agak lama aku tidak menulis benda atau isu yang serius dalam blog ini, semuanya santai-santai saja
cerita pasal makan, cerita pasal hiburan, cerita pasal life aku yang membosankan dan yang entah apa-apa itu
hari ini aku nak menulis benda yang agak serius dan boleh kita fikirkan sedikit, kalau mahu bacalahkan, its just nak share je
aku ni setiap pagi akan meneliti semua berita yang disiarkan di dalam agensi berita antarabangsa seperti Reuters, AFP dan Bloombergh
bukan apa, maknanya at least sebelum aku keluar rumah, otak aku sekurang-kurangnya dah dapat gambaran apa yang berlaku di sekeliling dunia dlam tempoh 24 jam yang lalu
so aku tertarik dengan cerita seorang wanita yang sangat berpengaruh di Indonesia iaitu Menteri Kewangannya, Sri Mulyani Indrawati
Sri Mulyani ni untuk pengetahuan korang, sangat tegas membendung rasuah, sangat strict sampai dia ni mempunyai ramai musuh
tetapi baru-baru ini , Sri Mulyani telah dihentam habis-habisan di seluruh Indonesia kerana kononnya telah melakukan kesalahan apabila mengarahkan pengeluaran wang negara kira-kira RM2.5 bilion untuk menyelamatkan salah sebuah bank di negara itu iaitu Bank Century
Bank Century ini untuk pengetahuan korang ialah hasil penggabungan tiga buah bank iaitu Bank CIC, Bank Piko dan Bank Danpac. Aku difahamkan, disebabkan berlaku beberapa kelemahan semasa penggabungan itu, bank ini mengalami masalah cash flow atau masalah duit le senang citer.
Ditambah lagi dengan krisis kewangan global, Bank Century ni jadi makin parah!
Nak jadi lebih panjang cerita, pemilik bank itu Robert Tantular sudah songlap duit pemegang akaun hingga menyebabkan dia dipenjara.
Jadi bila Sri Mulyani arah bank ini diselamatkan, apalagi mengamuk sakanlah orang Indonesia, depa dok rasa Sri Mulyani saja nak ‘kowtim’ dengan penjenayah, menarik kan kisah ni, boleh buat filem lagi!
lebih menghuru-harakan keadaan, Sri Mulyani pula sangat dibenci Aburizal Bakrie, tokoh politik dan orang kaya yang sangat berpengaruh di Indonesia.
nak tahu sebab apa? sebabnya bila saham Aburizal ni jatuh gila babi dulu, Sri Mulyani tak nak stop perdagangan saham di bursa sampai mamat tu rugi setengah mati, that why Aburizal ni guna pengaruh dia agar Sri Mulyani ni terus dibenci!
terus terang, bagi aku Sri Mulyani telah buat apa yang terbaik bagi rakyat Indonesia tetapi disebabkan integritinya itu, dia mula dijadikan sasaran adu domba dan fitnah yang cukup hebat
korang bayangkan apa akan terjadi pada Indonesia sekiranya bank sebesar Bank Century itu bangkrap, confirm kesan dominonya akan menyebabkan sistem perbankan Indonesia akan turut runtuh.
berdasarkan krisis ekonomi pada 1997, aku yakin tindakan yang diambil Sri Mulyani adalah betul dan buktinya kini Indonesia berjaya keluar daripada krisis ekonomi yang masih membelenggu banyak negara
tetapi itulah, kekadang kita manusia ni tak tahu nak beza mana intan mana permata
di saat Sri Mulyani dibenci oleh rakyatnya sendiri, akhirnya orang luar juga yang mengiktiraf kehebatan beliau
untuk pengetahuan korang, Sri Mulyani kini dilantik sebagai Pengarah Urusan Bank Dunia, amik ko!
dan semalam beliau akhirnya melepaskan jawatan sebagai Menteri Kewangan Indonesia, maka berjayalah musuh-musuhnya menyingkirkan wanita hebat ini, bertepuk-soraklah mereka
terus terang, Indonesia silap kerana melepaskan permata yang begitu berharga ini
semoga episod ini tak jadi seperti kata pepatah ‘Menang Sorak Kampung Tergadai’
banyak pengajaran kita boleh ambil dari peristiwa ini, semoga benda yang sama tidak terjadi di negara yang kita cintaii, nauzubillah.
salam saudara,
entry saudara kali ini menarik perhatian saya…
apa yang Sri Mulyani lakukan itu memang sebenarnya wajar… rakyat Indonesia yang mengecam beliau itu pastinya tidak tahu tentang asas ilmu ekonomi….
betul kata saudara, kalau bank terbesar sesebuah negara itu tumbang, maka negara itu akan menerima padah……..dalam subjek makro ekonomi tingkatan enam ada pasal benda-benda ini….
saya ingat lagi komen guru ekonomi saya Mr Tankaraju….dia ada mengatakan yang kita tidak patut cepat mengutuk tindakan kerajaan dalam menangani permasalahan ekonomi dalam negara….guru saya memberi contoh pada sekitar tahun 80an, kerajaan meluluskan projek mega seperti pembinaan jambatan Pulau Pinang dan bangunan Dayabumi….ketika itu ramai rakyat mengutuk Dr Mahathir kerana meluluskan projek ketika ekonomi negara sedang teruk….namun kerajaan ada sebab yang kukuh…
kata guru saya, dengan adanya projek sebegitu, kerajaan sebenarnya telah menjana sektor pembangunan…ketika itu banyak kontraktor2 tempatan mendapat projek dan ianya memberi kesan kepada aliran ekonomi…ekonomi tidak statik….
tapi bila bercerita pasal jambatan P.P ni saya nak tergelak pulak….masa saya cover satu persidangan dewan rakyat 7 tahun lalu, YB dpd pakatan pembangkang mengkritik kerajaan kerana lambat menggerakkan projek jambatan kedua P.P…dia kata rakyat P.P merungut kerana jambatan yg ada sekarang terlalu sesak bila waktu ‘peak hour’… Menteri kerjaraya ketika itu Datuk Samy Vellu bangun dan menjawab…”dulu masa kita buat itu jambatan pertama semua orang bising, cakap satu pembaziran, sekarang sudah tak cukup pulak, mau mintak satu lagi…” dewan bergegar dgn tawa ahli sidang ketika itu…saya pun ketawa jugak….
tini, u reporter mana dulu ye? kita pernah jumpa ke? u mesti senior i nih..
I dulu kerja dengan Bernama, dari 2001-2004….skrg dh berenti jadi wartawan…dh 6 tahun tak practice…kadang2 rindu nak buat reporting balik…I berhenti pasal kahwin…biasalah women reporter kalau kahwin dengan non-media people,susah sikit…husband tak suka…
skrg ni I mengajar part time kat kolej swasta..mengajar mass comm…I tell you, budak skrg tak mcm kita…dlm minda dia org ni cuma glamour,glamour,glamour. I cuba sedaya-upaya nak ubah mind set dia org…tapi susah sangat pasal dunia media yang terdedah skrg ini terlalu diglamourkan…
dulu mana ada org media dapat jadi front page cover majalah, tapi sejak milineum baru ni makin galak pulak….org media dh sama glamour dengan artis…
Benda ni beri impak buruk kepada student mass comm…
oh ya…I rasa mungkin I bukan senior sgt kpd you…mungkin kita sama level…atau entah2 you lagi senior pada I kut….because judging from your experience, you are much,much better media practitioner than I am….mungkin umur jer kut I senior dpd you…
semoga negara kita tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa, aminn
Tuan Shahril,
Yang baik bagi kita, belum tentu baik di sisi Tuhan. Yang buruk bagi kita belum tentu buruk di sisi Tuhan. Tuhan dah sebut dalam al-Quran.
huh…mulyani ni kawan baik pak sheikh anwar.maybe pas ni lagi mudah pak sheikh nak selamatkan malaysia sebab kawan baik dah jadi boss bank dunia
Sorry, sebenarnya rakyat tak mengecam Sri mulyani, ini hanya kelakuan beberapa elite politics di Parliament.
Very good, this is the things that should be shared with people.
Anyway, kata ibnuahmadalkurauwi pun ada betulnya…hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk makhlukNya.