tepat jam 1.30 pagi tadi, seorang sahabat di TV3 memaklumkan pada aku yang pelawak terkenal, Din Beramboi akhirnya telah menghembuskan nafas terakhir dengan tenang di Hospital Selayang akibat demam denggi berdarah yang dialaminya
jenazah kemungkinan besar akan dikebumikan sebelum solat Jumaat di Tanah Perkuburan FRIM di Kepong
InsyaAllah aku akan menziarahi jenazah arwah di Taman Ehsan, Kepong sebentar lagi
korang tahu tak, minggu lalu arwah telah ditemubual dalam Utusan Malaysia…dan inilah kata-kata arwah sewaktu ditemubual;
“Saya rasa kini saya boleh berbangga dengan konsep lawak jenaka yang saya ketengahkan. Esok atau lusa kalau saya sudah meninggal dunia, mungkin orang akan ingat dengan konsep lawak yang sebegini
“Saya akan teruskan karier saya ini selagi ada umur dan kesihatan yang baik. Ini kerana, urusan esok, lusa dan hari hari seterusnya adalah perkara-perkara ghaib yang hanya Allah sahaja yang tahu,”
mungkinkah arwah sudah dapat merasakan ajalnya hampir tiba?
Entahlah…apapun tenanglah di sana sahabatku, doa kami akan mengiringi kau di sana, Al- Fatihah.
al-fatihah
salam, saya pernah baca dlm buku cermin tanda-tanda ajal berlaku slps asar, pusat, keringat, ubun-ubun kita berdenyut. bnyak lagi lah. AL FATIHAH & TAKZIAH
orang unik dan terkenal selalu pergi mengejut
Al-Fatihah…
Takziah buat seluruh keluarga arwah…
Al Fatihah- satu pemergiaan yang tidak ddiduga,satu kehilangan yang tidak dijangka.
Everything happens for its reason. Al-FAtihah buat Allahyarham. Memang pun beliau sangat terkesan dalam diri kebanyakan kita… Sama ada kita suka atau tidak, style lawak beliau sebenarnya adalah satu anjakan paradigma dalam industri hiburan negara. Lain dari yg lain, one in a million…
takziah buat keluarga Allahyarham
Al-Fatihah…
Takziah, semoga keluarga arwah tabah menghadapinya….
Al-Fatihah..
Takziah buat keluarga arwah ..
Pelawak yg sngat aku kagumi dalam malaysia.
Beliau sagt unik dalm mnympaikan lwaknye.
Beliau jugak tidak ketandusan idea dalam persmbahannye…
Semoga roh beliau dicucuri rahmat..
amin~~~ (aku peminat setia)
salam jumaat,
al fatihah