Arwah abah aku hanya seorang anggota tentera infantri pangkat rendah, tapi dia mempunyai perangai yang agak pelik…dia suka membaca dan tengok warta berita (dulu mana ada Buletin Utama kan)
kalau dia pulang daripada menjalankan operasi kat sempadan, perkara pertama yang dia akan buat ialah switch on tv hitam putih kami (manalah mampu pakai tv warna masa tu) sebab nak tengok siaran berita, kekadang baju celoreng dia pun lum sempat buka lagi.
Lepas tu dia akan bercerita kat kami apa saja perkembangan yang berlaku kat dunia ni, daripada isu skandal Watergate Presiden Nixon hinggalah cerita John Travolta, kami adik beradik yang masa tu membaca pun tak reti lagi menganga je mulut dengar dia bercerita
mungkin benda tu turun kat aku, hahahaha. Sayang, arwah tak sempat tengok aku jadi wartawan kerana dia lebih dulu pulang ke rahmatullah. Terus terang, kalau bukan kerana dia, mungkin aku sekarang ni dah ada kat Pusat Serenti kot!
berbalik kepada topik di atas, arwah pernah bercerita kat aku yang kami ada seorang saudara ‘yang bau-bau bacang’ bernama Salleh Majid.
Masa tu Salleh ni jadi pensyarah di ITM (sekarang UITM). Arwah pantang dengar nama Salleh Majid, dia pasti akan memuji mamat ni berbuih-buih mulut
menurut arwah, Salleh Majid ni genius Melayulah, pakar ekonomilah, orang hebatlah dan macam-macam lagi sampai aku pernah terfikir, apa kena dengan bapak aku ni!
namun dua puluh tahun selepas itu baru aku sedar apa yang abah asyik cerita kat aku dulu
Selepas berhenti dari ITM, Salleh mula menyertai bidang korporat dan sejak itulah namanya sering meniti di bibir orang-orang bisnis dan para pelabur
dengan kapasiti sebagai Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur, Salleh sering dijemput memberi ceramah sama ada dalam seminar tempatan dan antarabangsa, mahu pun di TV dan ceruk2 kampung
jangan terkejut, dia selalu gi ofis naik motor ok!
kelebihan Salleh adalah dia boleh menjelaskan isu ekonomi yang kompleks hingga orang kampung yang tak tahu apa-apa pasal saham pun boleh faham dari A sampai Z.
Tak lama dulu Salleh ‘hilang’ sekejap, katanya dia kena sakit buah pinggang, wallahualam
pagi tadi aku terbaca satu artikelnya dalam Utusan Malaysia. My God! He is a damn good writer!
Dia boleh explain pasal masalah yang sedang Malaysia hadapi sekarang ini dengan begitu mudah, ringkas dan sangat menarik.
Ini antara pointnya yang menarik:
Dulu, dalam tahun 1970-an, kedudukan Malaysia dengan negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura lebih kurang sama saja. Kini, selepas 30 tahun, kita sudah jauh ditinggalkan mereka.
Gaji pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih tinggi daripada kita. Di negara kita daripada 1991 sehingga 2003, dikatakan purata gaji naik hanya 1 peratus sedangkan negara-negara tersebut pada satu masa sama dengan kita naik 10 peratus.
Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.
Itu sebabnya ramai yang kerja luar negara kerana lebih diiktiraf titik peluh mereka. Lepas itu, bila tiba krisis macam sekarang, ada syarikat ambil kesempatan. Kononnya krisis, jadi kena kurangkan kos, bagi VSS kepada kakitangan supaya boleh ambil anggota yang lebih murah lepas mereka berhenti.
Jepun, Switzerland, semua tak ada hasil bumi tetapi duduk di atas tangga berdaya saing. Kita macam-macam hasil bumi ada tetapi bukannya makin naik, tetapi makin menurun.
Bila suruh buat rumah murah, semua tak mahu kononnya tak untung. Kementerian Perumahan kita entah buat apa pun tak tahu.
Berapa ramai orang yang beli rumah terpedaya. Rosak sana-sini, kopak-kapik dan yang ambil pinjaman rumah tak siap pun beribu.
Bila pemaju tak boleh jual rumah, mereka buat pameran. Yang bingung-bingung, tengok ada potongan sikit pun beli. Patut mereka ini dibiarkan saja.
Nak naik pengangkutan awam, tak cukup koc. Bau busuk dan hapak, tak ada hawa dingin, tak cukup line, nak kena hantar pergi stesen. Kalau tinggalkan kereta, hilang radio.
Nampak tak, dia seorang pakar ekonomi tapi cara dia ulas macam duduk kedai kopi je. Ini bagi aku satu bentuk penulisan yang baik…tak perlu guna istilah ekonomi yang pelik-pelik, style dia simple and direct to the point.
kalau korang nak baca lebih lanjut, boleh pergi kat address ni ~
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
SAK: Teringat kat arwah abah…
Bro.. aku rasa sampai masa ko kumpulkan tulisan ko ni buat satu buku..aku rasa buku tu tak payah kulit tebal bro..janji isi dalam menarik.. aku rasa ada org nak beli tu..orang sekarang dah malas duk baca suratkhabar bakar nyamuk..
Sdr SAK,
Yang ni saya setuju. Datuk Salleh Majid antara ekonomis Melayu yang terbaik. Bukan saja tu, tak ramai ekonomis yang boleh menulis dengan baik dan mudah difahami. Telalu ramai tulis untuk ego sendiri, jadi sendiri faham, orang lain garu kepala. Datuk Salleh tulis lebih pragmatik. Selamat Hari Wesak!
betul kata Salleh Majid tu..
Kerajaan banyak dasar yang flip-flop , hari ni cakap lain esok ubah jadi lain..
Semua negara yang setaraf dengan kita tahun 70-an dulu bermula dari p-ekonomi dan mula beralih kepada k-ekonomi..
kita tahun 2000 baru nak mula..dah lambat 30 tahun..
Dasar pendidikan hanya melahirkan penghafal …pemikir,pereka cipta ,sekelumit sahaja,
Mungkin dunia tak perlukan orang yang banyak dapat A dalam SPM , Dunia perlu pemikir dan pereka cipta dan yang menggunakan otak memakmurkan dunia.
Tugas berat bagi menteri pelajaran baru , Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Wajibkan pendidikan percuma sehingga tingkatan 5 bagi semua warga malaysia.
Reformasi silibus sekolah,penilaian berasaskan peperiksaan tolak tepi,tak perlu A sampai berpuluh-puluh,
Kalau kerajaan boleh bagi berbillion-billion untuk infrastruktur apa salah bagi RM1 billion untuk Institut Terjemahan Negara menterjemah karya-karya hebat sains atau apa-apa karya agung kedalam Bahasa Malaysia.Buku terjemahan tu boleh jual murah-murah atau bagi percuma kepada Warga Malaysia.(pengaruh isu PPSMI la nie)
Ibu bapa patut galak sebarang minat anak(yang tak menyalahi undang-undang negara & agama),jika berkemampuan hantar belajar di pusat-pusat pelajaran lain selain sekolah biasa umpamanya kelas muzik atau apa-apa yang berkaitan.Sekolah biasa tak cukup.
Diharapkan warga malaysia boleh segera berubah , nak gaji banyak perlu bekerja dalam bidang yang menggunakan ilmu dan kemahiran(k-ekonomi).Kalau masih bergantung kepada p-ekonomi,samalah kita macam warga asing yang datang ke malaysia untuk sektor perladangan,perumahan,kawalan keselamatan,orang gaji ,gaji diorang banyak mana aje(bukan menghina tapi contoh untuk kesedaran).
sekian.
Antara economist yg mula2 aku kenal adalah Datuk Salleh Majid. Mungkin cara pendekatan dia menterjemah segala permasalahan ekonomi kepada rakyat jelata dlm bahasa yng ringkas, iaitu bahasa org2 kampung mcm aku (bahasa kedai kopi), mudah difahami oleh semua peringkat golongan.
Walau bidang kerja aku berkaitan pembangunan ekonomi tapi ruangan ekonomi kat suratkhabar adalah ruangan yang aku lempar kluar tingkap dulu sbb serabut aku nak baca, serabut dengan ayat dan perkataan2 ekonomi yg meletop2 sampai aku dapat brain damage. Maka tokoh spt Datuk Salleh ni diperlukan ……..
Negara Indonesia merdeka pada tahun 1945, sementara Filipina pada tahun berikutnya. Dimana kedudukan ekonomi mereka sekarang?..
Membandingkan Malaysia dengan Singapura, Taiwan dan Korea Selatan satu hal lah, tapi jangan lupa buat perbandingkan dengan negara lain. Barulah adil!…
Bro SAK.., I yang tak ngaji tinggi nie pon leh paham… Ye la, kalo ikut yang politik skrg nie, bahasa diorang, apa bende diorang cakap pon I xminat nak dengar… Tapi bila masuk aje meeting kat parlimen ke.., langsung depa jadi budak kecik!~ Gado macam dalam kelas.., Kemudian kene marah cam kene ngan pengawas.. Then kene keluar dewan cam kene dende ngan cikgu… Tak ke kelako????????????????????? Tapi, cenggitu punye serius depa dok pertahan dalam tu sampai gado2., I memang tak paham… Mengundi lain jadinye, tak ngundi lak lain jugak jadinye… Abih tu, ape nak buat..??
Bahasa Salleh Majid nie, kalo jadi cikgu, mesti aku ingat giler cikgu tu.. Sure aku dapat markah paling tinggi… Salah satu penyebab bebudak minat blaja adalah cara penggunaan bahasa mase nak jelaskan kat budak… Kalo complicated sgt bahasa cikgu guna, budak tutup buku tutup telinga, balik tido… Tapi kalo bahasa best, budak malas pon buat keje cantek… Bukan takat siap keje skola, siap cantik n bersih lagi!~ Pengalaman masa blaja, u!~ Best bila cikgu best…
Tapi cikgu zaman skrg nak tunjuk dia ngaji tinggi… Bahasa smpi budak xpaham… Tu la cikgu muda2.. Dia kata “I gaji masuk, u malas u rugi”… Stuju atau x???
Ohoo…gitu alkisahnye..
aku nie pengunjung tetap blog nie hari..even sabtu n ahad pun aku check…byk sgt org komen pasal ekonomi ..tp aku nk komen pasal rambut ko… kt avatar diatas, rambut ko nmpak macm ade uban.LOL
…Petua dia senang jer…jiran aku smpai meniggal rambut dia hitam…..he he… lepas makan lunch/dinner..tangan tuh bilas dgn air…lepas tuh jgn keringkan kt towel/tisu…keringkan/lap kan jari2 yg basah tuh ker rambut ko tuh…smpi kering….amalkan ..sesuai bila tak nak kuar rumah, nanti berbau pulak satu opis dgn rambut ko yg bau belacan/ kari tuh….LOL..I’m serious nok..
Farrah dear,
Saya kira, janganlah kita overgeneralize cikgu muda2 seperti yang anda katakan.. Mungkin anda ada pengalaman peribadi yg kurang enak dgn guru di sekolah anda/anak anda. Tapi, kebanyakan guru2 di Malaysia kini adalah separuh mati bekerja, sepenuh hati, untuk anak bangsa, KERANA ALLAH taala. anyway, thanks for the opinion! 🙂
Okie, sorie sgt kalo U terasa. I bukan nak overgeneralize sumer cikgu.. But memang ade yg gitu. Kalo U cikgu, n u inkhlas ngaja, alhamdulillah… My late dad dulu pon cikgu.. Missed him so much.. Lama dulu laa… Memang pada saya, harapan laa untuk sumer cikgu2, Ikhlas bila ngaja, tu kunci pelajar berjaya… Stuju?? Rindu kat satu lecturer dulu, dia rela ulang sampai student dia bebetul paham.. Taktau dia ngaja u @ kolej mana skrg nie… I salute ppl yg jadi cikgu nie.. Sbb I x mmpu. I xnak keje hanya nak gaji… I nak keje with my soul.. Sorry lagi skalie kalo U trase.. Bkn mksud I, tu cume contoh, ya..?? Salam ukhuwah…
Assalamualaikum. nak tanya kat u all. boleh emelkan biodata profile dato’ salleh majid ni? nak buat reference untuk assignment susah la.. kat google x ada.. -.-”
please….
lupa lak eremes91@yahoo.com
die skrg mengajar aku subject isu pemasaran. grg blh thn tp byk maklumat
mohon link entri ini dalam blog saya dupacendana.blogspot.com
terima kasih.
no hal…
[…] aku juga sebelum ini pernah menulis mengenai arwah, klik DI SINI […]