SELEPAS lagu Srikandi Cintaku oleh kumpulan Bloodshed lahir kira-kira 20 tahun dulu, terus terang aku belum menemui sebuah lagu slow rock tempatan yang ‘brilliant’ dan benar-benar berjaya memukau pendengaranku.
Memukau dalam erti kata mempunyai elemen lengkap sebagai sebuah lagu yang baik dan bermutu, baik dari segi melodi, senikata mahupun susunan muzik
Namun sejak akhir-akhir ini telingaku ‘menangkap’ sebuah lagu slow rock yang sering dimainkan di corong-corong radio.
Pertama kali mendengarnya hati aku sudah terpikat dan ‘cair’ dengan lagu ini. Ia sebuah lagu slow rock yang muziknya diiringi bunyi violin yang cukup gemersik.
Suara penyanyinya pula sangat ‘maskulin’, setiap patah perkataan yang disebutnya juga cukup jelas dan menangkap dalam kepala otak mereka yang mendengarnya.
Lebih menarik lagi, lagu ini seakan tidak ada ‘bridge’, tiada petikan gitar elektrik yang berlebihan hingga membuatkan kita dapat menjiwai sepenuhnya irama yang dinyanyikan.
Lagu ini dicipta dan ditulis liriknya oleh Anjang manakala kumpulan yang menyanyikannya ialah Jinbara.
Ternyata Jinbara sangat konsisten dalam industri muzik yang semakin tenat ini. Mereka ternyata serius dalam usaha mereka dan lagu Patri ini membuktikan kesungguhan anak-anak muda ini.
PATRI
andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara
andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ke timur ke utara ke mana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman
andai diri ini taman tasik
sang pirana pula jiwa raganya
engkau mencari dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya
kerna aku terpanah arjuna
sedikit pun tidak aku menyesali
aku rela di tawanan
aku bela terpatri cinta suci
aku rela di tawanan
aku bela terpatri cinta suci
yezza..lagu nih best sangat..aku suka liriknya yang simbolik..tak mcm kebanyakan lagu2 sekarang yang liriknya terlalu mudah..bravo jinbara…
p/s
camane nak dapatkan kord utk lagu nih..plz..
lagu PATRI versi lama yg dinyanyikan kumpulan STIGMA pun best juge. kumpulan lama anjang sebelum jinbara. slowrock ala 80an tp tak byk info pasal kumpulan ni. ada kenalan bgtau album baru 2 bln keluar di pasaran tp ditarik balik
saya pun suka lagu ni. masa first time dengar cuba juga teka2 sape yang nyanyi. lirik dia memang mantap. suara penyanyi dia pun sedap. 🙂
besssst nyer llagu nie…sekian lama saya cari lagu nie akhirnya di temui…penat gak la dok tukar2 channel radio semata2 nak cri tajuk lagu nie…PATRI…mmg terPatri dlm hati saya lagu nie..menyusuk kalbu…ayt dia mmg kaw2…ada la gak kena mgena dgn kisah cintun sy….huhuhu…cm ne nk download lg nie ek??
lagu nie penuh bermakna bagi aku…..ianya mempunyai maksud yang mendalam dan tersirat…hanya orang tertentu memahami.
Lirik ni puisi yang dah lama ditulis… sekitar 90an dulu… tapi macam dah diubahsuai…. cam cilok lak…. tapi tatau la kalau penulis lirik ni ngan pemuisi tu orang yang sama….
akom sume… gua rase pon mcm lu org guk..
lagu ni wat gua rase mcm gua dilamun cinta skrg.
tp kan gua nak lah tahukan apa stp mksud yg t,kandung dlm lirik ni.
ada sapa2 yg ble bg tahu kat gua tak….
minat dengar lagu ni…bahasa lagu ni sangat puitis dan simbolik. aku dah lame nak dengar lagu camni tp susah nak cari kumpulan atau penyanyi nak nyanyi lagu camni..aku respek la dgn korg jinbara..byk pembaharuan korang buat dalam penghasilan lagu..aku harap sape2 leh bagi tahu kat aku makna lagu patri n kat aku.
Ni lirik berkenaan tuhan dan hamba. Nurullah & Nurmuhammad tidak bercerai tanggal. Macam api dengan panasnye, Kekasih dengan kekasihnya. Digerakkan oleh Sang penggerak. Lirik menyatakan perumpamaan cthnya, “andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya” itulah yang di umpamakan hati dengan perasaan. Manusia ada hati, “rasa” itu penyambungnya antara hamba dan tuhan