
Bandar Makati
ketika aku ke Manila tidak lama dulu, aku pernah bertanya kepada seorang pegawai kita yang bertugas di sana, kat mana tempat lepak orang-orang Malaysia kat bandar tersebut
katanya banyak, tapi kalau businessman depa selalu lepak kat Makati, kira pusat kewangan terkenal la kat kat Manila ni, lebih bersih dan selamat
bukan macam Metro Manila bro, kotor dan padat dengan penduduk, kalau nak gi toilet awam pun korang akan fikir 10 kali

toilet Manila sempoi je
berbalik pada citer tadi, kata pegawai tu, depa selalu ada di Hard Rock Cafe yang terletak kat Glorietta III, Ayala Center, kira dalam Makati jugaklah

Hard Rock Cafe Makati
so sebelum pulang, aku kata tolong bawa aku ke sana kerana nak juga aku bersembang dengan puak-puak tu, nak juga tahu apa yang bestnya bisnes kat Manila ni, nampak macam takde apa-apa je
then malam tu, kami pun pergi ke sana, fuh meriah beb Hard Rock Cafe kat sini, adalah kot tiga kali ganda besar daripada kat KL tu
memang betul bro, ramai bisnesman Malaysia kat sini , yang peliknya semua orang India
tiba-tiba masuk seorang lelaki separuh abad, serentak dengan itu tiga empat orang wanita seksi menyerbu lelaki berkenaan sambil menjerit;
” Abang Busuk is coming! Abang Busuk is coming ! we love you Abang Busuk!, “
masa tu aku punyalah nak tergelak, kalau kat Malaysia confirm dah kena penampor kalau orang panggil kita Abang Busuk, tapi mamat ni boleh maintain je, siap senyum sengih lagi
” Bro, kalau kau nak tahu, dialah antara ahli perniagaan Malaysia yang kaya kat Manila ni, kalau dia datang, semua GRO akan serbu dia, apataknya, dia selamba je belanja makan dan minum puak-puak ni, siap bagi tips lagi, tapi dia tak nak ‘servis’, dia cuma suka-suka gitu je, itu yang bila dia sampai je semua serbu,” kata pegawai berkenaan
memang kalau ko tengok mamat tu takde gaya korporat langsung, selekeh semacam jer
tak lama kemudian pegawai tu perkenalkan mamat tu kat aku
” Hello bro, selamat datang ke Manila,” katanya sambil mempelawa aku minum arak jenama Chivas Regal, malam tu je dia buka tiga botol, tahu jelah, harga sebotol je Chivas Regal kalau kat Malaysia confirm beratus ringgit
” Takpe bro, saya tak ‘minum’, Coke pun dah OK, bro, tanya sikit jangan marah, naper orang panggil you Abang Busuk, you tak marah ke,” tanya aku
” Hahahaha, saya tak kisah pun, memang kerja saya pun busuk, saya kutip besi buruk dan sampah kat Manila, thats why saya tak marah,” katanya
lepas sembang dekat setengah jam, baru aku tahu dia asalnya cuma meniaga kutip besi buruk kat Jalan Chan Sow Lin di Kuala Lumpur
tetapi dia dan rakan-rakannya sudah dapat jumpa dengan Datuk Bandar Manila dan proposed untuk mengusahakan bisnes besi buruk sini
entah ayat apa yang dia dan member-member dia guna, Datuk Bandar boleh setuju dan sejak itu mereka mengembangkan perniagaan di sini hingga menjadi kaya raya!
” Di KL saingan banyak bro, nak cari makan pun susah, sebab itu kami semua lari datang sini, kebetulan masa tu orang local tak tahu sgt pasal market barang lusuh dan besi buruk, for ur info, sekarang kami dan conquer bisnis besi buruk kat Manila tau,” katanya sambil tersengih
keesokan harinya, Abang Busuk mengajak kami berdua pergi ke rumahnya kerana dia nak masak kari!
memandangkan pegawai tu pernah ke rumahnya, so takdelah masalah sangat nak cari…memang dahsyat beb, rumah Abang Busuk terletak dalam kawasan perumahan mewah, pak guardnya siap bawa senapang patah!
kaya, memang kaya!
lepas makan nasi dengan kari yang dia masak sendiri tu, Abang Busuk bawa pulak kami ke tempat dia mengusahakan perniagaan besi buruknya
mak datukkkkkkk….dia siap buat kilang rupanyaa!!!!

mak ooi besarnyaaaaaa
yang aku hairan tu, dia boleh duduk sorang-sorang kat sini, anak bini dia ada kat KL
” KL lagi selamat, sekolah pun bagus, family saya datang sini sekejap je lepas tu mereka dah nak balik, memanglah, budaya orang sini lain. Setakat datang sehari dua bolehlah, lama-lama jemu juga. Tapi saya tak kisahlah, kekadang seminggu ada juga dua tiga kali saya balik,” katanya selamba
ambik kau, dia ulang alik Manila-KL macam gi Kampung Pandan je, pergh
betullah rezeki itu ada di mana-mana, just kena rajin cari peluang je, dalam hati nak gak aku tanya Abang Busuk kot-kot aku leh jadi share partner dia
tapi jangan dia suruh aku pulak yang pergi kutip besi buruk dah, mau pengsan lak aku kang….
p/s: Abang Busuk tak bagi aku snap gambar dia ngan rumah dia, katanya dia lebih suka low-profile tapi dia mengalu-alukan mana2 awek nak berkenalan dengan dia. Aku sengih je, boleh tahan gak orang tua nih…
Like this:
Like Loading...
Read Full Post »