hati dan benakku yang paling dalam – dalam erti kata lain biarlah ianya ku tanggung sendiri

berbalik pada cerita umrah aku ini, semuanya dah masuk gear akhir, kursus dah pergi…baju dah packing…pihak Felda Travel yang mengendalikan perjalanan aku ini pun dah beri ‘green light’, visa dah ready kata mereka

actually berita yang ‘visa dah ready’ tu membuatkan diri aku tiba-tiba jadi gemuruh tak tentu pasal, dalam erti kata lain, sebelah kaki aku ni istilahnya dah sampai ke tanah suci, hanya ‘sebelah kaki’ saja yang belum

entah kenapa, kira-kira dua hari sebelum berangkat, tiba-tiba hati aku rasa berbelah-bahagi…adakalanya aku rasa macam nak terbang esok juga, pada masa yang sama juga aku rasa macam nak batal saja pemergian ini

ini kerana aku merasakan yang aku belum cukup ‘bersih’ untuk menjejakkan kaki ke tanah suci

aku bimbang dengan cerita-cerita orang, ada orang pernah kata yang mereka pernah dengar ada jemaah tak nampak Kaabah, ada jemaah yang tiba-tiba diserang histeria dan macam-macam lagilah

itu belum masuk cerita-cerita yang aku baca kat majalah Mastika tu
,
ngeri dan takut rasanya syeikh…entah kenapa aku yang tak suka amik pot sangat cerita-cerita mistik ni tetiba boleh jadi ‘kecut’ tak tentu pasal

dan perkara yang paling menggusarkan adalah kesihatan aku sendiri, sejak dibenarkan keluar dari hospital, kaki aku sering bengkak-bengkak, tapi selalunya ia akan surut begitu saja

namun kali ini bengkak itu makin menjadi-jadi pulak hingga seringkali aku terhencut-hencut ketika berjalan


” Bro, aku risau tengok kau, kalau rasa tak boleh, baik kau tangguhkan dulu, nanti dah sihat baru pergi,” kata member aku ni

aku senyum ajer, actually betul juga kata-kata dia, aku tak mahu disebabkan aku, ia menganggu jemaah lain waktu di tanah suci nanti

tapi nasihat seorang sahabat lagi membuatkan hati aku untuk ke sana kembali berbunga

” Jangan risau bro, serah saja pada Allah, tawakal dan doa banyak-banyak agar semuanya dipermudahkan “

dan malam sebelum berangkat, kerisauan aku semakin membuak-buak, kedua-dua belah kaki aku dah macam kasut McDonald!

kali ini bukan saja bengkak, malah ia juga cukup menyakitkan…setiap kali nak pijak tanah, rasanya macam dicucuk-cucuk dengan jarum

keluarga aku kemudiannya mengejarkan aku ke sebuah klinik, aku ingat lagi nama klinik tu, Klinik Fauziah berhampiran KLIA (dekat area Sepang)

doktor pada mulanya syak yang aku kena gout, tapi aku tak rasa begitu kerana aku tidak mempunya sejarah ada sakit macam tu

tambahan pula doktor tu beritahu, hanya melalui ujian darah saja baru dia boleh sahkan yang ianya gout…nak kena check kandungan uric acid

untuk itu dia hanya berikan aku ubat surut bengkak dan pil tahan sakit

dalam fikiran aku cuma satu….adakah ini TANDA-TANDA AWAL YANG KEHADIRAN AKU TIDAK DITERIMA ALLAH?

tanpa disedari, ada airmata jernih membasahi kelopak mata aku, ya Allah….

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.