Feeds:
Posts
Comments

Archive for September, 2008

 

 (sebenarnya ni belum complete lagi…ada satu belum balik dari Mozambique (PETRONAS) manakala satu family lagi terpaksa beraya di KLIA (tak dapat cuti laa…)

Read Full Post »

PADA tahun 1986, Presiden Israel, Chiam Herzoq melakukan lawatan ke Singapura.

Ketika ini ada seorang lelaki yang juga seorang peguam bertindak berbaring di atas landasan keretapi Johor Bahru bagi menghalang Keretapi Tanah Melayu (KTM) bergerak ke Singapura.

 Tak cukup berbaring di atas landasan keretapi, pada keesokannya dia berbaring di atas Tambak Johor. Untuk beberapa hari kecoh Johor dan Singapura dibuat lelaki ini.

Rakyat Singapura takut ke Johor untuk beberapa hari. Dia buat gimik itu semua kerana satu perkara. Sentimennya menyokong perjuangan Rakyat Palestin amat kuat.

Duta Palestin ke Malaysia waktu itu Ahmad Al Farra turun ke Johor Bahru apabila dia mengadakan siri tunjuk perasaan anti-zionis Israel bersempena lawatan Herzoq.

Hari ini dia kembali ke rahmatullah tanpa bunga mahupun penghormatan negara

Kita mungkin tidak bersetuju dengan perjuangan politiknya, tetapi ada juga yang perlu kita bangga dengan pendiriannya.

Al-Fatihah buat Abd. Razak Ahmad (bekas Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia)

Read Full Post »

DI SINGAPURA siapa yang tak kenal peguam merangkap ahli politik terkenal republik tersebut, JB Jeyaratnam

Aku dah lama mengikuti perkembangan Jeyaratnam kerana aku cukup kagum dengan keberanian beliau memperjuangkan cita-cita politiknya di negara yang terkenal dengan dasar yang ehem, ehem, paham-paham jelah kan.

Kelantangannya membuatkan beliau cukup dibenci bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew dan suku sakatnya.

Yang bagusnya Kuan Yew ni pulak, dia tak pernah gentar dengan Jeyaratnam. Setiap kali dia rasa Jeyaratnam memfitnahnya, setiap kali itu juga diheretnya Jeyaratnam ke mahkamah.

Berpuluh kali juga Jeyaratnam naik-turun mahkamah sampai muflis dia akhirnya kerana terpaksa bayar saman kat Kuan Yew.

Disebabkan dah habis semua duit kerana bayar saman, mendiang menulis dua buah buku, Make it Right for Singapore dan The Hatchet Man of Singapore yang berkisar perjuangan menegakkan lunas demokrasi segar dan kebebasan bersuara di Singapura sepanjangnya.

Hasil jualan buku-buku yang dijual sendiri oleh mendiang di jalanan membebaskan mendiang daripada belenggu muflis seusai tahun lepas

Walau muflis, walau hilang harta termasuk rumah, orang tua ni tak pernah serik berjuang mempertahankan prisinsip politiknya.

Pagi tadi dia diserang sakit jantung dan pergi untuk selama-lamanya…baik dari lanskap politik Sinagapura mahupun dari bayangan musuh nombor satunya, Lee Kuan Yew.

Selamat jalan J.B Jeyaratnam.

Read Full Post »

ni Mr. Minaq Jinggo ambil kat Jalan Masjid India, sesak beb!

ni Mr. Minaq Jinggo ambil kat Jalan Masjid India, sesak beb!

Read Full Post »

macam mana rupa anak bulan?

HARI ini adalah hari yang ditunggu-tunggu iaitu tarikh pengumuman Hari Raya Aidilfitri. Actually itu untuk orang macam kitalah

Zaman nabi dulu orang semua sedih bila nak habis ramadan tapi kita sekarang kalau boleh nak buat pertunjukkan bunga api macam kat Putrajaya lagi nak sambut habisnya bulan mulia ni

Maka hari ini ramailah ahli falak yang akan ke lokasi-lokasi tertentu untuk mencerap atau tengok anak bulan.

Mungkin korang nak tahu gak rupa anak bulan ni ye, meh kita tengok kat bawah;

inilah anak bulan kalau dilihat dari jauh

inilah anak bulan kalau dilihat dari jauh

 

imej anak bulan dari dekat

imej anak bulan dari dekat

.
.
.
alamak, abaikan yang ni, ini kuih bulan, ampun! ampun!

alamak, abaikan yang ni, ini kuih bulan, ampun! ampun!

Read Full Post »

KEHADIRAN aku di Pulau Pinang disambut dengan kesesakan luar biasa

sana sini sesak, malah tanah kubur pun dah semakin-semakin sesak

rumah terpaksa dibina tinggi-tinggi dan berasak-asak, harga pun sangat tinggi hingga mendatangkan sesak

pulau yang kecil tapi pembangunan terlampau rancak, pantai yang sekangkang kera terpaksa ditambak-tambak

yang pasti orang Melayu semakin ditolak-tolak, kalau ada tanah pun mungkin di Bukit Bendera

tapi keretapi ke sana masih gerabak yang lama…masih merangkak-rangkak

oh Pulau Pinangku, makin lama makin sesak

hingga menyerabutkan kepala otak!

Read Full Post »

Malalai Kakar

 

MINGGU  lalu aku menonton sebuah dokumentari di National Geographic mengenai perjuangan dan kebangkitan semula kaum wanita di Afghanistan pasca tewasnya Taliban.

Umum mengetahui yang Taliban merupakan kumpulan yang paling kuat melakukan diskriminasi terhadap wanita sewaktu mereka memerintah Afghanistan di mana kaum Hawa tidak dibenarkan bekerja, wajib memakai Burqa (sejenis purdah), sering ditindas, diseksa dan sebagainya

Dalam dokumentari selama sejam itu, mereka turut memaparkan kegigihan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an, Malalai Kakar. Sejak tewasnya puak Taliban, Malalai menyertai pasukan polis Afghanistan dengan menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian Jenayah Terhadap Wanita yang berpusat di Kandahar.

“Ketakutan bukanlah satu pilihan lagi buat saya,” katanya dalam dokumentari itu.

Walaupun sering menerima pelbagai ancaman termasuk ancaman bunuh dari masyarakat Afghan yang berfikiran sempit dan orthodoks terhadap wanita, Malalai tabah menjalankan tugasnya menyiasat dan menangkap mereka yang melakukan penganiayaan dan penyeksaan terhadap kaum sejenisnya

Aku sangat kagum dan teruja dengan keberaniannya yang luar biasa!

——————————————————————-

Berita Mutakhir 28 September 2008

KANDAHAR, Afghanistan, Sept 28, 2008 (AFP) – Taliban gunmen shot dead the most high-profile female police officer in Afghanistan, Malalai Kakar and wounded her teenaged son as she left home to go to work Sunday, officials and the militia said.

“She died on the spot and her son was badly injured and is in a coma,” he said on condition of anonymity.

Her son, aged 15, had been driving Kakar to work, police said. The boy later came out of the coma but was in a serious condition.

SAK: Hiba benar rasanya. Al-Fatihah buat srikandi Afghan, Allahyarham Malalai Kakar.

Read Full Post »

silap haribulan aku makan ketupat kat club house taman ni je...

silap haribulan aku makan ketupat kat club house taman ni je...

AKU

pernah tulis dalam entry sebelum ini mengenai ‘kesukaran’ untuk memilih destinasi hendak beraya

Nak pulang ke Sabah (aku lahir je kat situ) ke kampung arwah abah di Negeri Sembilan (saudara dah ramai takde), nak pulang ke kampung emak Pulau Pinang (kampung dah takde), nak pulang ke kampung wife di Melaka (tahun lepas dah giliran dia)

akhirnya kami beraya di Sungai Petani, Kedah (bukan tempat aku dilahirkan, bukan kampung abah, bukan kampung emak, bukan kampung wife). Amik ko!

Kami mengambil keputusan untuk berhari raya di rumah kakak yang terletak di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani

semua ahli keluarga berhimpun di situ, memandangkan ia tidak terlalu jauh dengan Pulau Pinang, maka senang jugalah kalau kami rasa nak beraya dengan rumah sanak saudara yang lain

Kadang-kadang bila fikir balik, lawak betul la, plan punyalah gila-gila, last-last beraya di rumah orang, takpelah, bukan rumah saper pun, rumah kakak sendiri jugak.

Huarghhhhhh!!!

Read Full Post »

Ofis dah kosong…

NAMPAKNYA ofis dah lengang

semua dalam mood nak beraya, cuma aku je yang terkapai-kapai lagi kat sini

waktu buka tadi aduh terasa nak menitik airmata je, puasa tak puasa tu citer lainlah, ops!, tapi yang pasti hanya aku dan member aku si Akob je yang makan nasi bungkus time masuk waktu tadi

aku tengok dier, dier tengok aku

ada yang suami ambik, ada yang boyfriend ambik, alahai…

Read Full Post »

Maafkan saya.

 

Bersama krew sewaktu penggambaran di bulan ramadhan di Pulau Nias, Sumatera Utara, Indonesia

Bersama krew sewaktu penggambaran di bulan ramadhan di Pulau Nias, Sumatera Utara, Indonesia

SAYA mungkin melakukan banyak dosa pada saudara sama ada secara sengaja atau pun tidak

baik melalui kata-kata atau perbuatan, melalui kalimat atau perkataan

saya akui saya insan lemah, jahil dan tak berdaya

sama ada melawan godaan, amarah atau perasaan

saya tak gentar walau perlu berlutut memohon kemaafan

kepada anda juga saya maafkan

apa saja kejahatan yang anda lakukan terhadap saya

dalam apa jua keadaan

mulai esok saya akan mula bercuti dan hanya akan kembali blogging bila ada kesempatan kelak

sepertimana saya doakan kebahagian anda, begitulah juga sekiranya itu yang anda dapat lakukan untuk saya

bergembiralah di hari raya, tapi jangan lupa pada yang tiada, wassalam

Allahuakbar, Allahhuakbar, Allahuakbar, Walillahilham

Read Full Post »

Older Posts »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.