setelah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, pagi tadi aku kembali semula ke sana untuk membuat liputan sambutan Hari Polis ke-204
Pulapol cukup nostalgik bagi aku kerana di sanalah aku akan ‘berkampung’ setiap kali menjelang sambutan Hari Kebangsaan masa sekolah dulu
memandangkan aku anggota Kadet Polis, setiap kali menjelang 31 Ogos, kami akan berlatih berkawad berhari-hari di sana
makan, mandi, tidur pun sekali dengan pelatih-pelatih polis yang lain, pakai baju pun sama dengan depa!
ingat lagi, disebabkan aku tersalah ‘step’ masa berkawad, aku pernah didenda berkawad sorang-sorang mengelilingi padang kawad yang maha besar itu, tengah panas wehhhhhh
so bila aku kembali semula ke Pulapol pagi tadi, segala memori itu terus mengimbau…orang lain sibuk berbaris, aku leh tersengih sorang-sorang kat pentas utama ahaks
masa tengah refreshment tadi, aku berkesempatan berjumpa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Bakri Omar
masa aku kerja sebagai wartawan jenayah dulu, Tan Sri Bakri ni punyalah garang nak mampus
jangan harap ler dia nak bagi statement kalau kita telefon, memang sinikal habislah
tapi itu dulu, sekarang dia dah pencen dah pun, tu pun ciri ‘kegarangan’ dia masih ada…siap sound, setakat bergambor je tau, takpayah nak tulis lebih-lebih…yelah Tan Sriiiiiiiianyway, pagi tadi juga aku bertemu kembali dengan DSP Razak, pegawai kanan dari pasukan Komando 69 yang kini bertugas dengan Pasukan Gerakan Khas (PGK) Bukit Aman
untuk pengetahuan korang, dialah pegawai polis pertama yang berjaya menyusup masuk dan bertemu dengan pengasas kumpulan Al-Maunah, Amin, sewaktu peristiwa rampasan senjata di Bukit Jenalek itu
terus terang aku katakan, dia bukanlah ‘calang-calang’ pegawai polis
DSP Razak asalnya adalah guru silat, karate dan taekwando yang mendapat pendidikan agama dari sekolah pondok di negara ini dan pesantren di Indonesia
dalam polis, dia diiktiraf pakar penembak tepat (snipper) dan antara penerjun payung terbaik (gaya bebas) yang pernah dilahirkan oleh PDRM
selain itu, DSP Razak juga terlibat dalam berpuluh-puluh operasi khas menentang penjenayah seperti kes culik, kes rompak, kes senjata api dan kes jenayah berat yang lain
apa yang aku cukup kagum dengan DSP Razak ini, di sebalik imej pegawai polis yang digeruni penjenayah itu, dia sebenarnya cukup mesra dan murah dengan senyuman, sangat merendah diri
kalau dia memakai pakaian biasa, mati hidup balik kita tak sangka yang dia tu seorang anggota komando
pagi tadi juga aku berkesempatan melihat aksi anggota komando polis kita mengadakan demonstrasi tarian perang mereka
hebat, memang hebat…dan dalam pada punya hebat aksi budak-budak komando tu, DSP Razak masih tak puas hati dengan anak-anak buahnya tu
” Sepatutnya suara mereka kena kuat lagi masa sebut nama Allah tu, kita berjuang kerana Allah, Allah Maha Besar,” kata DSP Razak (walaupun bagi aku suara budak-budak dia dah cukup kuat masa tu)satu perkara mengenai DSP Razak ni, sebelum satu-satu operasi, dia akan banyak beribadat, berzikir dan berdoa agar segala apa yang dilakukan mendapat petunjuk daripada Allah SWT
kekadang aku confused, aku ni tengah bersembang dengan pegawai polis ke atau tengah bersembang dengan seorang ustaz
yang pasti DSP Razak memang ‘lain daripada yang lain’
kalau korang nak tahu kisah sebenar macam mana DSP Razak berhadapan dan berdialog dengan si Amin Al-Maunah tu, korang klik kat SINI
SAK: Untuk rekod, DSP Razak adalah penerima pingat keberanian tertinggi negara, Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang dianugerahkan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung…luar biasa!
menarik jugak cerita pasal DSP Razak ni, dulu pernah baca buku pasal peristiwa Al-Maunah.
yang di website kisah sebenar tu, rasa macam tergantung je ceritanya.?
anyway, nice article.
hebatnya beliau….kalaulah ada 10 orang Pegawai Kanan Polis di setiap negeri macam beliau, amanlah negara!
DSP Razak mengkagumkan saya. Beliau sangat berani berdepan dengan Amin. Bila saya baca dialog antara beliau dengan Amin, ternyata beliau seorang mempunyai ilmu agama yang tinggi bila berbahas. Tapi,saya pelikla,kenapa Jeneral Tan Sri Zaini merentap senjata beliau seolah beliau adalah salah seorang dari mereka? Adakah Tan Sri Zaini menyangka demikian?
Wah kagumnya saya dengan DSP Razak. Sudahlah banyak ilmu pertahanan diri, berlatar belakang agama pula. Hebat hebat
watch himnat kat nat geo.soft spoken tp meremang oo bulu roma
Modern War Warrior…Alahamdulillah..Malaysia mempunyai seorang Pejuang yang mempunyai Ilmu agama, dan ilmu tempur yang cukup hebat…nak buat biografi pasal Tuan Razak…ada sesiapa yang boleh bantu?
saya sangat respek DSP Razak sebagai seorang angota pasukan keselamatan berpewatakan sebegitu…syabas!
abg razak nih jiran saya di ulu kinta 🙂 humble and down to earth…isteri pun baik.