baru-baru ini aku berkesempatan menyaksikan persembahan teater Cuci The Musical yang dipentaskan di Istana Budaya (IB)
apa yang boleh aku katakan, teater ini sangat hebat, menarik dan WAJIB UNTUK DITONTON
walaupun jalan ceritanya mudah dan tidak seberat naskhah Puteri Gunung Ledang yang pernah dipentaskan di IB tempoh hari, namun percayalah cakap aku, setiap ringgit dan sen yang korang laburkan untuk membeli tiket CTM memang berbaloi
biarpun CTM diadaptasi dari filem Cuci, namun pada mereka yang tidak pernah menonton filem itu jangan risau kerana jalan ceritanya jelas dan boleh difahami dengan mudah
secara ringkasnya CTM mengisahkan empat orang beradik, FAIRIL (Afdlin Shauki), KHAI (Hans Isaac), JOJO (Awie) dan C’TAN (Ac Mizal) yang menjalankan ‘Cuci-Cuci Services,’ sebuah syarikat kecil yang mengendalikan perkhidmatan mencuci tingkap.
harapan mereka untuk memberi perkhidmatan kepada Menara Berkembar Petronas, KLCC menjadi kenyataan apabila ‘Cuci-Cuci Services’ telah dijemput untuk memasuki pertandingan mencuci tingkap Olimpik (WWO –Window Washing Olympics), sebuah pertandingan yang diselenggara oleh Citi Jasmin atau CJ (Vanida Imran) – yang akan memberi perjanjian tersebut kepada pemenang.
hubungan antara Khai dan CJ bertambah mesra apabila mereka mula menyukai antara satu sama lain dan pada masa yang sama pembantu peribadi CJ, FARAH (Adibah Noor) pula jatuh hati pada JOJO.
bagi aku, kekuatan CTM lebih kepada pemilihan pelakon-pelakonnya yang cukup hebat dan versatil
cuba korang bayangkan, dalam CTM ada pelakon terkenal seperti Vanidah dan Hans, ada penyanyi terkenal seperti Adibah dan Awie, ada pelawak terkenal seperti Harith Iskander, AC dan Afdlin
bayangkanlah semua yang terkenal-terkenal ini bergabung untuk berlakon, bernyanyi dan menari di atas pentas yang sama…memang riuh-rendah jadinya beb!
CTM juga bukan hanya menghidangkan hiburan, malah ia turut menghidangkan adegan yang penuh emosi dan kesedihan
lebih menakjubkan lagi, teater yang menelan kos lebih RM2 juta ini turut memperlihatkan kemampuan pereka terkenal, Raja Malek mereka bentuk set yang mewah, kehebatan Pacai dalam mencipta lagu-lagu dan kemantapan Stephen Rahman Hughes menghasilkan tarian yang hebat dan mempersonakan
korang juga berpeluang melihat bagaimana Awie, AC dan Hans sendiri turun daripada bumbung IB menggunakan tali bagi merealisasikan watak sebagai pencuci tingkap bangunan dalam teater berkenaan
nak cerita panjang pun tak guna, pergi dan lihat sendiri teater muzikal tersebut yang akan dipentaskan setiap hari hingga 1 November depan
aku juga ingin berterima kasih kepada Yayasan Nurul Yaqeen yang dinaungi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menaja tiket aku ke persembahan teater muzikal tersebut
tahniah juga kepada pengarah teater berkenaan, Datuk Zahim Albakry di atas ‘air tangannya’ yang ternyata sangat menjadi itu hingga menyebabkan pementasan CTM mendapat standing ovation hampir 10 minit sejurus selepas berakhirnya persembahan
owh yea, blogger cikchummie ada kisah yang ingin dikongsi di sebalik teater CTM, beliau dapat tiket special dari Hot FM, boleh klik kat sini
Cuci The Musical…simply amazing!!!
SAK: Ada beberapa orang blogger kata perasan macam nampak gua kat Istana Budaya, lain kali tegurlah ye..gua ni muka je macam serius, tapi bila dah borak, lupa dunia kejap hehehe
it’s was you..betullah!!..hehehe….rugi2 x tegur n borak2..hahahaha….betul2..sy sangat setuju..CTM theater yang sangat simple…tapi the arrangement of music, stages and combination of the cast…ngan cinematography yang terbaek dari ladang…it was so fantastic…maybe x se-outstanding PGL or PRTM…but..memang sangat hebat!..Tall production deserve to get standing ovation!!..
apa yang menarik sepanjang CTM..sy diberi peluang untuk berada bersama2 dengan all the casts about 30 minutes gak..for backstage tour with all the Hot.FM bonus hour winner..thanks to Artul, kawan sy yang menangkan tiket…so, before the performance..dah jumpe Fairil, Khai, Ctan, Jojo, CJ, Farah, Wira, Tan sri n the reporter’s merangkap manager restaurant yang membuatkan diaorg d Fired for 43 times…satu pengalaman yang sangat mengujakan…hehehehe…
apapun2..sy sngat bersetuju..CTM was worth it to watch out!sy planning to bring my sister untuk merasai the CTM auras’..
MOral: Lain kali, if terjumpe bro syahril lagi, sy akan tegur…yeap!
Gunung yg tinggi kan ku daki, ombak dan badai kan ku harungi utk menonton cuci… jelesss2!!
Lepas ni gerenti ada yg approach hang minta autograph.
Fab performances!! Two thumbs up to CTM…Tengok play “Fame” kat US pun boleh lena half way through…rugi kalau tak tengok CTM…really made my day!!
esok aku g tgk!!!!!!!!! tak sabar rasanyer…………teruja sesgt………….
nak pegi tengok..planning last minit, ropa2 nya tiket dh sold out smpi 4 Nov..lamanya nk kna tunggu..
yeap mmg best..sedeh..klakar..dan puas hati 😀