apabila menyebut kerabat diraja, ramai pihak yang mengaitkan mereka dengan kehidupan sosial yang melampau, maksiat dan sebagainya
tetapi tak ramai yang sedar bahawa ramai juga dikalangan mereka yang mempunyai nilai keperibadian yang tinggi, warak dan baik budi pekerti
antara yang sering menjadi bualan adalah Raja Ashman Shah, iaitu anakanda Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah
walaupun dilimpahi kemewahan dan berkelulusan dari universiti terkemuka di dunia, Universiti Cambridge, namun Raja Ashman seorang insan yang cukup merendah diri dan gemar melibatkan diri dalam kegiatan dakwah
terkenal dengan imej rambut dan janggut yang panjang, Raja Ashman tidak pernah menjadikan status yang dimilikinya untuk bermegah dan mendabik dada, bahkan semua itu menjadikan beliau bertambah ‘rapat’ dengan Penciptanya
sebab itu boleh dikatakan setiap malam Jumaat, banglonya di Bukit Damansara akan diserikan dengan alunan zikir beramai-ramai
namun Allah lebih menyayanginya…tidak lama selepas selesai majlis berzikir di kediamannya itu malam tadi, Raja Ashman diserang asma dan meninggal dunia dalam usia 54 tahun
Allahyarham meninggalkan isteri Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin serta seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah serta dua puteri Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia
pada yang tak tahu, Raja Ashman dikenali sebagai penaung tariqat Naqshabandi yang amat dihormati di seluruh dunia
sebab itu aku tak hairan bilamana berita kemangkatan Raja Ashman menarik perhatian pengikut-pengikut tariqat Naqshabandi seluruh dunia sejurus selepas blog peribadi pemimpin tariqat tersebut, Sheikh Hashim Kabbani menyiarkan berita tersebut
menurut kenyataan di dalam blog berkenaan, Shaikh Hashim Kabbani merakamkan takziah atas pemergian Raja Ashman, dan meminta semua pengikut tariqat tersebut mengadakan bacaan tahlil, yassin dan solat jenazah ghaib buat Allahyarham
selamat jalan buat insan yang sungguh aku kagumi…Almarhum Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah
Al-Fatihah.
saya amat memahami perasaan balu baginda, di atas kehilangan insan tersayang… al-fatihah
Al-Fatihah. Kita pula menyusul nanti. Terima kasih atas entri ini tuan.
al-fatihah…
Mudah2an Allah akan mengampun segala kesalahan dan kesilapan beliau juga Allah akan memelihara keluarga yang ditinggalkan
sebagai seorang jemaah juga AJK Al Khidmah Malaysia, saya amat merasai pemergian Tuanku juga seorang Sheikh Thoreqat Nasyabandi, moga Allah swt menempatkan roh baginda tuanku dimakam yang
tertinggi bersama para solihin. Amin Ya Allah….
Al-Fatihah…..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Al-Fatihah..
Baru 2-3 hari lepas dok sembang pasai Allahyarham, keturunan raja yang jadi orang alim..orang baik2, allah jemput dulu…Alfatihah!
salam takziah kepada keluarga di raja sultan perak.semoga roh allahyarham tunku ahsman di tempatkan bersama-sama hambanya yng soleh,doa-doa pengikut tareqat nashqbandiah di seluruh dunia mengiringi roh beliau.kerana toreqat nasqhbandi kabbani merupakan tareqat paling ramai pengikutnya di semua dunia.insyaallah doa sentiasa mengiringi roh allahyarham.kebesaran di sisi allah apabila meninggal selepas majlis mengingati allah snwt yakni majlis zikir.allahu robbi.perginya di dalam kemuliaan di sisi allah.alfatihah….
alfatihah,mudahan usaha dakwah diwarisi oleh orang seterusnya.mudahan allah rahmati roh arwah,aamin
Al Fatihah…semoga keberkahan yang Allah berikan kepada yang amat mulia Raja Azman Syah juga di berikan kepada kita semua…aamiin
sukar tuk mencari anak raja yang benar2 memahami erti tarekat .. semuga almarhum di tempatkan bersama2 khalifah2 tarekat yg lain …amin
Al- Fatihah…sukar untuk mencari anak raja yang benar2 memahami erti Islam.. semoga almarhum di tempatkan bersama2 khalifah2 yg lain …Allah lebih sayang kepada yang amat mulia Raja Azman Syah….amin
innalillahiwainnailahirojiun..
ALLAH LEBIH SAYANG KEPADA AL-MARHUM. SEMOGA AL-MARHUM ADA BERSAMA AULIYA ALLAH YANG LAIN, AMEEN.
AMIN-AMIN YA RABBILALAMIN…
Berapa minggu sebelum beliau meninggal dunia, saya ada bermimpi melihat beliau berguru dengan arwah ayahanda saya. Bersama beliau ialah seorang lelaki yang saya tak kenali.
Saya rasa hairan, kerana setahu saya arwah ayahanda saya bukanlah ahli kumpulan tareqat.
Orang yg gilakan Allah dan memburu akhirat dikatakan sesat oleh orang awam, peliknya gilakan dunia dan memburu maksiat tidak pula dipertikaikan orang….Ilahi maksudi waridhoka matlubi……akan aku ikuti jalanan putera Raja ini kerana apabila cintaku berpadu dengan allah maka butalah aku dgn yang lain…..Ibnu Hallaj, Kuala Pilah.
al fatihah
fatiha saya telah memikuti halaman arwah dan saya melihat putra raja orang nya boleh di katakan allah telah memberi rahmat dan hidayah bagi mendapat pejalanan selamat dunia dan akhirat allah hu akbar moga2 arwar di letak bersama golongan yang amal soleh subahanallah
Harappa anak2 raja lain turut contoh Raja Ashman.
harap harap anak raja yang lain ikutlah contoh Raja Ashman.. Kita hidup tak lama.. kita kepunyaan Allah.. bila bila dia boleh ambil kita.. jadi bersiap sedialah dengan bekalan amalan kita.. yang mana dah dan nak telajak telajak tu.. berpatah balek la ke jalan Allah..
Alfatihah, almarhum seorang yang budiman dan baik hati.
Semoga Allah Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Maha Pengampun mengampuni semua dosa Datuk Seri Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah dan membalas kebaikan beliau dengan balasan syurga dan memberi ketenangan, kebahagiaan, kesejahteraan, pertolongan, perlindungan dan bimbingan kepada beliau dan keluarga beliau di dunia dan di akhirat.
satu-satunya anak raja yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Allah lebih menyayanginya. Al Fatehah…
Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu” – “Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya.”