dulu masa aku masih kecil, ada seorang saudara memberikan aku segelas air zam zam
setelah meneguk air itu, dia pun bertanya – Hang rasa apa?
aku jawab : ” Payau ”
lalu dia pun menjawab,
” Itu tanda hang ada harapan pergi ke Mekah ”
bila diingat kembali, aku senyum sendiri, entah ‘fatwa’ apa yang dia guna untuk membuat kesimpulan sebegitu rupa
sewaktu bertugas di Utusan Malaysia, ada seorang wartawan sukan yang sering menjadi ‘partner’ aku untuk minum petang, dah arwah pun dia, namanya Johari Shawal
arwah memang seorang yang happy go lucky, ada aje cerita untuk buat kami gelak setelah seharian stress membuat liputan dan sebagainya
entah macam mana, suatu hari dia tiba-tiba serius dan menceritakan bagaimana pengalamannya mengerjakan umrah kat aku
walaupun disampaikan dengan gaya ‘bersahaja’, namun arwah Johari tiba-tiba membuatkan aku teruja untuk menjejakkan kaki ke tanah suci itu
namun kengkangan kewangan membuatkan impian aku itu berlalu begitu
tetapi dua tahun lepas aku ‘dikejutkan’ dengan berita yang aku dan seorang lagi rakan dipilih untuk membuat liputan di Jeddah, Arab Saudi, wah!
kami berdua sepakat, habis saja tugasan – kami nekad untuk ‘melencong’ ke Mekah dan mengerjakan umrah walaupun ia tidak termasuk dalam jadual/ itenary kami di sana (maklumlah kami bukannya berduit, peluang macam ni sudah pasti kaedah terbaik untuk ke sana tanpa mengeluarkan wang saku)
secara senyap-senyap, aku pergi ke Masjid India, Kuala Lumpur untuk beli ihram namun segalanya bertukar hampa apabila pihak Kedutaan Arab Saudi menolak permohonan visa kami disebabkan tarikhnya terlalu hampir dengan musim haji, ya Allah hampa sungguh rasa hati
dan seperti yang ramai korang tahu, aku telah jatuh sakit tidak lama dulu sehingga terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)
peluang aku untuk hidup cukup tipis, 50-50 kata doktor
aku berdoa, selain minta disembuhkan, biarlah aku diberi peluang menjejakkan kaki ke tanah suci walau dengan apa cara sekalipun
terus terang, aku sebenarnya tidak terlalu YAKIN kerana dua faktor yang disebutkan tadi iaitu faktor kewangan dan faktor kesihatan
namun Allah Maha Kuasa, kalau itu yang Dia mahukan, itu jugalah yang akan terjadi
akhirnya ‘peluang’ yang terlepas tempoh hari rupanya muncul lagi
sekali lagi aku diberi ‘peluang’ untuk ke sana
justeru, maka dengan sesungguhnya, ingatlah ayat ini;
1. Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 117:
بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَإِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (١١٧)
Ertinya: Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.
2. Surah Ali Imran (سورة آل عمران) ayat 47:
قَالَتْ رَبِّ أَنَّى يَكُونُ لِي وَلَدٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ قَالَ كَذَلِكِ اللَّهُ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ إِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٤٧)
Ertinya: Mariam berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun? Allah berfirman: Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Dia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Dia hanyalah berfirman kepadanya: Jadilah engkau, lalu menjadilah ia.
3. Surah Ali Imran (سورة آل عمران) ayat 59:
إِنَّ مَثَلَ عِيسَى عِنْدَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٥٩)
Ertinya: Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Maka menjadilah ia.
4. Surah al-An’am (سورة الأنعام) ayat 73:
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ بِالْحَقِّ وَيَوْمَ يَقُولُ كُنْ فَيَكُونُ قَوْلُهُ الْحَقُّ وَلَهُ الْمُلْكُ يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ (٧٣)
Ertinya: Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar dan (Dialah juga) pada masa (hendak menjadikan sesuatu) berfirman: “Jadilah”, lalu terjadilah ia. FirmanNya itu adalah benar dan bagiNyalah kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan sangkakala. Dia yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata dan Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.
5. Surah al-Nahl (سورة النحل) ayat 40:
إِنَّمَا قَوْلُنَا لِشَيْءٍ إِذَا أَرَدْنَاهُ أَنْ نَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٤٠)
Ertinya: Sesungguhnya perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami kehendaki, hanyalah Kami berkata kepadanya: Jadilah engkau!, maka menjadilah ia.
6. Surah Maryam (سورة مريم) ayat 35:
مَا كَانَ لِلَّهِ أَنْ يَتَّخِذَ مِنْ وَلَدٍ سُبْحَانَهُ إِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ(٣٥)
Ertinya: Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Dia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Dia berfirman kepadanya: Jadilah engkau, lalu menjadilah ia.
7. Surah Yasin (سورة يس) ayat 82:
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٨٢)
Ertinya: Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi.
8. Surah Ghafir (سورة غافر) ayat 68:
هُوَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ فَإِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٦٨)
Ertinya: Dialah yang menghidupkan dan mematikan; oleh itu apabila Dia menetapkan jadinya sesuatu perkara maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.
selamat kembali. saya ni silent reader & peminat setia blog SAK, nak doakan sdra SAK sihat-sihat. tak sabar nak tunggu bhgn 2 dan 3 dan seterusnya….
p/s masa kecik2 dulu pun saya rasa air zam zam tu payau dan mmg dah dapat ke mekah pun tahun lepas. 🙂
Assalamualaikum En. Syahril,
YOU ARE BACK!!! Saya sungguh gembira hari ini melihat ada new post di sini. Dan gembira juga kerana encik telah selamat menunaikan umrah dan kembali semula ke sini. Alhamdulillah. Pergi umrah rupanya, ingatkan ke manalah menghilang/merajuk/membawa diri.
Sepanjang encik tak menulis, saya baca semula segala entry lama encik starting from Sept 2007 tu. Sehari tak baca blog ni tak lengkap rasanya hidup untuk hari tu. So tak ada entry yang baru, yang lama pun layan je la.
So, welcome back! Semoga Allah melindungi encik selalu dan mengurniakan kesihatan yang baik. Jangan berhenti menulis ya? 10 entries sehari pun saya sanggup baca. Take care =)
Alhamdulillah..selamat kembali sedara..tak sabar nak baca tulisan pengalaman sedara di tanah suci..apa pun, take a rest dulu..
Tahniah dpt jd tetamu Allah. Saya pun ntah bila dpt pergi ke sana. Niat tu ada,tapi kekangan kewangan dan masa pulak. Apepon,saya tetap bercita-cita utk pergi menunaikan umrah dan haji dlm usia yg masih muda dan sihat hendaknya. Insya Allah
aku tunggu bahagian seterusnya…
wellcome back bro new life
Alhamdulillah..hajat dan niat dikabulkan Tuhan..pegangan yang kejap terhadap tauhid rububiyyah n uluhiyyah..kamalulyaqin..
alhamdulillah…..
Moga saudara mendapat umrah yg mabrur ..smpkan salam kami pada Rasullulah. Rindu ingin kembali ke mekah & madinah. Rasa tenang yg x dpt digambarkan oleh perasaan.
Tahniah bro… syukur Alhamdulillah..
selamat kembali..:)
Saudara Syahril,
Alhamdulillah..semoga mendapat umrah yg mabrur…masa saya kecik2 dulu kalau saya minum air zam2 dan terasa payau,orang akan kata sebab saya banyak dosa sebab tu rasa air tu payau..kalau orang yg kuat beribadat air tu akan rasa begitu enak sekali…
walahualam..
Syukur moga2 saya juga dpt menjeja
kan kaki ke sana moga allah ampunkan dosa saya yg sebanyak pasir dipantai ini……
Alhamdulillah…semoga ini sbg permulaan mungkin utk haji pulak lepas ni..insyaallah…amin
Alhamdulillah… Selamat Kembali 🙂
thanks faraulah
insyaallah kak hasnie
zulhailmy: insyaallah, yakinlah!
makcik ana: hehehe samalah saya pun
angel: thankx, thankx, thankx
doni: thanks doni, really appreciate!
hazel: hargai pendapat anda, thanks
chekiah: seronok dapat pengomen macam chekiah, konsisten heheh
cg zaKI: hah ni dia cikgu math saya ahaks
samba: insyaallah samba
halim: kasi idea sikit hehehe
insyaallah zennaya, saya doakan
missai: pelan-pelan kayuh ahaks
salina: Allahuakbar, komen yang membuatkan saya terharu sgt2, terima kasih byk-byk!
wan: saya cuba yea, itu pun kalau pembaca macam wan nak bacalahkan…
Alhamdulillah,selamat kembali menulis.
dah lama rupanya blog ni ade update baru.
Reblogged this on IrEnEaLiA bLoG.