sejak kebelakangan ini aku agak hairan kerana ada seorang pembaca blog ini yang tak pernah ‘miss’ memberikan komennya dalam setiap entry yang aku tulis
setiap komen yang diberi pula cukup positif, jarang sangat dia tidak bersetuju dengan aku walaupun dalam entry-entry yang aku sendiri sifatkan ia agak ‘panas’
untuk pengetahuan korang, selalunya aku akan menulis entry menjelang Subuh, yang hairannya, kekadang tak sampai 10 minit, dia dah pun bagi komen dalam entry yang aku siarkan itu
disebabkan terlalu ingin mengetahui siapakah lelaki misteri yang hanya menggelarkan dirinya Sham Trg itu, aku cuba mengesan alamat emelnya
dari situ aku mendapat nombor telefon Sham Trg yang kebetulan ada menyertai sebuah kelab motorsikal skuter di Terengganu
aku ingat lagi, di waktu Subuh jugalah, aku akhirnya dapat bercakap dengan beliau yang ketika itu sedang bersiap untuk mengajar di sebuah sekolah di Terengganu
sejak itu kami sering berbual dalam telefon, seolah-olah kami dah kenal lama sedangkan kami tidak pernah bertemu muka
pada suatu hari dia menelefon dan beriya-iya mahu menemuiku di depan Kompleks Pertama, sedang bercuti bersama keluarga katanya
tepat waktu yang dijanjikan, aku pun duduk di sebuah restoran berhampiran
tak sampai 10 minit, Sham terus menerpa dan memeluk aku dengan erat sampai aku tergamam dibuatnya
” Tak sangka akhirnya kita bertemu gak Ril, aku bukan nak tipu mu, tetapi aku memang suka baca blogmu, kalau sehari mu tak tulis aku doh gelisah, bukan apa takut mu tak sihat je,” katanya
turut bersama kami adalah dua adik lelakinya
terus terang, aku tak sangka aku ada peminat setia macam Sham, memang aku terharu sungguh
lalu kami pun berborak macam dah kenal lama, dekat dua jam jugalah, kami bergelak ketawa, order air ni jangan kiralah, ada kot dekat tiga gelas seorang
tapi sepanjang berbual itu, mata aku asyik tertumpu dekat lengannya…bukan apa, aku nampak urat-urat lengannya timbul dekat permukaan kulit, sebesar straw adalah, hijau dan kehitaman
aku dapat rasa ini mesti berkaitan dengan penyakit buah pinggang, selalunya simptom ini ada pada mereka yang menjalani rawatan dialisis, rupanya memang betul
” Ril, aku ni dulu aktif main rugby sehinggalah suatu hari aku demam teruk, rupa-rupanya bila check, buah pinggang aku rosak, sebab tu sampai sekarang aku kena buat dialisis,” kata Sham
aku terdiam, tak sangka disebalik gelak tawanya Sham menghidap penyakit yang serius
sebelum beredar, dia mengajak aku ke hotel penginapannya kerana dia ada membawa ole-ole berupa keropok lekor, ishk pendek kata aku memang terharu sungguh dengan Sham ni
tetapi baru dia tiga tapak melangkah, Sham kelihatan semput, tercungap-cungap bagaikan baru lepas berlari
” Sham, aku rasa penyakit mu ni teruk ni, mu bior betul Sham, aku dah rasa bersalah ni!,” kata aku
” Mu jangang ngadalah, biasalah aku macam ni, aku tak peduli, jom gi amik keropok,” katanya. Aku dah jadi serba salah gila
selepas mengambil keropok itu, Sham terus memberi nasihat pada aku
” Ril, ini ujian Tuhan yang aku kena terima. Kalau ikut aku dah mati lama dah, tetapi aku tetap kuatkan semangat, kalau aku nampak lemah, isteri dan anak-anak aku pun akan jadi lemah, kita jangan putus asa,” kata Sham sebelum kami berpelukan sekali lagi
sejak itu aku tidak pernah berjumpa lagi dengan Sham, tetapi SMS tetap ada, dan dia pun seperti biasa setiap pagi pasti akan memberikan komen dalam entry-entry aku
nak dijadikan cerita, selepas sahur Subuh tadi, aku saja buka Facebook, tiba-tiba aku ternampak dia ‘online’
tak sampai seminit kemudian, aku dapat mesej darinya
SYAHRIL, INI ISTERI ABANG SHAM. ABANG SHAM TENGAH KOMA KAT HOSPITAL SEBAB STROKE.TOLONG DOAKAN DIA
aku terus jadi lemah, dan kira-kira tengah hari tadi, isterinya memaklumkan pada aku yang Sham telah pergi buat selama-lamanya
aku hampir nak meraung, aku tak pernah merasa sedih sebegini, kalaulah aku ada sayap, nak saja aku terbang ke Kuala Terengganu waktu itu juga!
ya Allah, rupa-rupanya pertemuan sulung kami itu juga adalah pertemuan terakhir untuk kami berdua
ketawa pertama kami hari itu adalah ketawa terakhirnya pada aku dan nasihat pertama dia pada aku rupanya adalah nasihatnya yang terakhir juga pada diriku
buat Sham, kenapalah kau pergi terlalu awal, kau kata nak tunggu aku di Terengganu, kau kata nak bawa aku jalan-jalan, kau kata nak bawa aku makan ‘ikang’
sesungguhnya aku kehilangan insan yang aku anggap macam abang kandung aku sendiri
InsyaAllah Sham, aku berjanji, suatu hari nanti aku akan singgah ke pusara kau, dan aku hadiahkan Fatihah buat kau Sham
tenanglah kau di sana, ini hanyalah satu tidur panjang…dari Allah kita datang, dan pada Allah juga kita semua akan kembali
aku tak dapat menulis lagi bro….
SAK: Al-Fatihah buat Sham Trg @ Cikgu Noor Sham Mohd (1970 – 2010)
Innalillahhiwainna ilaihi rojiuun. Alfatihah. Allah lebih dahulu mangasihi mu, insyaAllah selepas ini kami akan turut mengikuti mu juga. Semoga ditempatkan bersama orang2 yang soleh. Kepada semua ahli keluarga tabahkan hati untuk meneruskan kehidupan ini.
A-Fatihah buat arwah. Selalu perasan arwah mmg org yg terawal komen kalu awk buat entry baru. teringin juga nak tnya sape sham trg ni psl setiap entry mesti dia akan komen. lagipun org 1 kampung tapi xtau duk mana/
Last komen arwah di entry ‘seksanya mata di bazar ramadhan’
moga arwah ditempatkan golongan yg terpilih.
Salam Ramadhan,
Blog tuan seperti sebuah rumah yang menghimpunkan satu keluarga besar..ada abang,adik,kakak yang berbagai kerenah dan berbalah..dan papa nya tentu lah cikgu Sham yg selalu jadi pendamai dan pemerhati..
Rumah ini penuh dengan kasih sayang..tapi kini tentu sunyi kerana ‘pendamai’ telah tiada lagi..bagaimana nanti mahu menghadapi Aidilfitri?….
Al-fatihah..
(antara kenangan dgn papa sham )
roy
Julai 4, 2010 5:50 am
cikgu sham..
aku jua mengerti akan penderitaan itu … dan alangkah beruntung nya jika mendapat pasangan yang setia,sanggup susah senang bersama..rasa nya sakit yg di tanggung tidak terasa andai yang di cintai ada di depan mata..
tak gitu cikgu?
sham Trg
Julai 4, 2010 9:09 am
Roy,kesakitan dan penderitaan yang ditanggung itu akan terasa ringan dan mudah andai diri itu masih ada yang sudi untuk setia di sisi serta jujur untuk menyayangi kekurangan diri
..roy permalink
Julai 6, 2010 10:41 pm
jalan-jalan bersama kenangan,yang terpampang adalah kenyataan…
(credit cikgu sham)
Salam. Pagi ini saya terpanggil untuk membuka blog saudara…..kerana ia sangat mengingatkan saya pada arwah. Untuk makluman arwah mengajar satu sekolah dengan saya di SK Tengku Bariah, Kuala Terengganu. Masih saya ingat rutin beliau hampir setiap pagi sebelum kelas, beliau akan bertanya pada saya….’Na, server dah bukak lum?..”…Selaku Guru Penyelaras Bestari sekolah, memang menjadi tugas saya memastikan server sekolah dan semua access wireless dibuka setiap pagi sebelum kelas bermula…Dari beliaulah..saya berkenalan dengn blog saudara…..dan setiap kali itulah…..ada saja cerita yang dipetik dari blog saudara akan diceritakan pada saya…… sekolah kami kehilangan seorang guru yang hebat….. anak-anak murid beliau di Tahun 3 dan 5 menangis teresak-esak apabila diberitakan pemergian Cikgu Sham..semuanya berlaku terlalu mengejut..sedangkan hari terakhir beliau disekolah..pada Selasa lepas….beliau masih mengajar…bersemangat seperti biasa…sebelum pergi ke temujanji dialisis tengah harinya……dan pihak kami disekolah terlalu terkejut kerana pukul 3 petang hari yang sama…kami mendapat maklumat beliau dimasukkan ke ICU kerana komplikasi….dan 2 hari selepas itu…beliau pergi meninggalkan kita semua……… Al-Fatihah untuk Abang Sham…semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh..
terima kasih cikgu na kerana berkongsi kisah ini, ya, kita kehilangan guru yang hebat!
i’m speechless roy, terima kasih…
salam……bergenang air mata akak baca entry ni, tambah pula di bulan puasa begini. Alfatehah utk arwah dan takziah utk keluarga beliau.
sedih, kerana nama dan penyakit yang dihidapinya sama dgn arwah adik akak yang baru meninggal awal tahun ini…..9 tahun dia bergelut dgn penyakit itu…
ini bahgian mereka, kita? tak tau lagi…..
saya dah tak tahu nak cakap apa, masih terbayang wajah dan tawa riangnya kak…
Al-fatihah utk arwah cikgu
salam
buat semua pengunjung, usahlah ditangisi pemergian arwah, kerana :
(i) sebagai insan bergelar guru insya Allah kubur arwah akan diterangi dengan doa yang diiringkan oleh anak-anak didiknya serta kebaikan yang datan dari ilmu yang disampaikannya, mudah-mudahan Insya Allah. (itulah keistimewaan mreka yg bergelar guru)
(ii) kita ni pula. hidup umpama perbatasan. peluru bersimpang siur. ada yang terkena cuma luka dan kembali pulih. namun pada akhirnya nanti semua orang akan terkena juga peluru yang menemukan kita dengan ajal. bezanya cuma lambat cepat. selagi ia belum menghentam kita, tugas kita adalah meneruskan kemaraan ke hadapan dengan mempersediakan diri dengan ‘bekalan’ secukupnya. kita tak tahu entah esok lusa tiba giliran peluru kita pula ..
p.s Shahril :
memetik tulisan mu “aku tak dapat menulis lagi bro….”. jangan lah begitu.
Sedih tak terkata…..Hanya Al-Fatihah yang dapat saya sedekahkan buatnya dan berharap agar keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini….
Saya pernah merasai kehilangan insan yang sangat saya sayangi sebanyak 3 kali. Salah seorang darinya adalah kucing pemberian arwah bapa. Lebih 6 bulan saya menanggung kesedihan…..
ALFATIHAH buat keluarga Cikgu Sham…..semoga dia ditempatkan bersama2 org yg beriman…..alhamdulillah, dia terpilih utk pergi di bulan yg mulia ini….
Sesungguhnya sahabat itu wujud dari 1 pertemuan dgn 10 pertanyaa, 100 keyakinan & 1000 kali pengorbanan serta berjuta2 kali perjuangan dgn 1 keikhlasan atas atas keredhaan ALLAH swt. Andai seorang sahabat itu membuat kebaikan, ukirlah di atas batu agar ia tersemat dihati & kekal sebagai memori terindah & seandainya seorang sahabat itu membuat kesalahan, tulislah ia di atas pasir agar ia hilang di tiup angin kemaafan………
Menitis air mata saya membaca entry ini…YA ALLAH terimakasih kepadaMU memberikan aku deria yang agung ini…..
Menangislah sebanyak-banyaknya…kerana setiap titisan air mata itu merupakan satu zikir…
Tetapi jangan teramat meratapi pemergian Arwah Sham….saya amat bersetuju dengan arwah…setiap penderitaan akan menjadi ringan jika ada yang masih jujur dan menyayangi…oleh yang demikian bagi yang sayangi beliau semasa hidup…teruskan perasaan itu …semoga rohnya aman sejahtera….Al-Fatihah.
Al Fatehah…itu sj yg mampu sy ucapkan. w/pun tak selalu bg komen tp sy setiap hari kecuali sabtu ahad je tak baca entry bro ni. kalau isnin tu mesti cepat2 sy login ke internet. nama sham trg mesti ada…..Allah amat sayangkan insan yg berhati mulia mcm dia….moga keluarganya tabah…..
salam…
saya memang kerap terbaca komen dari Sham Trg…tak sangka dia dah pergi menghadap ilahi,semoga keluarga beliau tabah dlm situasi ini..alfatehah utk arwah dan salam takziah utk keluarga beliau..
salam buat semua… sedih… terharu dan terkejut.. teman seperjuangan telah kembali kerahmatullah…rase macam baru aje bertemu dalam facebook..sham..kami satu sekolah dari sekolah rendah,, sekolah menengah dan juga sama-sama di maktab perguruan pasir panjang dulu… banyak kenangan sewaktu kami belajar bersama..teman yang amat peramah dan mudah mesra dengan semua orang.. suka ketawa dan ceria selalu…suka membantu kawan-kawan dan sangat aktif orangnya..smoga allah memeliharamu dan berada disisi orang-orang yang soleh.. amin.
Setiap pagi saya akan membaca blog saudara. Setiap kali itulah saya akan membaca komen Sham Trg. Ya, dia memang pengkomen yang terawal. Sangka saya saudara mengenalinya lama. Mungkin kawan akrab. Rupanya tidak.
Dunia maya menemukan saudara dengan seorang insani yang begitu tulus. Membaca entry saudara membuatkan saya juga terkedu dan sebak.
Al Fatihah kepada Sham Trg yang pergi meninggalkan dunia pada bulan Ramadan yang mulia ini. ALFATIHAH
salam takziah utk keluarga cikgu sham,
al fatihah,mati itu pasti.kalau dia tak tinggalkan kita,kita yang akan tinggalkan dia.al fatihah lah untuk arwah.
Al-fatihah untuk arwah…. semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. amin.
takziah buat keluarga arwahh..al-fatihah
alhamdulillah… cikgu sham meninggal dalam bulan ramadhan menghadap illahi..moga cikgu dalam kalangan orang yang soleh
“La..aku kalo sari xleh cakap dengan mu..xlengkap rasa hidup”..dan setiap pagi jugalah sebelum waktu pertama kami akan berborak..bermula kisah peel perangai anak-anak didik hinggalah politik semasa..arwah adalah rakan sembang yang hebat! butir-butir perkataan yang keluar dari mulutnya sentiasa ada cerita yang tersendiri..jarang arwah berbual kosong yang tidak bermakna..
perihal anak-anak sentiasa dihujung mulutnya..
“la..aku harap anak aku………..” “la.. aku bimbang anak aku………..”
dan sentiasa dia ungkapkan
“shikin aku baik la…,kalo orang lain..tinggal lama dah aku”
saya, kehilangan rakan bicara yang sangat kritis,
murid-muridnya kehilangan seorang pendidik yang sangat prihatin
dan sekolah kami kehilangan seorang guru yang sangat berwibawa..
selamat jalan sahabat..kami pasti merindui senyum dan tawamu
al fatihah
abg syahril, takziah atas pemergian sahabat abg..al-fatihah kepadanya..sy turut menitiskan air mata.sy perasan last entry yg dia komen ialah seksa mata di bazar..sy turut rasa sedih..harap abg sabar..al-fatihah.
takziah kepada keluarga arwah cg.hisyam….
ilmu yng arwah cg curahkn pasti sy ingt smpai bila2..
sy amat sedih & terkejut atas pemergiaan arwah….
sy pasti akan merindui & mengenang arwah cg..
alfatehah untuk arwah cg ……. 😥
Al-fatihah utk arwah. Menitis air mata saya tatkala membaca entry ni.
baru lps bc psl pemergian arwah kt facebook rakan. dtg sini rupanya rakan shahril juga. takziah utk noraseken dan keluarga. sy pasti arwah disayangi ramai org dan yg ramai2 ini akan mendoakan kesejahteraan arwah di sana.
p/s terlalu sedih shahril smpi sahabat jd sabahat. tak pe..dimaafkan
sedihnya baca. yang tinggal hanya kenangan coretan dari Arwah dalam kotak komen kan.
semoga Arwah tenang di sana.
Al fatihah.
alfatihah…
semoga roh nya dicucuri rahmat…
BILA MEMBACA ARTIKEL SYAHRIL NI SEDIHNYA …TERASA DEKATNYA ARWAH DI HATI.SEPERI DAH KENAL LAMA..DAN TERINGAT ARTIKEL YANG SYAHRIL TULIS BERKENAAAN PERTEMUAN PERTAMA MAMI DAN CIKG SHAM..
BERTUAH ARWAH DIJEMPUT PADA BULAN RAMADHAN YANG MULIA NI..DARIPADA NYA KITA DATANG,KEPADANYA KITA PERGI…AL-FATIHAH
TAKZIAH BUAT KELUARGA CIKGU SHAM…
salam
Arwah Cikgu Hisham tu kawan abang saya, saya baru terbaca SIL tulis dalam FB. Diorang memang rapat dari sekolah. Al fatihah untuk arwah…
An @ Perth
takziah kepada noraseken dan anak anak…
last sekali jumpa arwah masa kat kedai bundle di pasir panjang..sempat sembang dan pilih baju rugby rugby…sememangnya arwah peminat all black..sama mcm aku jugak…mlm tu pun dia pakai jersi canterburry new zealand..
memang dia kalau di kira mentor aku dlm permainan ragby ni…masa aku di maktab dulu,hampir setiap minggu aku akan kerumahnya dan simpan moto aku kat rumahnya di flat bukit kecil….pas tu naik mitsubishi colt ke kusza,maktab batu rakit dan lain tempat untuk perlawanan ragbi…tapi itu lah….sekarang……………
Maaf, aku terlambat untuk mengikuti perkembangan…
Namun, aku rasa aku belum terlambat utk menghulurkan Al-Fatihah kepada Allahyarham…semoga bersemadi rohnya bersama para solihin dan mukminin…insyAllah…
Setiap yang hidup pasti akan merasai saat kematian…bilamana Izrail datang memanggil dan menjemput mu,maka tidak akan lambat atau pun cepat walau sesaat pun…
Arwah Sham bersama Penciptanya pada hari Khamis 19hb Ogos 2010 jam 1.25 petang di Wad 8CD Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu…saat aku menerima berita sedih ini,airmataku mengalir tanpa disedari.Aku redha dan menerima ketentuan Yang Esa dimana aku telah kehilangan seorang sahabat yang terbaik pernah kutemui…arwah sentiasa ada dihati.aku benar-benar merasai kehilangannya…airmata ini sering mengalir setiap kali aku mengingati arwah kerana terasa baru semalam aku bersama arwah.
Arwah cgsham atau lebih dikenali shambell di kalangan rakan2 dan bikers di Terengganu adalah seorang yang sentiasa bersikap positif,suka berkawan,selalu memberikan pandangan dalam sesuatu hal…arwah juga selalu ceria,suka berjenaka dengan rakan2 bikerz dan juga suka menolong orang…
Masih aku teringat sewaktu ride to kuantan pada 30-31 Julai yang lalu…arwah begitu teruja sekali untuk mengikuti ride ini apatah lagi kawan baiknya,DRpiah ada bersama.Malam tu aku tidor bersama arwah dalam Homestay D’kayangan,Tanjung Lumpur.Banyak hal yang diceritakan dan diluahkan kepadaku terutamanya tentang penyakit yang dialami sekian lama..aku benar2 tersentuh hati mendengar cerita tentang dirinya..masih teringat kata2nya : ini adalah ujian Allah yang aku kena terima. Kalau ikut aku dah mati lama dah, tetapi aku tetap kuatkan semangat, kalau aku nampak lemah, isteri dan anak-anak aku pun akan jadi lemah..jadi kita jangan putus asa.
Sepanjang ride to kuantan ini,apa yang kuperhatikan,arwah amat berselera makan…ketika makan tengahari di tanjung lumpur,arwah begitu berselera sambil makan pengat durian dan aku juga masih terbayang wajah arwah semasa makan tengahari di Ajil sewaktu kami dalam perjalanan pulang ke Terengganu…lauk kegemaran arwah adalah ikan patin masak tempoyak.Selepas pulang dari ride hari tu,arwah ada menelefonku memberitahu yang arwah ada kat tempat makan hari tu…aku tanya buat apa?arwah jawab dok puas makan pengat durian hari tu.siap bawa keluarga sekali.
Apa pun…segala kenangan dan cerita indah bersama arwah tetap kekal bersemadi dalam kenangan hidupku.Aku benar2 merasai kehilangan arwah kerana kehilangan arwah terlalu sukar dicari ganti…aku dan rakan2 bikerz juga sempat ke majlis pengkebumian arwah di Sg.Ular,Kuantan pada 19hb ogos lalu..Airmataku senantiasa mengalir dari saat kumenerima berita arwah bersama Penciptanya sehinggalah ke saat ini…dan ketika aku menulis komen ini juga airmataku terus laju mengalir…tak mampu kutahan lagi.Sesungguhnya aku amat merinduimu,Sham !!!
Insya Allah…pada hari raya ketiga nanti,rakan2 dari Darul Iman Scooter Club(DISC) akan menziarahi kubur arwah di Sg.Ular.
Aku ucapkan TAKZIAH buat isteri arwah,shikin dan anak2 arwah serta seluruh ahli keluarga arwah..semoga shikin redha menerima takdir Yang Esa dan akan terus tabah mengharungi kehidupan ini bersama anak2 tercinta.Ingatlah shikin…hidup ini perlu diteruskan.jangan mudah mengalah…kuatkan semangatmu sekuat semangat yang arwah pernah berikan kepadamu…
Akhir kalam akhir bicara,aku sedekahkan Al Fatihah buat arwah sham…semoga roh arwah dicucuri rahmat dan tenang bersemadi di alam barzakh.
salam…. tersentuh hati saya membaca blog ni. apa2 pun saya ucapkan takziah kpd keluarga kak ngah… semoga arwah abg syam ditempatkan bersama org2 yg beriman.
Kak ngah sememangnya org yg kuat semangat dan tabah. amin….
Al Fatihah untuk cikgu Sham…
Al-Fatihah buat sham bell
Terus terang aku katakan, inilah pertama kali air mataku mengalir kerana seorang rakan…arwah cg sham merupakan senior di sekolah menengah dahulu, lepastu aku terputus hubungan selepas tamat zaman persekolahan…mmg dunia amat kecil, aku dipertemukan semula setelah aku join sebuah kelab modenas elegan di terengganu…..hampir setahun menganggotai kelab, aku berpindah semula ke KL/Putrajaya setelah hampir 5 tahun kembali ke Terengganu..
Hubungan aku ngan arwah cg sham tak putus, setiap bulan aku pasti pulang ke Trg, dan kerap juga lah aku sengaja melalui pusat hemodialisis yg arwah selalu buat, klu ternampak elegan, mmg sah arwah ada dalam, aku pasti msg dahulu bertanyakan keadaan beliau, klu dia kata OK, means aku akan masuk sembang2 ngan arwah, kekadang berlanjutan sehingga beliau abis rawatan dan kami sama2 pegi minum(ngeteh)…
sehinggalah aku mendapat khabar dr sahabat yg mengatakan beliau koma, aku serba salah kerana aku tak dapat tinggalkan ank2 n isteri di KL utk pulang, even wife aku tak dapat cuti, sehinggalah berita terakhir yg aku terima cg sham telah pergi selama2 nyer, time tu jugak aku call wife aku suruh pulang dr HKL ke putrajaya, dan pada pukul 5 ptg, hari khamis 19 ogos aku belepas ke sg ular,kuantan……hanya tu yg mampu aku berikan buat arwah sbg sahabat yg ku anggap sbg abang……alhamdulillah, aku sempat melihat wajah terakhir arwah…Ya Allah, dari Mu arwah datang, Kpd Mu jualah arwah kembali, semoga roh arwah bersemadi dgn aman…bersama-sama orang2 yg soleh…amin…SELAMAT TINGGAL SAHABAT……
Al-Fatehah..Arwah Sham merupakan sahabat yang tiada galang gantinya. Saya mengenali arwah semasa di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, seorang yang aktif di dalam PBSM. Bermain ragbi bersama-sama adalah kenangan yang terindah. Mewakili Terengganu bawah 23 di Negeri Sembilan.
Hampir 12 tahun tidak berjumpa, sya berjumpa kembali dengan syam apabila ditukar balik ke terengganu. Kebetulan jodoh pertemuan di tangan tuhan, saya bertemu kembali dengan syam apabila beliau ditukar ke SKTB dan mengajar bersama isteri saya.
Sukar bagi saya untuk mengingati kembali kenangan lalu, tapi bagi perhubungan sya dengan syam bertambah rapat apabila sama-sama membeli motor elegan pada masa yang hampir sama walaupun kami tidak berjanji.
Sama-sama menyertai kelab moto, saya tau syam seorang yang aktif apabila selalu menceritakan setiap aktiviti moto yang disertainya. Syam selalu mempelawa saya untuk turut serta dengan aktiviti yang dianjurkan tapi memandangkan komitmen saya dengan kerja dan juga keluarga, saya terpaksa menolak setiapa kali dipelawa.
Byk kenangan sya bersama Syam tak dapat saya coret disini sedih, terkilan taka dapat digambarkan….Akhir kata untuk kelurgha Syam kuatkan semangat semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.AMIN..
Salam,
Saya sangat terkejut atas pemergian cikgu Sham. SMS yang diterima petang khamis hari itu bagaikan tidak percaya. Saya mengenali Sham semasa sama-sama di Maktab Pasir Panjang. Beliau senior saya . Ketika melapor diri saya ditempatkan sama rumah dengan Sham di Wisma Seri Bayu. Maka itulah detik saya mula kenal dan membonceng motorsikal arwah ke rumah sewa kami. Banyak yang saya pelajari dari arwah khasnya tentang kepimpinan dan sukan. Arwah sangat aktif ragbi dan itu menjadi trademark beliau. Saya sangat ralat kerana selepas tamat latihan tidak pernah berkesampatan bertemu arwah sehinggalah habis hayat beliau.
Al Fatihah untuk cikgu Sham…sedih betul…
sham @ abang sham @ cikgu sham merupakan ex SMSS, kami pernah tinggal di hostel SMSS sekitar tahun 80an. Sama-sama main rugby. Last sekali berjumpa dengan dia ialah di hari-hari terakhir di SMSS, awal tahun 90an. Thru facebook kami dapat tau Allahyarham koma dan akhirnya meninggal dunia baru2 ni.
Alfatihah.
ari ni baru da kesempatan baca komen n ucapan takziah utk aruah hisham.ari ni dah 11 hari dia kembali sy tetap masih ingat disaat akhir saya ucapka kalimah ALLAH ditepi telinga aruah.sebak n sedih sampai skrg.setiap kali dgr surah yasin saya akan teringat suasana d wad 8 hosp sultanah nur zahirah.saya dah kehilangan 3 org tersayang daam tempoh 10 tahun ni, tapi pemergian beliau buat saya paling teringat n terasa.kerana doktor memberi peluang pada suma ahli keluarga utk memegang,menatap,mencium dan mengucapkan kata2 terakhir utk aruah.tak sampai hati bila tengok shamina,faiz,faris n kak ngah cium n usap aruah sebelum doktor buka life support mc n aruah pergi selama2nya.paling tabah adalah abah saya yang melihat saat2 terakhir pemergian seorang anak.saya pun mungkin tak kuat camtu.terimakasihlah pada suma kawan2 aruah yang tak putus2 dtg melawat aruah d hosptl,kawan2 n sedara mara yg sanggup dtg dari jauh n dkt,doktor hanapiah,doktor2,nurse n staff wad 8 .terima kasih juga utk komen,ingatan n ucapan takziah dr suma kawan2 aruah. utk shamina,faiz,faris raya k2 pak long akan singgah ka sg ular.semoga suma tabah d hari raya ni.alfatihah wat allahyarhamah hajah khairiah,allahyarham noor sazalin allahyarham noor hisham.
berita ini sangat mengejut .sampai kan ank murid x2 menitis air .begitu sedih peristiwa tersebutsampai kan saya menitis air aruah tersebut sangat baik.
salamzzz..
Sama2 lah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah cg sham bell…sudah hampir 3 bulan pemergian arwah…pelik, seperti ada pertalian krn baru 4 hari yg lepas, aku tetiba teringatkan arwah,utk mengubatinya,aku buka FB arwah dan hantar msg,walaupun aku tahu pasti mwg itu tak berjawab..dan hari ini, aku terima msg dlm mailbbox mengenai entry ini…bermakna arwah masih lagi bersama2 dgn kita, semoga rohnya berada di kalangan org2 yg soleh..amin..
genap setahun pemergian arwah…al fatihah buat nyer… dr adik sham ganu
aku ialah seorang anak murid beliau..Aku Begitu sedih apabila dapat mengetahui akan hal yang beliau sudah pergi buat selama-lamanya dan pergi meninggalkan ilmu beliau kepada ku dan anak-anak murid beliau..beliau begitu tabah akan hal sedemikian….kerana beliau telah mengajar ku erti tidak berpuus asa setelah pemergian beliau… :”)
salam.. boleh tau dok.. ni cikgu sham suami cikgu norashikin sultan sulaiman dua ke? sbb arwah ayah, Zulkefli (polis n orang negeri sembilan) maing ragbi nge arwah ni dlu.. n kebetulan ayoh cikgu norashikin keje polis di balai kemamang dlu.. boleh mintak no kontek dok? fesbuk dakpe doh.. n Al Fatihah..
al fatihah. sedihnyaaa