Di mana agaknya Mazuin Hamzah?

Mazuin Hamzah merupakan seorang artis wanita kita yang terkenal sekitar awal tahun 80-an.

Aku masih ingat bagaimana dia dan adik-beradiknya membentuk sebuah band yang dikenali sebagai Quinary M.

Pada adik-adik kita yang tak tahu, semua anggota kumpulan ini kecuali keyboardistnya, Mazlan, adalah perempuan malah Mazuin sendiri kalau tak silap aku bermain dram.

maz1

Maknanya kumpulan rock Candy tu bukanlah band pertama di negara kita yang majoritinya dianggotai oleh kaum hawa.

Mazuin juga telah mencetuskan ‘histeria’ rakyat Malaysia apabila mencatatkan sejarah berkahwin dengan adik Sultan Brunei, Pengiran Sufri Bolkiah pada tahun 1987 dengan hantaran RM1juta. Perlu diingat nilai RM1juta tu pada tahun itu tau, kalau sekarang aku tak taulah nilainya.

maz

Aku ingat lagi, waktu tu, dia ibarat ‘Lady Diana’ yang menjadi buruan wartawan dan jurugambar setiap kali dia dan suaminya pulang ke Malaysia.

Dia jalan-jalan reporter ikut, dia shopping kat mall reporter ikut, pendek kata apa saja berita mengenai Mazuin semuanya akan jadi bahan bualan dan muka depan akhbar dan majalah waktu itu, kalah Siti Nurhaliza beb!

Lama-lama kelamaan dia semakin dilupakan sehingga dua tiga tahun lepas dikhabarkan beliau telah pun bercerai dengan Pengiran Sufri

Aku menulis entry ini apabila terdengar lagu Cinta Palsu nyanyiannya yang dimainkan oleh Sinar F.M waktu tengah mandi tadi, hehehe

Agak-agaknya di mana dia sekarang, aku percaya ‘news value’ yang ada pada dirinya sekarang masih lagi tinggi, masih ramai nak tahu episod seterusnya babak kehidupan seorang insan biasa yang kemudian bergelar puteri terkaya bernama Mazuin Hamzah

mazuin3

Zubir, daripada kau bergaduh ngan Piere Andre tu, aku rasa baik ko cari balik si Mazuin tu, mesti lagi meletop column kau!

About these ads

52 Comments

Filed under Uncategorized

52 Responses to Di mana agaknya Mazuin Hamzah?

  1. razaklatif

    ayat last skali tu sempoi… :)

  2. aku pun suka baca ayat yg last tu..hehehe

  3. shafifah

    Pengajian Kitab Bersama al-’Allamah al-Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syatiri.

    Tarikh: 17 Dhulqaedah 1429/15 November 2008 (Sabtu)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: an-Nasooih ad-Diiniyah wal Washooyaa al-Imaniyah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman)
    Pengajar: InsyaAllah khusus untuk pengajian malam tersebut al-’Allamah Habib Salim bin ‘Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    Tarikh: 18 Dhulqaedah 1429/16 November 2008 (Ahad)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: ad-Da’wah at-Tammah wa Tazkiratul ‘Aammah (Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama)
    Pengajar: InsyaAllah, khusus untuk pengajian malam tersebut al-’Allamah al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    http://pondokhabib.wordpress.com

  4. aku pun setuju, ayat last yang paling best.

  5. er, serius aku x kenal mazuin neh. bukan dari zaman aku kot. hehe.

  6. Tahu dia ni sepupu Amy Mastura, tapi ini baru tengok muka. Ada iras.

  7. Masa aku darjah 5 9tahun 1973) aku pernah tengok Qunary M (Dianggotai Mazuin dan kakak2 dan abgnya masuk satu pertandingan di RTM. Aku tak berapa ingat nama pertandingan tu. Rasa2nya Bakat TV 1973. Aku rasa kumpulan ni tak berjaya jadi Juara. Rasanya masa tu Dato Jamali Syadat yang menang. (kalau Tak silap – kalau silap im soory )

  8. Masa Mazuin top aku aku masih antara dalam sekolah rendah dan menengah. Sebagai peminat aku pun rindu nak tatap wajahnya terkini. Stesen tv sekarang langsung tak undang dia. Antara dia dengan Amy Mastura, Mazuin lebih cantik.

  9. mohamad fittri

    mazuin lani dok mana????????

  10. MrsN

    I heard she lives in Singapore now?

    thanks for the info…and thanks for ur visit too

  11. PENDEKAR MUSTAR

    hahaha… masa tuh aku masih budak hingusan mazuin menyanyi lagu tuh…. nostalgia tu..

  12. mazuin, jadilah ahli abjad..

  13. jja

    Saya banyak gambo brsama mazuin celeberate Bday tahun 80an. He..he..

  14. asmidar abdullah

    KALAU BOLEH NAK TAHU PERKEMBANGAN TERBARU ARTIS YG PUNYA HANTARAN 1 JUTA NI.KAT MANA DIA SKRG N APA DIA PUNYA AKTIVITI. COZ AKU CUKUP MINAT NGAN KUMPULAN NI DULU.

  15. Anizah L

    Tolonglah kirim sume gambar2 Mazuin yg ko ada,rindu sgt da ni,dah lah dia x pernah muncul2 lg di media.

    Tq

  16. Nana

    Saya anak kepada mahani hamzah…..kami semua sihat…dan sekarang kami anak2 mewarisi bakat dari ibu2 kami…terima kasih kerana masih ingat lagi….

  17. Nana

    Hye…..saya anak kepada one of QUinary m members….kami semua sihat2 belaka….dn anak2 semua mewarisi bakat2 mak2 kami….terima kasih kerana mengingati Quinary M…….

  18. asri

    nana…mana mazuin..dia di mana…tolonglah beritahu..semua peminat nak tahu..dia masih ramai peminat

  19. cari la mazuin smpai dapt nak dengar dia nyanyi

  20. Ryedd

    apa khabar agaknya mazuin dan anak-anaknya ya? Gambar dah lah tak ada berita pun tak ada? rindulah dgn gambarnya.

  21. magua

    mazuin? ingat kot? kat ner yer dia sekarang?

  22. Is

    dulu masa aku sekolah menengah..
    aku cukup minat kat mazuin…sbb comel.
    gambar dia nyanyi kat Funfre dulu2 pun aku ada…dia dah bercerai aku tak tahu pula storynya..

    siapa berani sambar….he he he

  23. norizan

    Assalamualaikum semua

    Kak izan ni memang peminat mazwin sejak bangku sekolah lagi. Umur dia pun sama dengan kak izan. Lama tak dengar suara dia. Rindu sangat nak dengar suara dialah. Dia cantik cun, cute. Suara dia pun sedap le.
    Boleh tak suruh Mazwin menyanyi lagi. Kumpulan M ni memang kak izan minat sampai sekarang. Sampai dah dapat anak ya. berapa orang agaknya. Harap balas k soalan kak izan ni.

  24. halmi

    Hai, Nana, saya memang peminat Mazuin dan Q.M dulu.Saya amat tertarik dengan keperibadian Mazuin atas beberapa sebab.Salah satunya, sebab Mazuin pandai jaga diri (begitu jga kakak2nya) sehingga beliau d lamar oleh putra raja. Mazuin juga sentiasa d temani ibunya.Kalaulah saya dpt berhubung dgnnya,alangkah seronoknya…..

  25. linda

    kakak dia , Maznah is musix teacher kat Bandar Kinrara. Mazuin now settled kat S’pore..low porfile..far from m’sian press..less stress

  26. Siti

    Linda…do you know what music school she teaches or e-mail address of Maznah

  27. mazuin

    salam smua sje nk mncelah ckit..hehhe…oh ni ke mazuin hamzah..sy baru knal muka nye, ye la..zman dia mse tu sy pun xlahir lg.slama ni dgar nama je…dgar2 dia ni fames sgt dlu…sy dpt nama mazuin pun sb dua2 tok sy mnat sgat ngan mazuin hamzah..dlu lagu dia yg mana stu fames ek?spe2 tau reply la..win nk dgar..tnx…..

  28. manis

    aku adalah antara peminat mazuin hamzah kerana kami adalah sezaman, lagu-lagu mazuin masihku simpan rapi walaupun berbentuk keset lama, bilaku teringat zaman remajaku akan ku putarkan lagu mazuin hamzah cinta palsu…. aduhhh indahnya ketika itu masih zaman persekolahan.. andai waktu bisa diputar kembali….poster mazuin menjadi hiasan dinding rumah usang kami kat kampung…ketika itu hai rindunya suasana ketika itu, kalau ada majlis kahwin kat kampung lagu2 mazuin antara yg dinyanyikan oleh golongan remaja dan tak ketinggalan lagu2 d atoumik power rudy Ahmad.. cinta benar..

  29. ris

    saya adalah peminat Qm, last sayatengok mazuin di apt astana seksyen 17 lepas tu tak tahu kemana beliau menghilang,mazlan selalu jumpa dia kat kedai mamak di taman putera sulaiman.

  30. Mazuin dah ada kat mlysia ke?……HIDUP 1MALAYSIA….he he

  31. Tak perlu nak tau d mana Mazuin berada, yg maha perlu sekali sekali tu RTM undanglah dia menyanyi agar rakyat 1Malaysia dapat menikmati kembali suaranya yg lunak merdu tu.

  32. Pingback: 2010 in review |

  33. MPLP

    Warmest regards to your mum and dad.W were college mates in 1979.

  34. arez

    as salam…hai ape kabar..sye generasi muda,tp meminati quinary m sebab kualiti muziknye…ape kabar agaknya semua ahli quinary m…teringin nk tau…bls tau…huhuhuhu…

  35. arez

    as salam…hai ape kabar..sye generasi muda,tp meminati quinary m sebab kualiti muziknye…ape kabar agaknya semua ahli quinary m…teringin nk tau…bls tau…huhuhuhu…

  36. puteri bunian yie

    Assalamualaikum .. kata Mahyon kakak kepada Awin, Mazwin yinggal diSingapura, bersama semua anak2 nya, selepas bercerai dengan suaminya Pengeran Sufri dahulu. Jodoh dah sampai disitu, apa nak kata biar pun rasa simpati yang amat sangat pada keduanya.

  37. i love you mazuin hamzah.

  38. zeera mim

    fesyen rambut mazuin menjadi ikutan pada saya; beetle pendek jarang2….lawa….kalau ada jodoh di singapura jgn lupa jemput tau !!!kita berjiran tapi tak tau condo mane?????

  39. sha

    rindu mazuin..nasib baik sinar fm memainkan lagu beliau..bila dgr suara beliau menyanyi meremang bulu roma

  40. noriza

    aku pun rindu juga . doakan dia sentiasa bahagia dalam hidupnya.

  41. iezaqis

    hye,sye dri sks 17 dan sye adalah salah seorang anak murid teacher mahyon…sebenarnye sye x tau pon teacher mahyon nie penyanyi tpi bile guru kelas sye bgitau bru sye tau.. die mengajar di sks 17 shah alam

  42. zeman

    emak awak dulu cikgu saya kat sekolah gombak 1. kirim salam kat emak awak ya.

  43. zainab nab

    aku sangat suka dengan mazuin hamzah,dan aku adalah peminatnya,aku nk lihat wajah anaknya sekarang, agak berapa umur anak dia,mesti sudah remajakan

  44. mohd Hisham bin Abdullah

    assalamualaikum…kalau nana ingat..saya adalah bekas guru SRK kuala Ampang 2 tahun 1989-1992…nak tanya mengenai ibu nana Puan Mahani ,Mengajar dimana sekarang?
    saya cikgu Mohd HIsham bin Abdullah

  45. Anonymous

    bg email sy bg pic terbaru mazuin n quinary m

  46. aku rindu dan suka betul dengan mazuin hamzah kerana dia sangat cantik

  47. Anonymous

    Salam…..tolong email saya gambar terbaharu Mazuin Hamzah dan anak2 dia kalau ada. Saya baru tengok di TV dalam rancangan Nona Ahad lepas. Dia masih lawa lagi tapi nampak kurus sikit. email saya: aminah@tcisb.com.my…………Tq

  48. nurariyanah johari

    saya amat minat dgn dia menjelmalah hilangkan rasa rindu peminat mu ini..macam c noreen muncul jua akhirnya.

  49. Anonymous

    saya teringin sangat tengok wajah terbaru mazuin hamzah bab sya terlepas rancangan nona yang ada menjmput mazuin hamzah hri tu…

  50. Anonymous

    rambut mazuin sama cam rambut mama saya dulu2…..
    terkenal kat kesang melaka…

  51. abd rahanuddin

    salaam nana, uncle kawan lama auntie Maznah. Tolong beri tahu dia uncle like to contact her. My email. a.rahanuddin@gmail.com….she will know insyaallah. TQ

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s